You are on page 1of 67

Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Bismillahirrahmanirrahim
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada SISC+ Unit Sains Sosial, Pejabat
Pendidikan Daerah Timur Laut atas inisiatif bersama Pasukan Inspirasi Moral Daerah
Timur Laut menghasilkan Manual Inspirasi Pendidikan Moral sebagai bahan rujukan
kepada guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral. Kejayaan melahirkan manual
ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi subjek ini.
Subjek Pendidikan Moral menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk memperoleh
keputusan cemerlang seandainya mendapat bimbingan yang betul, berkesan dan
bermakna daripada guru. Subjek ini akan memberikan nilai tambah kepada prestasi
pencapaian murid seandainya murid dapat menguasai subjek ini dan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi kertas Pendidikan Moral.
Moga kaedah Mnemonik Big World Fan Need More Inspiration ini dapat membimbing
murid memahami arahan soalan dan merancang gerak kerja bagi memberikan jawapan
yang sangat berkesan dan menepati tema. Selain itu, pemilihan kepada topik fokus juga
diharapkan dapat membantu murid-murid bersedia dan berkeyakinan untuk
memberikan jawapan yang terbaik dalam peperiksaan.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Siti Faizah binti
Hashim dan ahli Pasukan Inspirasi Moral Daerah Timur Laut. Semoga usaha baik dan
murni ini diberkati Tuhan yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.

Tuan Yusof bin Shaari


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang mencoretkan sepatah
dua kata alu- aluan mewakili Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Timur
Laut.
Penghasilan Manual Inspirasi Pendidikan Moral adalah untuk memenuhi hasrat dan
matlamat Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut supaya guru-guru dapat melaksanakan
PdPc yang bermakna untuk meningkatkan kualiti guru dan prestasi murid. Kompilasi
Teknik PdPc ini diharapkan mampu memberi input dan nilai tambah kepada PdP para
guru di Timur Laut seterusnya menjadi pencetus dan pemangkin kecemerlangan
sekolah dan kemenjadian murid.
Akhir kata saya merakamkan setinggi –tinggi tahniah dan syabas kepada Pn. Siti Faizah
binti Hashim, pegawai SISC+ Unit Sains Sosial serta Pasukan Inspirasi Moral Daerah
Timur Laut yang terlibat atas inisiatif dalam menghasilkan Manual Inspirasi
Pendidikan Moral. Saya yakin intervensi sokongan ini sangat bermanfaat dan memberi
inspirasi pada guru-guru untuk lebih peka dan bersungguh-sungguh dalam membimbing
anak-anak didik di sekolah.
Sekian, terima kasih.

Puan Rashida binti S.K Abdul Kader


ISI KANDUNGAN
TOPIK MUKA SURAT

PRAPENULISAN 1

ANALISIS SOALAN 2

FOKUS 3

CONTOH HURAIAN BEBAS (FREELANCE) 4

Faktor/Sebab/Punca
Cara/Kaedah/Langkah/Tindakan
Kepentingan/Manfaat/Faedah/Kebaikan
Implikasi/Kesan/Impak Negatif
Cabaran/Batasan/Halangan

FORMULA PENULISAN ESEI 11

UNIT ULANGAN TINGKATAN 4 & 5 12

CONTOH SOALAN 13

SEKALUNG PENGHARGAAN
61
SETULUS BUDI
PRAPENULISAN

Big World Fan Need More Inspiration

Big Baca

World Watak

Fan Fokus (Kata Kerja)

Need Nilai

More Markah

Inspiration Isu (Kata Kunci)

1
2
F o k u s

Konsep

Ciri

Contoh

Kepentingan / Kebaikan

Kesan / Implikasi

Cabaran / Halangan

Cara / Tindakan /
Langkah

Perasaan

3
CONTOH HURAIAN BEBAS
(FREELANCE)

tor / Sebab /
Fak
Punca

Cara / Ka
edah /
Langkah
/ Tindaka
n
Kepentingan /
Manfaat / Faedah /
Kebaikan

Implika
si / Kes
Impak n an /
egatif
Cabaran / Batasan /
Halangan

4
CONTOH HURAIAN TENTANG
FAKTOR/SEBAB/PUNCA

Kurang didikan agama


Kurang perhatian ibu bapa
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh media massa
Pengaruh budaya barat
Perbuatan tersebut berdosa
Melanggar norma masyarakat
Salah di sisi undang-undang

5
CONTOH HURAIAN TENTANG
CARA/KAEDAH/LANGKAH/TINDAKAN

Diri
Melakukan aktiviti
berfaedah
Tidak terjebak dalam
gejala sosial
Menyertai kempen
Keluarga Mengikuti kelas ceramah
agama.
Ibu bapa menjadi contoh Amal ajaran agama.
Mengawal gerak geri anak
Memenuhi keperluan anak
Memberi perlindungan
didikan agama Kerajaan
Kuatkuasa undang-undang
Mengadakan kempen
Mengenakan hukuman setimpal
Membuat pemantauan

Media Massa Tubuh Jawatankuasa Khas.

Pengiklanan
Menimbulkan kesedaran
Menyebarkan maklumat Masyarakat
Laman sesawang rasmi
Sertai kempen
Melapor kepada pihak berkuasa
Sebarkan maklumat tulen
Mengambil tahu isu berkaitan
Berganding bahu
Memberi sokongan

6
CONTOH HURAIAN TENTANG
KEPENTINGAN/
MANFAAT/FAEDAH/KEBAIKAN

INDIVIDU

1. Menjamin masa depan

2. Menjadi contoh teladan

Menjaga imej/diri/ keluarga


3.
/negara
Dihormati dan disukai oleh orang
4.
lain

5. Menambah ilmu pengetahuan

6. Menjamin kesihatan

7
CONTOH HURAIAN TENTANG
KEPENTINGAN/
MANFAAT/FAEDAH/KEBAIKAN

Keluarga/Masyarakat

1. Mengeratkan hubungan/silaturahim

2. Memupuk perpaduan

3. Melahirkan keluarga/masyarakat
yang harmoni

Negara

1. Meningkatkan kestabilan politik

2. Meningkatkan ekonomi

3. Menjamin kesihatan

4. Menjana pendapatan/ekonomi
8
CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/
KESAN/IMPAK NEGATIF

DIRI SENDIRI
Imej diri terjejas
Dikenakan tindakan undang-
undang
Dipenjarakan/didenda
Masa depan gelap
Dipandang rendah oleh
orang lain MASYARAKAT
Perpaduan terjejas
Perselisihan faham
berlaku
Hubungan sosial
terjejas

KELUARGA
Imej keluarga terjejas
Berlaku pergaduhan
dalam keluarga
hubungan keluarga
renggang

NEGARA
Hidup tidak harmoni
Negara tidak aman
Ekonomi jatuh
Negara menjadi
mundur
Ekosistem terjejas

9
CONTOH HURAIAN TENTANG
CABARAN/BATASAN/HALANGAN

Kurang sikap peduli

Kurang semangat patriotik

Kurang pemahaman agama

Pengaruh budaya barat

Perbezaan bahasa/budaya

Kurang kepakaran

Taraf ekonomi/sosial berbeza

Sumber kewangan terhad

Penyebaran maklumat palsu

10
FORMULA PENULISAN
ESEI
Soalan bertanyakan nilai

Nilai 1 + Nilai 2

F Fakta

H Huraian x 2 Set

H Huraian Lanjutan

C Contoh

I Inferens (Kesimpulan)

Soalan bertanyakan Fakta (Tanpa Nilai)

F Fakta

H Huraian

H Huraian Lanjutan x 2 Set

C Contoh

I Inferens (Kesimpulan)

11
UNIT ULANGAN TINGKATAN
4&5

12
TINGKATAN 4

UNIT 1 NORMA MASYARAKAT PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

1. Jelaskan maksud norma masyarakat.


[1 markah]
MAKSUD  Norma masyarakat bermaksud perilaku atau tindakan
yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu
kelompok, komuniti atau budaya.
2. Bagaimanakah anggota masyarakat melaksanakan
norma masyarakat dalam komunitinya?
[2 markah]
 Menghormati orang yang lebih tua.
CARA  Beramah mesra dengan jiran tetangga.
 Menziarahi jiran yang sakit.
 Beratur semasa menggunakan pengangkutan awam.
 Duduk ketika makan.
3. Apakah kepentingan amalan norma masyarakat?
[2 markah]
 Sebagai panduan bertingkah laku dalam masyarakat.
KEPENTINGAN
 Membentuk masyarakat yang teratur / sistematik.
 Sebagai ukuran / garis panduan bertingkah laku.
 Membina masyarakat yang harmoni.
4. Ramalkan dua kesan sekiranya seseorang individu itu
bersikap individualistik.
[4 markah]
 Keputusan dan tindakan yang diambil berasaskan
pertimbangan diri sendiri sahaja.
 Tidak memikirkan perasaan orang lain.
KESAN
 Boleh menjatuhkan air muka / maruah seseorang.
 Kurang melibatkan diri dengan aktiviti sosial.
 Bersikap egoistik / sombong.
 Tidak mahu menerima pendapat orang lain.

13
5. Poster berikut berkaitan dengan sambutan Rumah
Terbuka sempena perayaan Hari Raya Puasa.

PERASAAN

(Sumber : Internet)
Apakah perasaan anda apabila menghadiri majlis di atas?
Berikan alasan anda.
[2 markah]
 Saya berasa gembira / bangga.
 Rakyat Malaysia berbilang kaum bersama-sama meraikan
perayaan.
 Dapat mengenali budaya kaum lain.
 Dapat berkenalan dengan lebih banyak orang.
6. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, apakah
tindakan yang sepatutnya anda lakukan agar dapat
menunjukkan amalan norma masyarakat dilaksanakan?
[3 markah]
MAIN PERANAN  Bertegur sapa dengan jiran.
(TINDAKAN)
 Menghadiri majlis rumah terbuka.
 Terlibat dalam aktiviti gotong-royong.
 Bertukar makanan / juadah.
 Menziarahi jiran yang sakit.

14
TINGKATAN 4

UNIT 1 NORMA MASYARAKAT PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

Gambar di bawah menunjukkan antara permainan tradisional yang masih


dimainkan oleh generasi kini.

(Sumber : Internet)
Jika tiada usaha diambil, permainan tradisional ini akan hilang ditelan zaman. Pada
pendapat anda, apakah tindakan yang dapat diambil untuk mengelakkan permainan
tradisional ini pupus? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal
yang telah dipelajari.
[10 markah]
NILAI Saya perlu mengamalkan nilai rasional dan nilai kerjasama.
FAKTA 1 Pihak kerajaan mengadakan kempen permainan tradisional.
HURAIAN Kerajaan menggunakan media massa dan media sosial
menyebarkan maklumat seperti televisyen.
HURAIAN Kerajaan menyiarkan maklumat tentang keunikan permainan
LANJUTAN tradisional.
CONTOH Contohnya, Kempen Jom Main Permainan Tradisional.
INFERENS Oleh itu, masyarakat sedar akan kepentingan permainan
tradisional.
FAKTA 2 Ibu bapa memberikan galakan kepada anak-anak.

15
HURAIAN Ibu bapa membelikan anak-anak permainan tradisional dan
bermain bersama-sama.
HURAIAN Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang positif kepada
LANJUTAN anak-anak.
CONTOH Contohnya, membeli permainan congkak melalui aplikasi
Shopee.
INFERENS Oleh itu, anak-anak berpeluang bermain permainan
tradisional.

16
TINGKATAN 5
UNIT 1 NORMA MASYARAKAT MEMBENTUK KEHARMONIAN SEJAGAT

1. Jelaskan maksud masyarakat global.


[1 markah]
MAKSUD
 Masyarakat global bermaksud individu dalam komuniti
dunia yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
2. Nyatakan dua perlakuan yang ditunjukkan oleh masyarakat
global.
[2 markah]
 Melestarikan kesejahteraan global.
CARA  Menghormati perspektif dalam kepelbagaian isu global.
 Mengamalkan sifat kemanusiaan secara global.
 Memahami, menghormati amalan masyarakat global yang
pelbagai.
3. Apakah kepentingan amalan norma masyarakat global
kepada manusia sejagat?
[2 markah]
KEPENTINGAN
 Mengelakkan penyakit daripada berjangkit.
 Meningkatkan penguasaan teknologi.
 Membentuk masyarakat global yang berperikemanusiaan.
4. Ramalkan dua kesan sekiranya masyarakat global
mengabaikan aspek kesihatan.
[4 markah]
 Menjejaskan tahap kesihatan diri.
KESAN
 Mudah dijangkiti oleh penyakit berbahaya.
 Meningkatkan kadar kematian.
 Kehilangan anggota keluarga tersayang.
5. Binatang liar dibunuh untuk dijadikan produk perhiasan.
Apakah perasaan anda apabila membaca berita tentang
kepupusan hidupan liar? Berikan alasan anda.
[2 markah]
PERASAAN
 Saya akan berasa sedih / kecewa / marah.
 Tindakan manusia tidak berperikemanusiaan.
 Bertindak mendera binatang.

17
6. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, bagaimanakah
anda dapat menyumbang dalam melestarikan alam
daripada pencemaran?
MAIN PERANAN
[3 markah]
(TINDAKAN)
 Menggunakan bahan kitar semula.
 Tidak menggunakan beg plastik.
 Tidak membuang sampah merata-rata.

18
TINGKATAN 5
UNIT 1 NORMA MASYARAKAT MEMBENTUK KEHARMONIAN SEJAGAT

Gambar di bawah berkaitan sambutan Hari Bumi yang diadakan pada tahun ini.

Kempen Hari Bumi wajar dijalankan setiap tahun. Terangkan jawapan anda
berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari.
[10 markah]
NILAI Masyarakat perlu mengamalkan nilai kasih sayang dan nilai
bertanggungjawab.
FAKTA 1 Kempen Hari Bumi dapat meningkatkan kesedaran
masyarakat global tentang isu alam sekitar.
HURAIAN Masyarakat global bersama-sama berusaha untuk mengawal
pencemaran alam sekitar.
HURAIAN Pencemaran memberikan kesan kepada manusia dan
LANJUTAN binatang.
CONTOH Contohnya, menanam lebih banyak pokok di kawasan
perumahan.
INFERENS Oleh itu, masyarakat wajib menyelamatkan bumi daripada
pencemaran.
FAKTA 2 Semua negara bersama-sama menjaga flora dan fauna.
HURAIAN Masyarakat global memastikan alam sekitar terpelihara.
HURAIAN Masyarakat global memberikan sokongan untuk memelihara
LANJUTAN alam sekitar.
CONTOH Contohnya, amalan “Go-Green” diamalkan di seluruh dunia.
INFERENS Oleh itu, masyarakat global bersama-sama berganding bahu
untuk melestarikan alam sekitar.

19
TINGKATAN 4

UNIT 2 PERIBADI MULIA HIASAN DIRI

1. Apakah ciri-ciri individu berkeperibadian mulia?


[2 markah]
CIRI-CIRI  Mempunyai pegangan agama / nilai moral.
 Ikhlas dalam tindakan.
 Berusaha melakukan kebaikan.
 Sopan dalam tindakan.
2. Apakah cara membentuk sikap berkeperibadian mulia
dalam diri?
[2 markah]
CARA  Ikut ajaran agama.
 Membantu mangsa bencana.
 Mengharumkan nama negara.
 Bercakap sopan dengan orang lain.
3. Huraikan dua kepentingan berkeperibadian mulia dalam
kehidupan seharian.
[4 markah]
KEPENTINGAN  Menjadi suri teladan kepada orang lain.
 Sentiasa melakukan perkara positif dalam hidup.
 Meningkatkan imej diri.
 Disenangi orang lain.
4. Apakah contoh tingkah laku bukan berkeperibadian
mulia? [2 markah]
CONTOH  Mudah berputus asa.
 Tamak.
 Tidak sabar.
5. Apakah perasaan anda apabila mengamalkan amalan
berkeperibadian mulia dalam kehidupan seharian?
PERASAAN Berikan alasan anda.
[2 markah]

20
 Saya berasa gembira / bangga.
 Dapat menjadi suri teladan.
 Disenangi orang lain.
 Dihormati orang lain.
6. Sebagai anak, bagaimanakah anda dapat menunjukkan
sikap berkeperibadian mulia?
[3 markah]
MAIN PERANAN  Mendengar nasihat ibu bapa.
(TINDAKAN)  Bercakap dengan nada yang sopan.
 Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
 Tidak berbohong.

21
TINGKATAN 4

UNIT 2 PERIBADI MULIA HIASAN DIRI

Golongan pelajar perlu memelihara maruah diri bagi memastikan mereka dapat
menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.
Sebagai pelajar, bagaimanakah anda menjaga maruah diri dalam kehidupan?
[10 markah]
FAKTA 1 Saya mengamalkan ajaran agama.
HURAIAN Saya dapat bezakan tindakan baik dan buruk
HURAIAN supaya tidak terikut dengan pengaruh jahat.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, saya menghadiri kelas keagamaan.
INFERENS Dengan itu, saya mempunyai panduan dalam hidup.
FAKTA 2 Saya melibatkan diri dalam program amal.
HURAIAN Saya dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
HURAIAN agar tidak membuang masa.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, saya menjadi sukarelawan.
INFERENS Dengan itu, saya dapat elakkan diri daripada terlibat dengan
gejala negatif.

22
TINGKATAN 5

UNIT 3 KEROHANIAN MEMBENTUK INDIVIDU BERMORAL

1. Apakah ciri-ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian?


[2 markah]
 Berpegang teguh pada ajaran agama.
CIRI  Sentiasa bersyukur.
 Akhlak yang baik.
 Adil dalam tindakan diambil.
2. Bagaimanakah seseorang boleh meningkatkan nilai
kerohanian dalam diri?
[2 markah]
 Menjadikan agama sebagai panduan hidup.
CARA  Taat kepada ibu bapa.
 Mengelakkan diri daripada gejala negatif.
 Menjaga hubungan sesama manusia.
 Menjaga alam sekitar.
3. Apakah kepentingan nilai kerohanian dalam diri?
[4 markah]
 Meningkatkan imej diri.
KEPENTINGAN  Menjadi suri teladan.
 Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
dilarang agama.
 Membentuk insan yang berakhlak mulia.
4. Apakah implikasi sekiranya individu mengabaikan nilai
kerohanian dalam diri?
[4 markah]
 Tidak mendengar nasihat orang tua.
IMPLIKASI  Menjadi orang yang sombong.
 Melahirkan sikap mementingkan diri.
 Melanggar norma masyarakat.
 Dipandang rendah oleh masyarakat.

23
5. Apakah perasaan anda sekiranya dapat menghayati nilai
kerohanian dalam diri? Berikan alasan anda.
[2 markah]
PERASAAN  Saya berasa gembira / bersyukur.
 Dapat melaksanakan ajaran agama.
 Mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain.
6. Sebagai pelajar, bagaimanakah anda menghayati nilai
kerohanian dalam kehidupan seharian?
MAIN PERANAN [2 markah]
(TINDAKAN)  Membantu rakan.
 Menghadiri kelas agama.
 Mengelakkan diri daripada gejala negatif.
 Bercakap sopan dengan guru.

24
TINGKATAN 5

UNIT 3 KEROHANIAN MEMBENTUK INDIVIDU BERMORAL

Maklumat berikut berkaitan masalah sosial.

(Sumber : Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5, muka surat 42)

Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi meningkatkan nilai


kerohanian dalam diri setiap individu agar masalah sosial dalam kalangan pelajar
dapat dielakkan. Jawapan anda perlu berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]
NILAI Pelajar patut mengamalkan nilai bertanggungjawab dan nilai
harga diri.
FAKTA 1 Pelajar perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh.
HURAIAN Pelajar dapat membezakan perkara baik dan buruk.
HURAIAN Pelajar dapat membuat keputusan yang betul.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, tidak menghisap rokok.
INFERENS Oleh itu, agama menjadi panduan dalam kehidupan pelajar.
FAKTA 2 Pelajar patut melakukan aktiviti berfaedah.
HURAIAN Pelajar dapat mengisi masa lapang
HURAIAN supaya dapat membentuk peribadi yang mulia.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, pelajar menyertai aktiviti kokurikulum.
INFERENS Dengan ini, pelajar lebih berdisiplin.

25
TINGKATAN 4

UNIT 4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA


BERETIKA

1. Jelaskan maksud teknologi maklumat dan komunikasi.

[1 markah]

 Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem


MAKSUD
yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,
manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat
dalam pelbagai bentuk.
2. Nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat.
[2 markah]

 Komunikasi secara berhemah / bersopan.


CARA  Tidak sebarkan maklumat palsu.
 Tidak ceroboh dan sebarkan virus.
 Beri maklumat yang betul.
3. Apakah kepentingan menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi secara beretika?

[2 markah]
KEPENTINGAN
 Meningkatkan kualiti pendidikan.
 Meningkatkan hubungan sosial.
 Menjanakan ekonomi.
4. Huraikan dua kesan penyebaran fitnah di media sosial.

[4 markah]

 Menjejaskan kestabilan negara.


KESAN
 Negara menjadi huru-hura.
 Menjatuhkan imej diri / keluarga / negara.
 Dipandang rendah oleh orang lain.

26
5. Apakah perasaan anda apabila mendapati anda difitnah
PERASAAN
dalam media sosial? Berikan alasan anda.

[2 markah]

 Saya berasa sedih / kecewa / marah.


 Mengalami tekanan perasaan / emosi.
 Menjatuhkan imej diri.
6. Sebagai seorang pengguna media sosial yang beretika,
apakah tindakan anda untuk menghalang penyebaran
fitnah di media sosial?
MAIN PERANAN
[3 markah]
(TINDAKAN)
 Pastikan kesahihan maklumat.
 Merujuk laman sesawang yang sah.
 Laporkan kepada pihak berkuasa.
 Tidak menyebarkan berita tersebut.

27
TINGKATAN 4

UNIT 4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA


BERETIKA

Maklumat berikut berkaitan dengan jenayah siber yang sering kali melibatkan
pengguna media sosial.

Jenayah dalam talian atau scam semakin membimbangkan. Mangsa akan


diperdaya dengan mesej yang menawarkan hadiah yang menarik dan akhirnya
menjadi mangsa penipuan.
(Sumber : Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4)

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kes jenayah dalam talian (online) atau
scam semakin berleluasa. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai
universal yang telah dipelajari.

[10 markah]

NILAI Kita perlu mengamalkan nilai rasional dan nilai kejujuran.

FAKTA 1 Kita tertarik dengan produk / pulangan yang ditawarkan.

HURAIAN Janjikan wang yang lumayan dalam jangka masa pendek.

HURAIAN Hidup lebih mewah / senang.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, skim cepat kaya.

INFERENS Oleh itu, banyak orang tertipu dengan muslihat / helah / taktik
penjual.

FAKTA 2 Kita mempunyai kawalan diri yang rendah.

HURAIAN Kita mudah terpedaya dengan janji palsu.

HURAIAN Kita tidak berfikir akan kesan baik dan buruk.


LANJUTAN

28
CONTOH Contohnya, membeli barangan semasa promosi tanpa
kawalan.

INFERENS Oleh itu, disiplin diri perlu kuat supaya tidak tergugat /
terpengaruh.

29
TINGKATAN 5
UNIT 4 PENGGUNAAN SUMBER DAN PENYEBARAN MAKLUMAT DEMI
KESEJAHTERAAN SEJAGAT

1. Berikan dua contoh sumber dan maklumat yang sahih.

[2 markah]

 Buku teks, kitab, buku ilmiah.


CONTOH
 Laman sesawang yang sah.
 Individu dan pihak berautoriti.
 Surat edaran kerajaan.
2. Nyatakan dua tatacara menggunakan sumber dan
menyebarkan maklumat. [2 markah]
 Letak sumber rujukan.
TATACARA
 Pastikan kesahihan maklumat.
 Tidak menokok tambah.
 Tidak cetak / plagiat bahan.
3. Mengapakah penyelewengan maklumat boleh mengugat
kesejahteraan sejagat? [2 markah]

 Sentuh isu sensitif.


FAKTOR  Sebarkan maklumat sulit.
 Sebarkan maklumat palsu.
 Fitnah dan burukkan pihak lain.
 Penyalahgunaan data.
4. Huraikan dua kesan penggunaan sumber dan penyebaran
maklumat yang menjejaskan kesejahteraan sejagat.

[4 markah]

 Jatuhkan imej diri / negara.


KESAN
 Dipandang rendah oleh orang lain.
 Menggugat perpaduan.
 Mencetuskan pergaduhan / huru-hara.

30
5. Apakah perasaan anda apabila menggunakan sumber dan
menyebarkan maklumat yang sahih dalam kehidupan
harian demi kesejahteraan sejagat? Berikan alasan anda.

PERASAAN [2 markah]

 Saya berasa gembira / seronok / bangga.


 Menjaga imej diri.
 Menjaga keharmonian.
6. Sebagai seorang pengguna yang beretika, apakah
tindakan anda untuk menjaga kesejahteraan sejagat?

[3 markah]
MAIN PERANAN
 Memastikan kesahihan maklumat.
(TINDAKAN)
 Bijak menilai sumber maklumat yang diperolehi.
 Tidak menyebarkan berita / sumber yang tidak sahih.
 Fikir dahulu sebelum kongsi.

31
TINGKATAN 5
UNIT 4 PENGGUNAAN SUMBER DAN PENYEBARAN MAKLUMAT DEMI
KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Poster berikut berkaitan dengan penipuan jenayah siber.

(Sumber : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Berdasarkan perkara di atas, bagaimanakah seseorang individu boleh


mengelakkan diri daripada jenayah siber? [10 markah]

FAKTA 1 Seseorang individu mestilah berfikir kesan mendedahkan


maklumat peribadi kepada pihak luar.

HURAIAN Seseorang individu tidak mudah terpengaruh dengan mesej /


panggilan daripada pihak luar.

HURAIAN Tidak klik / tekan pada pautan yang diberi oleh orang yang
LANJUTAN tidak dikenali.

CONTOH Contohnya, SMS / WhatsApp yang tidak pasti sumber.

INFERENS Oleh itu, seseorang individu dapat elakkan diri daripada


tertipu.

FAKTA 2 Seseorang individu sentiasa memeriksa kesahihan mesej /


panggilan yang diterima.

32
HURAIAN Seseorang individu memastikan sumber perolehan mesej
yang diterima.

HURAIAN Seseorang individu sentiasa membuat rujukan di laman


LANJUTAN sesawang.

CONTOH Contohnya, www.sebenarnya.my.

INFERENS Dengan ini, maklumat yang diperoleh tepat.

33
TINGKATAN 4
UNIT 5 MANTAP INTERGRITI MANTAPLAH JATI DIRI

1. Jelaskan maksud integriti individu.

[1 markah]
MAKSUD
 Integriti individu bermaksud sifat utama yang dapat
melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam
setiap perlakuan.
2. Senaraikan ciri yang perlu untuk menjadi individu yang
berintegriti.
[2 markah]
CIRI-CIRI
 Tidak menipu dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
 Melakukan sesuatu tugasan secara ikhlas.
 Pendirian yang teguh terhadap nilai positif.
 Tidak mengharapkan balasan.
3. Apakah langkah yang boleh dilakukan bagi memupuk
integriti dalam diri seseorang individu?

[2 markah]
CARA
 Melakukan kebaikan dengan ikhlas / rela hati.
 Mematuhi peraturan sekolah.
 Menyiapkan tugasan yang diberikan.
 Tidak menipu.
4. Apakah kepentingan integriti individu dalam setiap
perlakuan?

[2 markah]
KEPENTINGAN
 Mendapat kepercayaan / keyakinan orang lain.
 Menjaga imej diri dan keluarga.
 Melahirkan individu yang dapat berbakti kepada negara.

34
5. Ramalkan dua kesan sekiranya seorang murid tidak
KESAN berintegriti.

[4 markah]

 Menjatuhkan maruah diri / keluarga.


 Dipandang rendah oleh orang lain.
 Menghilangkan kepercayaan / keyakinan orang lain.
 Hubungan antara anggota keluarga akan terjejas.
 Menjejaskan masa depannya.
 Tidak mendapat pekerjaan.
7. Apakah halangan dalam membentuk seseorang individu
yang berintegriti?

[2 markah]
CABARAN
 Kurang didikan agama / moral / sivik.
(HALANGAN)
 Kurang perhatian ibu bapa.
 Pengaruh negatif rakan sebaya.
 Pengaruh media massa.
 Pengaruh budaya barat.
7. Apakah perasaan anda apabila berjaya menyiapkan
tugasan yang diberi guru tanpa meniru hasil kerja kawan?
Berikan alasan anda.
[2 markah]
PERASAAN
 Saya berasa gembira / bangga.
 Dapat menyiapkan tugasan dengan usaha sendiri.
 Dapat menambah ilmu.
8. Sebagai seorang murid, apakah amalan integriti yang
seharusnya dilakukan agar dicontohi oleh murid lain?

[3 markah]
MAIN PERANAN
 Mematuhi peraturan sekolah.
(TINDAKAN)
 Tidak meniru dalam peperiksaan.
 Bijak membahagi masa.
 Tekun belajar dan membuat ulang kaji.

35
TINGKATAN 4
UNIT 5 MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI

Bincangkan amalan integriti individu yang diamalkan oleh seorang murid yang
cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah. Jawapan anda
hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari.

[10 markah]

NILAI Seorang murid perlu mengamalkan nilai kerajinan dan nilai


bertanggungjawab.

FAKTA 1 Seorang murid perlu memainkan peranan dengan baik.

HURAIAN Seorang murid menyiapkan tugasan dengan bersungguh-


sungguh

HURAIAN supaya hasil kerja menjadi berkualiti.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, tidak meniru hasil kerja rakan.

INFERENS Oleh itu, tugasan dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan.

FAKTA 2 Seorang murid perlu mengamalkan akhlak yang baik.

HURAIAN Seorang murid membantu orang lain yang mengalami


kesusahan.

HURAIAN Hal ini menjadikan murid tersebut disenangi oleh orang ramai.
LANJUTAN

CONTOH Contohnya, memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lemah.

INFERENS Oleh itu, murid tersebut menjadi suri teladan kepada rakan
yang lain.

36
TINGKATAN 4

UNIT 6 KELUARGA BERINTEGRITI KELUARGA DISEGANI

1. Jelaskan maksud integriti keluarga.

[1 markah]
MAKSUD
 Integriti keluarga bermaksud pembinaan keluarga yang
bahagia, utuh dan penyayang berlandaskan nilai murni.
2. Senaraikan ciri-ciri keluarga yang berintegriti.

[2 markah]

CIRI-CIRI  Pegangan agama / moral / sivik kuat.


 Menjaga rahsia / aib keluarga.
 Saling menyayangi.
3. Apakah langkah yang boleh dilakukan bagi memupuk
integriti dalam sesebuah keluarga?

[2 markah]
CARA
 Memberi penghargaan kepada ahli keluarga.
 Tidak pilih kasih.
 Menyayangi sesama ahli keluarga.
 Meraikan hari istimewa keluarga.
4. Apakah kepentingan amalan integriti dalam keluarga?

[2 markah]

 Akan disukai / disenangi oleh anggota keluarga.


KEPENTINGAN
 Menjadi contoh / suri teladan kepada anggota keluarga.
 Melahirkan keluarga yang bahagia.
 Akhlak setiap ahli keluarga terpelihara.
5. Ramalkan dua kesan perbuatan yang tidak berintegriti
terhadap keluarga.

KESAN [4 markah]

37
 Hubungan antara anggota keluarga akan terjejas.
 Keluarga tidak harmoni.
 Imej keluarga jatuh.
 Dipandang rendah oleh orang lain.
6. Apakah halangan dalam membentuk sesebuah keluarga
yang berintegriti?
[2 markah]
CABARAN
 Ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik.
(HALANGAN)  Pengaruh media massa.
 Pengaruh budaya barat.
 Pegangan agama yang tidak kuat.
 Pengaruh rakan sebaya yang negatif.
7. Apakah perasaan anda sekiranya keluarga meraikan Hari
Konvokesyen / graduasi anda? Berikan alasan anda.

[2 markah]
PERASAAN
 Saya berasa gembira / bangga.
 Berkongsi kejayaan bersama ahli keluarga.
 Berasa dihargai oleh ahli keluarga.
8. Apakah amalan yang perlu dilakukan untuk memupuk
integriti keluarga? [3 markah]

MAIN PERANAN  Saling menyayangi.


(TINDAKAN)  Mendidik keluarga dengan ajaran agama / moral.
 Menjadi suri teladan yang baik.
 Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

38
TINGKATAN 4

UNIT 6 KELUARGA BERINTEGRITI KELUARGA DISEGANI

Keluarga anda dicalonkan sebagai keluarga contoh dalam satu program.


Bincangkan amalan integriti keluarga yang diamalkan keluarga anda.

[10 markah]

FAKTA 1 Keluarga saya berpegang teguh pada ajaran agama.

HURAIAN Keluarga saya melakukan upacara keagamaan bersama-


sama

HURAIAN supaya agama dijadikan panduan hidup.

LANJUTAN

CONTOH Contohnya, kita boleh membezakan perkara baik dan perkara


buruk.

INFERENS Oleh itu, keluarga harmoni dapat diwujudkan.

FAKTA 2 Keluarga saya saling menyayangi antara satu sama lain.

HURAIAN Keluarga saya saling membantu antara satu sama lain

HURAIAN supaya hubungan dapat dieratkan.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, membantu ibu menjaga adik.

INFERENS Oleh itu, dapat mewujudkan keluarga yang harmoni.

39
TINGKATAN 5
UNIT 5 INTEGRITI PEMACU KECEMERLANGAN ORGANISASI

1. Jelaskan maksud integriti organisasi.

[1 markah]
MAKSUD
 Integriti organisasi bermaksud pematuhan amalan
terbaik berdasarkan pelaksanaan kod etika, piagam
pelanggan, sistem, dan proses kerja.
2. Bagaimanakah ahli organisasi melaksanakan integriti
dalam sesebuah organisasi?

[2 markah]
CARA
 Ikut etika kerja.
 Melaksanakan visi dan misi.
 Mengelakkan salah guna kuasa.
3. Apakah kepentingan amalan integriti dalam organisasi?

[2 markah]
KEPENTINGAN  Memperoleh kepercayaan / keyakinan majikan.
 Meningkatkan kecekapan perkhidmatan organisasi.
 Mengekalkan imej organisasi.
4. Ramalkan dua kesan sekiranya amalan integriti dalam
sesebuah organisasi terjejas.
[4 markah]

 Kualiti perkhidmatan organisasi merosot.


KESAN  Masyarakat hilang kepercayaan / keyakinan terhadap
organisasi.
 Menjatuhkan imej organisasi.
 Dipandang rendah oleh orang lain.
5. Apakah perasaan anda apabila menerima layanan mesra
ketika berurusan di sesebuah organisasi? Berikan alasan

PERASAAN anda.

[2 markah]

40
 Saya berasa gembira / bangga.
 Mendapat perkhidmatan terbaik.
 Berasa selesa semasa berurusan dengan organisasi
tersebut.
6. Sebagai pekerja, bagaimanakah anda dapat
menunjukkan integriti organisasi yang boleh dicontohi
rakan sekerja?

[3 markah]
MAIN PERANAN
 Mematuhi etika / peraturan kerja.
(TINDAKAN)  Mengelakkan salah guna kuasa.
 Menepati masa bekerja.
 Tidak malas.
 Melaksanakan visi dan misi organisasi.

41
TINGKATAN 5
UNIT 5 INTEGRITI PEMACU KECEMERLANGAN ORGANISASI

Gambar berikut berkaitan dengan isu penipuan sijil sakit.

(Sumber: Unit Integriti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

Pada pendapat anda, perbuatan ini wajar dibendung. Justifikasikan jawapan anda
berdasarkan nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]

NILAI Setiap pegawai perlu mengamalkan nilai rasional dan nilai


bertanggungjawab.

FAKTA 1 Setiap pegawai perlu memastikan operasi organisasi tidak


tergendala / terhenti.

HURAIAN Setiap pegawai perlu mematuhi etika / peraturan kerja

HURAIAN supaya visi dan misi organisasi dapat tercapai.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, tidak ponteng kerja.

INFERENS Oleh itu, organisasi akan maju.

FAKTA 2 Setiap pegawai perlu menjaga nama baik organisasi.

42
HURAIAN Setiap pegawai perlu memperoleh kepercayaan / keyakinan
daripada pihak luar

HURAIAN supaya organisasi akan dipandang tinggi.


LANJUTAN

CONTOH Contohnya, tidak melakukan salah guna kuasa.

INFERENS Oleh itu, organisasi akan mendapat keuntungan yang tinggi.

43
TINGKATAN 5

UNIT 6 PEMBANGUNAN NEGARA BERTUNJANGKAN INTEGRITI

1. Apakah contoh integriti yang perlu ada pada seorang


kakitangan awam?

CONTOH [2 markah]
INTEGRITI
 Tidak menerima rasuah.
 Menjaga rahsia negara.
 Mengelakkan salah guna kuasa.
2. Bagaimanakah rakyat melaksanakan tanggungjawab
dengan berintegriti demi pembangunan negara?

[2 markah]
CARA
 Menjelaskan bayaran cukai.
 Mematuhi undang-undang negara.
 Tidak memberi dan menerima rasuah.
3. Huraikan dua kepentingan integriti demi pembangunan
negara.

[4 markah]
KEPENTINGAN
 Menyakinkan pelabur asing.
 Ekonomi negara berkembang.
 Meningkatkan imej negara.
 Dipandang tinggi oleh negara lain.
4. Ramalkan tiga implikasi perbuatan yang tidak berintegriti
kepada pembangunan negara.

[3 markah]

 Kadar jenayah meningkat.


IMPLIKASI
 Negara tidak harmoni.
 Imej negara jatuh.
 Pelabur asing hilang kepercayaan / keyakinan terhadap
negara.

44
5. Apakah perasaan anda apabila melihat negara kita
mengamalkan tadbir urus yang baik? Berikan alasan
anda.

PERASAAN [2 markah]

 Saya berasa bangga / gembira.


 Dapat bersaing dengan negara lain.
 Negara akan maju.
6. Sebagai pembayar cukai, apakah tindakan yang
sepatutnya anda lakukan agar dapat menunjukkan
integriti demi memacu pembangunan negara?

MAIN PERANAN [3 markah]


(TINDAKAN)
 Saya perlu membayar cukai pada masa yang ditetapkan.
 Saya perlu mengisytiharkan pembayaran cukai dengan
betul.
 Saya tidak memberikan maklumat palsu.
 Saya melaporkan semua pendapatan kepada LHDNM.

45
TINGKATAN 5

UNIT 6 PEMBANGUNAN NEGARA BERTUNJANGKAN INTEGRITI

Gambar berikut berkaitan dengan isu rasuah.

(Sumber: https://www.sprm.gov.my)

Bagaimanakah kerajaan mengurangkan kegiatan rasuah untuk mengukuhkan


integriti demi pembangunan negara?

[10 markah]

FAKTA 1 Kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

HURAIAN Kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat

HURAIAN supaya rakyat tidak berani melibatkan diri dalam kegiatan


LANJUTAN rasuah.

CONTOH Contohnya, dipenjara selama 15 tahun.

INFERENS Oleh itu, rakyat akan mematuhi undang-undang rasuah.

FAKTA 2 Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang isu rasuah.

HURAIAN Kerajaan akan mendedahkan rakyat tentang kesan negatif


rasuah

46
HURAIAN supaya rakyat menyedari bahawa rasuah salah di sisi undang-
LANJUTAN undang.

CONTOH Contohnya, Kempen Antirasuah.

INFERENS Oleh itu, rakyat tidak akan menerima rasuah.

47
TINGKATAN 4
UNIT 7 BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA
1. Jelaskan maksud berperikemanusiaan.
[1 markah]
MAKSUD  Berperikemanusiaan bermaksud sifat-sifat yang wajar
bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong -
menolong dan mengasihi.
2. Nyatakan contoh perlakuan berperikemanusiaan untuk
kesejahteraan masyarakat.
[2 markah]
CONTOH  Membantu mangsa bencana alam.
 Memberi perlindungan kepada haiwan.
 Memberi sumbangan kepada orang miskin.
 Tidak melakukan penderaan.
 Menghormati / melindungi hak orang kurang upaya.
3. Apakah kepentingan sikap berperikemanusiaan untuk
kesejahteraan masyarakat?
[2 markah]
KEPENTINGAN  Dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin.
 Mewujudkan sikap tolong- menolong antara masyarakat.
 Melahirkan masyarakat yang harmoni.
4. Ramalkan dua kesan jika sikap berperikemanusiaan
diabaikan dalam kalangan penduduk negara kita.
[4 markah]
KESAN  Hilangnya maruah diri.
 Dipandang rendah oleh masyarakat.
 Mementingkan diri sendiri.
 Mengabaikan kepentingan orang lain.
5. Apakah perasaan anda apabila mengamalkan sikap
berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat?
PERASAAN Berikan alasan anda.
[2 markah]

48
 Saya berasa gembira / bangga.
 Kebajikan masyarakat dapat dijaga.
 Dapat membantu kepada yang memerlukan.
6. Apakah tindakan anda apabila rumah jiran terbakar?
Jelaskan.
MAIN PERANAN [3 markah]
(TINDAKAN)  Menderma makanan / pakaian.
 Memberi sokongan moral.
 Mengutip derma.
 Menyediakan tempat tinggal.

49
TINGKATAN 4
UNIT 7 BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA

Tajuk berita di bawah berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak.

Isu Penderaan Kanak-Kanak

Ibu dera anak yang Pengasuh kanak-kanak Bapa didakwa


enggan buat kerja direman tujuh hari bunuh bayi sendiri
rumah dipenjara 14 hari. kerana disyaki mendera dihukum penjara.
kanak- kanak.

(Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 95)


Bincangkan cara-cara untuk mencegah perlakuan tidak berperikemanusiaan
terhadap kanak-kanak. Jawapan anda perlu berdasarkan nilai universal yang
dipelajari. [10 markah]

NILAI Semua pihak perlu mengamalkan nilai nilai rasional dan nilai
bertanggungjawab.
FAKTA 1 Ibu bapa perlu memberi perhatian / layanan yang baik kepada
kanak-kanak.

HURAIAN Mengawal / memantau tindakan anak-anak

HURAIAN supaya tidak terlibat dengan gejala sosial.


LANJUTAN
CONTOH Contohnya, mengenali rakan anak.
INFEREN Dengan ini, dapat mewujudkan keluarga yang bahagia.
FAKTA 2 Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan
penderaan.
HURAIAN Kerajaan mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah
/ pendera
HURAIAN supaya orang lain takut untuk membuat kesalahan /
LANJUTAN penderaan.
CONTOH Contohnya, sebatan / penjara 10 tahun / denda.
INFERENS Dengan ini, kesedaran tentang penderaan kanak-kanak akan
wujud.

50
TINGKATAN 5
UNIT 7 BERPERIKEMANUSIAAN PEMANGKIN KESEJAHTERAAN GLOBAL
1. Jelaskan maksud kesejahteraan global.
[1 markah]
MAKSUD  Kesejahteraan global bermaksud suasana aman dan
makmur dari segi keselamatan, jaminan makanan,
kesihatan dan kelestarian global.
2. Nyatakan ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan
global.
[2 markah]
 Menghargai nyawa.
CIRI  Menyayangi sesama makhluk.
 Melestarikan keseimbangan ekosistem.
 Menghargai dan menghormati hak manusia.
 Empati dan simpati kepada masyarakat global.
3. Huraikan dua perlakuan berperikemanusiaan demi
kesejahteraan global.
[4 markah]
CONTOH  Melindungi hak asasi manusia.
 Membantu golongan kurang bernasib baik.
 Mencintai alam sekitar pada peringkat global.
 Memelihara dan memulihara sumber alam.
4. Apakah kebaikan amalan berperikemanusiaan demi
kesejahteraan global?
[2 markah]
KEPENTINGAN  Menjamin keselamatan dan keharmonian global.
 Membantu golongan yang kurang bernasib baik.
 Menghayati dan mengamalkan nilai universal.
 Mengeratkan hubungan antara negara.
5. Ramalkan dua kesan pengabaian sikap
berperikemanusiaan demi kesejahteraan global.
KESAN [4 markah]

51
 Golongan kurang bernasib baik akan terabai.
 Golongan tersebut dipinggirkan tanpa bantuan
sewajarnya.
 Manusia akan hilang pertimbangan.
 Individu bersikap kejam
6. Apakah perasaan anda apabila mengamalkan sikap
berperikemanusiaan demi kesejahteraan global? Berikan
alasan anda.
PERASAAN [2 markah]
 Saya berasa gembira / bangga.
 Kebajikan masyarakat global dapat dijaga.
 Dapat membantu kepada golongan yang memerlukan.
7. Apakah tindakan anda jika negara jiran dilanda bencana
alam?
MAIN PERANAN [3 markah]
(TINDAKAN)  Menderma makanan / pakaian.
 Memberi sokongan moral.
 Mengutip derma.
 Berdoa.

52
TINGKATAN 5
UNIT 7 BERPERIKEMANUSIAAN PEMANGKIN KESEJAHTERAAN GLOBAL
Maklumat berikut berkaitan masalah alam sekitar.

(Sumber : Kompas.com)

Apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menyedarkan masyarakat dunia
tentang kepentingan sikap berperikemanusiaan dalam penjagaan alam sekitar?
[10 markah]
FAKTA 1 Saya menyebarkan maklumat tentang penjagaan alam sekitar
dalam media sosial.

HURAIAN Saya dapat mengetahui masalah tersebut.

HURAIAN Saya akan membantu menyelesaikan masalah.


LANJUTAN
CONTOH Contohnya Tiktok, Facebook.
INFERENS Dengan ini, kesedaran masyarakat akan diwujudkan.
FAKTA 2 Saya akan menyertai kempen kesedaran tentang alam sekitar.
HURAIAN Saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.
HURAIAN Saya menjawab soal selidik tentang penjagaan alam sekitar.
LANJUTAN

53
CONTOH Contohnya, melibatkan diri dalam aktiviti penanaman pokok.
INFERENS Dengan ini, alam sekitar dapat dipelihara.

54
TINGKATAN 4
UNIT 10 PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

1. Apakah maksud pengurusan perbelanjaan secara


beretika?
[2 markah]
MAKSUD
 Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud
cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan
berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan atau
perkhidmatan.
2. Bagaimanakah seseorang pengguna dapat menguruskan
perbelanjaan secara beretika apabila melihat iklan jualan
murah?
[2 markah]
CARA
 Belanja ikut bajet / kewangan.
 Beli barang yang perlu sahaja.
 Rancang perbelanjaan sebelum membeli.
 Senaraikan barang sebelum membeli.
3. Apakah kepentingan penggunaan sampul bajet?
[2 markah]
KEPENTINGAN  Dapat elakkan pembaziran.
 Dapat berjimat cermat.
 Dapat meningkatkan tabungan.
4. Ramalkan dua kesan sekiranya masyarakat tidak
mengurus perbelanjaan secara beretika.
[4 markah]
 Menghadapi masalah kewangan.
KESAN  Mempunyai hutang yang banyak.
 Disenarai hitam oleh bank.
 Tidak boleh membuat pinjaman.
 Berbelanja secara berlebihan.
 Diisytiharkan muflis.
5. Apakah perasaan anda sekiranya dapat mengurus
PERASAAN
perbelanjaan secara beretika? Berikan alasan anda.
[2 markah]

55
 Saya berasa gembira / bangga.
 Dapat menjimatkan duit.
 Dapat menyimpan duit.
6. Sebagai seorang ketua keluarga, apakah tindakan yang
sepatutnya anda lakukan agar dapat mengamalkan
pengurusan perbelanjaan secara beretika dalam
kehidupan seharian?
[3 markah]
 Saya akan membuat perbandingan harga.
MAIN PERANAN
(TINDAKAN)  Saya akan menulis perbelanjaan.
 Saya akan menyimpan resit pembelian.
 Saya tidak membeli secara berhutang.
 Saya tidak menggunakan kad kredit secara sewenang-
wenangnya.

56
TINGKATAN 4
UNIT 10 PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

Min Seng melayari laman sesawang pembelian dalam talian. Dia tertarik untuk
membeli sepasang kasut idamannya yang berharga RM 400.00 dengan diskaun
50%. Dua minggu sebelum itu, Min Seng telah pun membeli sepasang kasut
baharu. Simpanannya kini berbaki RM 150.00.
Tindakan Min Seng untuk membeli kasut idamannya pada masa tersebut tidak
wajar. Berikan justifikasi anda.
[10 markah]
FAKTA 1 Min Seng tidak mempunyai wang yang cukup.
HURAIAN Ming Seng memerlukan lagi RM 50.00.
HURAIAN Hal ini kerana harga kasut idamannya bernilai RM 200.00
LANJUTAN selepas diskaun.
CONTOH Contohnya, Min Seng perlu meminjam RM 50.00 daripada
ibunya.
INFERENS Oleh itu, Min Seng terpaksa berhutang dengan orang lain.
FAKTA 2 Ming Seng tidak mempunyai simpanan.
HURAIAN Min Seng akan menggunakan semua wang simpanan.
HURAIAN Hal ini menyebabkan Min Seng menghadapi masalah
LANJUTAN kewangan semasa kecemasan.
CONTOH Contohnya, semasa keretanya rosak.
INFERENS Oleh itu, Min Seng berasa tertekan kerana tiada wang.

57
TINGKATAN 5

UNIT 10 PENGURUSAN KEWANGAN SECARA BERETIKA MENJAMIN


KEHARMONIAN HIDUP

1. Senaraikan dua sumber kewangan yang diperoleh


secara beretika.
[2 markah]
SUMBER
 Gaji
 Bonus
 Simpanan bank
2. Bagaimanakah masyarakat mengurus kewangan secara
beretika dalam kehidupan seharian?
[2 markah]
 Masyarakat perlu mempunyai simpanan untuk
CARA
kecemasan.
 Masyarakat perlu mengurus perbelanjaan dengan baik.
 Masyarakat harus merancang kewangan.
3. Huraikan dua kepentingan pengurusan kewangan secara
beretika bagi mengelakkan muflis.
[4 markah]
KEPENTINGAN
 Dapat berjimat cermat.
 Dapat meningkatkan tabungan.
 Mempunyai wang ketika kecemasan.
 Tidak berasa tertekan.
4. Ramalkan dua kesan yang akan berlaku sekiranya anda
diisytiharkan muflis.
[4 markah]
 Saya akan menghadapi masalah kewangan.
KESAN  Saya akan mempunyai hutang yang banyak.
 Saya akan disenaraihitamkan oleh bank.
 Saya tidak boleh membuat pinjaman.
 Saya tidak boleh ke luar negara.
 Pasport antarabangsa ditahan.

58
5. Apakah perasaan anda apabila terdapat golongan belia
diisytiharkan muflis? Berikan alasan anda.
[2 markah]
 Saya berasa sedih.
PERASAAN  Golongan belia kurang kesedaran mengenai pengurusan
kewangan.
 Golongan belia tidak mengamalkan pengurusan
kewangan secara bijak.
6. Sebagai seorang individu yang bijak, apakah tindakan
yang sepatutnya anda lakukan untuk mengelakkan diri
daripada muflis?

MAIN PERANAN
(TINDAKAN) [2 markah]
 Saya akan membeli aset.
 Saya akan berbelanja dengan baik.
 Saya akan amalkan amalan menabung.

59
TINGKATAN 5

UNIT 10 PENGURUSAN KEWANGAN SECARA BERETIKA MENJAMIN


KEHARMONIAN HIDUP

Setiap individu patut mengetahui cara pengurusan kewangan secara beretika


supaya dapat menjalani kehidupan yang bahagia. Bagaimanakah anda
mengamalkan amalan pengurusan kewangan secara beretika dalam kehidupan
seharian? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]
NILAI Saya perlu mengamalkan nilai rasional dan nilai
kesederhanaan.
FAKTA 1 Saya mengamalkan amalan menabung.
HURAIAN Saya akan menyimpan lebihan wang
HURAIAN supaya boleh digunakan pada masa kecemasan.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, menyimpan di dalam tabung atau bank.
INFERENS Oleh itu, tabungan / simpanan saya akan meningkat.
FAKTA 2 Saya mengurus perbelanjaan dengan baik.
HURAIAN Saya akan membeli barang keperluan dahulu
HURAIAN supaya tidak membazir.
LANJUTAN
CONTOH Contohnya, beras dan minyak masak.
INFERENS Oleh itu, saya tidak akan berhutang.

60
61

You might also like