You are on page 1of 10

SEJARAH

ULANGKAJI STRATEGIK SEMESTER


2/2021
MODUL KINTA UTARA

DIVISHA SAVINTHIA
U2DH
SOALAN : Nilaikan sumbangan Salehuddin al-
Ayubbi dalam memperluaskan syiar Islam.
(20M)
PENGENALAN
- Nama penuh beliau ialah Salehuddin Yusof Bin Najmuddin Ayub.
Beliau digelar sebagai Saladin, berketerunan Kurdi dari kaum Quraisy
suku Ruwaidhah. Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran
pada tahun 1193M di Damsyik. Beliau merupakan seorang panglima
tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan
masyur. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab
membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.
Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat
digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan
semula beberapa wilayah kerajaan Islam. Beliau juga pernah terlibat
dalam peperangan di Mesir, Palestin dan Syria.
• Salehuddin mula menyertai peperangan pada tahun 1164M apabila menyertai
ekspedisi ketenteraan Syria Bersama bapa saudaranya, iaitu Shirkuh yang dihantar
MENENTANG TENTERA oleh Khalifah Nur al-Din.

• Dalam peperangan ini, tentera Islam pemimpin Shirkuh telah Berjaya menewaskan
tentera Salib yang berada di bawah pemimpin Amaury I.

• Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai


SALIB

panglima angkatan tentera Syria.

• Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.

• Pada tahun 1169M, tentera Islam juga Berjaya menumpaskan tentera Salib di Mesir.

• Peperangan ini berlaku disebabkan tentera Salib melanggar perjanjian damai yang
dimeterai.
• Meskipun tentera Islam telah Berjaya menguasai
TERHADAP PENGANUT
DASAR TOLAK ANSUR

Baitulmuqaddis, orang-orang Kristian tetap diberi peluang


mengunjungi kota suci ini.
KRISTIAN

• Melalui perjanjian, damai yang dimenterai oleh Salehuddin


dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November
1192M, pihak Islam bersedia memberi kelonggaran kepada
penganut Kristian mengunjungi dan beribadat di
Baitulmuqaddis.
• Salehuddin al-Ayubbi mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-Jabal yang
terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih berada di
dalam Kota Kaherah. Di Sinai, kubu yang hampir sama juga dibina di samping
Memulih dan membangunkan negara

membangungkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah.

• Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap
hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.

• Salehuddin al-Ayubbi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh
al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannnya sebuah hospital yang dinamakan
Bimaristan al-Atiq.

• Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut


gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai
ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai
pemisah bagi mengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.
• Salehuddin banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama
dan cerdik pandai ke negaranya.
• Memperkenalkan sistem Pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai
MEMAJUKAN ASPEK PENDIDIKAN

sistem al-Katib.
• Kanak-kanak diajar mempelajari al-Quran, menghafal hadis,
kemahiran seni khat, ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat dan
ibadat seperti solat berjemaah.
• Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting
khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.
• Masjid yang terkenal pada zamannya ialah Masjid Amru al- As, dan
Masjid al-Alttarin.
• Beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai untuk dijadikan sekolah,
malah turut membiayai gaji guru-guru yang mengajar di sekolah yang
didirikan.
• Beliau juga berusaha mengutamakan Pendidikan berasaskan Mazhab
Sunni.
MEMAJUKAN ASPEK EKONOMI
• Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti
jizayah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh
tawanan perang yang menebus diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj).

• Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti


cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.

• Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti memberikan


tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraab sistem terusan serta teknik-teknik
pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan
makanan.

• Beliau juga mengalakkan aktiviti perdagangan.

• Mesir menjadi pusat pertemuan para pedagang dari Timur dan Barat.
KESIMPULANNYA :

Kejayaan Salehuddin al-Ayubbi membebaskan semula


Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang beliau
sentiasa berusaha untuk memartabatkan agam dan Negara Islam.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat
melaksanakan pelbagai perancangan yang meliputi aspek politik,
ekonomi, pendidikan dan kebajikan sosial.
TERIMA KASIH…..

You might also like