You are on page 1of 27

Nota

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

BAB SATU:
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH
LAPAN fokus utama dalam bab ini termasuklah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Latar Belakang Kurikulum Sejarah


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Asas Penggubalan KSSR
Bentuk KSSR
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Sejarah berkaitan: i. Huraian dan Perincian; ii. Bentuk
Kurikulum;
iii. Rasional Kurikulum Sejarah; iv. Komponen Kurikulum Sejarah
8. Kaitan Kurikulum dengan Kehidupan Individu, Masyarakat dan Negara

1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang
wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II.

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah Rendah


14 Oktober 2008:

Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah


mula diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14
Oktober 2008 ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan
Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur.

Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah


diwajibkan

di

semua

sekolah

rendah

di

seluruh

negara

bagi

mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara


bermula daripada peringkat umur rendah.

DS Abdullah dipetik sebagai berkata, Sejarah adalah elemen penting


dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan
mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

14 Jun 2009:

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom


mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah
sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah.

Pengenalannya

adalah

selaras

dengan

transformasi

sistem

pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


2006-2010.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah


perintis di seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum
dimuktamadkan pada ketika itu.

Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal
menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan.

25 Ogos 2010:

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan


bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran
Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.

Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan


pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz,
lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

24 Oktober 2010:

YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin

Yassin

mengumumkan

keputusan

kerajaan

yang

akan

melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014.

Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal
KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan
2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014.

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran


Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen
Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai
mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bermula tahun 2013.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan


mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara
berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.

Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun


Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap
mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh
dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan


menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi
mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

Mata

pelajaran

Sejarah

di

peringkat

sekolah

rendah

merupakan

kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin


ilmu yang dinamik.

Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan


kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai
nilai tambah lain turut diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah:
Nilai Tambah Alaf
Baru

hazmanazhar 2013

Kemahiran Berfikir;
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

(TMK);
Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;
Kemahiran Kajian Masa Hadapan;
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Pemupukan Nilai

Nilai-nilai Murni;
Semangat Patriotisme;
Elemen Kewarganegaraan;
Nilai Sivik.

Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran,


elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di
dalam dan luar bilik darjah.

1. Sejarah Awal
Negara

Asas Kemahiran
Pemikiran Sejarah
KPS

SEJARAH
KSSR

2. Kedaulatan
Negara

1. Kesetiaan
3. Perkongsian Sejarah
2. Keterikatan Emosi kepada4. Perkongsian Nilai
5. Perkongsian Masa
Negara
Hadapan
6. Perasaan Kekitaan
Komitmen
Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik7. yang
diterapkan dalam

TUJUH
DIMENSI
KEWARGANEGARAAN

Sejarah

KSSR

bertujuan

untuk

dijadikan

asas

dalam

melahirkan

warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini


dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan
sosial dan integrasi nasional.

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan


murid

yang

berjiwa

patriotik

dengan

memberi

pendedahan

menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan


mendidik

murid

sejarahnya

untuk

dengan

memahami
melihat

latar

perubahan

belakang
yang

negara
berlaku

dan
serta

kesinambungannya yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan


masyarakat Malaysia.

Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara kronologi yang


membincangkan

pengenalan

sejarah

awal

negara,

kedaulatan

dan

kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid


dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran


Sejarah KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang
menyeronokkan (learning is fun) termasuklah melalui:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kemahiran berfikir secara Kreatif;


Kritis;
Inovatif;
Aktiviti Inkuiri;
Penerokaan;
Aplikasi Elemen Didik Hibur.

1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Penggubalan sebuah kurikulum baharu yang digunapakai di sekolah


rendah bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008 yang bersetuju untuk melaksanakan
Transformasi Kurikulum Kebangsaan.

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah telah dicadangkan


dalam usaha melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan
negara terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya kurikulum
persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang.

Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah melaksanakan satu


kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi
terhadap kurikulum sekolah rendah sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR).

Hasilnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan


oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula sesi persekolahan tahun
2011.

Pengenalan KSSR bukannya menggantikan sepenuhnya kurikulum lama di


bawah KBSR, akan tetapi KSSR adalah merupakan penambahbaikan
daripada kurikulum lama sedia ada di bawah KBSR.

Antara

pembaharuan

yang

telah

dilaksanakan

melalui

KSSR

termasuklah:
1. Fokus tiga kemahiran asas utama di bawah KBSR iaitu membaca,
menulis dan mengira (3M) telah ditambah dengan kemahiran
menaakul menjadikannya sebagai membaca, menulis, mengira
dan menaakul (4M);
2. Pengenalan elemen kreativiti, inovasi dan keusahawanan;
3. Pengenalan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK)

Penambahbaikan kurikulum dalam KSSR adalah merupakan hasil daripada


penandaarasan (benchmarking) yang dibuat ke atas sistem pendidikan di
negara maju serta maklumbalas daripada pelbagai pihak termasuk badan
akademik, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan.

Hasrat KSSR

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Melalui pengenalan KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk


melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui beberapa tunjang yang telah digariskan.

Antara hasrat yang disasarkan oleh kerajaan melalui pengenalan KSSR


termasuklah:
1. Warganegara Bertanggungjawab:
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti
2. Pekerja Berilmu:
Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran TMK
Pencipta Teknologi
Pembelajaran Sepanjang Hayat
3. Global Player:
Berdaya Saing
Berdaya Tahan
Kemahiran Berkomunikasi
Jati Diri
4. Murid yang Seimbang dari Segi Intelek, Rohani, Emosi,
Jasmani dan Sosial:
Berilmu pengetahuan
Berketrampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak mulia
Berkeyakinan
Berdikari

1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR

Dalam merangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah, beberapa teras


utama telah dijadikan asas dalam menggubal sebuah kurikulum yang
holistik dan mapan.

Antara teras-teras utama yang dijadikan asas dalam pembangunan


kurikulum di bawah KSSR termasuklah:

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Rancangan Jangka Panjang
Cabaran Abad ke-21
Model Baru Ekonomi
Teori Pembelajaran (terkini)
4 Tonggak UNESCO
i.
Belajar untuk Mengetahui (Learn to know)
ii.
Belajar untuk Bertindak (Learn to Do)
iii.
Belajar untuk Hidup Bersama (Learn to Leaving Together)
iv.
Belajar untuk Membentuk Peribadi (Learn to Be)
9. Sumber Ilmu yang Muktabar

Selain itu, dalam menggubal KSSR, beberapa prinsip utama turut


digunakan dalam menggubal sebuah kurikulum yang mampu melahirkan
insan yang seimbang dan holistik.

Secara prinsipnya juga, KSSR telah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.


Antara prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal KSSR termasuklah:

1. Pendekatan Bersepadu:
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu Pengetahuan
:Mengetahui asas sejarah perkembangan negara
Kemahiran
:Mengaplikasi
Kemahiran
Pemikiran
Sejarah (KPS)
Nilai

:Menerapkan

Elemen

Kewarganegaraan

dan

Nilai Sivik
2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh:
KSSR digubal untuk memastikan semua mata

pelajaran

berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi,


jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara
bersepadu.

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan
intelek, emosi dan sosial kepada setiap individu murid.
Intelek

: Memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan


kesinambungannya dalam kehidupan masa kini.

Emosi

Mewujudkan

keterikatan

emosi

kepada

negara

(dimensi
ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan).
Sosial

: Mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara


masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan

nasional.

3. Pendidikan Saksama untuk Semua Murid:


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua
murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh
dan seimbang.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran
teras bagi murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh
semua individu murid.
4. Pendidikan Seumur Hidup:
KSSR menyediakan pengetahuan

dan

kemahiran

yang

diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi


cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat
berfikir yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat
dalam memahami dan menilai setiap peristiwa bersejarah dalam
kehidupan.

4. BENTUK KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menggunapakai konsep tunjang


yang merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran

hazmanazhar 2013

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohami, emosi, jasmani dan sosial.

ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah KSSR yang mewakili bidang


ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan
yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan pengstrukturan secara eksplisit


bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap
tunjang adalah saling berhubung kait dan bersepadu.

Kerohanian,
Sikap dan Nilai

Sains dan
Teknologi

Ketrampilan
Diri

Komunikasi

Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Kemanusiaan

1. Tunjang Komunikasi:

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin


kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi.

Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar


dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

hazmanazhar 2013

10

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam


proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
tunjang-tunjang

yang

lain.

Penguasaan

kemahiran

berbahasa

menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan


dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa


Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika:

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada


perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan
pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah

Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi


dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
3. Tunjang Kemanusiaan:

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu


dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan.

Disiplin

ilmu

yang

terdapat

dalam

Tunjang

Kemanusiaan

ialah

SEJARAH yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

4. Tunjang Keterampilan Diri:

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan


kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum

dan

kokurikulum.

hazmanazhar 2013

11

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai


yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum.

Penglibatan

dalam

kegiatan

kokurikulum

seperti

persatuan,

badan

beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan


potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi:

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:


Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;
Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik;
Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai:

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang


pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai.

Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi

Pendidikan Islam bagi

murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.


-----------

Selain memperkenalkan konsep tunjang dalam pengklasifikasian bidang


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam KSSR, bentuk kurikulum KSSR
juga dibina secara berfokus.

Melalui enam tahun persekolahan di peringkat rendah, fokus KSSR adalah


untuk memastikan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

hazmanazhar 2013

12

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,


mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat
pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan


asas 4M.

Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi

membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.

Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti


dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi


kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.

Bermula Tahap II di Tahun Empat juga, murid-murid mula didedahkan


dengan mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran di bawah
tunjang kemanusiaan.

hazmanazhar 2013

13

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Penambahbaikan kurikulum daripada KBSR dalam KSSR

5. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam


standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan

keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani


cabaran semasa dan masa hadapan.
Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains

dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.


Elemen merentas kurikulum yang baharu iaitu, Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal


pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan
KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum

diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran


demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


ELEMEN SEDIA ADA
ELEMEN BAHARU DALAM KSSR
Bahasa;
1. Kreativiti dan Inovasi;
Pendidikan Alam Sekitar;
2. Keusahawanan;
Nilai Murni;
3. Teknologi
Maklumat
dan
Sains dan Teknologi;
Komunikasi.
Patriotisme;
Kemahiran Berfikir;
Kepimpinan;
Kemahiran Belajar Cara Belajar;
Pendidikan
Kesihatan

Reproduktif dan Sosial;


10.Pencegahan Rasuah;
11.Kajian Masa Depan;
12.Pendidikan Pengguna;
13.Keselamatan Jalan Raya

hazmanazhar 2013

14

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang boleh diterapkan dalam mata


pelajaran Sejarah KSSR termasuklah elemen:

ELEMEN EMK
Bahasa

CONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH


Kemahiran berbahasa dalam proses PdP;
Aktiviti bahasa seperti pidato, debat,

deklamasi sajak dsb;


Kemahiran menyebut dan memahami
makna istilah-istilah tertentu dalam
Sejarah.

Pendidikan Alam Sekitar

Kepentingan menghayati alam sekitar;


Penghargaan ke atas alam sekitar;
Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun
Empat)

Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni melalui

penghayatan peristiwa sejarah;


Penekanan terhadap nilai-nilai bersama
dalam masyarakat berbilang kaum di

Malaysia;
Dipupuk melalui tujuh dimensi
kewarganegaraan

Sains dan Teknologi/


Teknologi

Maklumat

Komunikasi (TMK)

Penggunaan elemen teknologi dalam proses

PdP;
Inkuiri dan penerokaan maklumat

dan

menggunakan TMK
Kemahiran Berfikir

Patriotisme

Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis

(KBKK);
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR;


Dipupuk melalui tujuh dimensi

kewarganegaraan;
Penghayatan terhadap kandungan kurikulum
Sejarah dalam menanam semangat

patriotisme;
Ditekankan secara langsung dan tidak
langsung

hazmanazhar 2013

15

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kepimpinan

Murid diberi peluang memimpin dalam

melaksanakan aktiviti PdP;


Murid mengkagumi tokoh-tokoh
terbilang dalam sejarah negara.

Kemahiran

Belajar

Cara

Belajar

Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)


menjadi satu alat berfikir dan alat belajar
kepada murid dalam meneroka dan
menghayati setiap peristiwa di sekeliling
mereka dari konteks sejarah.

Kajian Masa Depan

Menjadikan pengetahuan sejarah


sebagai asas dalam menentukan masa

hadapan;
Berfikir tentang masa hadapan melalui

iktibar sejarah masa lalu;


Mengaitkan kegemilangan masa lalu
dalam usaha memajukan masa hadapan.

Kreativiti dan Inovasi

Murid menghayati kreativiti masyarakat

terdahulu (Zaman Prasejarah);


Murid diberi peluang mereka cipta alat-

alat zaman batu yang mudah;


Murid diberi peluang mempersembahkan
kandungan sejarah mengikut kreativiti
masing-masing.

Keusahawanan

Murid diajak berfikir mengenai faktorfaktor dan tindakan-tindakan para


pemimpin zaman Kesultanan Melayu
Melaka sehingga mampu mewujudkan
empayar perdagangan terkemuka di dunia.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Baharu dalam KSSR

Tiga Elemen Merentas Kurikulum (EMK) baharu yang diperkenalkan dalam


KSSR termasuklah:
1. Kreativiti dan Inovasi

hazmanazhar 2013

16

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

2. Keusahawanan
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1. Kreativiti dan Inovasi:

Kreativiti

merupakan

mencernakan

sesuatu

kebolehan
maklumat

minda
untuk

berimaginasi

penyelesaian

dan

masalah,

cabaran, soalan atau tugasan.

Kreativiti juga merujuk kepada kemampuan atau kebolehan mencipta


sesuatu yang asli dan sesuai.

Inovasi pula merujuk kepada keupayaan menghasilkan sesuatu yang


bersifat baharu (belum ada sebelumnya) yang dilakukan berdasarkan
modifikasi atau adaptasi daripada perkara yang sedia ada.

Pengenalan elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR adalah bertujuan


untuk menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan
menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti yang menjadi amalan dan
budaya

dalam

kehidupan

serta

mampu

menyumbang

ke

arah

pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Strategi PdP yang boleh dilaksanakan dalam menggunapakai elemen


kreativiti dan inovasi termasuklah melalui:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis;


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi;
Pembelajaran Konstruktivisme;
Inkuiri Penemuan;
Pembelajaran Kontekstual;
Pembelajaran Berasaskan Projek;
Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah;
Kajian Masa Depan

2. Keusahawanan:

Pengenalan elemen keusahawanan di bawah KSSR ditekankan melalui


lima aspek iaitu:
1. Mengamalkan sikap keusahawanan;
2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan;
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas
jual beli;

hazmanazhar 2013

17

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

4. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran


berasaskan teknologi dan vokasional;
5. Nilai moral dan etika keusahawanan.

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah merupakan teknologi


yang

digunakan

komunikasi,
menyimpan,

dan

khasnya

dalam

perisian

aplikasi

menghantar,

penggunaan
untuk

mendapatkan

komputer,

memperoleh,
semula,

peralatan

memproses,

menukar,

dan

melindungi maklumat di mana saja dan pada bila-bila masa.

Matlamat TMK dalam Elemen Merentas Kurikulum (EMK) adalah bagi


memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan
dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan
menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta
menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan
kualiti pembelajaran.

Fokus TMK dalam KSSR termasuklah:


1. Belajar Mengenai TMK:
Mengenali dan memperolehi pengetahuan tentang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi termasuklah mengenali gajet-gajet IT, perisian,
perkakasan input dan output dsb.

2. Belajar Dengan TMK:


Perisian komputer dalam TMK digunakan sebagai alat pengupaya untuk
mengajar dan belajar contohnya melalui penggunaan perisian
Power Point dan Slideshow oleh guru.

3. Belajar Melalui TMK:


Menggunakan media-media dalam TMK seperti internet, CD-rom,
portal E-bahan, EduWebTV dsb dalam usaha mencari maklumat dan
ilmu pengetahuan berkaitan sesuatu perkara atau topik.

hazmanazhar 2013

18

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

6. KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pihak Kementerian


Pelajaran

Malaysia

telah

memperkenalkan

standard

iaitu

satu

pencapaian atau penanda aras yang perlu dicapai oleh setiap


individu murid dalam satu-satu tempoh tertentu sepanjang berada di
sekolah rendah.

Terdapat dua jenis pernyataan standard yang diperkenalkan menerusi


KSSR yang dikenali sebagai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.

Bagi tujuan penilaian pula, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


telah diperkenalkan sebagai satu langkah pentaksiran secara berterusan
oleh guru ke atas setiap individu murid. Penilaian ini juga dibuat
menggunakan standard yang dikenali sebagai Standard Prestasi.

KOMPONEN STANDARD
Standard Kandungan

HURAIAN
Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau petunjuk


(indicator) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan


tahap prestasi yang perlu murid pamerkan
sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu
telah dikuasai oleh murid (indicator of

hazmanazhar 2013

19

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

success).

Contoh Standard Kandungan dalam Sejarah KSSR:


Bab Satu: Mari Belajar Sejarah
Standard Kandungan:
1.1 - Mengetahui dan memahami pengertian dan kemahiran sejarah;
1.2 - Mengetahui dan memahami diri dan keluarga;
1.3 - Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;
1.4 - Mengetahui dan memahami perihal kawasan tempat tinggal murid.

Contoh Standard Pembelajaran dalam Sejarah KSSR:


Standard

Kandungan

1.1 Mengetahui

dan

memahami

pengertian

dan

kemahiran sejarah
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah
1.1.2 Mengenalpasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan
kronologi
1.1.3 Mengenalpasti peristiwa sejarah mengikut garis masa

Standard Prestasi dalam Sejarah


hazmanazhar 2013

20

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Standard prestasi merupakan satu bentuk pentaksiran standard yang


dibuat ke atas setiap individu murid menerusi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).

Pentaksiran ini merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat


tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran standard prestasi ini dibuat menggunakan band di mana


band merupakan pengkelasan terhadap tahap penguasaan murid
terhadap standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah
dipelajari.

Tafsiran prestasi murid mengikut band adalah seperti berikut:


TAFSIRAN UMUM DALAM PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
BAND
TAFSIRAN
1
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran
asas atau respons terhadap perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk

komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang


3

yang telah dipelajari.


Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan

sesuatu kemahiran pada suatu situasi.


Murid melakukan suatu kemahiran dengan beradab, iaitu

mengikut prosedur atau secara sistematik.


Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik,
serta tekal dan bersikap positif.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran

sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik,


bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Walau bagaimanapun, Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah


yang diperkenalkan pada tahun 2014 menggunakan tafsiran pernyataan
standard prestasinya yang tersendiri.

hazmanazhar 2013

21

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH RENDAH
BAND
TAFSIRAN
1
Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai
yang dipelajari.
2

Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai


yang dipelajari.

Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan


nilai yang dipelajari.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun


berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

Contoh Tafsiran Standard Prestasi Berdasarkan Standard Kandungan:


Standard Kandungan:
5.2 Mengetahui dan memahami Parameswara sebagai pengasas Kesultanan
Melayu Melaka.

Tafsiran Standard Prestasi:


TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
BAND
1

BAGI STANDARD KANDUNGAN 5.2


TAFSIRAN
Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas
Kesultanan Melayu Melaka.

hazmanazhar 2013

22

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas

Kesultanan Melayu Melaka.


Murid boleh menerangkan tentang Parameswara sebagai

pengasas Kesultanan Melayu Melaka dengan contoh.


Murid boleh menguasai maklumat tentang Parameswara

sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka untuk diteladani.


Murid boleh membuat penilaian tentang Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan dihubungkait dengan
kehidupan masa kini.
Murid boleh menzahirkan idea yang rasional tentang warisan

Kesultanan Melayu Melaka dengan institusi beraja.

7. KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH


Huraian dan Perincian Kurikulum Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap


bermula dari Tahun Empat di Tahap II hingga ke Tahun Enam.

Kandungan dan tema kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut tahun di


mana murid di Tahun Empat diperkenalkan dengan tema Sejarah Awal
Negara, tema Kedaulatan Negara di Tahun Lima dan Kemakmuran
Negara Kita di Tahun Enam.

Antara topik-topik yang dipelajari melalui Sejarah KSSR termasuklah:


1.
2.
3.
4.

Mari Belajar Sejarah


Kehidupan Zaman Air Batu
Kehidupan Zaman Prasejarah
Kerajaan-kerajaan Melayu Sebelum

Kesultanan

Melayu

Melaka
5. Zaman Kesultanan Melayu Melaka
6. Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
7. Negeri-negeri di Malaysia
8. Sejarah Sabah dan Sarawak
9. Identiti Negara Kita
10.Sejarah Awal Negara Kita
11.Kedaulatan Negara Kita

Bentuk Kurikulum

hazmanazhar 2013

23

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Reka bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dibuat secara


modular di bawah Tunjang Kemanusiaan.

Melalui tunjang kemanusiaan, murid diberi penekanan kepada penguasaan


ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara

dan

global,

serta

penghayatan

semangat

patriotisme

dan

perpaduan.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dilaksanakan berpandukan


kepada beberapa dokumen kurikulum termasuklah:
1. Dokumen Standard Kurikulum
2. Dokumen Standard Pentaksiran
3. Buku Teks

Kurikulum

Standard

Sejarah

Sekolah

Rendah

disusun

berdasarkan

beberapa kriteria termasuklah:


1. Kronologi
2. Tematik

Penyusunan

kandungan

sejarah

secara

kronologi

bermaksud

penyusunan kurikulum mengikut perkembangan tahun dan abad.


(Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989)

Penyusunan secara berkronologi ini akan dimulakan dengan pernyataan


tentang peristiwa sejarah yang berlaku terlebih dahulu berbanding
peristiwa selepasnya.

Penyusunan mengikut kronologi membolehkan penceritaan peristiwa


sejarah disampaikan dengan lebih tersusun dan kukuh mengikut
rentetan waktu yang berkesan. (Omardin&Yunus, 1996)

Penyusunan berkronologi ini akan memudahkan lagi pemahaman


murid yang melihat kesinambungan di antara satu peristiwa dengan
peristiwa yang lainnya.

Selain itu, reka bentuk susunan kurikulum Sejarah KSSR juga dibuat
secara tematik iaitu mengikut tema-tema tertentu.

hazmanazhar 2013

24

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Terdapat tiga tema yang telah dipilih dalam Sejarah KSSR iaitu
Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara
Kita.

Penyusunan kandungan kurikulum sejarah secara bertema, berkronologi


dan disusun mengikut tajuk membolehkan murid menghayati dan
menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2013)

Rasional Kurikulum Sejarah

Pengenalan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah bertujuan


untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah

di

samping

penerapan

semangat

patriotik

melalui

pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi masa kini.

Melalui

pembelajaran

Sejarah,

murid

dapat

membina

kerangka

kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokohtokoh terlibat. Murid dapat membuat perbandingan pengalaman
manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara
individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.

Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan


cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia.

Komponen Kurikulum Sejarah

Dalam menggubal Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah, terdapat


tiga komponen utama yang ditekankan dalam pembinaan kurikulum ini
iaitu:
1. Organisasi Kurikulum;
2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah;
3. Penilaian.

hazmanazhar 2013

25

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

1. Organisasi Kurikulum:

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi

ilmu pengetahuan

(kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (Kemahiran),


penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk
minat murid terhadap sejarah.

2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah:

Terdapat beberapa kaedah PdP Sejarah yang telah dicadangkan dalam


Dokumen Standard Kurikulum Sejarah termasuklah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kajian Kes
Kemahiran Berfikir
Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara Kontruktivisme
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

hazmanazhar 2013

26

Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

10.Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


11.Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12.Aplikasi Teknik Theory of Constraints
13.Belajar Sambil Bermain
14.Experiental Activities Planner
15.i-Think

3. Penilaian:

Penilaian dalam Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah


berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

* Sudah dibincangkan dalam bahagian sebelumnya.

8.

KAITAN

KURIKULUM

SEJARAH

DENGAN

KEHIDUPAN

INDIVIDU,

MASYARAKAT DAN NEGARA

Bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang patriotik,


terdapat beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR
yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat
dan negara termasuklah:
1.
2.
3.
4.
5.

hazmanazhar 2013

Tujuh Dimensi Kewarganegaraan


Nilai Sivik
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
Pendekatan PdP
Standard Prestasi

27

You might also like