You are on page 1of 8

Ulasan buku: Proses Kognisi & Afeksi : Kaedah Pedagogi Hermeneutik & Interpretasi.

Soalan 1:

Ulaskan gabungan proses kognisi & afeksi

Maksud Kognisi
Kognisi bermaksud proses berfikir atau proses mental. Ia juga merupakan proses berfikir atau
proses intelektual. Selain daripada itu, ia juga lebih dikenali sebagai suatu proses
perkembangan yang bermula berfungsi sejak dalam kandungan lagi. Menurut Lahey (2009),
kognisi berkait rapat dengan infformasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan
digunapakai. Setiap proses ini saling berkait antara satu sama lain.
Bagi setiap individu, proses berfikir amat penting untuk meneruskan kehidupan mereka.
Terdapat banyak faktor dan sistem dalam persekitaran yang turut membantu meningkatkan
perkembangan kognitif individu termasuk latar belakang keluarga, asuhan ibu bapa terhadap
anak-anak mereka dan sekolah sebagai institusi berlakunya perkembangan kognisi seseorang
Di antara pelopor kognisi yang terkenal adalah seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne,
Bruner dan Ausubel. Berikut adalah beberapa pendapat dan pandangan oleh pelopor kognisi:
1. Kognisi merujuk kepada 2 fungsi iaitu apa yang dilakukan oleh minda dan bagaimana
minda memproses aktiviti mental (Goldstein, 2011)
2. Menurut Lahey (2009), beliau mengutarakan 3 pendapat utama: Pertama, kognisi
melibatkan pemprosesan maklumat. Hal ini kerana pemprosesan maklumat penting
untuk memberi makna kepada apa yang kita lihat, rasa dan buat. Kedua, kognisi juga
merupakan suatu proses yang aktif yang diperoleh melalui pancaindera dan ditukar
melaui persepsi dan pemikiran , disimpan dan dicungkil melalui proses memori dan
diguna pakai melalui bahasa dan penyelesaian masalah. Ketiga, kognisi adalah
berguna dan sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa kognisi,
kehidupan dikatakan tidak bermakna.
3. Tahap kognisi menurut bloom(1956) dalam Abdullah (1989), dibahagikan kepada 6
bahagian seperti berikut:

1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,
peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang

digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan


melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep
dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih,
menerangkan dan menulis semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada
data dan lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri
menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata
tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman
atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam
soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Maksud Proses Afeksi


Unsur afeksi adalah istilah yang digunakan untuk emosi, emosionaliti, perasaan, mood dan
sebagainya (Rober, 1995). Manakala Darley, Glucksberg dan Kinchla (1991) memberi makna
ekspresi emosi sebagai tanda-tanda dan perasaan emosi yang ditunjukkan atau dibayangkan
kepada orang lain. Ini bermakna bahawa unsur kognisi dan afeksi saling berkait secara rapat
antara satu sama lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa perasaan adalah sebahagian daripada
pengalaman emosi yang dialami oleh seseorang apabila melakukan sesuatu. Menurut
Zimbardo(1985), emosi ialah suatu pola yang berubah termasuk perasaan proses-proses
kognisi dan reaksi tingkahlaku yang bertindak terhadap sesuatu situasi yang diterima sebagai
istimewa. Namun begitu Hillman(1994) bersetuju bahawa emosi adalah kompleks dan tidak
ada definisi standard dalam psikologi.
Gabungan proses kognisi & afeksi
Hasil daripada pembacaan yang saya lakukan, kognisi dan afeksi sememamgnya sangat
berkait antara satu sama lain dan perkaitan ini sangat rapat. Jika diasingkan, ia dikatakan
suatu kelemahan yang besar dalam tradisi psikologi. Namun begitu, menurut Salzman dan
Fusi (2010), para neurosains berpendapat kognisi dan emosi (afeksi) sebagai proses yang
berbeza yang melibatkan kawasan otak yang berbeza. Berbeza pula dengan pendapat para
pendidik, mereka merasakan afeksi menerangkan sikap, kepercayaan, rasa apresiasi dan
keutamaan.
Justeru, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa wujud
perhubungan nantara mood dan penyimpanan serta pencungkilan informasi , iaitu antara
mood dan memori juga mood dan pempelajaran. Ini menjelaskan bahawa terdapat bukti yang
menyatakan bahawa afeksi boleh mempengaruhi aktiviti kognisi sepertimana yang terdapat
dalam kajian Blanchette & Richards (2010). Mereka berpendapat bahawa kognisi berkait
rapat dengan proses mental dan afeksi merujuk kepada emosi. Penumpuan kajian telah
dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu :
1. Interpretasi
Suatu proses yang diambil daripada maklumat yang kabur bagi membina poerwakilan
minda contohnya Richards et al.,(2002) membentangkan ekspresi muka yang kabur
dalam kalangan peserta mendapati peserta yang risau berada pada tahap tinggi adalah
lebih sensitif kepada fear atau ketakutan berbanding peserta yang risau pada tahap
rendah.

2. Menghakimi
Bermakna proses seseorang individu menilai bukti dan menganggar kemungkinan
terjadinya kesan yang berbeza misalnya individu yang memiliki risau pada tahap yang
tinggi melihat peristiwa negatif lebih daripada individu yang memiliki risau pada
tahap yang rendah (Zelenski &Larsen, 2002)
3. Membuat keputusan
Merujuk kepada bagaimana manusia memilih satu pilihan yang berbeza. Contohnya
peserta yang mengalami gangguan kerisauan adalah mengambil risiko lebih
berbanding pesakit yang mengalami kecelaruan mood yang lain.
4. Pemikiran rasional.
Peserta menggunakan maklumat yang ada bagi membuat inferens. Proses ini
menyumbangkan kepada mebina kefahaman kepada dunia sekeliling serta tidak
dipengaruhi oleh emosi.

Kesimpulannya,pada kajian yang lalu terdapat pengaruh yang kuat kaitan antara kognisi dan
afeksi. Kedua-dua unsur ini mampu memastikan kelangsungan hidup manusia kerana manusia
mampu memberi respons dengan tindakan yang sesuai dengan proses kognisi dan tahap
emosi.

Soalan 2:

Ulaskan bagaimana anda menilai kehadiran proses kognisi dan afeksi


dalam teks

Kemahiran menulis merupakan suatu aktiviti yang kompleks hasil gabungan kognisi dan
afeksi di mana tujuan penulisan pada dasarnya adalah bertujuan untuk menghasilkan
pemikiran dan idea yang bernas serta kemahiran berbahasa yang baik di kalangan pelajar.
Semasa proses menghasilkan sebarang bentuk penulisan, pelajar kebiasaannya mengalami
proses kognisi dan afeksi secara sedar dan bawah sedar. Banyak unsur yang mempengaruhi
pelajar semasa menghasilkan sesebuah penulisan contohnya pengalaman, skemata,
pembelajaran masa lalu, bahasa, budaya, persekitaran dan sebagainya.
Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan hubungan antara kognisi dan teks.
Misalnya, Black et al., (1995) kajian tentang analisis kognisi dalam tugas pembelajaran , iaitu
penulisan karangan, mengatakan bahawa isi kandungan karangan dan proses pemikiran boleh
dikelaskan dalam 4 kategori iaitu pengetahuan fakta, pengetahuan imagistik, pengetahuan
prosedur, dan pengetahuan mekanisme.
Kajian yang dijalankan oleh Kellogg (2001) menunjukkan pengetahuan fakta dalam sesuatu
bidang mempengaruhi pembinaan isi karangan. Dapatan kajian beliau menunjukkan
responden yang mempunyai pengetahuan fakta dalam bidang tersebut dapat menghasilkan
karangan yang baik dan berkualiti berbanding yang tidak mempunyai pengetahuan dalam
bidang tersebut.
Menurut Jacobs (2010), penulisan mampu menyelaras struktur otak yang mengawal
rangsangan dan motivasi. Dalam bidang neurologi, penulisan memerlukan aktiviti minda yang
banyak. Terdapat dua peringkat dalam proses menulis. Peringkat pertama adalah bahasa
ditukarkan kepada simbol visual dan pada peringkat kedua, kemahiran motor halus
dikoordinasi bagi melahirkan simbol simbol tersebut. Joseph( 2000) menyatakan bahawa
bahasa, proses visual, pemikiran bersimbol, perancangandan koordinasi jari jemari melibatkan
domain otak yang tertentu bagi memproses bahasa seperti parietal lobe,broca dan wernicke.
Memori jangka pendek atau lebih dikenali sebagai working memory memainkan peranan
pentingdalam aktiviti kognisi yang sukar. Ahli psikologi percaya bahawa penghasilan
penulisan yang baik berkait rapat dengan ingatan jangka pendek.

Kellog (1996)

memfokuskan model proses penulisan berdasarkan working memory Baddeley. Kellog


menginterpretasikan semula bahagian asas model penulisan yang terdiri daripada tiga proses
utama dengan menggabungkan fungsi working memory , iaitu visuospatial sketchpad, central
executive dan phonological loop. Proses pertama adalah formulasi yang terdiri daripada
perancangan dan menterjemahkan matlamat retorik kepada objektif. Proses kedua adalah

pelaksanaan yang terdiri daripada penciptaan teks sama ada penulisan atau memproses
perkataan. Proses terakhir adalah proses membaca dan mengedit bagi menilai dan menyemak
teks.
Menyentuh tentang kehadiran afeksi dalam teks, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat
tentang hubungan antara afeksi dengan teks. Jacobs (2010) menyatakan bahawa pernyataan
yang kukuh mengapadan bagaimana penulisan mampu mempengaruhi seseorang dalam
mengendalikan emosi masih tidak dapat dibuat kerama dapatan kajian tentang bagaimana
penulisan dapat membantu seseorang dalam mengendalikan emosi adalah berbeza-beza.
Apabila dalam keadaan kerisauan, afeksi dicirikan sebagai ketegangan dari segi fizikal,
mental, gelisah dan rasa kurang selesa. Kerisauan dapat membantu pelajar menulis dengan
mengekspresikan idea dan kandungan dalam tajuk karangan yang dikemukakan oleh guru.
Nilai dan kepercayaan adalah hasil organisasi psikologi dan tidak semestinya dalam bentuk
logik. Rokeach (1978) telah mengkaji nilai dan berpendapat bahawa nilai adalah kepercayaan
yang berpusat kepada bagaimana seseorang bertingkahlaku atau keadaan kewujudan yang
baik atau tidak. Nilai merupakan representasi abstrak yang positif atau negatif tentang
tingkahlaku atau matlamat.
Dalam penulisan, perasaan marah dan sedih akan membawa seseorang untuk menulis
peristiwa yang berbeza. Dalam proses penulisan, dapat dilihat interaksi afeksi dan kognisi
dalam tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. Sebelum menjurus kepada
pergerakan ke arah memotivasikan untuk menghasilkan sesebuah penulisan. Semasa
menjadikan penulisan dalam kesinambungan ke arah pengakhiran. Selepas mengakibatkan
kewujudan emosi yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana tamatnya proses penulisan dan
memangkin untuk memulakan episod penulisan yang seterusnya (Brand, 1983)
Menurut Guthrie dan Wigfield (2000), pengaruh afeksi dalam penulisan adalah berkait rapat
dari segi penglibatan. Aspek penglibatan merujuk kepada kemampuan penulis memasuki
dunia teks penulisan, kemampuan memahami secara mendalam dengan menyoal, menilai dan
memikirkan idea yang diterjemahkan dalam penulisan. Lapore, Greenberg, Bruno dan Symth
mencadangkan bahawa penulisan ekspresif membantu proses pengawalan emosi melalui tiga
cara, iaitu mengarahkan perhatian, membantu habituation dan membantu penstrukturan
semula aspek kognisi.
Gabungan antara kedua-dua kognisi dan afeksi dalam penulisan teks jarang diterokai. Selain
afeksi dibawah sedar, terdapat pendapat bahawa kognisi juga boleh berlaku secara bawah

sedar. Minda bawah sedar difokuskan untuk aaktiviti rutin yang dilakukan berulangkali dari
masa ke semasa. Ketiga, minda bawah sedar cenderung untuk menggalakkan kepada
tingkahlaku yang tidak sempurna. Jadi, aktiviti mental yang lengkap menggalakkan
penggunaan minda bawah sedar secara berkesan dan betul. Apabila wujud unsur afeksi,
pelajar dapat menulis karangan dengan baik melalui integrasi. Penggabungan antara emosi
dan kognisi dalam penulisan adalah sesuatu yang asas dan dinamik (Murray,1999). Aspek
kognisi mewujudkan idea yang mempunyai makna manakala aspek emosi membantu pelajar
mencari nilai di dalam makna idea tersebut.
Integrasi dalam penulisan harus dimulakan di dalam kelasbagi mengembangkan idea-idea
dalam karangan pelajar di peringkat sekolah (Murray 1999). Guru-guru sebagai pendidik
harus bijak mengendali emosi diri dan emosi pelajar supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua proses kognisi dan afeksi
dianggap suatu pengamatan untuk mentafsir dan menilai hasil pemikiran pelajar dengan
menginterpretasi isi dan fakta karangan. Hubungan antara kedua proses ini dengan teks dapat
diaplikasikan dengan baik sekiranya guru berusaha untuk bertindak sebagai instruktor bagi
menggalakkan pelajar untuk melatih penggunaan kognisi dan afeksi dalam penulisan
karangan mereka.

Soalan 3:

Sejauh manakah peranan kognisi dan afeksi membantu dalam


penghasilan karangan

Mohd. Jonit dan Abdul Rashid (1993) mendapati bahawa dari aspek sosiobudaya, Bahasa
Melayu diberi penumpuan melalui penggunaannya dalam konteks yang betul, penerimaan
pendapat, emosi, agama, kepercayaan, budaya masyarakat setempat dan gaya hidup.
Kognisi merupakan suatu proses mental untuk mengetahui, termasuk aspek seperti kesedaran,
persepsi

penaakulandan

pengadilan

untuk

menyelesaikan

masalah.

Serio

(2004)

mendefinisikan kognisi dalam beberapa aspek. Input asas kognisi mendalam terdiri daripada
lima deria , naluri asas, dan komunikasi serta bahasa. Kognisi mendalam pula terdiri daripada
pemprosesan pemikiranseperti ilmu pengetahuan, pengalaman, kecerdasan dan intuisi. Output
kognisi berkaitan dengan hasil proses kognisi terhadap reaksi fizikal yang menjadi tabiat dan
keputusan keputusan yang dibuat secara rasional dalam situasi tertentu.
Teori kognisi yang telah diutarakan oleh Schonfed (1987) mengandungi tiga bahagian utama
iaitu Daftar Sensori ( rangsangan), Memori Jangka Pendek (pemprosesan minda dan output),
dan Memori Jangka Panjang (terdiri daripada memori semantik dan memori episodik)

Ulasan buku: Gaya Bahasa dan Proses Kognisi Kaedah Pedagogi Hermeneutik &
Interpretasi.
Soalan 1:

Ulaskan gaya bahasa dalam penulisan karangan

Soalan 2:

Huraikan pemprosesan informasi dalam penulisan karangan

Soalan 3:

Ulaskan keistimewaan Kaedah Pedagogi Hermeneutik

You might also like