You are on page 1of 2

Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah

penagih dadah di negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan pengurusan


Pusat Serenti pada tahun-tahun yang dilaporkan
Golongan masyarakat yang paling ramai terlibat dengan masalah dadah ialah golongan belia iaitu
kira-kira 65 %. Dari peratusan tersebut kaum Melayu merupakan penyumbang yang terbesar.

Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan daripada jumlah
tersebut 1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada tahun 2010 jumlah penagih
dadah di Johor didapati menurun sebanyak 671 orang. Pada dua tahun yang berikutnya bilangan
penagih dadah di negeri tersebut semakin menurun iaitu masing-masing berkurang sebanyak 27
orang dan 372 orang berbanding jumlah penagih pada tahun 2010.

Pada tahun 2009 bilangan penagih di Kelantan berkurang sebanyak 650 orang berbanding negeri
Johor pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan tersebut merosot sebanyak 33 orang
berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2012, bilangannya terus meningkat sebanyak 395
berbanding tahun 2011 yang berjumlah 1645 orang penagih.

Kawalan ketat di Perlis menjadikan jumlah penagih di negeri ini paling kecil, hanya terdapat 142
orang penagih pada tahun 2010 dan jumlah itu meningkat sebanyak 30 orang berbanding tahun
sebelumnya. Jumlah penagih di Perlis menurun sebanyak 109 orang menjadi 179 orang pada
tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2009, bilangan penagih dadah di Sabah berjumlah 1242 orang. Bilangan ini
bertambah sebanyak 366 orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2012, bilangan penagih di
Sabah adalah seramai 1478 orang, iaitu berkurang sebanyak 421 orang daripada tahun
sebelumnya.

Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengurus pusat-pusat Serenti.Pada tahun


2010, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38 170 billion untuk tujuan tersebut dan
jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM11 199 billion daripada tahun sebelumnya.
Berbanding tahun 2010, jumlah tanggungan kerajaan untuk mengurus pusat serenti telah
berkurangan menjadi RM32 525 billion pada tahun berikutnya namun meningkat kepada
RM35 421 billion pada tahun 2012.

Sumber : Di petik dan diubahsuaikan daripada :


Agensi Dadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri ,2011

You might also like