You are on page 1of 2

Sejarah Ringkas Negeri Sabah

sumandak | Sabah | April 26, 2012


Sabah Tanah Airku
Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Pulau [[Borneo]]. Pada abad ke-16,
Kesultanan [[Brunei]] menguasai sebahagian besar daripada wilayah utara pulau ketiga terbesar di
dunia iaitu Pulau Borneo. Nama pulau ini, Borneo sendiri berasal daripada nama kesultanan itu iaitu
Brunei. Kesultanan Brunei telah menamakan wilayahnya yang terletak di bahagian utara Pulau
Borneo ini sebagai Sabah. Sabah meliputi seluruh bahagian utara di pantai barat dan seluruh
wilayah pantai timur Pulau Borneo. Wilayah Sabah termasuk wilyah Sungai Sulaman hingga ke Teluk
Marudu dan ke Sungai Paitan, Sibuku, Sugut, Banggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang,
Kimanis, Benoni, Teluk Gaya, Teluk Sepanggar dan Pulau Banggi.

Sabah, Borneo
Pada abad ke 19, satu perebutan takhta Kesultanan Brunei telah berlaku di antara Sultan Muhiudin
dan Sultan Abdul Mubin. Perebutan takhta ini telah memihak kepada Sultan Muhiudin dengan
bantuan [[Sultan Sulu]] pada masa itu. Sultan Muhiudin menyerahkan sebahagian wilayah pantai
timur Sabah iaitu dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku kepada Sultan Sulu sebagai balasan
kepada jasa Sultan Sulu membantu baginda dalam perebutan takhta Brunei. Dengan itu, Sabah telah
terbahagi kepada dua zon pentadbiran oleh dua kesultanan iaitu Sultan Brunei di Zon Pantai Barat
dan Sultan Sulu di Zon Pantai Timur.
Pada tahun 1877, Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin dan Pangeran Temenggung menyerahkan
wilayah Sabah yang meliputi Teluk Gaya hingga ke Sungai Sibuku dan Sungai Kimanis dan Benoni
kepada [[Baron Von Overbeck]] dan [[Alfred Dent]] untuk selama-lamanya. Sultan Brunei menerima
bayaran sebanyak $15,000 setahun sebagai balasan kepada penyerahan ini. Pada tahun 1878,
Sultan Sulu pula, iaitu Paduka Maulana Al-Sultan Mohamet Jamal Al-Alam bin Sri Paduka Almarhum
Al Sultan Mohamat Fathlon menyerahkan wilayah Sabah yang meliputi wilayah Pandasan ke Sungai
Sibuku, wilayah pantai timur iaitu wilayah Paitan, Sugut, Benggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan,
Mumiang dan kawasan-kawasan lain termasuk pulau-pulau ke selatan Teluk Darvel kepada
Overbeck dan Alfred Dent. Sultan sulu menerima bayaran sebanyak $5000 setahun sebagai balasan
kepada penyerahan ini. Dengan itu, jatuhlah Sabah ke tangan pemerintah Barat iaitu Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun 1878 dan mulai dikenali sebagai North Borneo (Borneo
Utara). SBBU telah memerintah Sabah secara rasminya pada tahun 1881 hingga 1941.
Pada tahun 1942-1945, Sabah telah jatuh ke tangan Jepun melalui Perang Dunia Kedua. Setelah
Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, pemerintahan Sabah telah diambil alih sementara oleh
Pentadbiran Tentera British (British Military Administration). Pada tahun 1946, SBBU dengan
rasminya telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan [[British]]. Dengan itu, jatuhlah Sabah ke
tangan British dan dijadikan sebagai Jajahan Mahkota Diraja British (Crown Colony). British turut
memasukkan [[Labuan]] sebagai sebahagian daripada jajahan itu, maka jadilah Labuan sebagai
sebahagian daripada Sabah sehingga ke zaman [[Malaysia]].

Kedudukan Geografi Sabah di Dalam Malaysia
Pada tahun 1963, Sabah telah bersetuju untuk bersekutu dengan Malaya (kini Semenanjung
Malaysia), [[Singapura]], Brunei dan [[Sarawak]] untuk membentuk sebuah Persekutuan yang bakal
dikenali sebagai Malaysia. Maka, pada 31 Ogos 1963, Sabah dengan rasminya mencapai
kemerdekaan daripada British (Kemerdekaan berjaya dicapai dengan bersetuju menyertai Malaysia).
Akhirnya, pada 9 July 1963, Sabah menjadi salah sebuah daripada 14 13 buah negeri di Malaysia
pada hari ini.

You might also like