You are on page 1of 10

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA / FACULTY OF HUMAN ECOLOGY

Peperiksaan Akhir / Final Examination


Semester Kedua / Second Semester of 2021-2022

KURSUS/ : Psikologi Tingkah Laku Sosial dan Interpersonal


COURSE NAME (Psychology of Social and Interpersonal Behaviour)

KOD/ : FEM 4103


CODE

PROGRAM/ : BSPM
PROGRAMME

TARIKH/ : 18 JULAI / JULY 2022


DATE

MASA / TIME : 8.30 PAGI /A.M. – 10.30 PAGI/ A.M.

JANGKAMASA / : 2 JAM / HOURS


DURATION OF TIME

ARAHAN KEPADA CALON/ INSTRUCTIONS TO CANDIDATES:

1. Sila rujuk kepada helaian kertas soalan untuk arahan lanjut.


Please refer to the question paper page for further instruction.

2. Peperiksaan ini membawa nilaian 20% daripada keseluruhan gred.


This examination is worth 20% of the total grade.

Nama/ : MUHAMMAD AL FATIH BIN SUDIN


Name

No. Matrik/ : 203465 Program/ : BSPM


Matric No. Programme

No. Meja/ : Tanda tangan/:


Seat No. Signature

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman termasuk helaian pertama.


This paper consists of 3 pages including the front page.

Arahan / Instructions
Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua (2) soalan sahaja dalam Bahagian
B. Sila tulis nama dan nombor matrik di bahagian atas setiap helaian kertas jawapan
anda. Jawapan yang telah siap hendaklah dihantar secara dalam talian melalui
Putrablast.

Answer all questions in Section A, and two (2) questions only in Section B. Please
write your name and matric number on the top of each page of your answer scripts.
Your answer must be submitted online through Putrablast.

Soalan / Questions
Bahagian/Section A (20 markah/marks)

1. Bandingkan penjelasan Teori James-Lange dan Teori Cannon-Bard mengenai


kesan emosi tingkah laku interpersonal.
Compare the explanation of James-Lange’s Theory and Cannon-Bard’s Theory
on the effect of emotion on interpersonal behaviour.
(5 markah/marks)
PERBANDINGAN TEORI JAMES-LANGE TEORI CANNON-BARD
Definisi Emosi adalah hasil Rangsangan luar boleh
daripada tindak balas mencetuskan tindak
fisiologi manusia balas fizikal dan emosi
terhadap peristiwa. secara serentak dan
bebas.
Urutan Respon Emosi diikuti dengan Tindak balas emosi dan
tindak balas fizikal. fizikal berlaku secara
serentak.
Kebergantungan Tindak balas badan Tindak balas fizikal
Respon menjadi asas kepada tidak bergantung
tindak balas emosi. kepada tindak balas
emosi, dan sebaliknya.

2
2. Gunakan pengetahuan anda tentang kemalasan sosial untuk menjelaskan
mengapa kadangkala pekerja menjadi kurang produktif daripada yang
dijangkakan.
Use your knowledge of social loafing to explain why workers are sometimes
less productive than expected.
(5 markah/marks)
Pada pendapat saya, kemalasan sosial sering menjadikan pekerja kurang
produktif kerana wujudnya penyebaran tanggungjawab atau “diffusion
responsibility” yang menyebabkan seseorag itu berasa kurang
bertanggungjawab ekoran kehadiran seseorang yang baru. Hal ini dikatakan
demikian kerana kehadiran orang lain di dalam sesuatu sektor itu menjadikan
pekerja yang lain berasa kurang tanggungjawab atau berasa kurangnya beban
kerja. Hal ini menyumbang kepada berlakunya pengkhususan yang
menjadikan seseorang itu hanya melakukan satu pekerjaan sahaja dalam satu
masa dan perkara ini secara tidak langsung membuatkan pekerja berasa bosan
dan kurang produkti dalam melakukan pekerjaan tersebut.

3. Bagaimana analisis kos dan faedah boleh diaplikasikan untuk membentuk


hubungan intim pada masa hadapan?
How can a cost and benefit analysis be applied to predict the future of an
intimate relationship?
(5 markah/marks)
Analisis kos dan faedah boleh diaplikasikan untuk membentuk hubungan intim
pada masa hadapan adalah dari aspek masa. Hal ini demikian kerana masa
merupakan salah satu kos yang perlu dikeluarkan bagi memberikan waktu kepada
pasangan kita untuk membentuk satu hubungan yang lebih rapat.
Selain itu, kefahaman diri juga menjadi salah satu kos untuk dilakukan. Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam menjalinkan hubungan intim, seseorang perlu
memahami dirinya sendiri dan memahami diri pasangan supaya keduanya mudah
untuk berbincang jika berlakunya permasalahan.
Seterusnya adalah mempunyai harga diri yang positif. Hal ini demikian kerana
harga diri merupakan aset yang penting dalam memastikan hubungan seseorang itu
bertahan selama yang mungkin. Hal ini disebabkan oleh harga diri dapat menentukan
tahap perhubungan satu pasangan tersebut. Semakin tinggi harga diri seseorang
makin tinggi tahap hubungan.

3
4. Bezakan antara tindakan menolong jenis egoistik dan altruistik.
Differentiate between egoistic and altruistic helping.
(5 markah/marks)

PERBANDINGAN MENOLONG EGOISTIK MENOLONG ALTRUISTIK


Penerangan Satu bentuk pertolongan di Satu bentuk pertolongan di
mana matlamat akhir pembantu mana matlamat utama
adalah untuk meningkatkan penolong adalah untuk
kebajikannya sendiri. meningkatkan kebajikan
orang lain tanpa
mengharapkan balasan.
Contoh Seseorang boleh membuat Membantu membersihkan
derma yang besar kepada balai raya atau bergotong-
institusi dengan minat yang royong tanpa meminta
dinyatakan untuk memiliki sebarang balasan.
bangunan yang dinamakan
sempena nama beliau.

4
Bahagian/Section B (Markah/Marks 20%)
Jawab dua (2) soalan sahaja dalam bahagian ini.
Answer two (2) questions only in this section.

5. Impak yang hebat daripada pengaruh sosial melalui keakuran, kepatuhan dan
pematuhan membantu kita memahami kenapa kadang-kadang individu yang
baik melakukan perkara yang salah. Berdasarkan pernyataan ini:

a) Jelaskan alasan-alasan untuk keakuran sosial dan kepatuhan sosial.


(5 markah)

Antara alasan keakuran sosial terbahagi kepada dua iaitu alasan


peribadi dan alasan situasi. Bagi alasan peribadi adalah kesedaran diri iaitu
menyedari diri secara peribadi mengurangkan pematuhan, manakala
menyedari diri secara terbuka meningkatkan pematuhan terhadap orang
disekeliling.
Seterusnya adalah persembahan diri iaitu di mana kepatuhan berlaku
apabila penyampai bersendirian dengan mereka untuk cuba
mempengaruhi mereka dan mereka melihat keakuran sebagai sesuatu
yang baik atau bijak.
Selanjutnya, keinginan untuk kawalan peribadi. Mereka mengawal
tindak balas mereka sendiri. Dalam Teori tindak balas psikologi
menunjukkan orang percaya bahawa mereka mempunyai kebebasan
tingkah laku tertentu, dan mereka akan bertindak balas terhadap sesuatu
yang cuba untuk mengehadkan rasa kebebasan.
Selain itu, jantina dan kesesuaian. Kajian awal mendapati wanita lebih
akur daripada lelaki. Dalam tetapan yang lebih peribadi, lelaki cenderung
lebih akur berbanding wanita.
Alasan situasi adalah saiz kumpulan. Semakin besar saiz kumpulan
maka semakin tinggi keakuran di dalam kumpulan tersebut.
Kesepaduan kumpulan dan topik. Semakin relevan topik yang
dibincangkan semakin tinggi tahap keakuran sesuatu kumpulan.
Sokongan sosial. Penyokong sosial mengurangkan pematuhan dengan
mengurangkan pengaruh normatif kumpulan.
Antara alasan kepatuhan sosial pula adalah mood yang positif. Orang
lain lebih cenderung untuk mematuhi apabila mereka berada dalam mood
yang baik.
Selain itu, timbal balik. Jangkaan bahawa seseorang harus membalas
budi atau perbuatan baik. Timbal balik biasanya digunakan sebagai strategi
dalam membuat jualan.
Seterusnya adalah memberi alasan. Dalam memberikan permintaan
seseorang, kita sering memerlukan alasan untuk mematuhi. Oleh itu,
alasan menjadi penyumbang kepada seseorang itu menjadi seseorang
yang patuh.
b) Bincangkan bagaimana individu boleh sedar serta berdaya tindak terhadap
pelbagai bentuk pengaruh sosial yang negatif. (5 markah)

Individu boleh sedar dan bertindak balas terhadap pengaruh negatif


adalah melalui pelbagai strategi atau teknik antaranya adalah menjaga
masa kendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, orang negatif boleh
memonopoli masa yang kita miliki walaupun mereka tidak bersama. jika
kita tidak berhati-hati maka masa kita mudah di curi oleh orang yang
negatif. Sebagai contoh, seseorang tiba-tiba mengajak kita untuk melepak
dan sebagainya sedangkan kita mempunyai kerja yang perlu diselesaikan.
Oleh itu, jangan mudah terpedaya dan mudah memberi waktu kita kepada
orang lain.
Selain itu, memilih sikap atau “attitude” sendiri. Hal ini dikatakan
demikian kerana menghabiskan masa dengan orang negatif boleh menjadi
cara terpantas untuk merosakkan mood yang baik. Pandangan pesimis dan
sikap suram mereka boleh mengurangkan motivasi kita dan mengubah
perasaan kita. Oleh itu, kita perlu membuat usaha sedar untuk memilih
sikap diri kita. Sebagai conoh, membuat mantra, seperti, "Saya akan kekal
positif hari ini walaupun berada di sekeliling orang yang negatif", dan ulangi
dengan kerap untuk membantu diri kita kekal di landasan yang betul. Tarik
nafas dalam-dalam dan putuskan bahawa kita akan menjadikannya hari
yang hebat, walaupun terdapat cemuhan atau cacian dari orang sekeliling.
Seterusnya, fokuskan pemikiran kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
orang yang negatif mampu mengganggu pemikiran kita. Oleh hal yang
2
demikian, kita perlu mengembalikan fokus pemikiran kita supaya kita
berada di kedudukan yang betul dan tidak terpesong. Sebagai contoh,
menjauhkan diri daripada orang negatif. Hal ini disebabkan oleh orang
negatif akan menghasilkan aura yang negatif sehingga mengganggu
pemikiran kita seperti kita akan lebih mudah berasa takut dan sebagainya.
Oleh itu, fokuskan diri kita terhadap tujuan hidup kita supaya kita tidak
mengalami masalah di masa hadapan.
Akhir sekali, bergaul dengan orang yang positif. Hal ini demikian kerana
orang yang positif akan membawa aura yang positif kepada diri kita. Hal ini
akan menyumbang kepada diri kita untuk lebih bersemangat bagi
meneruskan hidup kita atau meneruskan pekerjaan kita. Sebagai contoh,
kita bergaul dengan orang yang berjaya dalam hidup dan orang yang tidak
toksik. Hal ini akan menyumbang kepada diri kita untuk lebih berjaya seperti
orang tersebut dan secara tidak langsung ianya akan menjadikan diri kita
ini supaya lebih cenderung untuk berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan
kita.
The powerful impact of social influence through conformity, compliance and
obedience helps us understand why good people sometimes do bad things.
Based on this statement:

a) Explain reasons for social conformity and social compliance.


(5 marks)
b) Discuss how individuals can become aware of and cope with various forms
of negative social influence. (5 marks)

6. Berdasarkan teori dan kajian lepas:

a) Apakah kemahiran-kemahiran dan sikap yang ditunjukkan oleh orang yang


difahami sebagai memiliki kecekapan sosial?

b) Jelaskan sejauh mana kecekapan sosial dapat dipelajari dan sejauh mana
ianya adalah faktor semula jadi?

3
According to theory and previous research:

a) What skills and attitudes are exhibited by people whom we understand to


be socially competent?
(5 marks)
b) Explain to what extent can social competence be learned and to what extent
it is innate? (5 marks)

7. Rahman dikenali sebagai seorang pekerja yang agresif. Sifat agresifnya boleh
jadi dalam bentuk fizikal atau lisan, contohnya menjerit dan memukul meja.
Rahman cenderung untuk menjadi agresif apabila menghadapi konflik dan
mahu mempertahankan haknya. Berdasarkan kes Rahman:

a) Jelaskan kemungkinan faktor personaliti dan faktor lain yang menyumbang


kepada sikap agresifnya. (5 markah)

Antara faktor personaliti yang dihadapi oleh Rahman adalah faktor


“irritability” iaitu satu keadaan di mana seseorang itu mudah marah atau
meletup terhadap provokasi yang kecil. Selain itu, “rumination” iaitu
keadaan di mana seseorang itu mengekalkan perasaan marahnya
walaupun selepas provokasi. Terakhir adalah “emotional susceptibility” iaitu
keadaan di mana seseorang itu memilik kecenderungan untuk mengalami
perasaan tidak selesa dan tidak mencukupi.
Antara faktor lain adalah faktor perbezaan jantina iaitu di mana lelaki
lebih cenderung untuk bersikap agresif berbanding dengan wanita. Selain
itu, faktor biologi iaitu seseorang itu lebih mudah agresif kerana perubahan
hormon yang berlaku dalam diri seseorang itu. Selanjutnya adalah faktor
sakit atau tidak selesa di mana kemungkinan Rahman mempunyai penyakit
yang membuatkan dirinya tidak selesa dan mudah untuk bersikap agresif.
Akhir sekali adalah faktor tekanan atau “frustration”. Menurut teori tekanan-
agresif mengatakan bahawa Persepsi orang ramai bahawa mereka
4
dihalang daripada mencapai matlamat akan meningkatkan kebarangkalian
mereka bertindak balas secara agresif. Hal ini mungkin ditunjukkan oleh
Rahman di mana mungkin salah satu matlamatnya dihalang atau tidak
dapat dicapai sehingga menyebabkan Rahman berasa tertekan dan
menunjukkan tindak balasnya dengan cara bertindak agresif.

b) Cadangkan cara-cara untuk membantu Rahman mengatasi masalah sifat


agresifnya. (5 markah)

Mewujudkan kakitangan yang menghormati dan mesra yang


menunjukkan pemahaman tentang rakan sekerja dan berkomunikasi
dengan baik. Contohnya menerangkan keadaan yang dapat mengurangkan
kebimbangan tentang layanan yang tidak adil.
Seterusnya adalah mewujudkan kakitangan yang peka akan faktor
peribadi yang boleh menimbulkan agresif dan mewujudkan kakitangan yang
mempunyai sifat empati dalam diri mereka supaya Rahman akan lebih
berasa disayangi dan dihormati di tempat kerja.
Selanjutnya, mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan aman. Hal
ini dapat membantu Rahman utnuk lebih berasa selesa di tempat kerja dan
perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan sikap agresif
Rahman di tempat kerja.
Selain itu, Rahman perlu diberikan latihan sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana latihan sosial ini dapat membantu Rahman untuk lebih
mudah bersosialisasi dengan rakan-rakan sekerja dan lebih mudah untuk
beradaptasi dengan keadaan sosial di tempat kerja. Perkara ini secara tidak
langsung dapat membantu mengurangkan sikap agresif Rahman di tempat
kerja.

Rahman is known as an aggressive worker. His aggression at the workplace


can be verbal or physical, such as shouting or banging the desk. Rahman tends
toward aggression when he gets into conflict and wants to defend his interests.
Based on Rahman’s story:

5
a) Explain possible personality and other factors that may contribute to
Rahman’s aggressive behaviour. (5 marks)

b) Suggests ways to help him reduce his aggressive behaviours.


(5 marks)

You might also like