You are on page 1of 29

Dr Haryati Hasan

Fakulti Sains Kemanusiaan


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim Perak
(haryatie@fssk.upsi.edu.my)
05-4505116 atau 012-4321941
 Abad 18~ zaman kemelut politik yang hebat di sekitar Selat Melaka.
 Kemerosotan & kemunculan kuasa2 krj Melayu tempatan
 Persaingan politik sengit dgn kuasa2 luar Siak-Minangkabau & Bugis.
 Di bahagian Selatan Selat Melaka, empayar unggul Melayu, krj Johor-
Riau, warisan drp KMM mula menunjukkan bibit2 perpecahannya
 Kerajaan Johor-Riau yg selama ini dianggap sebagai kelangsungan drp
KMM, mengalami tragedi pahit, iaitu kemangkatan Sultan Mahmud
Syah II (Marhum Mangkat Dijulang atau Marhum Kota Tinggi)
 Kemangkatan baginda 1699 mencetuskan suatu ‘sejarah hitam’ bg
kuasa politik Melayu. Baginda dikatakan tidak meninggalkan zuriat.
Ini memberikan jalan kpd Bendahara Johor, Tun Abdul Jalil (Marhum
Kuala Pahang) untuk mengangkat dirinya sebagai sultan.
 Suasana kacau-bilau Johor-Riau diambil kesempatan kuasa luar.
 Arah Tenggara, kedatangan dan kemasukan suku Bugis
 Arah barat , kemunculan kuasa Siak-Minangkabau.
 Penubuhan 4 krj Melayu baru di Malaysia- Terengganu, Selangor, Negeri
Sembilan & Kelantan.
 Kemerosostan kuasa induk Johor-Riau menyumbang kepada hal tersebut.
 Sejak kemangkatan Sultan Mahmud Syah II 699, krj Johor tidak tenteram.

 Selama hampir 2 dekad, sehingga 1718, persengketaan di antara keluarga


terjadi kerana merebutkan kuasa.

 Pelantikan Bendahara Abdul Jalil sebagai sultan menggantikan Sultan


Mahmud Syah II tidak direstui.

 Keadaan inilah yang sebenarnya telah diambil peluang oleh Raja Kechil,
iaitu dgn cara mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Syah II.

 Ini termasuklah Orang Kaya Johor, terutama kalangan Laksamana dan


Seri Bija Wangsa. Orang laut juga tidak mengiktirafnya dengan sepenuh
hati kerana beliau bukan ‘berdarah putih’.
 Dakwaan ini sebenarnya adalah suatu senjata psikologi, sebab beliau
sedar ketiadaan waris itulah rupanya yg menjadi sebab pokok & isu
ketegangan & kemelut politik di Johor.

 Kisah2 asal usul darihal lahirnya, perihal sifat2 istimewanya semasa kecil,
pengalaman aneh2 yg dilaluinya semasa remaja, semuanya adalah mitos
yg sengaja diada2kan untuk menarik perhatian masyarakat bahawa
dakwaannya sbg putera Marhum Mangkat Dijulang adalah betul.

 Antara mitos tersebut ialah

 Beliau telah menjadikan air yang payau kepada air tawar dengan cara mencelupkan
segulung rotan ke dalam air payau itu dan berkata, “Jika aku sebenarnya
berketurunan daripada Raja Johor, maka dengan kehendak Allah, bertukarlah
hendaknya air payau itu menjadi air tawar”.
 Kehebatannya juga cuba dibuktikan melalui peristiwa berikut, “Dari kubu-kubu
Johor meriam ditambahkan ke arah angkatan perang Raja Kechil, tetapi sebaliknya
muncung meriam itu memacutkan air pula”

 Peristiwa-peristiwa tersebut adalah dakyah politik semata-mata.


 Nasihat Puteri Jilan, Raja Kechil telah melanggar Johor, bagi
menuntut takhta kerajaan Johor.

 Sebelumnya beliau telah menghantar perisik2 ke Johor.

 Mereka menyebarkan berita bhw Raja Kechil sbg waris tahta krj
Johor yg sah akan kembali ke Johor

 Rakyat yg tidak mengakui dikatakan akan ditimpa daulat


almarhum Sultan Mahmud Syah.

 Ke Bengkalis utk dapat kepercayaan orang2 di sana dgn gunakan


cap pemerintah Pagar Ruyung.

 Ke Batu Bahara utk dapatkan sokongan org Minangkabau &


melantik 4 penghulu di sana mengukuhkan angkatan perangnya
 Raja Kechil kembali semula ke Bengkalis untuk
melancarkan serangan ke atas Johor.

 Ketika bersiap2 Raja Kechil telah bertemu dgn Upu2


Bugis & meminta bantuan Bugis dlm komplot
serangan ini.

 Daeng Parani kenakan syarat, sekiranya org Bugis


sertai Raja Kechil dlm penaklukan ini dia seharusnya
dikurniakan dgn gelaran Yang Di Pertuan Muda (Raja
Muda).

 Syarat tersebut telah dipersetujui oleh Raja Kechil.


 Namun begitu, Upu-Upu Bugis telah bertolak
ke Langat terlebih dahulu dengan alasan untuk
mendapatkan pengikut-pengikutnya di sana.

 Menurut Tuhfat al-Nafis, “Maka Upu-Upu itu


pun berfikir maka tiadalah kebetulan dengan
timu-timunya. Maka tiada ia mahu, lalu
didalihkan hendak ke Langat dulu (untuk
berbincang dengan pengikut-pengikutnya”.
 Ketidak sediaan Bugis untuk membantu, tidak pula melemahkan
semangat Raja Kechil.

 Beliau tetap meneruskan hasratnya untuk menyerang Johor.

 Dalam pada itu, perjalanan Raja Kecil ke Johor telah tersebar luas.

 Orang Laut di bawah pimpinan ketua mereka iaitu Raja Negara


Selat telah memberikan kesetiaan kepada Raja Kechil.

 Kedatangannya ini telah menyebabkan Johor berada dlm keadaan


huru-hara kerana
 Wujud kesangsian mengenai dakwaannya sbg putera Sultan Mahmud
Syah II.
 Orang2 Johor meminta baginda membuktikan daulatnya terlebih dahulu
 Setelah orang Johor berpuas hati, baginda telah dilantik
menjadi Yang Di pertuan Johor, bergelar Sultan Abdul Jalil
Rahmat Syah.

 Baginda mengahwini Tengku Kamariah, anak bendahara yg


seorang lagi, walaupun pd mulanya Raja Kechik telah
bertunang dgn Tengku Tengah, kekanda Tengku Kamariah.

 Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV mengaku kesalahannya


berkomplot membunuh Sultan Mahmud Syah.

 Beliau memberikan kesetiaannya kepada Raja Kechil &


sekali lagi beliau dilantik menjadi Bendahara.
 Johor,walau pun telah dapat dikuasai oleh Raja Kechil, peluang
Bugis untuk menguasai Johor tetap cerah apabila Putera Sultan
Abdul Jalil Riayat Syah IV iaitu Raja Sulaiman meminta bantuan
Bugis untuk mengusir Raja Kechil keluar dari Riau.

 Pihak Bugis menggunakan kesempatan ini untuk mencapai cita2


politiknya iaitu jika Bugis berjaya mengusir Raja Kechil maka
salah seorang daripada Upu-Upu itu mesti menjadi Yang di
Pertuan Muda secara turun-temurun.

 Bagi orang Bugis pula pertapakan di Johor dimulakan dengan


langkah diplomasi.

 Daeng Parani berkahwin dengan Tengku Tengah Johor iaitu Puteri Sultan
Abdul Jalil Riayat Syah IV. Perkahwinan Tengku Tengah dengan Daeng
Parani adalah untuk menutup malunya.
 Tengku Mandak dijodohkan dengan Daeng Chelak.
 Raja Sulaiman berjanji akan memberikan gelaran Yang Di Pertuan Muda kpd salah
seorang Upu2 Bugis sekiranya mereka berjaya mengusir Raja Kechil dari Johor.

 Daeng Parani ke Siantan. Semasa ketiadaan Upu-Upu Bugis di Johor sekali lagi Johor
berada dalam keadaan kacau-bilau

 Ada yg berpihak kpd Raja Kechil & ada yg berpihak kpd Sultan Abdul Jalil Riayat
Syah IV
 Isteri Raja Kechil iaitu Tengku Kamariah telah mula menyebelahi ayahandanya dan
tidak menghiraukan Raja Kechil.

 Tengku Tengah telah mengambil Tengku Kamariah

 Menimbulkan kemarahan kepada Raja Kechil & beliau telah bertindak menyerang kubu
pertahanan Sultan Abdul Jalil di Seluyut.

 Maka sekali lagi Minangkabau dan Johor berperang.

 Dalam perang ini Raja Kechil dpt mengalahkan Seluyut & Sultan Abdul Jalil berundur
ke Terengganu.
 3 tahun kemudian Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV kembali
ke Kuala Pahang ttp Raja Kechil menyuruh baginda ke Riau
sekiranya baginda tidak mahu berperang.

 Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV enggan ke Riau.

 Akhirnya berlaku peperangan di Kuala Pahang & di dlm


peperangan tersebut Kuala Pahang dpt dikalahkan Raja
Kechil.

 Akhirnya Sultan Abdul Jalil bersetuju kembali ke Riau.

 Pada masa ini Nakhoda Sekam mendapat khabar supaya


Sultan Abdul Jalil dibunuh.
 Apabila Nakhoda Sekam mendengar berita ini lalu beliau telah
mengutuskan 4 orang panglima membunuh Sultan Abdul Jalil.

 Beliau kemudiannya dibunuh di suatu tempat di Kuala Pahang,


Teluk Kandang & dikenali “Marhum mangkat di Kuala Pahang”.

 Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan kpd Raja Sulaiman &


sekali lg beliau telah meminta pertolongan dr Upu2 Bugis.

 Ketika ini Upu-Upu Bugis berada di Matan.

 Apabila Upu-Upu Bugis mengetahui tentang kemangkatan Sultan


Abdul Jalil, maka Kelana Jaya Putera pun berkata, “Jika belum
aku ambil Riau dengan segala takluk daerahnya aku serahkan
kepada Raja Sulaiman, aku haramkan menjejak tanah Bugis atau
aku mati.”  
 Dalam melancarkan serangan tersebut
 Daeng Menampuk dijadikan ketua perang oleh Daeng Parani.
 Daeng Chelak pula menjadi panglima besar.
 Daeng Menambun dan Daeng Kemasi menjadi panglima kanan dan panglima kiri.
Apabila sampai di Riau, Upu-Upu Bugis berhenti di Pulau Pengujan.

 Upu-Upu Bugis telah mengarahkan supaya Raja Kechil keluar ke hulu


Riau untuk berperang.

 Di Pengujan Upu2 Bugis & Raja Kechil beserta pengikut2 telah berperang
selama sehari semalam.

 Dalam peperangan ini Raja Kechil terpaksa berundur ke Pulau Bayan.

 Apabila Upu-Upu Bugis memgetahui maka puak Upu2 Bugis telah


berpecah kpd 2.
 Satu pihak ke Tanjung Pinang untuk menyerang kubu Raja Kechil di Pulau Bayan
 Pihak satu lagi masuk ke hulu Riau.
 Raja kechil kemudian lari ke Tanjung Ungkat & Pulau Penyengat ttp dpt dihalang oleh Upu2 Bugis.
Ini menyebabkan Raja Kechil lari ke Lingga.

 Riau jatuh ke tangan Bugis. Upu2 Bugis kemudiannya hendak melantik Raja Sulaiman sbg raja Johor,
wb pun segala kelengkapan spt pedang kerajaan & keris panjang terletak di tangan Raja Kechil.

 Upu2 Bugis ke Siak utk mengambil alat kebesaran krj Johor. Bila sampai di Buantan Raja Kechil tidak
mahu memulangkan alat kerajaan Johor.

 Upu-Upu Bugis terpaksa menyerang Siak dan Buantan yang kemudiannya kalah di tangan Bugis.

 Raja Kechil lari pula ke Sinapulan dan Upu-Upu Bugis mengikuti Raja Kechil.

 Raja Kechil hampir2 tewas & beliau kemudiannya telah memulangkan alat kerajaan Johor kpd Raja
Sulaiman.

 Alat kerajaan Johor ini dibawa pulang ke Riau oleh Upu2 Bugis.

 Raja Sulaiman menggantikan ayahandanya dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
 Raja Kechil setelah pulang dari Riau telah memohon untuk mengambil
semula isterinya tetapi tidak diberi oleh Raja Tua.

 Maka Raja Kechil berhasrat untuk menyerang Riau dan keluar dari Siak.
Kedatangan Raja Kechil ini dapat diketahui oleh Raja Sulaiman.

 Baginda segera memanggil Yang Di Pertuan Muda dan beliau telah


membuat persediaan dari Tanjung Pinang ke Senggarang.

 Beberapa hari kemudiaan kelihatan angkatan Perang Raja Kechil


menyeberangi Selat Tiong dan terpaksa berhenti di Penyengat kerana
tidak dapat memasuki Riau setelah mendapat halangan dari orang Riau.

 Yang Di pertuan Muda telah mengambil keputusan untuk menyerang


Raja Kechil di Penyengat. Raja Kechil melarikan diri ke Siak.

 Sultan Sulaiman beserta dengan yang Dipertuan Muda segera mengikuti


Raja Kechil sampai ke Unggaran tetapi Raja Kechil sempat masuk ke Siak.
 Sultan Sulaiman kemudian berangkat ke Pahang & Terengganu. Semasa di Terengganu,
baginda mendapat khabar drp Encik Hitam dari Tembelan yg mengatakan Raja Kechil
akan ke Terengagnu.

 Haji Rembau pula mengatakan Raja Kechil telah kembali dr Siantan manakala Panglima
Bungsu yg dtg dr Ungaran mengatakan bukan Raja Kechil sebaliknya anaknya iaitu
Raja Alam yg akan menyerang Riau.

 Peperangan di Tanjung Sebadam yang dapat dikalahkan oleh orang Siak.

 Kemudian di Sungai Payung, Raja Alam berundur ke kg Bulang ttp dpt dikalahkan &
Raja Alam berundur ke Sungai Tarum & ke Tanjung Sebadam seterusnya ke Kuala Riau.

 Raja Alam berperang dgn Sultan Mahmud ttp terpaksa berundur ke Batu Bahara
seterusmya ke Palembang & ke Deli utk melengkapkan perangnya.

 Manakala Raja Kechil mangkat apabila Raja Alam keluar dari Siak.
 Dengan itu kuasa politik Johor sebenarnya telah berada dalam
tangan golongan Bugis.

 Daeng Marewah dilantik sebagai Yam Dipertuan Muda


memerintah kerajaan Riau, Johor dan Pahang.

 Manakala Daeng Menompok, orang kanan Upu Bugis digelar


oleh Yam Tuan Besar dan Yam Tuan Muda sebagai Raja Tua.

 Kuasa bagi membuat keputusan penting bagi kerajaan Johor juga


sudah beralih ke tangan Bugis.

 Malah dinasti Bendahara yg menguasai Johor tidak lg bergantung


pd paduan tenaga orang laut sebaliknya bergantung kpd
kekuatan tentera, tektik politik & kemahiran ekonomi org Bugis.
 Jelasnya, Raja Kechil telah gagal untuk mempertahankan haknya di
Johor.

 Walau pun pada mulanya beliau telah berjaya menguasai Johor namun
dengan kedatangan Upu2 Bugis berlima telah dapat mengalahkan Raja
Kechil.

 Sebaliknya Raja Sulaiman dgn bantuan Bugis telah dpt merampas


kembali tahta krj Johor dr tangan Raja Kechil

 Dan sbg memenuhi syarat yg tlh dibuat dgn Upu2 Bugis maka Daeng
Marewah telah dilantik sbg Yang Dipertuan Muda.

 Dgn ini dinasti Bendahara tetap memegang kuasa Johor.

 Mulai 1722, menyaksikan kemunculan dan penguasaan Bugis dalam


politik Johor-Riau khasnya dan Tanah Melayu amnya.

You might also like