You are on page 1of 9

Soalan Ujian dan Peperiksaan

SULIT Kesusasteraan Melayu September 2011 2 jam 2215

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

KESUSASTERAAN MELAYU
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian; Bahagian Satu danBahagian Dua. 2. Jawab semua soalan Bahagian Satu. 3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiapBahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Jawaban hendaklah ditulis dalam kertas jawaban yang disediakan. 5. Pertimbangan markah berdasarkah isi dan penyampaian. 6. Jawaban hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu dan buku-buku teks yang telah ditetapkan. 7. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Bahagian No. Markah Markah Soalan Penuh diperoleh 1 4 Bahagian 2 4 Satu 3 4 4 4 5 4 6 4 7 4 8 4 9 4 10 4 1 20 A 2 20 Bahagian 3 20 B Dua 4 20 5 20 C 6 20 7 20 JUMLAH 100 Kertas soalan ini mempunyai 7 halaman bercetak

Bahagian Satu [40 markah] 1. Inilah sifar Pak Pandir, Asalkan kaya itulah bergaya, Asalkan berkilat itulah intan, Asalkan buntat pasti bertuah, Asalkan berbungkal itulah emas, Sifat mudah percaya, Tiada sedar terpedaya, Susah buatan sendiri, Akhirnya menyesal diri sendiri. (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan) a) Nyatakan jenis puisi di atas. b) Berikan tiga gaya bahasa puisi di atas. (1 markah) (3 markah)

2.

Maka jatuh kerunsinganlah Tuanku Puteri Sadung itu. Maka dengan sebab itu, maka tuan puteri pun suruh Sultan Abdullah bawa beralih akan isteri yang baru itu kerana mahligai itu ia punya, maka Sultan Abdullah beri orang lain duduk, kerana ia hendak duduk mahligai itu. (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan) Jelaskan dua perkara yang menyebabkan Puteri Sadung berasa runsing (4 markah)

3.

Maka kata tuan puteri, Landak ini pun pandai berpantun sekali rupanya. Kitalah yang disindirnya. Maka kata Raden Kesuma Ningrat, Hai adinda, sedangkan binatang lagi pandai menyindir kita. Maka tuan puteri pun tersenyum. (Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih) Berikan empat watak binatang dan peranan masing-masing dalam cerita di atas. (4 markah)

4.

Masih menguntumkah bunga damai sekiranya dunia masih berperang kejahilan masih berleluasa sebaris kejam mengimami rumah mesra merayap mesiu
2

dan mortar menyusup telinga meratah rakus jiwa manusia? Berikan dua gaya bahasa yang digunakan dalam puisi di atas berserta contoh. (4 markah)

5.

RAJA SULAIMAN : Syukur, cucunda tuanku.....cucunda luka? (Memandang pakaian SULTAN AHMAD yang penuh berpalit darah) SULTAN AHMAD : Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. Mari lekas kita semua berundur. Feringgi tentu mengejar kita. Nenda tuanku samasama ketuakan hulubalang-hulubalang kita berkubu dan membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Kita bertahan di sana, kita belum putus asa. (Dipetik daripada drama Bendahara Tepok : Madu Ilmu) Jelaskan dua perwatakan Sultan Ahmad. ( 4 markah)

6.

SEMUA : Beradat berbudaya itu mulia bersopan santun berbudi bahasa itu kaya tapi jangan sampai lupa harga diri jangan sampai tergadai harta benda. (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru) Nyatakan dua citra masyarakat dalam drama di atas. (4 markah)

7. Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung terjun. dengan menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga suku. Anakanaknya habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga suku Jusoh. Panjang-panjang langkahnya di atas permatang. (Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah) a) Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Jusoh bagaikan tiga suku. b) Jelaskan tindakan yang dilakukan selepas peristiwa di atas. (2 markah) (2 markah)

8.

Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! Ini rancangan orang gila. Kami tak mahu turut serta. (Dipetik daripada cerpen Melakar Impian)
3

a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas dan dengan siapakah dialog tersebut dituturkan? (2 markah) b) Jelaskan rancangan yang dimaksudkan dalam cerpen di atas. (2 markah) 9. Saya rasa Syed Fariz ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap permasalahannya, tetapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang. (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih) Huraikan empat masalah yang ditimbulkan oleh Syed Fariz seperti dalam dialog di (4 markah)

atas.

10. Berdasarkan dialog dalam novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan jadual di bawah. Dialog dalam novel Ya, sayalah Pak Amat, apa halnya? Awak dari mana? Soal Pak Amat pula. Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah hari ni? Tanya Jalil pantas. Maafkan saya Pak Lang. Saya tak tergamak tinggalkan pondok buruk ni. Jadi, terpaksalah saya bakar supaya hati saya tak berbelah bahagi lagi, Jalil menjelaskan tindakannya Latifah bekerjalah di sini. Abang ada satu perancangan besar dengan kampung kelahiran kita. Kalau Pah tidak ada bersama-sama abang, Pah tidak akan tahu perancangan itu.Jalil mengumpan Latifah untuk berada di bawah satu bumbung dengannya. Latar tempat

a) b) c)

d)

(4 markah)

[Lihat sebelah Bahagian Dua [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, Bahagian B danBahagian C. Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik) Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2 1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PUISI Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Ambil galah jolok ramunia, Kait mari sampai berdiri, Kita hidup di atas dunia, Buat baik taburkan budi. Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun, Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.

a) b) c) d)

Nyatakan jenis puisi di atas. Jelaskan tiga ciri bentuk puisi di atas. Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang.

( 2 markah) ( 6 markah) ( 4 markah) ( 8 markah)

2. Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, huraikan :a) b) c) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. Berikan dua sebab Siam menyerang kerajaan Sultan Abdullah. Jelaskan tiga kelebihan Puteri Sadung. ( 10 markah) ( 4 markah) ( 6 markah)

Bahagian B (Puisi Moden dan Drama) Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3.

MERDEKALAH BAHASAKU Siti Zaleha M. Hashim Merdeka merdeka merdekalah bahasaku daripada retak-retak petamu merdeka merdekalah bahasaku daripada warnamu hampir kelabu merdeka merdekalah bahasaku daripada penjara anak-anakmu ambil kembali tanjak buka silat tegak bergerak kembali ke tempat asal di puncak kumpul semula sakti suara dan martabat diri di sana menanti pentas dunia dengan penuh cahaya merdeka merdekalah bahasaku agar kembali tumbuh segar dalam setiap hati anak-anak negara ini.

a) Huraikan nada sajak ini. b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh. c) Nyatakan empat harapan penyajak terhadap bahasa kebangsaan.

(4 markah) (8 markah) (8 markah)

4. a) b) c)

Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail :Huraikan dua persoalan dalam drama. (4 markah) Nyatakan empat latar masyarakat yang dapat diperhatikan dalam drama ini. (8 markah) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam drama. ( 8 markah)

Bahagian C (Cerpen dan Novel) Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7

5.

Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh dan berbau kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat dan dan dimasukkan kembali. (Dipetik daripada cerpen Gersang dalam Madu Ilmu : halaman 94)

a) Huraikan lima teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas.(10 markah) b) Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen di atas. (10 markah)

6. a) b)

Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid:Jelaskan konflik yang dihadapi oleh empat watak dalam novel tersebut. Berikan enam latar tempat dalam novel tersebut dengan mengemukakan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar tempat tersebut. ( 8 markah) ( 12 markah)

7. a) b)

Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh; Huraikan lima bukti yang menunjukkan kegigihan Jalil. Huraikan lima nilai murni ysng terdapat dalam novel tersebut. (10 markah) (10 markah)

Dari Lembah Ke Puncak (Soalan Struktur)


1. Hujan lebat yang turun malam tadi menempiaskan sedikit rasa kemalasan dalam diri Jalil. Anak muda yang berusia lapan belas tahun itu masih berselimut dalam kain sentung nipis dan lusuh, mengerekot menahan dingin pagi yang dibawa angin yang mencuri masuk di celah-celah dinding usang. a.Apakah teknik penulisan yang digunakan dalam petikan di atas? (1 m) b.Berikan tiga jenis gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.(3 m) 2. Bukan begitu maksud Jalil, mak! Tapi... Tapi apa? Abang engkau itu jahat? Begitu? Dia tu balik setahun sekali pun susah, bagaimana pula nak larikan anak dara orang? Mak Teh semakin meradang. a.Siapakah yang dibela oleh Mak Teh?(1 m) b.Apakah peristiwa yang menyebabkan dialog di atas dituturkan?(2 m) c.Apakah teknik penulisan yang digunakan dalam petikan di atas?(1 m) 3. Tengah hari selepas kegemparan itu, Jalil pulang dari sekolah. Dia berjalan dari simpang jalan tar ke Bukit Jenun, menumpangi teduh rimbunan getah muda Ah Yau. Apabila sampai di depan rumah Pak Ngah Kadir, ayah Biah, dia terserempak dengan Kudin. Berdasarkan petikan di atas, berikan empat latar tempat yang dipaparkan oleh penulis. (4 m) 4. Di matanya air jernih tergenang. Jalil menangis. Entah mengapa hatinya berasa sedih. Susah bagi Jalil untuk menangis. Semasa arwah bapanya meninggal dunia pun dia tidak menangis. Tetapi, kali ini Jalil tewas. Ditewaskan oleh keadaan. a.Apakah peristiwa yang menyebabkan Jalil menangis?(2 markah) b.Jelaskan teknik plot yang digunakan oleh penulis?(2 markah) 5. Selama ini dia mengenali Biah sebagai anak gadis yang baik, rajin, dan tidak banyak bercakap. Tidak keterlaluan jika dikatakan dalam keluarga Pak Ngah Kadir, Biahlah yang mencari rezeki dengan menoreh getah. Senaraikan perwatakan Biah berdasarkan petikan di atas.(4 markah) 6. Di surau itu dahulu diadakan majlis bubur asyura setiap tahun ketika tiba awal Muharam. Setiap penduduk kampung akan datang memeriahkan majlis itu secara bergotong-royong. Ada yang membawa tepung, gula, kayu api, dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak perlu dibeli. a.Apakah nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat dalam petikan di atas? (2 markah) b.Berikan dua unsur Islam dalam petikan di atas.(2 markah)
8

7. Akhirnya, sawah padi pusaka itu bertanam juga. Hampir dua minggu Jalil mengambil masa untuk mengubah anak benih padi ke sawah. Namun, dia bersyukur kerana berhasil juga mengerjakan sawah pusakanya. Dia berasa bersalah jika sawah itu terbiar. Dia berasa bapanya memerhatikannya mengerjakan sawah warisan itu. Nyatakan empat latar masyarakat dalam petikan di atas.(4 markah) Skema jawapan :
1.a. Teknik pemerian b.Tiga jenis gaya bahasa: i.personifikasi angin yang mencuri masuk/ hujan lebat yang turun malam tadi menempiaskan sedikit rasa kemalasan dalam diri Jalil ii.kata ganda celah-celah iii.dialek Kedah kain sentung (kain pelikat) 2.a.Muhsin b.i.Mak Teh marah apabila Jalil bertanyakan tentang Muhsin. ii. Muhsin dituduh melarikan Biah ke Kuala Lumpur. c.Teknik - dialog 3.Latar tempat i.sekolah ii.simpang jalan tar ke Bukit Jenun iii.kebun getah Ah Yau iv.depan rumah Pak Ngah Kadir 4.a.i.Jalil dimarahi oleh guru Biologinya, Miss Ong. ii. Pulang dari sekolah, Jalil dipukul curi oleh tiga orang yang tidak dikenali. b.Teknik i.imbas kembali - Semasa arwah bapanya meninggal dunia pun dia tidak menangis. ii.pemerian - Di matanya air jernih tergenang. Jalil menangis. 5.Perwatakan Biah i.Baik ii.Rajin iii.Tidak banyak bercakap/ pendiam iv.Bertanggungjawab v.Pandai/mahir/cekap menoreh getah 6.a.i.Bergotong-royong/muafakat/bekerjasama ii. murah hati/pemurah b.i.Surau ii. Muharam iii.Asyura 7.i.Masyarakat petani ii.Masyarakat yang bersyukur iii.Masyarakat yang berusaha gigih iv.Masyarakat yang bertanggungjawab 9

You might also like