You are on page 1of 78

Tahap Keberkesanan Langkah Pencegahan Jenayah Melalui Program Bandar Selamat Kajian Kes : Pusat Bandar Kajang

SARAVANAN ANNA MALAI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

JANUARI 2010

SINOPSIS KAJIAN

Kadar jenayah di Negara ini yang meningkat dari setahun ke setahun telah menjadi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Jenayah telah menjadi topic perbualan utama dan masyarakat di Negara ini telah melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan awam. Justeru itu, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan Program Bandar Selamat yang perlu dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa tempatan melalui 23 langkah pencegahan jenayah. Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kajang telah mengaplikasikan program Bandar selamat di kawasan pentadbirannya. Bagi melihat tahap keberkesanan pelaksanaan program Bandar selamat, pusat Bandar Kajang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Daripada kajian yang dilakukan didapati tahap keberkesanan pencegahan jenayah yang dilaksanakan kurang memuaskan dan gagal membendung masalah jenayah yang mencatat bilangan kes tertinggi seperti kecurian motosikal, motokar, samun dan sebagainya. Analisis yang dilakukan juga telah mengenalpasti masalah-masalah pelaksanaan secara fizikal dan masalah dari aspek pengurusan yang menjadi punca kepada ketidakberkesanan pelaksanaan program Bandar selamat di Bandar Kajang. Beberapa cadangan telah pembaikkan telah dikenal pasti berdasarkan permasalahan yang wujud dan ianya di harap dapat digunakan bagi memperbaiki kelemahan Program Bandar Selamat.

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGAKUAN SINOPSIS KAJIAN SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI PELAN SENARAI FOTO SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN : Tahap Keberkesanan Langkah Pencegahan Jenayah Melalui Program Bandar Selamat 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Penyataan Masalah Matlamat Kajian Objektif Kajian Skop Kajian Metodologi Kajian Batasan Kajian Rumusan

i ii iii iv v vi vii

1 2 3 6 6 7 7 9 11

Literature Review : Tahap Keberkesanan Langkah Pencegahan Jenayah Melalui Program Bandar Selamat Kajian Kes : Pusat Bandar Kajang 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Definisi Bandar Selamat Matlamat Bandar Selamat Definisi Jenayah 2.4.1 Jenayah kekerasan 2.4.2 Jenayah Harta Benda 2.5 Bandar Selamat : Pelaksanaan di Malaysia 2.5.1 Merekabentuk Persekitaran Fizikal 2.5.2 Memperkasakan Kawasan Sasaran 2.5.3 Kegiatan Sosial / Kemasyarakatan Dan Pendidikan Kesedaran Awam 23 26 28 12 13 13 13 16 16 16 17 20 21

2.6 2.7 3

Bandar Selamat di Luar Negara Satu Tinjauan Rumusan Analisis Keadaan Semasa : Tahap Keberkesanan Langkah Pencegahan Jenayah Melalui Program Bandar Selamat Kajian Kes : Pusat Bandar Kajang 3.1 Pengenalan

29 30
4

3.2 3.3 3.4 3.5

Kawasan Kajian Pusat Bandar Kajang Kadar Jenayah Indeks di Daerah Hulu Langat Program Bandar Selamat Di Majlis Perbandaran Kajang Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang 3.5.1 Pelaksanaan Strategi 1 : Merekabentuk Persekitaran Fizikal 3.5.2 Pelaksanaan Strategi 2 : Memperkasakan Kawasan Sasaran

30 32 35 37

37

40

3.6

Permasalahan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang 3.6.1 Kelemahan Dari Aspek Keadaan Fizikal 50 51 54

3.7 3.8

Masalah pengurusan dan pentadbiran Potensi dan Halangan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang

58 59

3.9

Rumusan

Cadangan Penyelesaian : Tahap Keberkesanan Langkah Pencegahan Jenayah Melalui Program Bandar Selamat Kajian Kes : Pusat Bandar Kajang 60
5

4.1 4.2

Pengenalan Cadangan hasil kajian 4.2.1 Pemasangan CCTV sebagai langkah segera 4.2.2 Inisiatif dan kerjasama polis dengan PBT membangunkan GIS-Based map 4.2.3 Peruntukkan khusus untuk Program Bandar Selamat 4.2.4 Melaksanakan Langkah pencegahan jenayah berpandukan data jenayah 4.2.5 Menambah bilangan pondok polis dan meningkatkan rondaan 4.2.6 Meningkatkan kesedaran masyarakat dan pendidikan jenayah 4.2.7 Mensyaratkan penyediaan langkah pencegahan jenayah dalam pembangunan baru

61 61 61

63

64

64

64

66

67 68 70

4.3

Kesimpulan Rujukan

BAB I

PENDAHULUAN

TAHAP KEBERKESANAN LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM BANDAR SELAMAT KAJIAN KES : PUSAT BANDAR KAJANG

1.1

PENGENALAN Malaysia telah mengalami proses perbandaran yang pesat sejak merdeka. Sistem

perbandaran yang teratur dan dirancang teliti bukan sahaja telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara malah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Kawasan bandar telah menjadi tumpuan penduduk di mana kadar urbanisasi pada tahun 1995 ialah 55.1 peratus dan dijangka akan meningkat kepada 75 peratus menjelang tahun 2020. Namun proses pembangunan bandar yang rancak ini bukan sahaja telah

meningkatkan taraf hidup masyarakat malah telah menyumbang kepada pelbagai masalah globalisasi yang mengancam keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Antaranya peningkatan aktiviti jenayah dan keganasan telah menjadi perbualan hangat, menghiasi berita-berita media massa dan laman web. Perilaku jenayah seperti kes ragut, pecah rumah pada waktu siang dan malam, pelbagai kes kecurian, rompakan bersenjata, penculikan, serangan ke atas orang awam dan pencabulan kian menjadi-jadi. Ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketidakselesaan di kalangan masyarakat. Peningkatan aktiviti jenayah dan keganasan memberi persepsi bandar sebagai kawasan berbahaya dan mengancam keselamatan rakyat. Jenayah menjadi dilemma masyarakat bandar yang secara langsung menjejaskan kehidupan mereka dari segi psikologi dan fizikal. Justeru itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation) telah menyeru kerajaan agar mencari suatu jalan penyelesaian bagi membendung aktiviti jenayah yang menjadi ancaman kepada masyarakat. Sehubungan itu, Program Bandar Selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 11 Ogos 2004 sebagai langkah bagi mewujudkan suasana

bandar yang selamat dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di negara ini. Bandar Selamat secara umumnya bertujuan untuk mengurangkan perlakuan jenayah pada tahap yang paling rendah bagi menjamin suasana persekitaran yang selamat, sejahtera dan selesa. Program Bandar Selamat yang menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah dilaksanakan melalui beberapa pendekatan antaranya melalui rekabentuk persekitaran fizikal (Environmental Design Initiatives), memperkasakan kawasan sasaran (Target Hardening) serta melalui kegiatan sosial / kemasyarakatan dan pendidikan. Pencegahan jenayah ini berlandaskan konsep pencegahan adalah lebih baik dari penghapusan

jenayah. Program Bandar Selamat ini harus dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa tempatan di peringkat majlis bandaraya dan majlis perbandaran bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

1.2

Pernyataan Masalah Setiap tahun kes jenayah yang meningkat telah mengancam keselamatan dan

kesejahteraan masyarakat. Pertumbuhan penduduk yang pesat di bandar-bandar utama telah menyebabkan pelbagai masalah sosio-ekonomi seperti pencemaran alam sekitar, vandalisma, kesesakkan jalan raya dan tidak terkecuali masalah jenayah. Aktiviti jenayah yang berterusan dan meningkat setiap tahun telah menjadi ancaman kepada kehidupan harian masyarakat bandar. Berdasarkan statistik Polis

Diraja Malaysia kes jenayah indeks telah meningkat dari tahun 2001 hingga 2009. Peningkatan kadar jenayah ketara dari tahun 2006 hingga tahun 2009 di mana jumlah kes bagi tahun 2006 ialah 198,622 melonjak naik ke 211, 184 pada tahun 2009. Bilangan jenayah kekerasan dan harta benda meningkat setahun demi setahun. Menurut laporan

PDRM kes jenayah yang dilaporkan meningkat dari 746 bagi setiap 100,000 populasi pada tahun 2006 kepada 767 pada tahun 2007 (PEMANDU). TAHUN JENAYAH KEKERASAN
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 21,604 20,390 20,843 22,790 21,859 22,133 42,343 35159 37817 34392

JENAYAH HARTA BENDA


145,569 136,079 128,199 133,525 134,596 135,326 156,279 174,423 173,828 141,595

JUMLAH

167,173 156,469 149,042 156,315 156,455 157,459 198,622 209,582 211,645 211,184*

Sumber : Laporan Kajian & Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
* Anggaran Jumlah kes Jan-Dec berdasarkan data kes Jan-Okt 2009 (175,987 kes)

Jadual 1.1

Statistik Kes Jenayah Indeks Di Malaysia 2000-2009

Royal Commission Report menunjukkan hampir 100 peratus daripada rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan dan peningkatan kadar jenayah di negara ini.

10

Tahun

Rajah 1.1

Statistik Jumlah Kes Jenayah Indeks 2001-2009

Sejak tahun 1990-an kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program di bawah Rancangan Malaysia antaranya ialah Program Rakan Muda, Jawatankuasa Rukun Tetangga, Program Khidmat Sosial Negara dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pusat Aktiviti Perpaduan sebagai langkah mencegah jenayah melalui penglibatan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan serta swasta. Malah dalam Budget Malaysia 2009.( Bajet Malaysia 2009 )sebanyak RM 5.4 billion telah diperuntukkan untuk keperluan pihak PDRM untuk tujuan mempertingkatkan keselamatan negara.

11

Program Bandar Selamat pula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai langkah untuk mencegah jenayah melalui perancangan persekitaran, penglibatan komuniti dan agensi kerajaan. Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan, jenayah masih menjadi satu masalah yang tak berkesudahan di Malaysia. Oleh yang demikian kajian ini akan mengemukakan beberapa persoalan sejauh mana kesemua langkah yang diperkenalkan dalam Program Bandar Selamat ini telah dilaksanakan di peringkat PBT untuk mencegah masalah jenayah. Adakah pelaksanaan langkah pencegahan tersebut dapat

mengurangkan kes-kes jenayah di sesuatu kawasan? Apakah permasalahan yang timbul dalam melaksanakannya akan dikenalpasti untuk pembaikkan.

1.3

Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan

pencegahan jenayah melalui pelaksanaan konsep Bandar Selamat.

1.4

Objektif Kajian Objektif-objektif yang dikenalpasti untuk mencapai matlamat di atas adalah seperti

berikut : i. Mengenalpasti definisi, matlamat dan ciri-ciri Bandar Selamat isu-isu jenayah di kawasan kajian dan langkah-langkah

ii. Mengenalpasti

pencegahan di bawah konsep Bandar Selamat iii. Menilai keberkesanan pencegahan jenayah dalam konsep Bandar Selamat

12

iv. Mengenalpasti kejayaan,potensi dan halangan dalam pelaksanaan Bandar Selamat v. Mengemukakan cadangan dan pembaikkan dalam menjayakan konsep Bandar Selamat

1.5

Skop Kajian Skop kajian ini hanya bertumpu kepada keberkesanan langkah-langkah

pencegahan jenayah dalam konsep pelaksanaan Bandar Selamat. Konsep Bandar Selamat yang menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah sebagai satu mekanisma mengurangkan kadar jenayah ke tahap paling minima akan dikaji untuk melihat sama ada dipraktikkan oleh pihak berkuasa tempatan sepenuhnya untuk memerangi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Kajian ini lebih bertumpu kepada kawasan pusat Bandar atau komersil dan hanya 20 langkah fizikal akan dikaji.

1.6

Metodologi Kajian

i. Peringkat Pertama : Kajian Awal

Diperingkat ini, kajian awal dimulakan dengan memahami isu-isu jenayah semasa di kawasan kajian yang menjadi ancaman kepada kehidupan masyarakat bandar. Kajian awalan ini merangkumi pernyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian dan kawasan kajian yang akan digunakan bagi menghasilkan penulisan kajian ini.

13

ii. Peringkat Kedua : Kajian Literatur (Literature Review)

Kajian Literatur (Literature Review ) ini bertujuan menerangkan definisi, matlamat dan ciri-ciri bandar selamat serta pelaksanaannya di Malaysia dan luar negara dalam aspek pencegahan jenayah.

iii. Peringkat Ketiga : Pengumpulan Data

Pengumpulan data terdiri daripada data primer dan data sekunder. Maklumat primer diperolehi daripada kaedah kajian lapangan. Kajian lapangan dibuat melalui pemerhatian ke atas kawasan kajian untuk menilai langkah-langkah pencegahan jenayah yang telah dilaksanakan di bawah konsep Bandar Selamat. Pengumpulan data sekunder pula dibuat melalui rujukan laman-laman web, majalah, suratkhabar, jurnal, buku-buku rujukan, kajian-kajian terdahulu selamat diperingkat tempatan dan global. pelaksanaan program bandar

Maklumat mengenai kawasan kajian,

maklumat jenayah dan pelaksanaan langkah pencegahan jenayah diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.

iv. Peringkat Keempat : Analisis Data Keadaan Semasa

Pada peringkat ini semua data yang dikumpul akan di analisis bagi menentukkan keberkesanan langkah-langkah pencegahan jenayah yang digariskan di dalam program Bandar Selamat. Ianya akan dinilai bagi menentukan kadar jenayah di

14

kawasan kajian dan seterusnya mengenalpasti masalah yang wujud, potensi serta halangan dalam pelaksanaan Bandar selamat. v. Peringkat Kelima : Cadangan Dan Rumusan

Dalam peringkat ini, dapat dirumuskan adakah langkah-langkah pencegahan jenayah yang dikenalpasti dalam program Bandar Selamat berjaya atau tidak dalam mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah. Segala kelemahan yang dikenalpasti akan dicadangan langkah pembaikkan yang akan membantu

pelaksanaan pencegahan jenayah di kawasan kajian seterusnya mengekalkan kesejahteraan masyarakat setempat.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini hanya menilai 20 langkah pencegahan jenayah secara fizikal sahaja dalam Program Bandar Selamat kerana ia bertumpu pada pusat Bandar sahaja.

15

Kajian awal
i. ii. Mengenalpasti masalah isu dan masalah semasa Pembentukkan matlamat, objektif dan skop kajian

Peringkat pertama

Kajian Literatur (Literature Review)

Definisi, Matlamat dan Konsep Bandar Selamat

Program Bandar Selamat Di Malaysia

Konsep Bandar Selamat Di Negara Luar

Peringkat kedua

Pengumpulan Data
Data Sekunder Bahan cetak, Laman Web, Buku, Kertas Seminar, Laporan Kajian Data Primer Temubual dengan pegawai MPKj,PDRM,Kajian lapangan

Peringkat ketiga

Analisis Data Keadaan Semasa


i. ii. Pelaksanaan langkah bandar selamat Isu/masalah, potensi dan halangan

Peringkat keempat

Cadangan dan Rumusan


Peringkat kelima

Rajah 1.2 : Metodologi Kajian

16

1.8

Rumusan Program pencegahan jenayah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan

telahpun dilaksanakan di kebanyakkan bandar-bandar utama sejak bertahun lamanya. Aspek perancangan bandar telah dikenalpasti sebagai elemen utama dalam mencegah aktiviti jenayah melalui rekabentuk fizikal sesuatu bandar melalui beberapa teori yang diketengahkan melalui Defensible Space dan Crime Prevention Through Enviromental Design (CPTED). Konsep ini telah dipraktikkan di kebanyakkan negara barat seperti Amerika Syarikat, England dan Canada di mana konsep prevention is better than cure menjadi amalan disebabkan pencegahan jenayah melalui cara menangkap,mendakwa dan memenjarakan melibatkan kos yang tinggi. Di Malaysia, konsep yang sama digunakan bagi mencegah jenayah di mana 23 langkah telah diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa bagi diaplikasikan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memerangi kegiatan jenayah yang meningkat saban hari. Dalam bab ini, telah diterangkan bagaimana peningkatan kadar jenayah dijadikan sebagai asas dalam melaksanakan kajian ini. Konsep Bandar selamat dan jenayah menjadi fokus utama kajian di mana kedua-dua aspek ini ditekankan dalam menentukkan kesejahteraan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

17

BAB II LITERATURE REVIEW

TAHAP KEBERKESANAN LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM BANDAR SELAMAT KAJIAN KES : PUSAT BANDAR KAJANG

18

2.1

Pengenalan

Kajian literature ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai definisi, matlamat dan pelaksanaan Bandar Selamat. dalam program bandar selamat yang digariskan Langkah pencegahan jenayah

oleh Jabatan Perancangan Bandar

Desa akan dibincangkan sebagai fokus ke arah menjamin kualiti hidup masyarakat. Konsep Bandar Selamat di Malaysia dan di luar negara juga di beri tumpuan sebagai perbandingan bagi mengetahui sejarah, kaedah-kaedah dan keberkesanannya dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk kawasan bandar.

2.2

Definisi Bandar Selamat

Bandar Selamat membawa maksud bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian menggangu kesejahteraan setempat dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria. Dengan wujudnya keadaan demikian maka masyarakat akan terhindar daripada bahaya dan bencana, bebas daripada ketakutan dan dapat mengharungi kehidupan yang aman dan sentosa.

2.3

Matlamat Bandar Selamat

Konsep Bandar selamat memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat dan agensi kerajaan dan swasta dalam mewujudkan persekitaran yang selamat. Langkah pencegahan jenayah ditekankan untuk mencapai kehidupan yang

19

berkualiti dan sejahtera. Matlamat mewujudkan Bandar selamat pula adalah seperti berikut : i. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut,pecah rumah, kecurian dan sebagainya ii. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran daripada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh iii. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah,kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya iv. Bandar yang bebas dari kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa) Matlamat ini lebih menjurus kepada pendekatan jenayah tidak boleh dibanteras melalui sistem undang-undang sahaja tetapi menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk memastikan keselamatan terjamin.

20

Rajah 2.1

Matlamat Bandar Selamat

21

2.4

Definisi Jenayah Jenayah ialah perkataan yang merujuk kepada perlakuan yang dilarang oleh

undang-undang. Jenayah termasuklah mencuri, memiliki atau menjual dadah, merompak, membunuh dan lain-lain yang salah di sisi undang-undang ( Kamus Dewan Edisi Empat). Jenayah merupakan suatu kegiatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat atau negara. Kejadian jenayah berlaku berpunca daripada beberapa masalah sosial dan juga kelemahan perancangan fizikal yang tidak menitikberatkan keselamatan awam. Jenayah berlaku jika terdapat tiga elemen iaitu keinginan (desirable), kemampuan (ability) dan peluang (opportunity) atau dikenali sebagai crime triangle (Polis Diraja Malaysia). Indeks jenayah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : 2.4.1 Jenayah kekerasan Jenayah kekerasan adalah perbuatan yang mendatangkan ancaman dan kecederaan ke atas seseorang. Antara perlakuannya termasuk membunuh, cuba membunuh, samun berkawan bersenjata, samun berkawan tidak bersenjata, samun bersenjata, samun tanpa senjata, rogol dan mencederakan orang.

2.4.2 Jenayah Harta Benda

Jenayah jenis ini hanya melibatkan ancaman ke atas harta benda sahaja seperti ragut, seluk saku, pecah rumah pada siang hari, pecah rumah pada malam hari, mencuri kenderaan dan lain-lain jenis kecurian yang berbentuk harta benda.

22

Pencegahan aktiviti jenayah menjadi satu kepentingan dan ukuran utama untuk menjamin kehidupan masyarakat yang selesa dan sempurna. Terdapat beberapa kriteria yang digunapakai dalam konteks mencegah jenayah, antaranya preventive yang memfokus kepada pencegahan, proactive iaitu mengambil tindakan awal dalam membanteras jenayah, pre-emptive menghalang jenayah melalui penahanan orang yang mencurigakan dan membendung kenaikkan jenayah melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan orang awam dan agensi berkaitan serta kemampuan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Pencegahan jenayah dalam konsep Bandar Selamat perlu dilaksanakan di peringkat awal iaitu dengan mencegah jenayah melalui rekabentuk persekitaran dan penglibatan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa.

2.5

Bandar Selamat : Pelaksanaan di Malaysia Aspek keselamatan telah menjadi asas utama untuk masyarakat menjalani

kehidupan yang selesa, selamat dan sejahtera. Walaubagaimanapun, kegiatan jenayah telah menjadi ancaman kepada kehidupan harian masyarakat bandar. Kadar kes jenayah di Malaysia meningkat pada tahun 1996 hingga 1997 dengan peningkatan sebanyak 37.85 peratus. Ianya meningkat pada tahun-tahun berikutnya di mana jenayah harta benda mencatat sebanyak 85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jenayah yang direkodkan pada tahun 2003. Keadaan ekonomi pada masa itu dilihat sebagai salah satu punca meningkatnya kes jenayah dan telah menggugat keselamatan masyarakat.

Lanjutan daripada itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) yang ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai badan bukan kerajaan untuk menganjurkan pelbagai program pencegahan jenayah telah melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar jenayah. Walaupun kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah seperti mewujudkan

23

Program Pengawasan Kejiranan, Rakan Cop, Rukun Tetangga, Persatuan Belia dan memberi kesedaran melalui pendidikan untuk mencegah kegiatan jenayah namun masalah jenayah tetap sukar dibendung. Pada tahun 1998,YPJM telah mencadangkan konsep bandar selamat sebagai satu inisiatif pencegahan jenayah di Malaysia. Ia telah menjadi perintis kepada wujudnya konsep Bandar Selamat pada tahun 2004. memutuskan supaya diwujudkan kawasan Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 bandar dan pekan yang selamat,

mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan mengambil langkah-langkah pembaikkan untuk mencegah jenayah. Sehubungan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah di bawah Program Bandar Selamat dan diluluskan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004 untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) telah menetapkan lima langkah segera yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa tempatan sebagai langkah permulaan. Antaranya ialah (Urusetia Pembangunan Mampan, JPBD, Julai 2009) : i) ii) iii) iv) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Jalan Bermotor Penyediaan Bollard Laluan Awam Tidak Terlindung atau Menghalang Pandangan Awam Mencahayakan atau Menerangkan Kawasan-Kawasan Yang Menjadi Sasaran v) Mencuci atau Mengemaskan Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

Pelaksanaan 23 langkah pencegahan jenayah adalah berdasarkan 3 strategi utama. Strategi pencegahan jenayah pertama adalah melalui rekabentuk persekitaran
24

fizikal, kedua dengan memperkasakan kawasan sasaran dan ketiga adalah melalui kegiatan sosial, kemasyarakatan dan pendidikan kesedaran awam. Tiga strategi dan 23 langkah adalah seperti dalam jadual 2.1 STRATEGI 1 : MEREKABENTUK PERSEKITARAN FIZIKAL (ENVIROMENTAL DESIGN INITIATIVES) Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor Penyediaan Bollard Mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki Penyelidikan pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran

Langkah 5

Perkongsian maklumat jenayah melalui GIS based Mapping

Langkah 6

Penyemakan garis panduan susun atur perumahan

STRATEGI 2 : MEMPERKASAKAN KAWASAN SASARAN ( TARGET HARDENING) Langkah 7 Langkah 8 Langkah 9 Langkah 10 Langkah 11 Pondok Polis Papan tanda peringatan jenayah Cermin keselamatan Penggera keselamatan (Alarm) Mencuci / Mengemaskan Kawasan-kawasan semak dan terlindung Langkah 12 Langkah 13 Langkah 14 Langkah 15 Tempat letak motosikal berkunci Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV) Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan Laluan awam tidak terlindung atau menghalang pandangan awam Langkah 16 Mencahayakan / menerangkan kawasan-kawasan yang

25

menjadi sasaran jenayah Langkah 17 Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki dan laluan pejalan kaki Langkah 18 Langkah 19 Menjanakan pelbagai aktiviti perniagaan Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta

STRATEGI 3 : KEGIATAN SOSIAL / KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN / KESEDARAN AWAM Langkah 20 Langkah 21 Langkah 22 Langkah 23 Pendidikan Pemasangan lampu di lorong tepi, depan dan belakang rumah Penyediaan risalah jenayah komuniti Meningkatkan rondaan kawasan perumahan

Sumber : (Urusetia Program Bandar Selamat, JPBD) Jadual 2.1 23 Langkah pencegahan jenayah Program Bandar Selamat

2.5.1 Merekabentuk Persekitaran Fizikal Langkah 1-3 memerlukan ruang khas dibina untuk kegunaan pejalan kaki serta perhentian bas. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan kerana mengelakkan kejadian ragut ke atas mereka yang berjalan kaki. Bagi tujuan tersebut, laluan pejalan kaki boleh diasingkan dengan laluan bermotor melalui struktur fizikal tertentu seperti rel penghadang dan bollard atau boleh juga dipisahkan melalui tanaman landskap agar tidak mudah dimasuki oleh kenderaan terutamanya motosikal. Tanaman landksap di laluan pejalan kaki harus dikawal supaya tidak menjadi tempat persembunyian penjenayah. Dengan cara ini, kejadian ragut dan samun akan dapat dielakkan.

26

Langkah 4 bertumpu kepada aspek susunatur dan rekabentuk persekitaran yang sesuai untuk dipraktikkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pencegahan jenayah. Ia melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti JPBD, PDRM, NGO, JKR dan PBT untuk menjalankan penyelidikan sebagai penambahbaikan kepada program sedia ada. Hasil penyelidikan akan digunakan untuk membentuk pelbagai garis panduan yang lebih terperinci dari aspek rekabentuk fizikal seperti garis panduan pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) pencahayaan, pengasingan laluan pejalan kaki, panduan penyediaan bollard dan pemasangan kemudahan CCTV. Langkah 5 merujuk kepada perkongsian maklumat jenayah antara PBT dengan pihak polis melalui penggunaan pangkalan data GIS. Pihak PDRM dapat meningkatkan keberkesanan operasi pembanterasan jenayah melalui analisis spatial aktiviti jenayah. Pada masa yang sama, PBT akan dapat melakukan pengauditan ke atas kemajuan pembanterasan jenayah dan pembaikan ke atas kawasan jenayah tersebut. Manakala langkah 6 memerlukan PBT dan JPBD mengambil kira ciri-ciri keselamatan serta keperluan tapak balai atau pondok polis.

2.5.2 Memperkasakan Kawasan Sasaran

Strategi kedua dilaksanakan dengan memperkasakan kawasan sasaran. Melalui langkah 7 PBT akan bekerjsama dengan PDRM untuk mengenalpasti lokasi dan tapak yang sesuai untuk penyediaan pondok polis. Langkah 8

memerlukan PBT bekerjasama dengan pihak polis untuk menyediakan papan tanda peringatan jenayah yang mengandungi peringatan semasa kecemasan serta nombor yang perlu dihubungi untuk mendapatkan bantuan.Langkah 9 dan 10

27

merupakan alat pengawasan mekanikal yang perlu dipasang terutamanya di lokasi kejadian curi ragut dan jenayah kecurian seperti di lorong-lorong terlindung. Penyediaan cermin keselamatan akan memudahkan orang awam melihat keadaan dicelah lorong yang lazimnya menjadi tempat bermulanya sesuatu aktiviti jenayah seperti curi ragut. Manakala penggera keselamatan amat penting terutamanya apabila seseorang itu berada dalam keadaan bahaya atau kecemasan.

Langkah 11 memerlukan PBT untuk meningkatkan kerja-kerja pembersihan ke atas kawasan yang kotor dan semak khususnya di tempat-tempat awam seperti sekitar laluan stesen bas, stesen keretapi, lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama.Langkah 12-14 memberi penekanan kepada tempat letak

kenderaan khususnya motorsikal. PBT perlu menyediakan tempat letak motorsikal berkunci dan memastikan lampu dipasang pada waktu malam bagi maksud pengawasan.Pemasangan CCTV juga perlu agar kerja-kerja pemantauan dan pengawasan menjadi lebih mudah.

Melalui langkah 15 PBT akan memastikan reka bentuk jejantas tidak menghalang pandangan awam. Oleh itu, reka bentuk jenis intricate ornate design atau bumbung condong hingga menghalang pandangan adalah tidak dibenarkan. Selain itu PBT juga hendaklah menggunakan peraturan agar papan iklan yang dipasang di jejantas tidak menganggu pandangan pengguna dan pandaangan orang awam bagi mengelakkan sebarang kegiatan jenayah.

Langkah 16 pula memerlukan memerlukan PBT memasang lampu-lampu jenis terang di sekita lokasi-lokasi pasar malam kerana dikhuatiri keadaan

28

persekitaran pasar malam yang suram dan gelap boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung atau berlakunya kejadian curi ragut, pecah kereta atau kecurian kenderaan. Seterusnya PBT hendaklah melarang peniaga yang menggunakan kaki lima atau laluan pejalan kaki di premis perniagaan untuk meletakkan meja dan kerusi makan mereka. Kenderaan juga hendaklah diletakkan di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan agar tidak menghalang laluan orang awam. Langkah 18 memerlukan PBT untuk menggalakkan aktiviti perniagaan kecil di beberapa laluan dan lokasi yang sebelum ini adalah sunyi dan gelap. Ianya bertujuan untuk meningkatkan pengawasan ke atas lokasi-lokasi tersebut sekaligus dapat mengurankan risiko jenayah. Langkah terakhir yang perlu diambil oleh PBT bagi memperkasakan sesebuah kawasan adalah dengan mendapatkan perkhidmatan kawalan sekuriti untuk mengawal lokasi-lokasi yang kerap berlaku kes-kes jenayah dan vandalisme contohnya di kawasan perumahan baru.

2.5.3 Kegiatan Sosial / Kemasyarakatan Dan Pendidikan Kesedaran Awam

Strategi ketiga pula memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kegiatan jenayah. PBT bersama agensiagensi kerajaan dan badan bukan kerajaan akan mempergiatkan pendidikan mengenai cara perilaku / kelakuan semasa berada di luar rumah khususnya kaum wanita. Antaranya bagi mendidik kaum wanita untuk mencegah kes ragut. Penghuni rumah di kawasan yang kerap berlaku jenayah akan dinasihatkan untuk memasang lampu di depan, tepi dan belakang rumah bagi menghindarkan kegiatan pecah rumah. Langkah 22 dilakukan melalui pendidikan dengan

29

mengedarkan risalah-risalah jenayah kepada orang awam dan pengunjung. Risalah tersebut disediakan bertujuan untuk memberitahu orang awam tentang lokasi-lokasi jenayah, punca kejadian jenayah dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh orang awam untuk mengelakkan diri dari ancaman jenayah. Langkah terakhir memerlukan kerjasama yang erat antara PBT dengan orang awam serta pengunjung untuk menjayakan rondaan dan penyertaan awam di kawasan-kawasan yang mengalami kes jenayah yang tinggi.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah di minta untuk melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat kepada kabinet. Di Selangor, JPBD Negeri Selangor telah di lantik sebagai penyelaras di peringkat negeri untuk melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat. Sehingga Disember 2007, semua PBT bertaraf Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Negeri Selangor telah melaksanakan 5 langkah segera yang telah ditetapkan oleh KPKT. Daripada 38 bandar di Semenanjung Malaysia yang terlibat dalam program Bandar Selamat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Kuantan telah melaksanakan kesemua 23 langkah Program Bandar Selamat. Bagi kebanyakkan PBT yang lain telahpun melaksanakan sekurang-kurangnya 16 langkah pencegahan jenayah kecuali Majlis Perbandaran Langkawi yang hanya melaksanakan 13 langkah sehingga Disember 2008. Hampir kebanyakkan PBT masih belum melaksanakan perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping serta penyediaan penggera keselamatan. Jadual 2.2 menunjukkan peratus pencapaian dan jumlah langkah Program Bandar Selamat yang telah dilaksanakan sehingga Disember 2008.

30

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

1. MB Petaling Jaya 2. MB Shah Alam 3. MB Kuantan 4. MP Subang Jaya 5. MB Melaka Bersejarah 6. MB Johor Bahru 7. MP Batu Pahat 8. MP Kulai 9. MP Kemaman 10. MP Manjung 11. MP Sungai Petani 12. MP Pulau Pinang 13. MP Ampang Jaya 14. MP Selayang 15. MP Seremban 16. MP Johor Bahru Tengah 17. MP Temerloh 18. MB Ipoh 19. MP Taiping 20. MP Kajang 21. MP Klang 22. MP Sepang 23. MP Alor Gajah 24. MP Kluang 25. MP Kulim 26. MP Kuala Kangsar 27. MP Nilai 28. MP Port Dickson 29. MB Kuala Terengganu 30. MB Alor Star 31. MP Seberang Perai 32. MP Muar 33. PBT Pasir Gudang 34. MP Kota Bharu 35. MP Kangar 36. MP Bentong 37. MP Teluk Intan 38. MP Langkawi PURATA KESELURUHAN

Jul - Dis 2008 Bil Peratus PBT 23 100% 23 100% 23 100% 22 96% 22 96% 22 96% 22 96% 22 96% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 21 91% 20 87% 20 87% 20 87% 20 87% 20 87% 20 87% 20 87% 19 87% 19 83% 19 83% 19 83% 19 83% 18 78% 17 74% 17 74% 17 74% 17 74% 16 70% 16 70% 15 65% 13 57% 20 87%

Jan - Jun 2008 Bil Peratus PBT 23 100% 23 100% 23 100% 22 96% 22 96% 22 96% 21 91% 22 96% 21 91% 22 96% 21 91% 20 87% 22 96% 21 91% 20 87% 21 91% 21 91% 17 74% 21 91% 21 91% 21 91% 20 87% 17 74% 19 83% 19 83% 20 87% 19 83% 17 74% 20 87% 18 78% 17 74% 17 74% 15 65% 17 74% 16 70% 16 70% 16 70% 13 57% 20 87%

Sumber : (Urusetia Pembangunan Mampan, JPBD Negeri Selangor, Julai 2009)

31

Jadual 2.2

Kemajuan Pelaksanaan Program Bandar Selamat Oleh 38 PBT Di Semenanjung Malaysia

2.6

Bandar Selamat di Luar Negara Satu Tinjauan Konsep bandar selamat atau safe city telah dilaksanakan di negara barat sejak

tahun 1980an lagi. Program ini dilaksanakan melalui penglibatan komuniti, pihak polis dan agensi awam.Ia bertujuan untuk mengurangkan aktiviti jenayah terutamanya di kawasan kediaman. Di Afrika Selatan, program bandar selamat dilaksanakan mengikut konsep prevention is better than cure kerana pencegahan awal adalah penting dalam mengatasi masalah jenayah yang berlaku. Program ini dilaksanakan secara berperingkat di bandar seperti Durban yang dilaksanakan melalui pendidikan dan kesedaran pencegahan jenayah, pemasangan CCTV, mengurangkan masalah penagihan dadah dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk penduduk dan golongan kanak-kanak.(Durban Safer City Strategy 2000). Di Amerika Syarikat, pencegahan jenayah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah yang melibatkan penglibatan komuniti secara intensif. Program Pengawasan Kejiranan, Pengawasan Jenayah, masyarakat dan rondaan basikal dan Community Policing dilaksanakan dengan kerjasama pihak polis bagi membanteras jenayah dan semua perkara lain yang boleh mengancam keselamatan masyarakat di kawasan kediaman. Maklumat jenayah atau yang mencurigakan disalurkan oleh masyarakat kepada pihak polis bagi membolehkan pihak polis merancang untuk pencegahan jenayah. Di Kanada, pelbagai aktiviti di rancang bersama penduduk, pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta bagi mengatasi masalah jenayah dan penyaluran sumber maklumat bagi membentuk badan pencegahan jenayah di peringkat kejiranan.
32

Misalnya, di Brampton City pelbagai aktiviti diperkenalkan di antara tahun 1982-1988 sebagai langkah mencegah masalah vandalism seperti START (Students Teaching

Awareness and Responsibility Today), Neighbourhood Watch and STEP (Seniors Taking Extra Precautions). Ianya telah diperkembangkan sebagai program Bandar Selamat bagi tujuan mencegah jenayah dengan penubuhan Persatuan Pencegahan Jenayah Brampton yang telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti Business Crime Watch, the Block Parent Program, CHALLENGE (for persons with disabilities) and Trash and Consequences (an anti-vandalism/anti-litter program for children). Program-program sebegini dilaksanakan berterusan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat seperti belia, kanak-kanak dan orang tua bagi mewujudkan bandar yang selamat dan menjamin kesejahteraan masyarakat setempat.

33

2.7

Rumusan Konsep Bandar Selamat dikenalpasti sebagai satu program mencegah masalah

jenayah yang kian meningkat di negara ini. Pelaksanaan 23 langkah pencegahan jenayah yang diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar lebih bertumpu kepada pembaikkan dan perancangan persekitaran fizikal sebagai langkah utama mewujudkan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat sesebuah kawasan kediaman. Walaupun terdapat empat matlamat bandar selamat yang berbeza tetapi pencegahan jenayah

masih menjadi matlamat utama dalam membentuk sebuah bandar yang selamat dan terjamin. Pengalaman negara luar dalam pencegahan jenayah dan masalah keselamatan yang lain jelas terbukti melalui pelaksanaannya sejak berpuluh tahun lamanya. Kejayaan tersebut adalah hasil usaha semua pihak yang telah bergabung tenaga bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. Secara tidak langsung program bandar selamat dapat menjalin ikatan di antara agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan komuniti dalam menjayakan pencegahan jenayah bagi membentuk gaya hidup yang berkualiti. Di Malaysia walaupun program Bandar selamat telah dilaksanakan pada tahun 2004 namun dilihat kejadian jenayah masih meningkat setiap tahun. Oleh itu, amatlah penting bagi semua pihak untuk mengaplikasikan pelaksanaan pencegahan jenayah bandar selamat secara intensif agar dapat mencapai matlamat yang digariskan.Ia amatlah penting bagi mencapai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 yang bebas dari kegiatan jenayah dan seterusnya menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

34

BAB III ANALISIS KEADAAN SEMASA

TAHAP KEBERKESANAN LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM BANDAR SELAMAT KAJIAN KES : PUSAT BANDAR KAJANG

35

3.1

Pengenalan Keselamatan bandar menjadi isu utama dalam kehidupan harian penduduk bagi

mencapai kehidupan yang berkualiti. Di kala peningkatan kadar jenayah menjadi persoalan dan kebimbangan masyarakat di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Bandar Selamat sebagai langkah pencegahan jenayah di peringkat pihak berkuasa tempatan. Program ini yang diperkenalkan pada tahun 2004 dan dilaksanakan oleh 38 pihak berkuasa tempatan telah menampakkan hasil untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan-kawasan tertentu. Walaubagaimanapun, statistik jenayah masih menunjukkan peningkatan kecurian motosikal, kereta, pecah rumah, kes-kes ragut dan samun masih berlaku dan menjadi persoalan kerana telahpun terdapat beberapa langkah yang diperkenalkan dalam Program Bandar Selamat untuk mencegah ianya berlaku. Oleh yang demikian kajian ini akan melihat kaedah pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh MPKj berdasarkan kes-kes jenayah yang dicatatkan. Peranan semua pihak terutamanya pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia, komuniti dan agensi swasta adalah amat penting untuk mempraktikkan, memantau dan menilai keberkesanan Program Bandar Selamat. Pelaksanaan program bandar selamat di pusat Bandar Kajang bagi mencegah aktiviti jenayah akan dikaji dalam bab ini untuk melihat keberkesanannya selaras dengan dasar mewujudkan persekitaran bandar yang selamat dalam Dasar Perbandaran Negara. (DPN / NUP23, Dasar Perbandaran Negara)

36

3.2

Kawasan Kajian Pusat Bandar Kajang Pusat Bandar Kajang adalah kawasan yang dipilih sebagai kawasan kajian.

Bandar Kajang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Keluasan kawasan kajian ini merangkumi kawasan seluas 240 ekar sahaja daripada keseluruhan kawasan pentadbiran MPKj iaitu 78,761 hektar. Seluas 514.58 hektar daripada keseluruhan kawasan pentadbiran MPKj merangkumi gunatanah perkhidmatan dan perniagaan dan Bandar Kajang merupakan pusat tumpuan utama. Pusat Bandar Kajang boleh dihubungi melalui Lebuhraya Grand Saga di bahagian utara, Lebuhraya KL - Seremban di bahagian barat dan Jalan Semenyih di bahagian selatan. Komponen utama dalam kawasan kajian ini adalah kawasan perniagaan yang terdiri daripada rumah kedai, kedai pejabat, kompleks membeli belah, kemudahan awam seperti perhentian bas, sekolah, jabatan kerajaan, Hospital Besar Kajang, Balai Polis Kajang, Masjid dan lainlain. Pelan 1.1 menunjukkan lokasi kawasan kajian dan Pelan 1.2 gunatanah sedia ada kawasan kajian. Pusat Bandar Kajang merupakan bandar utama yang menjadi tumpuan penduduk Daerah Hulu Langat. Ianya menjadi pusat perkhidmatan perdagangan yang menyediakan pelbagai aktiviti perkhidmatan seperti pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, aktiviti kewangan dan insurans dan khidmat perniagaan. Manakala aktiviti perdagangan terdiri dari perkhidmatan akhir yang merangkumi aktiviti perdagangan borong, runcit,

restoran dan hotel, aktiviti utiliti dan lain-lain. Ia menyumbang secara langsung kepada ekonomi daerah yang 46 peratus bergantung kepada aktiviti perdagangan.

37

Program Bandar Selamat yang diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa lebih tertumpu kepada pelaksanaan di kawasan perumahan berbanding dengan kawasan pusat bandar yang mempunyai gunatanah yang lebih kompleks. Sehubungan dengan itu, Bandar Kajang telah dipilih sebagai kawasan kajian bagi

menilai sejauh mana perhatian diberikan di kawasan komersil untuk melaksanakan Program Bandar selamat. Pusat Bandar Kajang yang menjadi tumpuan utama setiap lapisan masyarakat lebih terdedah kepada masalah jenayah dan pencegahan jenayah amatlah penting untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin.

3.3

Kadar Jenayah Indeks di Daerah Hulu Langat Kejadian jenayah berlaku tanpa mengira kawasan dan waktu. Ibu Pejabat Polis

Daerah Kajang telah melaksanakan pelbagai operasi bersepadu peringkat daerah untuk membanteras kejadian jenayah yang berlaku. Sekatan jalan raya, pemantauan ke atas banduan yang baru keluar penjara, mengenal pasti sarang-sarang penagih dadah dan membuat operasi adalah di antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak polis untuk mencegah jenayah di kawasan Kajang. Selain daripada itu Program Bandar Selamat di peringkat PBT pula dilihat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kadar indeks jenayah kekerasan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Balai Polis Kajang indeks jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun senjata api, samun tanpa senjata api telah mengalami penurunan pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, jenayah harta benda mengalami peningkatan yang mendadak dari tahun 2005 hingga 2008 terutamanya kes melibatkan kecurian lori/van, curi motokar dan lain-lain kecurian. Mengikut penilaian daripada data indeks jenayah bagi tahun 2009 (Jan-Okt) boleh dikatakan bilangan kes jenayah telah mula menurun. Ia adalah berdasarkan kepada
38

jumlah

kes yang dicatatkan pada 2008 (Jan-Dec) 12 bulan ialah sebanyak 6432

manakala jumlah kes yang dicatatkan bagi tahun 2009 (Jan-Okt) 10 bulan ialah 5135 kes sahaja. Jenayah melibatkan senjata api tidak membimbangkan kerana keseluruhannya hanya 6 kes sahaja dilaporkan. Pengurangan kes jenayah ini adalah hasil kerjasama oleh pihak polis, pihak berkuasa tempatan, orang awam dan pihak swasta yang telah menjayakan pelbagai program mencegah jenayah di peringkat daerah. menunjukkan statistik kadar jenayah indeks di kawasan kajian. Indeks Jenayah 2005 2006 2007 24 91 386 1 845 177 1524 568 194 488 2572 229 271 260 4582 6106 2008 23 83 2 1100 184 243 1635 696 258 638 2384 56 393 372 4797 6432 2009 (Jan-Okt) 18 76 770 121 180 1165 539 208 386 1776 72 542 447 3970 5135 109 318 2 2417 4 2048 722 5620 2138 1289 2155 9239 408 1352 1265 17846 23466 Jumlah Jadual 3.1

Kekerasan

Bunuh 22 22 Rogol 32 36 Samun B/Kawan Senjata api Samun B/Kawan 50 111 Tanpa Senjata api Samun Senjata api 2 1 Samun tanpa 258 640 senjata api Sek 324/325/326 15 107 KK Jumlah 379 917 Indeks Jenayah Harta Benda Lain-lain curi 135 200 Curi M / Lori / Van 293 336 Curi Motokar 319 324 Curi Motosikal 1189 1318 Ragut 22 29 Pecah Rumah 55 91 siang hari Pecah Rumah 97 89 malam hari Jumlah 2110 2387 Jumlah Keseluruhan 2489 3304 Sumber : Balai Polis Kajang Jan 2010

Jadual 3.1

Statistik Kadar Jenayah Indeks Daerah Hulu Langat 2005-2009 (Jan-Okt)

39

Menurut ACP Mohd Shakaruddin, Ketua Polis Daerah, Kajang telah diletakkan antara 50 daerah yang dikenal pasti menjadi tumpuan kegiatan jenayah dan diletakkan di bawah perhatian Ops Utama Perdana pada tahun 2009. Walaubagaimanapun kes samun berkawan senjata api, samun berkawan tanpa senjata api dan ragut yang dicatatkan pada Ogos-Dis 2008 sebanyak 288 kes telah menurun kepada 244 kes pada tahun 2009. Ia adalah hasil kerjasama orang awam, rondaan pihak polis dan perletakkan pondok polis telah membantu mengurangkan kes jenayah terbabit.(Sinar Harian 7/1/2010).

Walaubagaimanapun, berdasarkan statisitik jenayah Bandar Kajang yang diperolehi didapati kes kecurian motosikal, curi motokar, samun berkawan tanpa senjata api, pecah rumah/kedai dan ragut meningkat dari tahun 2006 daripada 203 kes kepada 533 kes pada tahun 2009. Oleh kerana Balai Polis Kajang tidak mempunyai data jenayah berkomputer dan masih mengamalkan cara manual, maka jumlah kes mengikut jenis jenayah tidak dapat diperolehi dengan terperinci. Hanya jumlah maklumat keseluruhan kes-kes tertinggi yang dicatatkan di kawasan pusat bandar dan crime hotspots sahaja dapat dibekalkan oleh Balai Polis Kajang. Menurut pegawai polis, Balai Polis Kajang hanya mempunyai data indeks jenayah keseluruhan Daerah Hulu Langat yang direkodkan secara berkomputer bukannya mengikut lokasi kejadian jenayah yang dilaporkan.

40

Indeks Jenayah

2006

2007

2008

2009

Curi Motosikal Curi Motokar Samun tanpa senjata api Samun B/Kawan Tanpa Senjata api Samun B/Kawan 203 Senjata api Pecah rumah/kedai (malam) Ragut Lain-lain curi Jumlah Keseluruhan 203

451

485

533

451

485

533

Sumber : Unit Risikan Jenayah Balai Polis Kajang, Jan 2010) (Maklumat diberikan mengikut jenis kes tertingi yang dicatatkan. BP Kajang tiada rekod komputer mengikut lokasi kejadian. Hanya jumlah kes sahaja diberikan)

Jadual 3.2 Statistik Kadar Jenayah Bandar Kajang Tahun 2006-2009

3.4

Program Bandar Selamat Di Majlis Perbandaran Kajang

Pihak Berkuasa Tempatan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan setiap langkah pencegahan jenayah di peringkat bandaraya dan perbandaran. Majlis Perbandaran Kajang telah menubuhkan Jawatankuasa Perlaksanaan Program Bandar Selamat pada 18hb September 2006. Sejak daripada itu, 23 langkah pencegahan jenayah mula dilaksanakan di Bandar Kajang. Peranan dan tugas jawatankuasa tersebut ialah seperti berikut :

41

i.

Merangka dan melaksanakan Program Bandar Selamat di peringkat pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak swasta, NGO dan masyarakat berdasarkan 23 langkah pencegahan jenayah yang telah digariskan.

ii.

Menyediakan inventori ciri-ciri bandar selamat yang sedia ada di kawasan MPKj untuk penyelenggaraan dan penambahbaikkan

iii.

Melaporkan kemajuan perlaksanaan Program Bandar Selamat secara berkala kepada KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

iv.

Memantapkan perlaksanaan Program Bandar Selamat di kawasan Majlis Perbandaran Kajang

Ahli-ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada ini dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPKj dan ahli jawatankuasanya terdiri daripada 6 agensi kerajaan luaran iaitu Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat, Jabatan Perpaduan & Integrasi Negara, Daerah Hulu Langat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, JAIS Hulu Langat, pihak polis dan Bomba. Jabatan dalaman pula terdiri daripada 12 jabatan antaranya Jabatan Kejuruteraan, Bahagian Bangunan, Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam dan lain-lain manakala Jabatan Perancangan Pembangunan menjadi Urusetia. Dengan adanya jawatankuasa ini pelaksanaan Program Bandar Selamat dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak yang terlibat. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan dan mengemukakan laporan 2 kali setahun kepada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa selaku urusetia Program Bandar Selamat di peringkat negeri. Sehingga akhir tahun 2009, MPKj telah melaksanakan 22 langkah iaitu 96% daripada 23 langkah yang telah digariskan. Langkah kelima iaitu perkongsian maklumat jenayah melalui GIS based mapping dengan pihak polis masih belum dilaksanakan

42

disebabkan peruntukkan yang diperlukan agak tinggi dan kesediaan PDRM berkongsi data terhad.

3.5

Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang Majlis Perbandaran Kajang telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan

jenayah di Bandar Kajang secara bersepadu dengan penglibatan pihak polis, swasta dan orang awam. Pelaksanaan dibuat berdasarkan tiga strategi yang telah dirangka oleh JPBD iaitu melalui merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran dan melalui kegiatan sosial, kemasyarakatan dan pendidikan kesedaran awam. Ketigatiga aspek ini amatlah penting untuk mencapai matlamat konsep Bandar Selamat. Oleh kerana kajian ini lebih kepada pusat Bandar / kawasan perniagaan maka hanya strategi 1 dan 2 melibatkan pencegahan jenayah bersifat fizikal yang telah dilaksanakan oleh MPKj di Bandar Kajang sahaja akan diberi perhatian dalam kajian lapangan.

3.5.1 Pelaksanaan Strategi 1 : Merekabentuk Persekitaran Fizikal Langkah 1 ialah pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor. MPKj telah menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 50 meter di Stesen Teksi Kajang di Jalan Dato Nazir dengan pengasingan menggunakan rel penghadang yang bersepadu dengan arca lanskap. Penyediaan laluan pejalan kaki juga di lihat disediakan di Jalan Tun Abdul Aziz dan Jalan Bukit yang diasingkan dengan laluan bermotor bagi keselamatan pejalan kaki yang mengunjungi kawasan pusat

Bandar.Di samping itu, MPKj juga telah menyediakan laluan pejalan kaki yang dipisahkan dengan tanaman landskap dengan laluan bermotor di Jalan Semenyih
43

sepanjang 170 meter di Jalan Semenyih. Laluan pejalan kaki berlandskap yang dipisahkan dengan Jalan Semenyih pula terletak berhadapan Kompleks Metro Point. Secara umumnya penyediaan pengasingan laluan pejalan kaki daripada laluan bermotor disediakan secara meluas dan dapat dilihat di sekitar kawasan kajian seperti di Jalan Besar, Jalan Sulaiman, Jalan Jelok 6, di sekitar Balai Polis Kajang dan di Jalan Low Ti Kok berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaaan Kajang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yew Hua. Langkah 2, pemasangan bollard pula telah dilaksanakan di Kompleks Metro Point dengan kerjasama pemilik bangunan sebagai langkah penglibatan pihak swasta dalam mencegah jenayah. Bagi memenuhi langkah 3 iaitu mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki, MPKj telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan baik landskap di Jalan Semenyih manakala landskap di Jalan Jelok 2 berhadapan Kompleks Metro Point dan Metro Plaza diselenggara dengan kerjasama pihak swasta.

Foto 3.1 Pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor di Jalan Tun Abdul Aziz dan laluan pejalan kaki dengan rel penghadang di Jalan Dato Nazir (Stesen Teksi Kajang)

44

Foto 3.2 Pemasangan bollard di laluan pejalan kaki di Kompleks Metro Point dan penyelenggaraan landskap di Jalan Semenyih oleh MPKj

Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

Foto 3.3 MPKj dan pihak swasta mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki di hadapan Kompleks Metro Point dan Metro Plaza

Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

45

3.5.2 Pelaksanaan Strategi 2 : Memperkasakan Kawasan Sasaran Pelaksanaan langkah 7 lebih kepada tanggungjawab pihak polis yang perlu menyediakan pondok polis bagi menjaga keselamatan awam di kawasan tumpuan orang ramai. Pihak MPKj bekerjasama dengan pihak polis bagi mengenalpasti lokasi-lokasi pondok polis yang sesuai untuk tujuan keselamatan. Pemerhatian di tapak mendapati tiada pondok polis disediakan di pusat Bandar Kajang kerana Ibu Pejabat Polis Kajang terletak dalam lingkungan kurang dari 1 kilometer dalam kawasan kajian. Walaubagaimanapun, pihak polis telah menyediakan Balai Polis Bergerak yang ditempat di hadapan Kompleks Metro Plaza untuk melakukan rondaan dan memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan.

Foto 3.4 Balai Polis Kajang yang terletak di pusat bandar dan Balai Polis Bergerak yang ditempatkan di hadapan Plaza Metro Kajang

Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

46

Pihak MPKj juga telah melaksanakan langkah 8 iaitu memasang papan tanda peringatan jenayah kawasan ragut dalam bentuk papan tanda bersaiz kecil di Lorong Mendaling, lorong belakang bangunan perniagaan Metro Point dan di

kawasan tempat letak kereta Arked Mara. Penyediaan cermin keselamatan sebagai langkah 9 di lihat beberapa kawasan persimpangan jalan dan bawah jambatan di Jalan Reko dan Jalan Bukit manakala langkah 10 ialah penyediaan alat penggera keselamatan. Penggera keselamatan disediakan oleh pemilikpemilik kedai dan kompleks perniagaan seperti di Plaza Metro.

Walaubagaimanapun, MPKj masih belum menyediakan penggera keselamatan yang boleh digunakan semasa kecemasan oleh mangsa atau orang awam di kawasan pusat bandar.

Foto 3.5 Papan tanda peringatan jenayah ragut yang ditempatkan di Lorong Mendaling dan lorong bangunan perniagaan di Metro Point

47

Foto 3.6 Cermin keselamatan yang dipasang di bawah jambatan Jalan Reko dan alat penggera yang di pasang di Metro Plaza

Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

Langkah 11 ialah mencuci / mengemaskan kawasan-kawasan semak dan terlindung yang telah dilaksanakan oleh MPKj di lorong belakang bangunan perniagaan di Jalan Raja Haroun dan Jalan Sulaiman serta jejantas Arked Mara. Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap minggu oleh kontraktor yang dilantik oleh MPKj. Penyediaan tempat letak motosikal berkunci menjadi langkah 12 dalam mengelakkan masalah kecurian motosikal yang meningkat setiap hari. Ia telah disediakan di Menara Majlis Perbandaran Kajang dan di Metro Avenue oleh pemaju. Malangya tiada tempat letak motosikal berkunci disediakan di pusat bandar buat masa ini kerana masalah kecurian dan vandalism. Langkah seterusnya ialah pemasangan Closed Circuit Television (CCTV). Langkah ke 13 ini hanya dilaksanakan di bangunan perniagaan seperti Metro Plaza dan

48

kemudahan seperti bank. Tiada pemasangan CCTV di pusat bandar Kajang untuk mencegah kejadian jenayah di tempat-tempat awam.

Rajah 3.7 Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan oleh MPKj di lorong belakang Jalan Raja Haroun dan jejantas bangunan Arked Mara

Foto 3.8 Tempat letak motosikal berkunci yang disediakan di Metro Avenue dan pemasangan CCTV di Metro Plaza

Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

49

Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan dan memastikan laluan awam tidak terlindung atau menghalang pandangan awam menjadi langkah ke 14 dan 15 MPKj untuk mencapai matlamat pencegahan jenayah. Kebanyakkan daripada koridor kedai telah dipasang dengan lampu dengan kerjasama daripada pemilik bangunan. Ianya dapat dilihat di rumah kedai sedia ada dan Kompleks Metro Point. MPKj turut memastikan laluan seperti jejantas di Jalan Semenyih tidak terhalang dengan pemasangan kain rentang dan billboard. Langkah ke 16, MPKJ juga memastikan kawasan pusat bandar yang di kenalpasti sebagai kawasan sasaran jenayah diterangi dengan lampu pada waktu malam. Bagi memastikan langkah ke 17 dan 18 dilaksanakan, MPKj tidak membenarkan aktiviti perniagaan di kaki lima premis perniagaan dan laluan pejalan kaki. Lorong tepi dan belakang pula digalakkan dengan aktiviti perniagaan kecil-kecilan untuk mengelakkan kawasan yang sunyi dan gelap yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Foto 3.9 Lampu di pasang di kaki lima Metro Point dan jejantas di Jalan Semenyih tidak terlindung dan selamat untuk penggunaan orang awam

50

Foto 3.10 Pusat Bandar Kajang diterangi lampu pada waktu malam bagi mengelakkan pelbagai kejadian jenayah curi, ragut dan sebagainya

Foto 3.11 Kaki lima kedai di Jalan Raja Haroun tidak dibenarkan manakala lorong tepi dan belakang digalakkan dengan aktiviti perniagaan kecil-kecilan Sumber : Kajian Lapangan Jan, 2010

51

Langkah pencegahan terakhir dalam

memperkasakan kawasan sasaran ialah

mendapatkan khidmat pengawal keselamatan untuk mengawasi lokasi-lokasi kejadian jenayah. Daripada pemerhatian, khidmat pengawal keselamatan hanya disediakan di institusi kewangan, kompleks membeli belah, kedai emas dan perkhidmatan yang berisiko tinggi. MPKj tidak menyediakan kawalan sekuriti kerana terdapat balai polis bergerak, pegawai polis beruniform dan penguatkuasa melakukan rondaan di pusat bandar yang berupaya mengurangkan masalah vandalism dan kegiatan jenayah. Malah kos perkhidmatan kawalan sekuriti yang tinggi juga menjadi salah satu faktor ia tidak dapat disediakan.

Secara keseluruhannya Majlis Perbandaraan Kajang telah melaksanakan hampir kesemua langkah pencegahan jenayah secara fizikal di pusat Bandar Kajang. Daripada pemerhatian di kawasan kajian, penumpuan utama adalah dalam menyediakan pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor. MPKj telah membina laluan pejalan kaki yang diintegrasikan dengan penyediaan bollard, dan tanaman landskap sepanjang 395 meter di sekitar Bandar Kajang dengan perbelanjaan sekurang-

kurangnya RM 630, 000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Tidak kurang juga papan tanda peringatan jenayah yang ditempatkan di sekitar kawasan pusat Bandar terutamanya kawasan-kawasan kurang tumpuan orang ramai dan tempat letak kereta. Pihak polis juga telah menyediakan balai polis bergerak di sekitar pusat Bandar bagi memantau kejadian jenayah yang berlaku. Perletakkannya di kawasan tumpuan orang ramai seperti di hadapan kompleks membeli-belah dan berhampiran dengan stesen teksi dan bas ternyata membantu langkah-langkah pencegahan jenayah. Pihak JKR juga memainkan peranan dengan menyediakan cermin keselamatan di kawasan

52

persimpangan dan terlindung yang boleh mendatangkan bahaya. Penyediaan lampu jalan oleh MPKj dan pemasangan lampu di kaki lima oleh pemilik bangunan perniagaan dapat mengatasi masalah kawasan gelap yang sering menjadi tumpuan penjenayah. Jadual 3.3 menunjukkan jumlah pelaksanaan langkah pencegahan jenayah dalam Program Bandar Selamat oleh MPKj dari Ogos 2006 hingga Jun 2009 di pusat Bandar Kajang.

Bil

Lokasi

Panjang (m)

Agensi Pelaksana

Penyelenggaraan

Tarikh Pelaksanaan

Langkah 1-3:

Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor/ penyediaan bollard / landskap / pemantauan tanaman landskap 50 MPKj MPKj Ogos 2006

1.

Stesyen Teksi Kajang Masjid Kajang Sekitar Kawasan Menara MPKj Kawasan Perniagaan Bandar Kajang

2.

15

MPKj

MPKj

April 2007

3.

10

MPKj

MPKj

Dis 2007

4.

170

MPKJ

MPKJ

Dis 2008

5.

Pusat Bandar Kajang

150

MPKj

MPKj

Ogos 2006

Langkah 7 : Pondok Polis 6. Hadapan Plaza Metro Kajang (Pusat

Polis

Polis

Ogos 2007

53

Bandar Kajang) 7. Metro Point, Kajang (Balai Polis Bergerak) :

Polis

Polis

Dis 2007

Langkah 8 8.

Papan tanda peringatan jenayah MPKj MPKj Dis 2008

Belakang Arked Mara Belakang Kompleks Metro Point Langkah 9 :

9.

MPKj

MPKj

Jun 2008

Cermin Keselamatan

10.

Hadapan Hospital Kajang :

JKR

JKR

Jun 2006

Langkah 10 11.

Penggera keselamatan (alarm) Pemilik Premis Pemilik Premis Ogos 2006

Plaza Metro Kajang Deretan kedai di Jalan Tun Abd. Aziz, Kajang Deretan kedai di Jalan Raja Haroun : Mencuci / terlindung

12.

Pemilik Premis

Pemilik Premis

Ogos 2006

13.

Pemilik Premis

Pemilik Premis

Ogos 2006

Langkah 11

mengemaskan

kawasan

semak

dan

14.

Lorong tepi kedai Jalan Sulaiman Laluan pejalan

MPKj

MPKj

Ogos 2007

15.

MPKj

MPKj

Dis 2007

54

kaki (tangga) di Jalan Reko 16. Lorong belakang kedai di Jalan Besar dan Jalan Sulaiman Lorong tepi Jalan Mendaling, Kajang :

MPKj

MPKj

Dis 2007

17.

MPKj

MPKj

Jun 2008

Langkah 12 18.

Tempat letak motorsikal berkunci

Menara MPKj :

MPKj

MPKj

Jun 2008

Langkah 13 19.

Pemasangan Closed Circuit Television(CCTV)

Plaza Metro Kajang :

Metro

Metro

Ogos 2006

Langkah 15 20.

Laluan tidak awam terlindung atau menghalang pandangan awam

Jalan Semenyih, Pusat Bandar Kajang :

MPKj

MPKj

Ogos 2006

Langkah 17

Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan laluan pejalan kaki

20.

Pusat Bandar Kajang

MPKj

MPKj

Ogos 2006

Langkah 18 21.

Menjanakan pelbagai aktiviti perniagaan MPKj MPKj Ogos 2006

Lorong belakang

55

Jalan Tukang, Bandar Kajang 22. Lorong belakang dan tepi Jalan Besar, Bandar Kajang Lorong Mendaling Kajang

MPKj

MPKj

April 2007

23.

MPKj

MPKj

Dis 2008

Jadual 3.3

Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Pusat Bandar Kajang

Walaupun pihak MPKj, agensi kerajaan dan pihak swasta telah menjalankan tanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah di Bandar Kajang namun dilihat ianya kurang berkesan. Sejauh mana keberkesanan Program Bandar selamat menjadi tanda tanya kerana statistik jenayah di pusat Bandar kajang menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan sekurang-kurangnya 8 lokasi di pusat Bandar sahaja kategorikan sebagai crime hotspots oleh pihak polis. Pelan 3.1 menunjukkan kawasan hotspots di Bandar Kajang.

3.6

Permasalahan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang Sememangnya MPKj menitikberatkan langkah-langkah pencegahan jenayah bagi

menjamin keselamatan

awam di pusat Bandar Kajang. Walaupun konsep bandar

selamat ini dipraktikkan sejak tahun 2006, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang untuk mencapai matlamat pencegahan jenayah di Kajang.
56

Keberkesanan program Bandar Selamat ini menjadi persoalan berikutan kadar jenayah yang meningkat di Bandar Kajang. Beberapa masalah berkait rapat dengan pelaksanaan langkah pencegahan jenayah bandar selamat telah dikenalpasti menjadi punca meningkatnya kadar jenayah di kawasan kajian. Masalah yang dikenalpasti telah dibahagikan kepada dua iaitu kelemahan aspek fizikal pengurusan. 3.6.1 Kelemahan Dari Aspek Keadaan Fizikal Kelemahan keadaan fizikal ini merujuk kepada keadaan sedia ada pusat bandar setelah pelaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah yang dijalankan. rekabentuk masalah pentadbiran dan

Tumpuan diberikan kepada pelaksanaan 2 strategi utama iaitu

persekitaran fizikal dan memperkasakan kawasan sasaran. Dari pemerhatian dan kajian lapangan didapati terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah di Bandar Kajang. Antaranya ialah ialah seperti berikut : i. Ketiadaan rel penghadang / bollard / tanaman landskap di laluan pejalan kaki Secara keseluruhannya, pusat Bandar Kajang dilengkapi dengan

kemudahan laluan pejalan kaki yang diasingkan dengan laluan bermotor. Ianya jelas memberi keselesaan kepada pejalan kaki dan orang awam namun ia tidak mencapai matlamat penyediaan iaitu untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kejadian ragut ke atas pejalan kaki kerana tiada rel penghadang ataupun bollard disediakan.Melalui pemerhatian, hanya Jalan Dato Nazir sahaja mempunyai laluan pejalan kaki dengan rel penghadang manakala di Jalan Semenyih laluan pejalan kaki dipisahkan dengan tanaman landskap. Di kebanyakkan laluan pejalan kaki di
57

Jalan Tun Abdul Aziz, Jalan Low Ti Kok, Jalan Bukit dan Jalan Timur yang merupakan tumpuan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, padang permainan tidak mempunyai rel penghadang dan terdedah kepada ancaman jenayah. ii. Tiada tempat letak motosikal berkunci di pusat bandar

Pihak MPKj telah menyediakan tempat letak motosikal dikebanyakkan kawasan tumpuan seperti di hadapan Plaza Metro Kajang, Jalan Tun Abdul Aziz, Kompleks Metro Point dan dihadapan bangunan perniagaan lain untuk kemudahan orang awam. Tetapi kesemuanya bukan jenis tempat letak motosikal berkunci. Ketiadaan tempat letak motosikal berkunci ini menjadi salah satu punca utama bertambahnya kes kecurian motosikal di kawasan bandar dan mencatat kes paling tinggi dalam statistik polis. Penyediaan tempat letak motosikal hanya disediakan di Menara Majlis Perbandaran Kajang dan di kawasan perniagaan baru Metro Avenue yang disyaratkan kepada pemaju. iii. Pondok polis tidak disediakan

Pihak polis telah menyediakan Balai Polis Bergerak yang ditempatkan di hadapan Kompleks Metro Point dan Plaza Metro Kajang. Melalui pemerhatian yang dijalankan, ia beroperasi mengikut waktu tertentu iaitu dari pukul 10 pagi hingga 7 malam sahaja dan pegawai yang bertugas hanya membuat rondaan bagi mengawal masalah lalulintas di kawasan kompleks sahaja. Kehadiran balai polis bergerak tersebut juga tidak tentu dan adakalanya tidak kelihatan di kawasan yang dimaksudkan untuk beberapa hari. Ini menyukarkan orang awam untuk membuat aduan atau mendapatkan bantuan kecemasan.Pondok polis yang kekal

58

seharusnya di sediakan dan berfungsi 24 jam untuk menjaga keselamatan orang ramai dan sebagai langkah mencegah aktiviti jenayah di pusat bandar. iv. Tiada alat penggera keselamatan (awam)

Salah satu cara untuk mendapatkan bantuan kecemasan apabila berlakunya kejadian jenayah adalah melalui pemasangan penggera keselamatan (alarm). Langkah ini hanya dilaksanakan oleh segelintir pemilik premis bangunan di pusat bandar. Pihak MPKj belum menyediakan penggera keselamatan di tempat awam untuk keselamatan orang ramai. Penggera keselamatan sedia ada di bangunan perniagaan hanya berupaya untuk mengelakkan masalah pecah masuk dan kecurian di bangunan persendirian. Kos penyediaan yang tinggi menjadi punca langkah ini belum dilaksanakan. v. Perletakkan motosikal dan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki

Kajian mendapati terdapat beberapa laluan pejalan kaki digunakan sebagai tempat letak motosikal terutamanya di Jalan Tun Abdul Aziz berhadapan Plaza Metro Kajang. Walaupun MPKj telah menyediakan tempat khas meletak motosikal masih terdapat segelintir penunggang yang tidak bertanggungjawab suka meletakkan motosikal di atas laluan pejalan kaki. Ini menyebabkan halangan kepada pejalan kaki yang terpaksa menggunakan laluan bermotor dan terdedah kepada pelbagai risiko seperti kemalangan dan kejadian curi ragut. Perbuatan menghalang kaki lima pula dilakukan oleh peniaga-peniaga kedai seperti restoran yang lebih mementingkan keuntungan daripada keselamatan orang ramai.

59

vi.

Ketiadaan CCTV di pusat bandar

Pemasangan CCTV di Bandar Kajang hanya dilaksanakan oleh pemilik bangunan kompleks perniagaan, institusi kewangan, kedai emas dan perniagaan lain yang berisiko tinggi. MPKj ataupun pihak polis belum menyediakan CCTV untuk memantau masalah jenayah di kawasan pusat bandar. Walaupun MPKJ telah mengenalpasti kawasan hotspots dengan kerjasama pihak polis namun ianya belum dilaksanakan kerana melibatkan peruntukan yang tinggi.

3.7

Masalah pengurusan dan pentadbiran

Masalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran yang dikenal pasti ialah masalah semasa yang wujud dalam pelaksanaan program bandar selamat oleh pihak berkuasa tempatan. Kos penyediaan, penyelenggaraan, peruntukkan dan sebagainya adalah antara isu yang menjadi penghalang kepada PBT untuk melaksanakan kesemua langkah-langkah pencegahan yang telah digariskan. Antaranya ialah : i. Pemasangan CCTV memerlukan kos yang tinggi Pihak polis telah mengenal pasti 26 lokasi untuk pemasangan CCTV di Kajang yang mempunyai bilangan kes jenayah yang tinggi. Pihak MPKj pula telah mengenal pasti 34 lokasi yang menjadikan semuanya 60 lokasi untuk pemasangan CCTV di sekitar kawasan Kajang pada tahun 2008. Sebanyak 18 daripada lokasi hotspots yang dikemukakan oleh pihak polis adalah di pusat bandar Kajang iaitu di sekitar Jalan Tun Abdul Aziz, Jalan Tukang, Jalan Cheras, Jalan Raja Haroun, Jalan Bukit, Jalan Jelok 1 & 4 (Metro Point ) dan Jalan Kelab. Walaubagaimanapun kajian lapangan yang di buat mendapati tiada satu pun CCTV di pasang jalan-jalan tersebut. Ia disebabkan
60

kos pemasangan CCTV di sebuah lokasi boleh memerlukan kos sebanyak RM 400 ribu hingga RM 1.2 juta. Pihak MPKj tidak mempunyai peruntukkan khas untuk melaksanakan langkah ini. Timbalan Menteri KPKT, Datuk Hamzah Zainuddin berkata kerajaan bercadang memasang 476 CCTV melibatkan kos RM 75 juta di bandar utama di negara ini bermula awal tahun 2009 (SinarHarian 29 Ogo 2008). Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di bawah peruntukkan kerajaan negeri bercadang memberikan 10 unit CCTV kepada MPKj pada tahun 2007. Malangnya sehingga kini tiada sebarang usaha diambil untuk merealisasikan pemasangan CCTV di hotspots Bandar Kajang oleh semua pihak yang terlibat. Akibatnya pemantauan sukar dilakukan dan kegiatan jenayah sukar bendung. ii. Kegagalan Perkongsian Maklumat Jenayah Melalui GIS-Based Mapping Sehingga ke tahun 2008, daripada 38 PBT yang terlibat dengan Program bandar Selamat hanya 3 PBT sahaja yang dapat melaksanakan langkah ini. MPKj telahpun mempunyai system GIS sendiri tetapi untuk membangunkan system GIS Based Mapping pula memerlukan peruntukkan yang tinggi. GIS sedia ada pula dilaksanakan mengikut fasa dan telah menelan belanja beratus ribu ringgit dan dibuat di bawah peruntukkan Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj. Balai Polis Kajang pula tidak mempunyai system GIS dan kebanyakkan data jenayah masih direkodkan secara manual. Maklumat bukan digital akan menyukarkan kedua-dua pihak untuk mengaplikasikan perkongsian maklumat jenayah. Pihak polis mempunyai sempadan kawasan jenayah yang berbeza dengan maklumat kawasan PBT pula menyukarkan penyelarasan maklumat jenayah. Kegagalan pihak polis untuk membangunkan

perisian GIS atau pangkalan data digital jenayah menjadi antara kelemahan untuk menjayakan langkah ini.

61

iii. Kos penyediaan dan penyelengaraan dan masalah vandalisma Pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor di Bandar Kajang dilaksanakan dengan baik tetapi ketiadaan rel penghadang menjadikan ianya tidak selamat dan orang awam terdedah kepada ancaman jenayah. Penyediaan dan penyelenggaraan elemen-elemen seperti rel penghadang dan tanaman landskap memerlukan peruntukkan yang tinggi. Misalnya, MPKj memerlukan sebanyak RM 423,000 ribu ringgit untuk menyediakan railing di 11 lokasi di sekitar kawasan Kajang dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan yang diperlukan seperti mengecat, membaiki dan lain-lain. Pemasangan lampu untuk tujuan pencahayaan pula memerlukan RM 200,000 ribu ringgit. Tiada peruntukkan khusus untuk melaksanakan Program Bandar Selamat dan kebanyakkan dilaksanakan melalui peruntukkan

Jabatan Kejuruteraan dan Bahagian Landskap. Penyediaan tempat letak motosikal berkunci pula terdedah kepada masalah vandalisma di mana struktur besi yang di pasang oleh pihak polis di pusat bandar sebelum ini telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. iv. Pelaksanaan tidak berpandukan data jenayah Langkah pencegahan jenayah di dalam Program Bandar Selamat telah dijelaskan dengan terperinci keperluannya.Ia haruslah dilaksanakan berdasarkan kepada lokasi kejadian jenayah bagi mencapai keberkesanan yang optimum. Di pusat Bandar Kajang, langkah pencegahan yang dibuat tidak berpandukan data jenayah atau hotspot yang dikenalpasti oleh pihak polis. Sekurang-kurangnya terdapat 8 lokasi di pusat Bandar yang dikategorikan sebagai crime hotspot oleh polis. Kes kecurian motosikal, motokar/van, samun telah mencatatkan angka paling tinggi. Untuk mengelakkan kes kecurian motosikal, MPKj mahupun pihak polis tidak mengambil

62

sebarang langkah untuk menyediakan tempat letak motosikal berkunci di kawasan tersebut. Tiada inisiatif untuk penyediaan CCTV untuk membendung kes jenayah yang meningkat. Kebanyakkan daripada PBT hanya melaksanakan program Bandar Selamat semata-mata untuk memenuhi syarat penyediaan 23 langkah tanpa merujuk kepada data jenayah. Keadaan semasa persekitaran yang telahpun mempunyai langkah-langkah keselamatan di ambil kira sebagai langkah yang telah dilaksanakan di bawah Program Bandar Selamat.

v. Tiada peruntukkan khusus oleh kerajaan bagi Program Bandar Selamat Sehingga kini tiada satu peruntukkan khas disediakan untuk melaksanakan Program Bandar Selamat sama ada oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan. Pihak berkuasa tempatan diseru untuk melaksanakan 23 langkah pencegahan jenayah di kawasan masing-masing tetapi tiada peruntukkan diberi untuk merealisasikan konsep Bandar selamat. PBT terpaksa menggunakan peruntukkan sedia ada di jabatanjabatan tertentu untuk memastikan matlamat program bandar selamat di capai. Ini menyebabkan usaha untuk melaksanakan pemasangan CCTV, GIS-Based map untuk perkongsian maklumat jenayah dan lain-lain langkah yang melibatkan kos tinggi terbantut. Walaupun KPKT mengumumkan peruntukkan pemasangan CCTV

sebanyak RM 75 juta ringgit tetapi ia hanya untuk satu langkah pencegahan sahaja. Kerajaan negeri juga tidak mempunyai satu peruntukkan khas untuk Program Bandar Selamat untuk disalurkan kepada PBT. Hakikatnya PBT terpaksa menguruskan kewangan sedia ada untuk tujuan lain bagi program bandar selamat setiap tahun.

63

3.8

Potensi dan Halangan Program Bandar Selamat di Bandar Kajang Daripada analisis keadaan semasa dan permasalahan yang dikenalpasti, dapatlah

dirumuskan terdapat banyak potensi untuk penambahbaikkan beberapa langkah-langkah pencegahan jenayah di Bandar Kajang. Terutamanya laluan pejalan kaki yang disediakan di Bandar Kajang mempunyai saiz yang mencukupi untuk pembinaan rel penghadang dan bollard sebagai langkah keselamatan mengelakkan kejadian ragut. Kawasan yang dikenalpasti ialah Jalan Tun Abdul Aziz, Jalan Bukit, Jalan Low Ti Kok, Jalan Timur dan Jalan Raja Haroun kerana ia merupakan hotspots kejadian samun dan ragut. Manakala dari aspek penyediaan tempat letak motosikal berkunci, keadaan semasa menunjukkan MPKj telahpun menyediakan ruangan khas tempat letak motosikal seperti di Jalan Tun Abdul Aziz (berhadapan Plaza Metro Kajang), Jalan Jelok 9 ( berhadapan Metro Point) kerana ia adalah tumpuan berlakunya kecurian motosikal. Pemasangan penggera keselamatan boleh diletakkan di kawasan-kawasan yang mempunyai tanda peringatan jenayah kerana kebanyakkan kawasan ini dihalang pemandangan bangunan perniagaan sedia ada seperti di Lorong Mendaling. Perletakkan motosikal dan aktiviti perniagaan di kaki lima dan laluan pejalan kaki boleh dikawal dengan langkah-langkah penguatkuasaan dijalankan oleh MPKj. Rondaan penguatkuasa dan pengeluaran notis kepada pihak yang terlibat perlu dilakukan kerap kali. Halangan pula boleh dilihat dari aspek kos yang tinggi untuk menyediakan penghadang, bollard dan tanaman landskap di laluan pejalan kaki. Masalah

penyelengaraan yang perlu dilakukan kerap kali memerlukan tenaga pekerja tambahan jika diselenggara oleh MPKj. Pemasangan penghadang mempunyai risiko kecurian dan vandalisma. Kekurangan peruntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf laluan pejalan kaki sedia ada juga menjadi penghalang utama. Bagi penyediaan tempat letak motosikal berkunci, pihak MPKj terpaksa berdepan dengan masalah vandalisma dan
64

kecurian. Pengawalan aktiviti perniagaan yang dijalankan di atas laluan pejalan kaki terpaksa dilakukan oleh penguatkuasa sehingga lewat malam. Walaupun pengeluaran notis atau kompaun dijalankan kejadian ini sentiasa berulang. Halangan yang dikenalpasti hanya terhadap beberapa perkara sahaja memandangkan kesemua langkah pencegahan menjurus kepada kos dan peruntukkan.

3.9

Rumusan

Hasil daripada analisis dan kajian lapangan yang dijalankan di Bandar Kajang, didapati tahap keberkesanan langkah-langkah pencegahan jenayah di bawah Program Bandar Selamat adalah kurang memuaskan. Walaupun MPKj telah melaksanakan kesemua 23 langkah yang digariskan namun ianya tidak dapat mengurangkan masalah jenayah di Bandar Kajang. Kejadian jenayah seperti kecurian motosikal, samun, kecurian motokar/van di pusat bandar masih meningkat dan sukar dibendung. Ia disebabkan oleh ketiadaan tempat letak motosikal berkunci, rel penghadang di laluan pejalan kaki yang berasingan dengan laluan bermotor, ketiadaan CCTV dan lain-lain meletakkan pusat Bandar Kajang kepada ancaman kegiatan jenayah. Peningkatan kadar jenayah di pusat Bandar Kajang juga adalah disebabkan pelaksanaan dilakukan oleh MPKj tanpa berpandukan data jenayah atau hotspots. Keadaan ini dilihat sebagai kelemahan ketara dalam program bandar selamat. Pelbagai masalah lain juga telah dikenalpasti menjadi penghalang dalam melaksanakan Program Bandar Selamat di seluruh pihak berkuasa tempatan. Permasalahan ini haruslah diselesaikan diperingkat awal lagi bagi membolehkan matlamat bandar selamat boleh di capai di seluruh Negara.

65

BAB IV CADANGAN PENYELESAIAN

TAHAP KEBERKESANAN LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM BANDAR SELAMAT KAJIAN KES : PUSAT BANDAR KAJANG

66

4.1

Pengenalan

Bab ini akan menyediakan beberapa cadangan bagi memperbaiki masalah yang telah dikenalpasti melalui kajian yang dibuat di pusat Bandar Kajang. MPKj telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah bagi mewujudkan Bandar Kajang sebagai sebuah bandar yang selamat. Namun beberapa permasalahan yang wujud dalam program bandar selamat itu sendiri dilihat sebagai antara punca pencegahan jenayah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Walaupun terdapat pengurangan kes-kes jenayah tertentu selepas pelaksanaan pencegahan jenayah tetapi MPKj gagal untuk membendung kes-kes harta benda yang mencatat bilangan kes tertinggi kerana kurang memberi tumpuan kepada data jenayah. Cadangan yang akan dikemukakan ini bertujuan untuk mengemaskini langkah-langkah yang telah wujud dari segi pelaksanaan secara fizikal dan pengurusan bagi membolehkan matlamat-matlamat yang dikenalpasti dapat dicapai di pusat-pusat bandar utama.

4.2

Cadangan hasil kajian

Bagi mengurangkam masalah kejadian jenayah ini berlanjutan, berikut merupakan beberapa cadangan dalam mengemaskinikan langkah pencegahan jenayah di dalam Program Bandar Selamat serta menjamin keselamatan awam di Bandar Kajang. Cadangan tersebut adalah:

4.2.1 Pemasangan CCTV sebagai langkah segera

Berdasarkan kajian yang dibuat didapati pusat Bandar Kajang belum mempunyai CCTV bagi memantau kejadian jenayah yang berlaku. Pemasangan
67

CCTV hanya dibuat oleh pemilik bangunan perniagaan untuk menjamin keselamatan bangunan persendirian. Melalui pengalaman di bandar-bandar utama CCTV dilihat telah menjadi alat yang penting untuk mencegah jenayah. Di Negara luar seperti Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom pemasangan CCTV dilakukan sejak bertahun dahalu dan ia telah menjadi satu kemestian bagi menyelesaikan permasalahan seperti jenayah, kesesakkan lalu lintas dan pemantauan bandar. Oleh yang demikian, peruntukkan dan ketiadaan sumber kewangan tidak harus dijadikan alasan untuk tidak memasang CCTV. Pemasangan CCTV haruslah menjadi keutamaan dalam Program Bandar Selamat dan hendaklah dijadikan sebagai langkah segera oleh KPKT. Sejak konsep bandar selamat diperkenalkan 5 tahun yang lalu sehingga sekarang kebanyakkan PBT masih belum mempunyai CCTV di kawasan-kawasan hotspots. Ini menunjukkan tiada inisiatif diambil oleh agensi kerajaan untuk benarbenar mewujudkan bandar yang selamat. Pemasangan CCTV sebagai langkah segera di kawasan crime hotspots adalah wajar kerana KPKT dan kerajaan negeri telahpun mempunyai peruntukkan sejak tahun 2008. Namun demikian kelewatan pelaksanaan menimbulkan banyak persoalan. Seharusnya peruntukkan disalurkan terus kepada PBT untuk melaksanakan pemasangan CCTV bagi mengelakkan kelewatan oleh kontraktor yang dilantik oleh KPKT. Kerajaan negeri juga telah menjanjikan pemberian 10 unit CCTV kepada MPKj pada tahun 2008 tetapi tiada perkembangan. MPKj juga harus bertindak segera untuk menyediakan peruntukkan untuk memasang bilangan CCTV yang minima sebagai langkah awal untuk mengurangkan kejadian jenayah di pusat bandar. Pihak polis juga perlu mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan MPKj memasang CCTV di pusat Bandar Kajang untuk memantau kejadian jenayah. PBT

68

hanya berupaya merekabentuk persekitaran fizikal sesuatu bandar tetapi polis sebagai badan pencegah jenayah haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memasang CCTV untuk bagi mengurangkan kejadian jenayah yang sentiasa meningkat. Kewujudan CCTV di kawasan hotspots akan mengurangkan kadar jenayah, fear of crime di kalangan orang awam dan seterusnya dapat membentuk bandar yangselamat.

4.2.2 Inisiatif dan kerjasama polis dengan PBT membangunkan GIS-Based map

Daripada 38 PBT yang terlibat dengan program Bandar Selamat, hanya 3 sahaja telah melaksanakan perkongsian maklumat jenayah melalui GIS-Based mapping. Kebanyakkannya belum dilaksanakan disebabkan pelbagai masalah yang wujud seperti mendapatkan data jenayah dari pihak polis, ketiadaan data digital, ketiadaan system GIS oleh polis dan liputan kawasan jenayah yang berbeza. Walaupun MPKj telah mempunyai system GIS tetapi perkongsian maklumat tidak dapat dijalankan kerana Balai Polis Kajang tidak mempunyai system GIS dan kebanyakkan data adalah dalam bentuk manual. Perkara ini bukan sahaja menjadi penghalang kepada MPKJ malah kepada PBT lain juga. Pihak polis seharusnya mengambil inisiatif untuk membangunkan pangkalan data jenayah menggunakan perisian seperti Mapinfo untuk membolehkan perkongsian maklumat dengan PBT. Peruntukkan perlu disediakan oleh pihak polis untuk tujuan ini dan tidak boleh bergantung kepada PBT sahaja. Pertambahan bilangan anggota polis sahaja

tidak akan dapat menyelesaikan masalah jenayah tetapi keperluan sofistikated dan

69

pemantauan melalui mapping system amatlah perlu untuk melaksanakan langkah pencegahan jenayah. 4.2.3 Peruntukkan khusus untuk Program Bandar Selamat

Peruntukkan dan sumber kewangan telah menjadi isu utama dalam pelaksanaan langkah pencegahan yang digariskan dalam Program Bandar Selamat. KPKT yang telah memperakukan Program Bandar Selamat adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu peruntukkan khusus untuk memastikan kesemua langkah dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah oleh semua PBT. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 mahupun Budget 2009 tiada sebarang peruntukkan khas disediakan untuk pelaksanaan Bandar Selamat. Dasar Perbandaran Negara juga

menekankan perlunya kawasan perbandaran yang selamat untuk menjamin kesejahteraan masyarakat tetapi pelaksanaannya pula dipertanggungjawabkan kepada PBT sahaja. Pelaksanaan dan pemantauan Bandar Selamat memerlukan kos tinggi yang boleh mencecah jutaan ringgit. Kekurangan sumber kewangan di PBT boleh membantutkan perlaksanaan ini dan seterusnya menemui kegagalan dalam mencegah jenayah yang semakin meningkat. Ketiadaan sumber kewangan telah menyebabkan PBT gagal untuk menyediakan laluan pejalan kaki berasingan daripada laluan bermotor, rel penghadang, penyelenggaraan landskap, dan pemasangan alat pengera keselamatan untuk di kawasan awam dan lain-lain seterusnya mencapai status bandar selamat.

4.2.4 Melaksanakan Langkah pencegahan jenayah berpandukan data jenayah

70

Daripada pemerhatian melalui kajian lapangan dan perbandingan dengan data jenayah, didapati kebanyakkan langkah pencegahan di Bandar Kajang

dilaksanakan tanpa berpandukan data jenayah. Ketiadaan tempat letak motosikal berkunci di pusat bandar jelas menunjukkan perancangan dibuat tanpa

berdasarkan kepada statistic jenayah. Oleh yang demikian setipa PBT perlu mendapatkan data jenayah dari semasa ke semasa dan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenalpasti lokasi kejadian jenayah utama untuk

melaksanakan langkah-langkah pencegahan dalam program bandar selamat. Kemudahan-kemudahan sedia ada seperti laluan pejalan kaki tidak harus diambil kira sewenang-wenangnya sebagai langkah pencegahan yang telah dilaksanakan. Kegagalan pelaksanaan berpandukan data jenayah akan menyebabkan matlamat bandar selamat tidak boleh dicapai.

4.2.5 Menambah bilangan pondok polis dan meningkatkan rondaan

Ketiadaan pondok polis di pusat bandar dan lokasi hotspots juga mengundang kepada perlakuan jenayah. Di pusat Bandar Kajang tiada pondok polis disediakan dan balai polis bergerak yang ditempatkan juga kurang berkesan. Penambahan pondok polis perlu dilakukan bagi meningkatkan keselamatan orang awam dan rondaan perlu di buat setiap masa untuk mengelakkan kejadian jenayah. Rondaan boleh dilakukan dengan kerjasama penguatkuasa PBT untuk mengawal aktiviti jenayah dan aktiviti perniagaan yang dijalankan di atas laluan pejalan kaki atau kaki lima. Rondaan menggunakan motosikal atau berjalan kaki adalah langkah terbaik untuk meningkatkan tahap keselamatan di bandar kejadian jenayah berulang. dan mengelakkan

71

4.2.6 Meningkatkan kesedaran masyarakat dan pendidikan jenayah

Cadangan terakhir sudah tentunya melibatkan penglibatan semua pihak iaitu agensi kerajaan, pihak swasta, NGO dan orang awam untuk mencapai sebuah bandar yang selamat. Walaupun PBT dan pihak polis bertanggungjawab menjaga keselamatan awam, namun ianya tidak dapat di capai tanpa kerjasama daripada masyarakat. Kesedaran masyarakat mengenai kejadian jenayah hendaklah diperluaskan melalui pengedaran risalah, perbincangan dengan pemilik bangunan premis perniagaan, mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan bandar dan lain-lain yang melibatkan orang awam. Pengunjung atau orang awam yang berurusan di kawasan bandar haruslah mempunyai pengetahuan untuk

mengelakkan kejadian jenayah berlaku. Perilaku semasa berada di bandar turut menyumbang kepada peluang berlakunya jenayah. Pihak berkuasa tempatan dan polis boleh menyediakan papan tanda mengenai lokasi kejadian jenayah, jenis jenayah dan cara untuk menghindari berlakunya jenayah di pusat bandar sebagai mendidik orang awam. Pelaksanaan Program Bandar Selamat hanyalah langkah-langkah secara fizikal untuk membantu mengelakkan kejadian jenayah berlaku. Orang ramai adalah bertanggungjawab menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda. Tiada makna sekiranya tempat letak motosikal berkunci disediakan tetapi tidak dimanfaatkan oleh penunggang motosikal. Orang ramai juga harus di didik untuk menjaga harta benda awam bagi mengelakkan masalah vandalisma. Masyarakat perlu ditanamkan dengan sifat

72

mencintakan kemudahan awam dan keselamatan dengan pelbagai aktiviti bandar selamat terutamanya di pusat-pusat bandar bagi meningkatan kesedaran pentingnya mencegah jenayah bagi mewujudkan bandar yang bebas dari ancaman jenayah.

4.2.7 Mensyaratkan

penyediaan

langkah

pencegahan

jenayah

dalam

pembangunan baru PBT boleh mensyaratkan pemaju untuk menyediakan beberapa langkah pencegahan jenayah seperti tempat letak motosikal berkunci, laluan pejalan kaki dengan tanaman landskap dan penyediaan bollard dalam projek pembangunan. Dengan ini, kesemua pembangunan baru yang dijalankan akan mempunyai ciri-ciri bandar selamat di peringkat awal lagi dan PBT hanya perlu menumpukan

perhatian terhadap memantau dan menyelenggara kemudahan yang telah disediakan. Ia juga akan mengurangkan masalah PBT yang memerlukan peruntukkan yang tinggi untuk melaksanakan kesemua langkah pencegahan jenayah. Walaubagaimanapun, syarat ini mungkin membebankan pemaju yang terpaksa menanggung pelbagai kos pembangunan yang tinggi seperti caruman, sumbangan dan syarat menaiktaraf taraf kemudahan infrastruktur yang dikenakan oleh agensi kerajaan. Oleh itu, pbt juga harus menilai syarat yang dikenakan supaya tidak membebankan pemaju.

73

4.3

Kesimpulan

Program Bandar Selamat diperkenalkan di Negara ini sebagai satu cara mencegah kejadian jenayah yang mengalami peningkatan. Beberapa matlamat telah dikenalpasti untuk mewujudkan Bandar Selamat dan membebaskan bandar dari masalah keganasan nyawa dan harta benda adalah satu daripadanya. Walaupun program ini diperakukan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan tempatan pada 2004 dan mula dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa tempatan namun statistic jenayah Negara masih mengalami peningkatan. Justeru itu, tahap keberkesanan langkah-langkah pencegahan jenayah dipilih sebagai tajuk untuk menghasilkan kajian ini.

Pusat Bandar Kajang telah dipilih untuk menjalankan kajian disebabkan program bandar selamat ini lebih menjurus kepada pembaikkan di kawasan perumahan. Hasil daripada kajian didapati, Majlis Perbandaran Kajang telah melaksanakan 22 langkah pencegahan jenayah di seluruh kawasan pentadbiran. Hanya 20 langkah fizikal sahaja diberi perhatian dalam kajian ini kerana ia melibatkan pusat bandar yang majorotinya ialah kawasan perniagaan. Kajian lapangan yang dijalankan mendapati langkah pencegahan jenayah telah dilaksanakan dengan baik oleh MPKj tetapi tahap keberkesanan untuk mengelakkan jenayah masih kurang memuaskan dan berkesan. Terdapat banyak kelemahan yang menjurus kepada peningkatan kes jenayah di pusat bandar berdasarkan statistic jenayah pusat bandar Kajang yang diperolehi daripada Balai Polis Kajang. Pelbagai masalah juga dikenal pasti menjadi punca kurang keberkesanan langkah pencegahan yang telah diperkenalkan oleh JPBD. Kebanyakkan daripada

74

pelaksanaan tanpa merujuk kepada data-data jenayah menyebabkan kejadian jenayah sentiasa berulang atau meningkat dari semasa ke semasa. Segala permasalahan yang dikenal pasti daripada kajian ini telah digunakan bagi membentuk cadangan penyelesaian. Cadangan yang dikemukakan lebih kepada penambahbaikkan masalah yang wujud di kalangan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan pihak polis sahaja tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan awam. Menjaga keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan bukan terletak di tangan pihak tertentu. Kesedaran orang awam dalam membanteras jenayah juga memainkan peranan penting. Matlamat mencegah jenayah dan

mewujudkan bandar yang selamat hanya boleh dicapai melalui penglibatan dan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak swasta dan orang ramai. Kaedah prevention is better than cure harus menjadi pegangan agar masalah jenayah dapat dihapuskan agar setiap insan dapat menikmati kehidupan berkualiti, selamat dan sejahtera melalui Program Bandar Selamat.

75

RUJUKAN

TAHAP KEBERKESANAN LANGKAHPENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM BANDAR SELAMAT KAJIAN KES : PUSAT BANDAR KAJANG

76

Program Bandar Selamat Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah JPBD, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia 10 Ogos 2004

Kertas Taklimat Program Bandar Selamat Majlis Bandaraya Johor Bahru 19 Jun 2006

Kertas Taklimat Polis Diraja Malaysia Johor Bahru 19 Jun 2006

Laporan Kajian Pembangunan Komuniti Di Dalam Perlaksanaan Konsep Bandar Selamat : Kajian Kes : Bukit Jelutong U8 Shah Alam Selangor D.E

Kualiti Hidup Sosial Dan Proses Perbandaran Di Malaysia Oleh Prof. Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin Bahagian Geografi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Laporan Kajian Aspek Keselamatan Dalam Pembentukkan Bandar Selamat Di Malaysia : Kajian Kes Alor Setar Kedah Oleh : Jamaludin Mustaffa PH.D USM 2007 Creating Safe Cities http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/1/13/lifefocus/19985834&sec=lifefocus (The Star Online)

Innovation City http://english.wonju.go.kr/site/foreign/eng/page/sub04/sub04_04.jsp Pelan Tindakan Keselamatan Di Bawah Inisiatif Local Agenda 21 http://pjcityplan.mbpj.gov.my/pdf/Bandar%20Selamat.pdf

77

Laman web Majlis Perbandaran Batu Pahat Bandar Selamat http://www.mpbp.gov.my/news_and_events/program/bandar_selamat

Safe Streets - Safe City A Community-Based Crime Prevention Strategy For the Communities of Greater Forest Lawn http://www.cpted.net/clic/GFLA.pdf

Safe City Norwegian Book http://homepage.mac.com/bogronlund/get2net/safecity0999.html

THE RISE OF CRIME IN MALAYSIA An academic and statistical analysis1 ACP Amar Singh Sidhu

Southampton Safe City Partnership Partnership Plan 2009 - 2012 http://www.southamptonpartnership.com/images/Safe%20City%20Partnership%20Plan%20200912%20Final%20Draft_tcm23-225166.pdf Durban Safer City Startegy 2000 Unhabitat.org/downloads/docs/1829_19042_durbanstrategy.doc

78

You might also like