You are on page 1of 1

Pemerintahan

Kerajaan Abbasiyah
Usaha Khalifah Abu Abbas as-Saffah
(a) Mengubah pusat pemerintahan dari kota Damsyik ke kota Kufah, iaitu pusat gerakan
kerajaan Bani Abbasiyah
Pd tahun 134 Hijrah, Abu Abbas telah meninggalkan Kufah dan berpindah ke daerah
Anbar, satu tempat yang terletak di pinggir Sungai Eufrat. Kedudukan yang memang
strategik tersebut telah membangunkan sebuah ibu kota sebagi pusat pemerintahan
dan pentadbiran yang terkenal sehingga ke hari ini, Iaitu kota Baghdad.
(b) Menghapuskan golongan Bani Umaiyah sebagai Langkah memperkukuh kedudukan
politik
Strategi ini merupakan salah satu strategi bagi mematahkan sebarang cubaan untuk
merampas kuasa atau gerakan yang bertujuan menggulingkan daripada tampuk
kuasa pemerintahan yang dicetuskan oleh golongan Bani Umaiyah. Abu Abbas
menggunakan kekerasan dalam memerangi musuh demi mempertahankan kuasa
politik terutamanaya selepas kejayaan beliau menumpaskan kerajaan Bani Umaiyah.
(c) Menukarkan warna bendera kerajaan kepada warna hitam
Pemerintahan kerajaaan Bani Umaiyah menggunakan warna merah sebagai
lambing pada bendera dan panji-panji kebesaran kerajaan. Keadaan ini berubah
semasa pemerintahan Bani Abbasiyah yang menggunakan symbol warna hitam
dalam upacara-upacara rasmi mereka.
(d) Peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan Bani Abbasiyah
Keluarga Barmaki memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerintahan
kerajaan Bani Abbasiyah terutamanya dalam usaha menghapuskan pengaruh Stiah
di Khurasan. Keluarga Barmaki memang terlibat dalam pentadbiran kerajaan Bani
Abbasiyah. Hal ini dapat dilihat semasa Harun ar-Rasyid menjadi khalifah.
Contohnya, Yahya bin Khalid telah dilantik sebagi Perdana Menteri dan pengurus
Baitulmal kerana sifat Yahya yang bijak dan pintar.
Keluarga Barmaki turut memainkan peranan penting dalam aspek pendidikan.
Contohnya, Harun ar-Rasyid telah dididik hingga menjadi khalifah oleh Yahya bin
Khalid sejak kecil lagi. Yahya juga telah membangunkan darul Hikmah di samping
mengukuhkan kewangan di Baitulmal.

You might also like