You are on page 1of 13

Soalan Tugasan 1: Pelbagai teori telah diajukan untuk menerangkan punca-punca

penentangan oleh kaum petani di Asia Tenggara. Huraikan teori-teori tersebut


dengan memberikan contoh-contoh pemberontakan petani di Asia Tenggara.

Pengenalan

Sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara mempunyai cara hidup yang sama iaitu

masyarakat yang berasaskan penanaman padi. Asia Tenggara terpecah kepada dua

bahagian dimana satu bahagiannya dikenali sebagai Kepulauan dan bahagian yang lain

ialah Tanah Besar.1 Kemasukan pihak Barat ke tanah Asia Tenggara telah memberikan

pengaruh yang besar dalam sektor ekonomi dan pentadbiran negara. Kaum petani

merupakan golongan peringkat bawah dalam sistem masyarakat di Asia Tenggara.

Kekukuhan dan kuasa raja bergantung kepada jumlah pengikut yang terdiri dari rakyat

bawahan yang melaksanakan tanggungjawab memberikan perkhidmatan dan kesetiaan

walaupun rakyat berada dalam hubungan penindasan. 2

Golongan petani menerima pelbagai tekanan dan kerahan ekonomi demi

kepentingan kapitalis. Oleh kerana itu sering dilihat pemberontakan dalam negara Asia

Tenggara selalu melibatkan golongan petani bawahan. Selain pemberontakan demi

kepentingan diri, teori-teori sarjana ada menyatakan tindakan pemberontakan ini juga

didasari atas sokongan petani kepada pemerintahan patron. Teori-teori penentangan

kaum petani diwujudkan untuk melihat kecenderungan utama sesuatu masyarakat itu

bertindak terhadap pihak pemerintahan kolonial. Masyarakat Asia Tenggara

mempunyai prinsip-prinsip moral yang tersemai dari amalan politik, sosial dan ekonomi.
1
W. Williams & Joginder Singh Jessy, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, Singapura: M.P.H Publications
Sdn. Bhd., Chetakan Ketiga, 1969, hlm. 1.
2
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara: Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2017, hlm. 79.
Dasar-dasar pemerintahan kerajaan dan pembesar tempatan yang melampaui batas

menambahkan kesengsaraan rakyat bawahan. 3

Sepanjang pemerintahan ini, rakyat tidak mempunyai peluang untuk menjalani

kehidupan harian secara aman. Akhirnya reaksi rakyat dari golongan petani dalam

bentuk penentangan muncul. Penentangan ini pula dianggap sah menurut fahaman

politik ataupun dari ajaran agama. Sektor perladangan selalunya menggunakan buruh

asing yang menambahkan kesulitan untuk membentuk perpaduan negara. Jawatan

utama selalunya dipegang oleh bangsa asing dan ladang merupakan sebahagian

daripada cabang perusahaan ekonomi yang besar di seluruh negara. Perkara ini

menimbulkan ketidakpuasan hati pihak nasionalis kerana mereka merasakan kekayaan

negara banyak dialirkan untuk orang asing. Pendapat ini biasanya timbul dari fahaman

sosialis dan sering disuarakan oleh persatuan- persatuan buruh yang ahlinya

mempunyai peranan istimewa dalam masyarakat. 4

1. Struktur Sosial Tradisional

Model struktur kerajaan tradisional di negara-negara Asia Tenggara selalu meletakkan

raja atau pemerintah sebagai insan yang mewakili tuhan. 5 Para raja dianggap sebagai

wakil tuhan untuk mentadbir sesebuah negara. Raja juga bertanggungjawab

memelihara kemakmuran rakyat dan negara. Ekonomi raja pula bergantung kepada

kutipan cukai rakyat bawahan dan jumlah hamba yang dimiliki bagi melaksanakan
3
Donald W.Fryer, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Suatu Kajian Mengenai Perkembangan
Dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: DBP, 1986, hlm. 21.
4
Mohd Isa Othmas, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications SB, 2002, hlm. 2.
5
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 106.
sesuatu pekerjaan. Pemerintahan di bawah raja pula terdapat golongan bangsawan,

pembesar dan kerabat. Golongan ini berperanan mengurusakan pentadbiran negara

seperti mengutip cukai, menyelia projek awam, membahagi kawasan tanah untuk

pertanian dan menentukan individu bagi kerahan kerja kerajaan. 6 Malahan golongan ini

juga selalu menjadi mangsa pertama diserang atau dibunuh jika berlaku

pemberontakan dari petani-petani yang marah.

Peringkat bawahan pula terdiri dari rakyat biasa. Kaum petani yang terdiri dari

rakyat bawahan tidak pernah mendapat peluang yang sama rata dari segi pendidikan

dan sosioekonomi. Kepentingan pelajaran hanya ditumpukan kepada golongan atasan.

Masyarakat Asia Tenggara mempercayai kehidupan beragama. Bagi penganut agama

Buddha mereka mempercayai konsep takdir seperti perlakuan semasa hidup telah

ditentukan berasaskan konsep mengerjakan bun dan mengelakkan bab mereka

percaya susunan atau hierarki dalam masyarakat diterima secara semula jadi. 7

2. Teori-Teori Penentangan Petani

Gerakan penentangan oleh kaum petani telah menimbulkan pelbagai teori untuk

memahami punca ianya terjadi. Teori yang terkenal di Asia Tenggara adalah teori

‘Moral Ekonomi oleh Scott.8 Teori Scott menerangkan ekonomi masyarakat tradisional

hanya untuk menjamin keperluan sara diri para petani dan mereka bertindak atas

6
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 80.
7
James C. Scott, The Moral Economy of the Peasant: Rebellion and Subsistence in Southeast Asia (New
Haven): Yale University Press, 1976, hlm. 54.
8
James C. Scott, The Moral Economy of the Peasant : Rebellian and Subsistence in Southeast Asia
(New Haven) : Yale University Press, 1976 dalam Elizabeth D Mauritz., Moral Economy: Claims for The
Common Good. PhD Thesis Michigan State University, 2014, hlm.12.
keperluan masyarakat umum yang memerlukan. 9 Definisi menunjukkan Moral Ekonomi

menunjukkan ianya hanya terpakai kepada petani. Para petani hanya fokus untuk

mendapatkan hasil bagi kegunaan kehidupan mereka sahaja dan mampu mengelakkan

dari kebuluran jika diancam bahaya samaada bencana alam atau manusia dan

gangguan sekitar tanaman mereka. Dalam hubungan moral ekonomi ini petani cuba

menghasilkan pengeluaran makanan secara minimum untuk kelangsungan masa

depan.

Menurut perhatian Scott kaum petani amat berbeza dari segi menjaga

kepentingan ekonomi mereka. Mereka bergantung penuh kepada pendapatan harian

dan bukan pada kadar jangka masa yang lama. Jika hasil tanaman padi tidak menjadi

pasti akan memburukkan keadaan keluarga mereka. Oleh yang demikian Scott

mengatakan petani mempunyai sikap mementingkan keselamatan terlebih dahulu untuk

mengelakkan bencana berlaku yang menggugat sumber ekonomi mereka. Oleh kerana

sikap tersebut petani selalunya menolak tawaran yang lebih besar pada musim-musim

pendek. Kebanyakan petani akan lebih berminat untuk kekal bertani di dalam tanah

mereka walaupun habuannya kecil tetapi menghasilkan pendapatan berterusan.

Tindakan ini berlawanan dengan golongan pemain industri, usahawan dan

birokrat. Menurut Scott Moral Ekonomi petani tersebut sebagai tindakan untuk

mempertahankan mereka dari kerugian bertahun-tahun sama ada kerugian dalam

menceburi ruang perniaagan yang baru atau mereka tetap kekal dengan pekerjaan

hakiki dan amalan sejak turun temurun. Etika sara diri ini mempengaruhi sikap petani

kepada tuntutan golongan pemerintah mengenai berapa hasil yang ditinggalkan oleh
9
Elizabeth D Mauritz., Moral Economy: Claims for The Common Good. PhD Thesis Michigan State
University, 2014, hlm.13.
golongan elit kepada mereka untuk tujuan sara diri. Scott menjelaskan pandangan

beliau seperti berikut:

Living close to the subsistence margin and subject to the vagaries of weather and the
claims of outsiders, the peasant household has little scope for the profit maximization
calculus of traditional neoclassical economics. Typically, the peasant cultivator seeks to
avoid the failure that will ruin him rather than attempting a big, but risky, killing. In
decision-making parlance his behavior is risk-averse; he minimizes the subjective
probability of the maximum loss.10

Scott menggariskan asas hujahnya bahawa etika hidup petani berbentuk sara diri

kerana hasil yang diperolehi lebih mudah untuk menampung kos perbelanjaan harian

dan tertakluk kepada cuaca dan permintaan orang luar. Petani berusaha mengelakkan

kegagalan daripada sistem ekonomi yang besar dan berisiko serta cuba

meminimumkan kerugian. Teori yang kedua merupakan hujah dari Popkin “Petani

Rasional”. Hujahan Popkin menjelaskan penentangan kaum petani berdasarkan risiko

kepada diri sendiri dan tidak didasari ancaman kepada kelompok masyarakat. 11

Peraturan dan amalan kampung tidak mengamalkan agihan kekayaan yang

sama rata meyebabkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin. Maka dapat

dilihat peruntukan dari segi kebajikan dan amalan kampung pada zaman pra- kolonial

amat terhad. Teori yang ketiga dari Adas “Contest State” berbeza dari Scott dan

Popkin. Adas menerima peranan moral ekonomi tradisional namun menjelaskan

sumbangannya adalah terhad. Oleh itu beliau melihat hubungan ekonomi ini sebagai

pertandingan antara semua golongan masyarakat yang terlibat untuk memperolehi

sebanyak hasil pengeluaran pertanian. Apabila terdapat antara mereka yang gagal

10
Elizabeth D Mauritz., Moral Economy: Claims for The Common Good. PhD Thesis Michigan State
University, 2014, hlm.13.
11
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 175.
mempertahankan diri terdapat antara mereka yang akan menyertai gerakan

penentangan.12

3. Vietnam

Prinsip Moral Ekonomi dianggap sebgai salah satu cara para petani bertahan apabila

menghadapi permintaan kepada perubahan ekonomi. Scott banyak memberikan

penekanan kepada kebangkitan penentangan petani apabila terdapat banyak rintangan.

Beliau tidak memfokuskan sama ada penentangan tersebut berjaya atau tidak tetapi

lebih penekanan kepada keaadan yang menyebabkan sesuatu penentangan itu

berlaku. Beliau mendapatkan hasil kajian daripada perubahan ekonomi yang dibawa

oleh penjajah kapitalis dan faktor keagaaman terutamanya di Burma dan Vietnam.

Akibat dari kepincangan dan menjadi mangsa eksploitasi maka pada tahun 1930

kegelisahan rakyat telah kelihatan.

Unsur penentangan rakyat Vietnam dikaitkan dengan sistem kerahan bagi

program kerja raya besar-besaran yang dilaksanakan oleh wangsa Nguyen. 13 Dasar-

dasar pertanian yang ditetapkan Perancis tidak menggalakkan peningkatan produktiviti

pertanian, sebaliknya mereka dibebankan dengan hutang-hutang untuk bertani, cukai,

pembelian makanan serta perjudian. Sistem pinjaman kredit gagal memberikan manfaat

kepada petani dan menghadapi kekurangan tanah awam untuk dimiliki sehingga

menyebakan kadar penyewaan tanah meningkat dengan cepat. Rakyat yang didapati

12
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 164.
13
Sejarah Vietnam mencatatkan terdapat 73 pemberontakan ketika pemerintahan Gia Long, Minh Mang
(234) dan Thie Tri (282).
melanggar peraturan pula dikenakan hukuman berat. 14 Sebelum kemunculan wangsa

Nguyen pada tahun 1771 telah berlaku satu pemberontakan yang terdiri dari golongan

petani buat kali pertama. Selain itu pemberontak terjadi kesan dari perebutan kuasa

tempatan, penyatuan negara Vietnam dan kemunculan sikap anti-China. 15

Disamping itu dasar Nguyen bertanggungjawab meletusnya pemberontakan

sekitar tahun 1860. Keadaan petani yang tertindas sejak tahun 1802-1820

menyebabkan sekitar 105 pemberontakan berlaku. Pembinaan istana raja di bandar

Hue menggunakan kerahan tenaga petani untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan.

Sepanjang pemerintahan Gia Long dan Minh Mang sektor pertanian telah diberi

penekaan untuk dibangunkan. Terdapat pembinaan benteng dan tali air dan

pembahagian tanah sawah untuk para petani. Bagaimanapun bantuan-bantuan ini tidak

mampu menghalang tercetusnya pemberontakan sekitar tahun 1826 hingga 1835

berlaku. Minh Mang mendapati langkah ini tidak mampu menghentikan pemberontakan

melainkan cara pengurangan cukai, memecat beberapa orang Cina serta menghukum

pemerintah desa yang kejam dan melakukan rasuah.

4. Kemboja

Kemboja merupakan sebuah kerajaan yang maju melalui empayar Funan dan Angkor.

Hasil seni bina yang bermutu tinggi memantapkan pengukuhan institusi kerajaan dan

14
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 173.
15
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 113.
pentadbirannya. Kehidupan rakyat berteraskan penanaman padi yang dibantu sistem

pengairan yang amat baik dan dapat mengeluarkan hasil yang cukup untuk negara dan

golongan agama.

Pemberontakan yang berlaku pada tahun 1885-1886 merupakan tindak balas

rakyat tempatan terhadap pentadbiran dualisme Perancis. Pemberontakan kedua

bersifat anti-kolonial diketuai Sivatha berlarutan sehingga 1891. Sivatha mendapat

sokongan yang besar dari rakyat Khmer. Penentangan yang lebih luas bermula tahun

1885 merupakan perjuangan pembebasan kebangsaan yang mendapat sokongan

pelbagai lapisan masyarakat Khmer dari golongan petani sehingga raja.

Pentadbiran kolonial juga tidak mementingkan bidang pelajaran kepada

masyarakat Khmer, menyebabkan mereka mendapatkan pendidikan menengah hingga

ke Saigon. Perancis juga gagal menyediakan latihan pentadbiran kepada rakyat Khmer

bagi menyediakan kerajaan sendiri. Kekurangan intelek Khmer dalam pentadbiran

rakyat Kemboja tidak banyak menerajui perkembangan nasionalisme. Golongan

bangsawan terus berkuasa serta merasa selamat di bawah pentadbiran Perancis.

Kemasukan orang Cina dan Vietnam dalam bidang pertumbuhan ekonomi tertentu telah

menyempitkan ruang pekerjaan kepada orang Khmer.

Pemerintahan Kemboja dibahagi kepada hubungan sosial berasaskan patron-

klien yang mana setiap rakyat bebas memilih patron mereka terdiri dari pegawai

pentadbiran di Phnom Penh. Ketika Raja-raja Khmer menjadi tebusan Vietnam peranan

pemerintah diambil oleh Okya yang bertugas memungut cukai serta menjalankan

sistem kerah. Pada abad ke-19 Kemboja dimasukkan sebagai pembayar ufti kepada
Vietnam dan Siam dan menawarkan pengiktirafan kebudayaan dan memberikan

perlindungan politik kepada penduduk Khmer.

Program Vietnamisasi telah menimbulkan anti-Vietnam pada tahun 1840 yang

diketuai golongan Okya.16 Proses Vietnamisasi ini menggangu kedudukan dan

merugikan golongan Okya dari segi kutipan cukai, kebebasan bertindak dan

kepentingan cop mohor pelantikan diraja. Kemboja melihat kemasukan Perancis

mampu memanfaatkan peluang yang diberi Perancis kepada elit tempatan dalam

mengukuhkan kedudukan meraka dan juga melepaskan campur tangan Siam dan

Vietnam.17 Akhirnya pada tahun 1916 satu bantahan tercetus dalam kalangan rakyat

Khmer.

Walaupun bantahan ini terdapat unsur anti China dan Vietnam tetapi ia

disebabkan pemerintahan kuku besi Perancis yang mengenakan cukai yang tinggi.

Petani Khmer membayar cukai yang tinggi untuk membiayai pembangunan Perancis

yang tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Perkara ini telah merumitkan

keadaan pemerintah Perancis sehingga menyebabkan terdapat pegawai mereka yang

dibunuh. Pentadbiran Perancis semakin terpisah dari hakikat yang sebenar dan nasib

masyarakat desa berterusan berada dalam kemiskinan. 18

5. Burma

Pemberontakan kaum petani tahun 1930-1932 berlaku kerana dua sebab utama iaitu

pentadbiran kolonial menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan habuan atas


16
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 120.
17
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 122.
18
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2017, hlm. 180.
hasil petani dan kehidupan petani sudah menjadi sempit dengan ketiadaan inisiatif

untuk memajukan kehidupan mereka kembali. Petani Burma mengamalkan sikap

penggunaan barang mewah yang akhirnya menyebabkan kadar keberhutangan di

kalangan petani semakin bertambah.

Sementara itu kehadiran kaum India menimbulkan persaingan dalam pekerjaan.

Masalah ini menyebabkan hubungan antara kaum semakin buruk. Pentadbiran kolonial

tidak menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan politik di Burma dalam masyarakat

majmuk. Hal ini telah menyebabkan rusuhan dan pemberontakan petani yang juga

menolak sikap tolak ansur dengan barat. Pemberontakan Hsaya San pada tahun 1930-

1932 berlaku atas dasar kepercayaan tradisional oleh golongan Hpongyi dan para

petani tempatan. Namun tidak dinafikan pemberontakan ini juga berlaku atas

kegelisahan petani kepada perubahan politik, sosial dan ekonomi dalam sebuah

masyarakat majmuk.

Menurut pandangan Scott pemberontakan Hsaya San sebagai manifestasi

tempatan. Petani Burma mengamalkan moral-ekonomi dan faham mengenai keadilan

ekonomi dan eksploitasi orang tengah atau kerajaan kolonial. 19 Ekonomi tradisional

Burma berubah semenjak kemasukan kapitalisme yang hanya memikirkan keuntungan

sahaja. Kegelisahan petani menampakkan dua ciri penting iaitu bantahan terhadap

tuntuan ke atas hasil pertanian, pemberi modal atau kerajaan melanggar keperluan

minimum serta sara diri petani dan pembahagian saksama hasil pertanian yang

menjamin keperluan sara diri petani. Penentangan petani juga tertumpu kepada

penghapusan pengaruh kolonial seperti ketua kampung, pembakaran rekod tanah dan
19
Elizabeth D Mauritz., Moral Economy: Claims for The Common Good. PhD Thesis Michigan State
University, 2014, hlm. 16.
pejabat hutan serangan ke atas orang Kristien dan orang India/Ceti yang menjadi

simbol ekonomi kapitalis.20

6. Laos

Pemberontakan laos bersifat anti kolonial tercetus ketika pemerintahan Zkarine anak

kepada raja Oun Kham. Kemasukan Perancis diterima baik oleh golongan raja dan

bangsawan kerana bantuan Perancis telah berjaya menyelamatkan kedudukan

pemerintahan mereka dari ancaman Siam dan Vietnam. Pemberontakan semakin

berleluasa semasa pemerintahan raja beikutnya Sisavang Vong (1904-1959).

Dasar pentadbiran telah memecahkan suku-suku ras seperti Lao dan Tai serta

melaga-lagakan suku yang lain. Sepanjang pemerintahan pegawai- pegawai Lao

diletakkan di peringkat paling bawah berbanding orang Vietnam di pertengahan yang

mendapat pendidikan Perancis. Sistem kerah banyak memberi kesan kepada kaum

lelaki Lao. Banyak penduduk yang lari untuk mengelakkan daripada kerahan

pembinaan jalan raya yang menghubungkan Vientiane dengan Vietnam. Jalan raya ini

bertujuan mengalihkan tumpuan orang Laos dari Siam. Tindak balas penentangan

secara terbuka berlaku pada tahun 1896 yang melibatkan suku Kha. Suku Kha

mendiami kawasan yang kaya dengan sumber hutan dan galian. Kawasan ini dilihat

orang Perancis berpotensi untuk dikerjakan secara komersial.

Pihak kolonial bertindak mengeksploitasi kawasan tersebut dengan menghalau

kesemua orang Lao dan pemimpin pemberontak apabila pemberontakan tamat.

20
Donald W.Fryer, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Suatu Kajian Mengenai Perkembangan
Dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: DBP, 1986, hlm. 165.
Kebanyakkan pemberontakan antikolonial yang dilakukan golongan masyarakat

bawahan menemui kegagalan kerana mereka menumpukan satu-satu kawasan atau

suku rasa sahaja. Tidak pernah wujud penentangan rakyat Laos secara menyeluruh.

Pemberontakan pada tahun 1938-1939 berpusat di Saravanne tercetus kerana cukai

yang tinggi dan kekerasan dalam sistem kerah. Pada tahun 1990 pemberontakan

petani di Laos bersifat antikolonial dan antikapitalis atas faktor kemasukan orang

Vietnam dan Cina tidak dikawal dan menimbul rasa kurang senang masyarakat

tempatan. Orang asing ini dilihat bukan sahaja menguasai pentadbiran dan ekonomi

tempatan malah dikaitkan dengan kegiatan maksiat dan perjudian.

Penutup

Pelbagai penentangan yang berlaku di Asia Tenggara telah menimbulkan teori-teori dari

para sarjana barat untuk melihat fakotr kebangkitan penentangan golongan petani

terhadap kolonialisme di negara mereka. Tempoh abad ke-18 hingga ke-19

menunjukkan negara-negara Asia Tenggara menerima pemerintahan pihak barat. Teori

penentangan petani yang diberikan oleh para sarjana terpakai bagi menentukan faktor-

faktor yang menyebabkan tercetusnya gerakan petani untuk bebas dari kuasa perintah

barat. Perubahan yang diharapkan golongan petani agar sistem anarki dihapuskan dan

melalui hubungan patron-klien menjamin keselamatan, peluang ekonomi, kestabilan

keluarga, kedudukan politik dan sosial serta kelahiran semula yang lebih baik

berdasarkan kepercayaan keagamaan.


Bibliografi

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka, 2017,

Ab Ghani, Rohani. Nasionalisme Malaysia: Quo-vadis. Dalam Kenegaraan Malaysia


isu-
isu dalam pembinaan negara. PTS: Bentong, pp.60-78. 2003, Distributors Sdn
Bhd., Terbitan Pertama. 2002.

Faezah Kassim. Perkembangan Persatuan Tiga Kaum Utama Di Tanah Melayu


Sebelum

Ishak Saat dan Nazarudin Zainun. Gerakan Melayu Raya Di Malaya Sebelum Merdeka.
2017. Research Gate.

Jamaie Hamil. Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan UMNO. Journal of


International Studies. h.133 – 152. 2005.

Lisa Yip Shukye. Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Awal Abad ke-20. Kuala
Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd. 2016.

M.Faiz, Jamaie Hamil, M.Rizal M.Yaakob dan M.Rodzi Abd Razak. Pengaruh
Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu dalam Umno. Jurnal
Melayu (7). 2011 M.P.H Publications Sdn. Bhd., Chetakan Ketiga.1969.

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Selangor: Utusan Publications &
Mohd Nawang, Adnan. Pemikiran Za’ba tentang kemajuan Melayu: Ph.D.
Thesis/Adnan Haji Mohd, Universiti Malaya. 1995.

Perang Dunia Kedua, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 4 Bil. 1, 188-209.
Universiti Malaya.

R.S.Milne & Diane K.Mauzy,. Politik Dan Kerajaan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 1982.

Radin Soenarno, Malay Nationalism 1896-1941. Vol. 1, No. 1 Nationalism in Malaya


(Mar., 1960) pp.1-28, Journal of Southeast Asian History. National University of
Singapore.

W. Williams & Joginder Singh Jessy. Sejarah Rengkas Asia Tenggara. Singapura:

Mohamad Muzammil Mohamad Noor. Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Kegiatan


Nasionalisme dan Politik di Zaman Pendudukan Jepun, 1940-1945. Vol. 18 No.
18, Jurnal Sejarah. h.111 – 122. 2010

You might also like