You are on page 1of 5

Sejarah Negeri Sabah di bawah bayu boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun

dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negara ini. Sejarah Sabah juga
termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian
dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun
bermula adalah pada abad ke-15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal
hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.
[2]
Bahagian timur Negara Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana
membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah
diserahkan kerana tentera sulu tidak turut serta dalam perang tersebut dan di katakan hanya tiba
ketika perang telah tamat. Tetapi sultan sulu menuntut bahagian itu dri sultan brunei.[3] Sehingga
Sekarang .

Asal usul nama Sabah[sunting | sunting sumber]


Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali
sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil " SAING SABBAH " atau
"SAPPAH" oleh masyarakat tempatan yang sangat popular. Pisang ini banyak ditanam di
sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai
'jaba' oleh masyarakat Bajau di negara tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang
menurun.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara
di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya
nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
Setelah negara Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah
ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama
'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365
menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di
Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]


Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem
pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik
kesultanan dan sistem politik ketua bebas.

Kurun ke-5 hingga ke-15[sunting | sunting sumber]


Kesultanan Brunei. Pada waktu sebelum abad ke-10, kawasan
yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah
berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga
merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini
sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu,
iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
[sunting | sunting sumber]
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah
pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih
perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh
pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511
telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa
pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara
sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah,
pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang
rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki
sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan
hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah
merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi
iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada
menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan
rempah ratus dari penduduk tempatan.
Sekitar tahun 1609, putera bongsu Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9, yang
bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela atau Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu untuk
mengantikan mamandanya Sultan Betara Shah Tengah (Pangiran Tindig) ibni Sultan Buddiman
Ul-Halim yang lindung tanpa zuriat. Sultan Betara Shah Tengah ini adalah saudara kepada
Bonda Raja Bongsu yang bernikah dengan Sultan Muhammad Hassan.
Sebagai bukti Raja Bongsu ini adalah berdarah dari Keluarga Diraja Brunei, beliau telah
membawa bersama simbol diraja beliau yang dipanggil "Sepong Janggi" (Panggilan di Brunei)
dan "Pulau Janggi" (Panggilan di Sulu). Raja Bongsu ini menaiki takhta Kesultanan Sulu pada
1610 - 1650 dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I. Simbol diraja baginda ini telah diamanahkan
disimpan oleh Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda- Keturunan Sultan
Bantilan Muizuddin ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri kedua Sultan Badaruddin-I, seorang
Puteri Tidung, anak penguasa Kerajaan Tidung di Tanah Borneo). Tidak diamanahkan kepada
Pewaris Pertama Kesultanan Sulu (Keluarga Kiram atau Keluarga Shakiraullah - Keturunan
Sultan Azimuddin-I @ Datu Lagasan ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri pertama Sultan
Badaruddin-I, seorang gadis dari Soopeng, Sulawesi). Pengamanahan simbol diraja ini kepada
Pewaris Kedua, adalah sebagai penyataan maksud bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu
(Keluarga Maharajah Adinda) adalah juga mempuyai Hak yang sama kea atas kesultanan Sulu
sepertimana hak Pewaris pertama. Disamping itu sebagai satu usaha kerajaan Kesultanan Sulu
agar tidak semudahnya boleh termansuh kerajaan Kesultanan Sulu, kerana Kesultanan Sulu
dipunyai oleh "Dua Pewaris" yang sah. Pewaris Keluarga Maharajah Adinda yang sah ini, ada
tercatat rekod nya di Muzium muzium Brunei di Bandar Sei Begawan, kearana penghantaran
simbol diraja "Pulau Janggi" tersebut pada tahun 1978.
Dunia menerima hakikat bahawa Kesultanan Sulu telah "LUPUS" kerana Sultan Jamalul Kiram II
telah "Menandatangan" Penyerahan Hak Kuasa @ Perjanjian Carpenter dengan USA pada 1915
dan pada 1936, Sultan Jamalul Kiram II telah mangkat dan tiada meninggalkan waris. Namun
dunia terlupa yang Kesultanan Sulu TIDAK MENGAMALKAN "JALUR TERUS @ LINEAR
PATTERN" dalam amalan kenaikan ke atas takhta Kesultanan Sulu ( Rujuk: Majul, Muslims in
the Philippines, page 398 ) Takhta Sulu perlu "Digilirkan" diantara 2 Waris Kesultanan Sulu, iaitu;
Pewaris Pertama Kesultanan Sulu ( waris dari isteri Pertama Sultan Badaruddin I, wanita Bugis
dari Soopeng, Sulawesi, - Datu Lagasan @ Sultan Alimuddin l ibni Sultan Badaruddin I ) dan
Pewaris Kedua ( waris dari Isteri kedua Sultan Badaruudin I, seorang Puteri Kerajaan Tidung di
Wilayah Tenggara, Tanah Borneo - Datu Pangiran Bantilan @ Sultan Bantilan Muizuddin &
Puteri Meria - Ibu Datu Teteng @ Tating ). Maka takhta Kesultanan Sulu sememangnya perlu
"Digilirkan" diantara kedua Waris Kesultanan Sulu ini.
Dengan menandatangani Perjanjian Carpenter pada 1915 oleh Sultan Jamalul Kiram II dan
dengan kemangkatan baginda tanpa waris pada 1936, maka hak Pewaris Pertama Kesultanan
Sulu telah berakhir dan Lupus. Maka waris-warisnya seperti Keluarga Kiram dan Keluarga
Shakiraullah, TIDAK BERHAK lagi untuk membuat apa-apa tuntutan lagi ke atas Hak-hak
Kesultanan Sulu kini.
Namun Hak Warisan Keluarga Pewaris Kedua, tetap wujud sehingga kini, kerana keluarga
Pewaris Kedua, TIADA terlibat dalam menandatangani apa-apa perjanjian menyerahkan Hak
seperti Perjanjian Carpenter 1915 itu. Maka, dengan Kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada
1936, takhta Kesultanan Sulu sepatutnya diserahkan kepada Keluarga Pewaris Kedua
Kesultanan Sulu, kerana mereka adalah "Pewaris DAN Penyambung" ( the heirs AND
Successors) kepada Kerajaan Kesultanan Sulu, maka itu lambang pusaka diraja Kesultanan
Sulu ( Pulau Janggi @ 1/3 keratan buah benih Coco de mer DAN Tanduk Datu Teteng @
Tating ) sekian lamanya telah diamanahkan disimpan oleh Keluarga Pewaris Kedua ini sahaja,
dan bukanya oleh Pewaris Pertama. Ini sebagai "Bukti fizikal yang sahih" bahawa Pewaris
Kedua mempunyai hak ke atas Hak Kesultanan Sulu, sebagaimana hak Pewaris Keluarga
Pertama Kesultanan Sulu. Maka penyelesaian ke atas apa-apa Hak Kesultanan Sulu kini, adalah
ditangan Keluarga Diraja Pewaris Kedua @ Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan /
Adana Puyo sahaja, bukan nya di bawah Keluarga Diraja Pertama Sulu lagi.
-Wassalam

1521-1890[sunting | sunting sumber]


Kedatangan pendatang Eropah[sunting | sunting sumber]
 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei
dan telah disambut secara besar-besaran
 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei.
Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.[5]
 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris
pertama yang melakukan lawatan ke Borneo.
Balambangan[sunting | sunting sumber]
Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur
Inggeris di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang membenarkan
beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah
memilih Pulau Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763,
Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balambangan dan menamakan pulau itu '
Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan
di Felecia (Balambangan). Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia
dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran
telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk
menyusun semula pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India,
Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina. Dalam
usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini
ditinggalkan pada November 1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di
gugusan pulau Melayu.
Labuan[sunting | sunting sumber]
Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun
khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James
Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan
oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk
membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.
Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan
dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan
Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[6] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang
pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor,
Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit
kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang,
seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.
Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi
faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat
daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di
bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah
kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian
daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian
daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963[sunting | sunting sumber]


Syarikat Perdagangan Amerika[sunting | sunting sumber]
Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa
Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada
Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B.
Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya
Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan
'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut
gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut,
Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron
Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10
tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan
dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan
rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan
Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal
di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.
Alfred Dent dan sewaan[sunting | sunting sumber]

Bendera Borneo Utara


Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan
A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada
Alfred Dent.
Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang
mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara
Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari
1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Senyediakan bantuan pertahanan kepada
Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam
dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan
sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-
sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini,
dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.[7][8]
Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar
sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North
Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada
Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "Tanah
di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent
sebagai Pengarah urusan syarikat.
Protokol Madrid 1885[sunting | sunting sumber]
Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk
mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad
di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke
atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk
semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang
sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.[9]
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British[sunting | sunting sumber]
Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan British di mana kerajaan British akan
melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo
Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu
sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun
begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang
Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku
Murut dalam tahun 1915.
Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila
Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan
menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial
Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh
Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila
kerajaan sivil disambung semula.
Tanah Jajahan Mahkota British[sunting | sunting sumber]
Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British
kerana SBUB tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang
Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan
Jesselton dipilih sebagai ibu negara selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke
hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem
pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan pembangunan negara Borneo Utara
menjadi fokus utama para pentadbir.

Persekutuan Malaysia[sunting | sunting sumber]


Pada amnya keadaan negara Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-
an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh
negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan
pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada
tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada
Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.[10] Borneo Utara telah memperolehi
hak pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti dengan transisi
penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. [11]Malaysia telah
wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara
telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk
pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walau
bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi
sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan
daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada
Persekutuan Malaysia.
Penglibatan negara Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek
pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah mengalami pembangunan yang perlahan
berbanding tanah Malaya dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai
sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

You might also like