You are on page 1of 7

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Dalam bab ini membincangkan tentang tinjauan literature yang digunakan untuk
menghasilkan kajian ini.

2.1 Konsep Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence: EI)

Menurut Kuczyinski, L., & Kochanska, G. (2019), kecerdasan emosi merujuk


kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personaliti individu iaitu
sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan
kognitif seseorang.

Lailawati Madlan (2019), mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kognitif


masyarakat, merangkumi tiga kategori yang utama, iaitu:

1. kebolehan membezakan emosi diri dengan orang lain.


2. Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi
orang lain.
3. Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing
pemikiran.

Manakala D. Gloeman (1995) mengkategorikan kecerdasan emosi seperti berikut:

1. Kebolehan memerhati sendiri.


2. Kebolehan mengurus emosi.
3. Kebolehan menggalak diri.
4. Kebolehan mengawal perasaan yang teruja.
5. Menguasai teknik menjalani hubungan interpersonal.

2.2 Teori Kecerdasan Emosi


Teori kecerdasan emosi telah diperkembangkan daripada teori kognitif emosi
sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi
elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian
bahawa emosi yang dihasilkan dipengaruhi oleh tiga faktor seperti situasi persekitaran
keadaan fisiologikal dan proses kognitifnya. Bagimanapun proses kognitif ini
merupakan faktor yang menentukan sifat emosi seseorang. Teori ini menegaskan
bahawa emosi dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama.

Menurut S. Schachter and J. Singer (1962) emosi yang dibentuk adalah


berlandaskan dua faktor yang saling berkait dan bebas. Kedua-dua faktor tersebut
ialah:

1. Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu


merupakan faktor yang menghasilkan emosi.

2. Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan diri iaitu kesedaran keadaan


emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.

Maka emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli
luar dan perubahan fisiologikal dalaman, tetapi juga hasil interaksi di antara proses
kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Mereka berpendapat
bahawa faktor proses kognitif membawah pengaruh yang besar kepada pengalaman
emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu adalah berbeza
di nantara satu sama lain, maka wujud pula kecerdasan emosi yang berbeza. Ini
bermakna setiap individu mempunyai kecerdasan emosi (EI) dan darjah (EQ) yang
berbeza dengan individu lain.

2.3 Kepentingan kecerdasan emosi

Menurut Kim, F. T. (2018), terdapat beberapa kepentingan kecerdasasn emosi seseorang


kanak-kanak yang diasaskan berlandaskan empat bidang. Antaranya

2.3.1 Memahami Emosi diri sendiri

a) Kemajuan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri


b) Lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan.
c) Dapat mengenap pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan rasional.

2.3.2 Mengurus Emosi


a) Tolaransi merupakan lebih berkesan terhadap kecewa dan pengurusan
emosi marahnya.
b) Masalah disiplin bilik darjah akan dikurangkan.
c) Menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa
berkawal.
d) Tingkah laku destruktif atau agresif dapat dikurangkan.
e) Peningkatan perasaan positif terhadap diri, sekolah dan keluarga.
f) Mengurus tekanan secara lebih berkesan.

2.3.3 Memanfaatkan Emosi

a) Murid menjadikan lebih bertanggungjawab.


b) Berupaya merupakan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasan masing-
masing.

2.3.4 Mengurus Hubungan


a) Kebolehan bertabah dalam daya menganalisis dan memahami hubungan
antara orang.
b) Dapat menyelesaikan konflik dan berunding perselisihan dengan lebih
berkesan.
c) Dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik.
d) Disanjungi oleh lebih ramai orang.
e) Dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra.
f) Timbang rasanya dipertingkatkan.
g) Peningkatan kerjasama pertolongan dan perkongsian.
h) Dapat berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain.

2.4 Ciri-ciri Kecerdasan Emosi


Menurut Leung, K., Lau, S., & Lam, W. (2018), Kecerdasan emosi adalah diwarisi
daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya manusia. Setiap individu
mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah. Kecerdasan emosi boleh dinilai
berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik
dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan
untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran
sosial. Kecerdasan emosi berkaitan rapat dengan kemahiran belajar.
2.5 Model Hierarki Kecerdasan Emosi McPhail
Modal Hierarki Kecerdasan Emosi McPhail mengandungi empat tahap
kesedaran emosi iaitu:

Tahap pertama: Kesedaran emosi yang merujuk kepada mengenal pasti dan
mengenali emosi diri dan emosi orang lain.
Tahap Kedua: Apilikasi emosi yang merujuk kepada mengenali bagaimana
emosi diri diaplikasikan dan bagaiman emosi orang lain
digunakan ke atas dirinya
Tahap Ketiga: Empati emosi yang merujuk kepada kebolehan memahami
emosi orang lain dan bagaimana kita bertindak balas dengan
keputusan melalui tindak yang kita ambil.
Tahap Keempat: Emosionaliti yang mewakil emosi kita yang telah disedari dan
bagaimana ia memandu kita kepada proses membuat keputusan.

Rajah 2.5 berikut mengilustrasikan Model Hierarki Kesedaran Emosi McPhail


sebagaimana yang dihuraikan. Namun dalam kajian ini penyelidik lebih focus
kepada tahap pertama dan tahap kedua iaitu tahap kesedaran dan aplikasi.
4.
Emosion
aliti

3. Empati EMOSI

2. Aplikasi Emosi

1. Kesedaran Emosi

2.6 Faktor yang berpunca kepada masalah kecerdasan emosi

2.6.1 Faktor pendekatan guru terhadap perkembangan kecerdasan emosi kanak-


kanak

Guru merupakan orang pertama di lembaga pendidikan formal bertugas


membimbing, mengajar dan melatih anak didik. Maka guru harus memainkan
peranan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pemudahcartaan yang efektif dan
mengambil kira kebajikn murid (Leung, K., Lau, S., & Lam, W. (2018). ). Guru yang
melaksanakan teknik pengajaran yang efektif dapat merangsang minat murid. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kepelbagaian mendorong minat
murid untuk memperkembangkan kecerdasan emosi secara tidak langsung. Murid
berpeluang untuk berinteraksi antara satau sama lain dengan adanya teknik pengajaran
yang efektif. Peraturan yang diperkenalkan oleh guru menyumbang kepada kesedaran
tentang tanggungjawab sebagai seorang murid.

2.6.2 Faktor gaya keibubapaan terhadap perkembangan kecerdasan emosi kanak-


kanak
Perkembangan kecerdasan emosi remaja harus dilentur sejak dari kecil lagi
membentuk golongan remaja yng mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Justeru
itu, ibu bapa merupakan tunggak utama, kerana ibu bapa merupakan tunggak utama,
kerana ibu bapa adalah individu yang pertama terlibat dalam proses sosialisasi dan
perkembangan anak-anak. Sepanjang pertumbuhan dan perkembangan remaja, ia
banyak dipengaruhi oleh ibu bapa melalui hubungan ibu bapa melalui hubungan ibu
bapa-anak (Leung, K., Lau, S., & Lam, W. (2018). ). Kajian lepas menunjukkan
menunjukkan pendekatan gaya keibubapaan yang diaplikasikan oleh ibu bapa
merupakan faktor sosial yang memberi kesan kepada perkembangan kecerdasan
emosi anak (Darling & Steinberg,1993: Salimynezhad, et al., 2015). Dalam amalan
keibubapaan, ibu bapa yang mempunyai penguasaan dalam keibubapaan (master of
parenting). Ini kerana pendedahan kepada perkembangan emosi akan membentuk
kecerdasan emosi dalam diri anak (Shamrad, 2004 dalam Salimynezhad et al., 2015)
yang kelak akan ditunjukkan melakui personaliti danb tingkah laku mereka. (Nastasa
& Sala, 2012). Meskipun begitu, tidak semua gaya keibubapaan yang diaplikasikan
oleh obu bapa mampu memberi pengaruh yang positif terhadap perkembangan
kecerdasan emosi anak. Seperti sedia maklum, terdapat tiga gaya keibubapaan yang
dikemukakan oleh Baumirind (1966) iaitu authoritarian (rendah kasih saying, tinggi
kawalan), auritatif (kasih sayang dan kawalan yang seimbang) dan permisif (tinggi
kasih saying, rendah kawalan). Ketiga-tiga gaya keibubapaan ini adalah berbeza, dan
hasil terhadap perkembangan kendiri anak daripada ketiga-tiga gaya keibubapaan ini
juga turut berbeza (Baumrind, 1967, 1971). Begitu juga pada pandangan pengkaji
mengenai kesan penerimaan gaya keibubapaan terhadap perkembangan kecerdasan
emosi remaja. Namun, gaya keibubapaan yang manakah mampu menyumbang
kepasda perkembanagn kecerdasan emosi yang positif khusunya di Malaysia adalah
masih kabur apabila gaya keibubapaan yang diaplikasikan ibu bapa di Malaysia masih
tidak konsisten berdasarkan hasil dapatan pengkaji-pengkaji tempatan (Nik Hairi et al.
2012). Maka kajian ini sewajarnya dilakukan bagi mneliti gaya keibubapaan yang
menyumbang kepad perkembangan kecerdasan emosi sekali gus menambah dan
memperkukuhkan lagi hasil kajian sebelumnya.

2.6.3 Faktor persekitaran terhadap perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak


Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang individu merangkumi kaedah keluaraga, sekolah, rakan sebaya,
masyarakat dan pengalamannya. Keadaan keluarga harmonis dan perhubungn ibu
bapa dengan anak-anak yang erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan
personaliti positif (,Lin, S. H., & Huang, Y. C. (2012). Sebaliknya, suasana ramah
keluaraga yang tegang atau kucar-kacir akan menggalakkan perkembangan personaliti
negatif. Di sekolah guru yang bersifat penyayang dan menjadi role model akan
membentuk persoanaliti muridnya. Murid yang diterima dalam persekitarannya akan
menggalakkan pembentukan personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang
kondusif serta penglibatan murid secara aktif dalam kokurikulum pula mempengaruhi
perkembangan personaliti positif mereka.Nilai-nilai dan kebudayaan masyarakat yang
juga boleh memoengaruh pembentukan dan perkembanagn persoaliti seseorang amat
bergantung kepada pengalaman-peengalamn yang dialami oleh individu sendiri.
Mengikut Freud (1856-1939), seorang pakar psikoanalisis, pengalaman yang pahit
dan sedih boleh menggalakkan pembetukan personaliti bersifat menrik dri, pemalu,
penakul atau sakit jiwa.

You might also like