You are on page 1of 3

Bugis 

adalah  merupakan  salah  satu   bangsa   Melayu   yang terdapat   di Malaysia.


Suku   kaum  Bugis ini    lebih   tertumpu  di kawasan  Pantai  Timur   Sabah   dan  
Selatan  Semenanjung  Malaysia. Suku  kaum Bugis   ini   sebenarnya   berasal   dari  
kepulauan   Sulawesi di   Indonesia. Namun,   suku   kaum  bugis  telah   berhijrah   ke  
Tanah Melayu   sebelum   negara   ini  mencapai   kemerdekaan  lagi. Suku   kaum  Bugis  
merupakan   antara   suku   kaum  terawal   yang   datang   dan   menetap   ke  Tanah  
Melayu. Suku   kaum   Bugis    berhijrah   ke  Tanah   Melayu   telah  menetap   dan   
mendirikan institusi   kekeluargaan   serta   melahirkan   zuriat   dan  waris   sehinggalah  
ke    generasi sekarang. Suku   kaum    Bugis   ini   juga   seperti   masyarakat   lain   yang  
mempunyai   adat, kepercayaan,   tulisan   dan   bahasa   yang   tersendiri. Sebelum saya
menerangkan tentang adat, pakaian, lagu, alat muzik, tarian dan sebagainya, saya akan
menceritakan tentang sejarah awal kaum bugis.

ASAL USUL BUGIS


Bugis ialah komuniti yang tinggal di Sulawesi Selatan. Hampir kesemua kawasan di
Sulawesi Selatan didiami oleh kaum Bugis. Kaum Bugis mempunyai kerajaan mereka
yang tersendiri. Antara kerajaan awal Bugis ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan
Tompokktikka. Kerajaan-kerajaan ini telah wujud sejak sebelum abad ke-15. Pada akhir
abad ke-15, muncul beberapa kerajaan baru yang cuba merampas kedudukan kerajaan
lama. Kerajaan yang baru muncul iaitu Gowa (Makassar) berjaya menguasai dan
memegang tampuk pemerintahan di kawasan Sulawesi Selatan bersama-sama kerajaan
sekutu mereka iaitu kerajaan Bone. 
Kejayaan mereka adalah hasil kerjasama dengan Kerajaan Bone. Mereka telah berpakat
dan bersama-sama dalam menjatuhkan kerajaan lama yang berkuasa di Sulawesi
Selatan.
 Bagi masyarakat Bugis, merantau atau Pasompe dalam bahasa Bugis telah menjadi
suatu adat atau kebiasaan. Telah berabad lamanya masyarakat Bugis merantau atau
berhijrah untuk mencari penempatan dan juga kehidupan baru. Antara kawasan yang
menjadi tempat penghijrahan mereka ialah Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Sumatera.

Penghijrahan besar-besaran kaum ini juga berlaku setelah kerajaan Bugis iaitu Makassar
dikalahkan oleh Belanda dan Belanda menguasai Sulawesi Selatan. Sistem pemerintahan
Belanda seperti cukai tanah dan tanaman yang tinggi juga menjadi faktor penghijrahan
orang Bugis ke tempat lain seperti Tanah Melayu.

 Masyarakat Bugis juga beragama Islam. Pengislaman masyarakat Bugis ialah oleh
seorang Ulama Minangkabau iaitu Sheikh Abdul Makmur. Pada pertengahan abad ke-16
berlakunya perebutan kuasa dan wilayah antara dua buah kerajaan iaitu Gowa (Makassar)
dan Bone. Kekalahan kerajaan Bone telah membawa kepada campurtangan Belanda dan
kejatuhan kerajaan Bugis Makassar. Ini berlaku kerana setelah kalahnya kerajaan Bone,
seorang putera kerajaan Bone telah meminta bantuan dan bekerjasama dengan tentera
Belanda bagi menjatuhkan kerajaan Bugis Makassar. Kekalahan kerajaan Makassar ini
membuatkan ramai pembesar dan putera-putera Bugis Makassar berhijrah ke Tanah
Melayu seperti di Johor dan Selangor.

Kedatangan orang Bugis secara besar-besaran dikaitkan dengan Bugis Makassar.


Golongan Bugis ini telah berhijrah secara beramai-ramai dari Sulawesi Selatan ke Tanah
Melayu. Penghijrahan kaum Bugis ini ialah kerana kejatuhan kerajaan yang berkuasa di
Sulawesi Selatan iaitu kerajaan Bugis Makassar di tangan Bugis dari kerajaan Bone dan
juga Belanda. Kebanyakan orang-orang besar Bugis Makassar ini memilih Klang dan Kuala
Selangor sebagai destinasi bagi didirikan penempatan. Orang Bugis telah lama mula
berhijrah ke Tanah Melayu seperti di Johor dan juga di Tanah Borneo tetapi penghijrahan
dan pendudukan mereka di Klang, Selangor lebih diketahui umum kerana ianya menjadi
permulaan berdirinya era Kesultanan di Selangor. Selain itu, ianya juga menjadi titik mula
campur tangan Bugis di Tanah Melayu.

 Penglibatan awal Orang Bugis ialah mereka membantu Raja Sulaiman iaitu pemerintah
Pahang, Johor, Riau, dan Lingga mendapatkan semula Johor, Riau dan Lingga yang telah
ditawan oleh Raja Kechil yang berpusat di Siak. Sebaik sahaja Raja Bugis menerima
utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal
perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke
Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju dengan
permintaan Raja Bugis dimana  mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai
Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau and Lingga
secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

 Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang,
manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan
senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil
telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor. Setelah
mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah
kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau,
mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh
Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah
datang ke Linggi untuk menyerang balas.

Pihak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan
menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari
Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam
peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja
Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama. Setelah mengetahui penawanan
Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan
semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh
keturunan Bugis dan bukan orang Minangkabau.
 Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil
ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (sebuah meriam) ke Siak. Setelah
mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan
sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang
memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Bagi membalas jasa dan menunaikan
janjinya, Raja Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau.
Sultan Sulaiman juga telah memilih adiknya Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng
Chelak ( 1722-1760 ) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau pada tahun 1730an.
Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau
(yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

 Setelah berjaya membantu Raja Sulaiman, Daeng Chelak iaitu Raja Bugis telah kembali
ke Kuala Selangor. Penduduk Kuala Selangor telah meminta beliau untuk terus menetap
disitu dan menjadi sultan mereka. Daeng Chelak telah menolak kerana ingin kembali ke
Riau dan memerintah Riau yang telah dikurniakan oleh Raja Sulaiman. Namun begitu,
beliau telah menamakan salah seorang dari puteranya iaitu Raja Lumu menjadi
pemerintah di Kuala Selangor. Kedatangan Raja Lumu ke Kuala Selangor menandakan
bermulanya era pemerintahan Kesultanan Selangor yang berdaulat sehingga ke hari ini.

Seterusnya, saya akan menerangkan tentang makanan, adat, pakaian, lagu dan alat
muzik, tarian, budaya, pantang larang dan bahasa bugis untuk menambah pengetahuan
anda semua.

You might also like