You are on page 1of 2

TEMA 1

Soalan 21
Tidak dinafikan sumbangan Abu Bakar al Siddiq khalifah pertama negara dan umat islam amat
besar. Nilaikan pernyataan yang diberikan tersebut.

Abu Bakar al Siddiq merupakan individu pertama yang memikul tanggungjawab sebagai
khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan Abu Bakar al Siddiq sebagai
khalifah ialah hasil rundingan antara golongan Mahajirin dan golongan Ansar di Saqifah Bani
Saidah. Kepimpinan yang hebat seperti bijak, berani, bertanggungjawab dan berpandangan jauh
pada dirinya telah berjaya menyelesaikan isu pengganti Nabi Muhammad s.a.w diikuti isu-isu
agama, politik dan keselamatan serta yang boleh menggugat kestabilan negara islam Madinah.
Salah satu sumbangan besar Abu Bakar s.a.w. sebagai khalifah pertama negara dan umat
Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. adalah memerangi dan menamatkan
kebangkitan golongan al Riddah. Golongan al Riddah merupakan golongan bersifat anti-kerajaan
Islam dan anti-ajaran Islam yang menggugat kestabilan politik negara Islam. Oleh hal yang
demikian, Khalifah Abu Bakar menggunakan kaedah diplomasi pada peringkat awal namun tidak
mendapat respons positif. Kesannya, Khalifah Abu Bakar terpaksa membentuk 11 pasukan
tentera sehingga berjaya mengalahkan golongan nabi palsu sekaligus telah menjaga kecusian
agama islam. Jelaslah bahawa, sumbangan beliau dalam menamatkan kebangkitan golongan al
Riddah bukan sahaja telah mewujudkan iklim politik yang stabil dan dapat memastikan kesucian
agama Islam terpelihara.
Selain itu, sumbangan Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama negara dan umat
Islam yang amat besar adalah mengumpul ayat-ayat al- Quran. Hal ini dikatakan demikian
kerana ramai al Hafiz telah syahid dalam Perang al Riddah. Perkara ini telah menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan umat Islam tentang kehilangan al Quran di muka bumi. Oleh itu,
Umar al Khattab telah mencadangkan agar ayat-ayat al Quran dikumpul dan disimpan di suatu
tempat. Kemudiannya, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk
menulis semula al Quran. Contohnya, beliau melantik Zaid Bin Thabit untuk mengetuai sebuah
jawatnakuasa bagi berusaha mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al Quran. Kesannya, ayat-
ayat al Quran berjaya diselamatkan untuk lenyap dari muka bumi. Selain itu, ayat-ayat ini juga
disusun dan dibukukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Jelaslah bahawa mengumpul
ayat-ayat al Quran merupakan sumbangan Abu Bakar al Siddiq sebgai khalifah pertama negara
Islam yang amat besar.
Di samping itu, sumbangan Abu Bakar al-Siddiq amat besar kepada umat Islam dalam
pembahagian negara Islam. Khalifah Abu Bakar telah menyusun pentadbiran dengan
membahagikan negara Islam kepada 10 daerah. Antaranya ialah Makkah, Taif, Yaman dan
banyak lagi. Makkah kekal sebagai pusat pemerintahan di bawah pentabdiran Khalifah Abu
Bakar sendiri dengan dibantu oleh para sahabatnya. Kesannya, struktur pemerintahan ini telah
dijadikan asas oleh Umar al Khattab apabila beliau berjaya membentuk sebuah empayar Islam
yang luas merangkumi Semanjung Tanah Arab dan luar Semanjung Tanah Arab. Jelaslah
bahawa sumbangan Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama negara dan umat Islam amat
besar dalam pembahagian negara Islam.
Akhir sekali, sumbangan Abu Bakar al- Siddiq khalifah yang pertama adalah
mencalonkan penggantinya. Sebelum kewafatannya, Khalifah Abu Bakar telah mengemukakan
cadangan agar Umar al Khattab dilantik sebagai khalifah selepas kewafatannya. Wasiat ini
ditulis oleh Othman bin Affan dan tujuan Khalifah Abu Bakar berbuat demikian adalah untuk
mengelak berlaku pertelagahan sesama umat islam dalam memilim pemimpin. Tindakan Abu
Bakar mencalonkan Umar al Khattab sebagai penggantinya adalah bertujuan untuk memastikan
kesinambungan pemerintahannya serta menunjukkan bahawa tokoh ini mempunyai sikap
memandang jauh ke hadapan demi kepentingan umat dan negara Islam. Perkara ini dibuktikan
apabila khalifah Umar telah berjaya melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran,
sehinggakan timbul pandangan kejayaan Khalifah Umar sebenarnya diasaskan oleh Abu Bakar.
Tegaslah bahawa, mencalonkan pengganti yang terbaik merupakan salah satu sumbangan besar
Khalifah Abu Bakar sebelum kewafatannya.
Kesimpulannya, kejayaan Khalifah Abu Bakar al Siddiq menangani masalah telah
menyediakan asas yang cukup untuk penggantinya, Umar al Khattab melaksanakan pelbagai
pembaharuan menyebabkan Khalifah Abu Bakar al Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Negara
dan Umat Islam.

You might also like