You are on page 1of 17

Majlis Negara bagi Kerajan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004 telah bersetuju menerima pakai Program Bandar

Selamat serta 23 langkah-langkah pencegahan jenayah yang perlu dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pada 27hb Julai 2009 Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan 6 National Key Result Areas (NKRA) yang mana salah satu Key Performance Index (KPI) bagi Kementerian Dalam Negeri bersama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah untuk mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir 2010. Sejurus daripada itu, Program Bandar Selamat 2010 : 15 Langkah Bandar Selamat telah dilancarkan. Indeks jenayah keseluruhan di kawasan MBPJ dari tahun 2011 telah menurun sebanyak 8.2% berbanding dengan tahun 2010 di mana indeks jenayah kekerasan dan indeks jenayah harta benda masing-masing telah jatuh 20.3% dan 3.9%.

MBPJ yakin bahawa langkah pencahayaan dan pengawasan CCTV ini selain daripada penyediaan laluan pejalan kaki berasingan, cermin keselamatan dan pengawasan rondaan sekuriti di kawasan perumahan telah menyumbang ke atas penurunan indeks jenayah tersebut.

Sejak Program Bandar Selamat dilaksanakan pada tahun 2006, sebanyak 46 buah CCTV dan 245 batang lampu telah dipasang di seluruh kawasan Petaling Jaya. Bagi Tahun 2012, dijangkakan penambahan sebanyak 60 buah CCTV lagi akan dipasangkan. Pencegahan jenayah merupakan satu tanggungjawab bersama dimana penyertaan Semua pihak berkepentingan selain daripada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan adalah penting demi mewujudkan bandaraya yang selamat.

PPRT Desa Mentari ini terletak di Batu 9, Off Jalan Kelang Lama Petaling Jaya. Mempunyai 8 blok Rumah Pangsa jenis Kos Rendah dan 3699 unit kediaman 3 bilik berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit. Terdapat 30 unit kedai kos rendah dan 49 unit kedai pejabat. Populasi penduduk seramai 18400 orang dan mempunyai 60 peratus penduduk yang terdiri daripada kaum melayu dan bakinya kaum india.

Penduduk Flat Desa Mentari sebahagian besarnya berasal dari Kampung Medan dan Kampung Gandhi dan berpindah dari kawasan setinggan ke Flat PPRT Desa Mentari yang lebih terurus sekitar tahun 2005.

BLOK 8 BLOK 1 BLOK 7

BLOK 6

BLOK 2

KL
BLOK 4
BLOK 5

KL

BLOK 3

PETUNJUK:
Kawasan Flat Desa Mentari

Persekitarannya yang tidak terurus dan kotor. Sikap penduduk yang suka membuang sampah di tempat yang tidak sepatunya dibuang seperti melonggokkan sampah di tangga flat, di tepi padang dan longkang. Penduduk di Desa Mentari ini juga mempunyai tabiat membuang dan mencampak sampah dari tingkat atas rumah mereka. Keadaan kemudahaan flat yang tidak sempurna.

Kurang pencahayaan di padang dan di tempat letak kereta

Sampah yang dilonggokan di tangga

Sikap penduduk membuang sampah merata-rata

Sampah tidak dimasukan di dalam tong sampah

Keadaan Lif yang Teruk

Simen retak dan berlubang

Tiada Lampu di sebabkan Vandalisme

Tiada Pemegang Tangga disebabkan Vandalisme

Kurang pencahayaan di padang pada waktu malam

Kurang pencahayaan ditempat letak kereta

Sampah yang dibuang di tempat letak kereta

Pemandagan dari atas

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, penyalahgunaan dadah, mengganggu ketenteraman awam, kecurian dan bakar motosikal, pecah tingkap cermin kereta, mabuk di tempat awam dan vandalisme adalah kes yang sering dilaporkan . Berlakunya pergaduhan antara kaum India dan Melayu yang berterusan hingga mencetuskan persekitaran yang tidak selesa dalam kalangan penduduk. Penduduk sukar bekerjasama, berpuak-puak fahaman politik menyukarkan mereka bersatu. mengikut

konflik antara kaum sering tercetus, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional mengisytiharkan Desa Mentari antara hot spot yang memerlukan perhatian

Rata-rata penduduk di Desa Mentari berpendidikan rendah. Mereka bekerja sebagai buruh, pemandu lori dan teksi, manakala mereka yang bekerja dengan kerajaan terdiri daripada kerani atau pekerja am rendah dengan pendapatan bawah RM1,500 sebulan. Pendapatan yang rendah ianya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka. Ini yang menyebabkan ada anak yang tidak ke sekolah, tidak tamat persekolahan dan mereka kemudian meneruskan masalah sosial yang wujud di kawasan itu. Kepadatan penduduk yang tinggi, banyak memberi masalah antaranya tempat letak kereta yang tidak mencukupi, pembuangan sampah yang tidak sistematik dan kekurangan tempat riadah yang menyebabkan mereka hidup tertekan.

Jadual 1: Statistik Jenayah Yang Berlaku di Flat Desa Mentari Tahun 2011 Hingga Januari-Jun 2012

Daripada statistik jenayah di Jadual 1 menunjukan di kawasan Flat Desa Mentari dari tahun 2011 hingga Jun 2012 didapati jenayah yang kerap berlaku adalah jenayah curi motosikal dengan bilangan kes pada 2011 sebanyak 128 kes dan Januari hingga Jun 2012 sebanyak 57 kes, diikuti dengan kes Curi Motokar , samun berkawan tanpa senjata api,Curi Van/lori/jentera berat, pecah rumah siang hari, pecah rumah malam, samun berkawan tanpa senjata api, mencederakan ,samun tanpa bersenjatapi api, merusuh,ugutan jenayah, curi dan cabul kehormatan.

You might also like