You are on page 1of 4

Latihan Puisi Moden.

3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku Hanya Mahu ke Seberang

Kupahat cengal menjadi perahu


dayungnya teras tembusu.
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung.
Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja.

Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,


meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil, lautnya ganas.

Tenanglah laut. kuala dan muara.


Ombak jangan gila melanda.
Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah.
Layar jangan rekah.
Tiang jangan rebah.

Tuhan,
Aku hanya mahu keseberang.

Hashim Yaacob
2008.

a. Nyatakan tiga persoalan dalam puisi di atas beserta contoh.


b. Jelaskan lima bentuk puisi di atas.
c. Cipta sebuah sajak bertemakan ”Ketuhanan”.
3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ranting

Tak semua percaya


daun-daun dihargai
kerana seruas ranting.

Bunga-bunga pun dihargai


kerana kelenturan ranting
meranggas dan meninggi.

Orang selalu mengingat bayu


yang terasa dan tak berupa
unggas pun selalu menyanyikan madu
yang terpetik daripada sari bunga.

Ranting yang diam-diam merimbun


kenal benar erti kedudukan
perjuangan tak semestinya menang
bakti juga bukan sanjungan.

Ada roh lain


yang perlu dipertahan
biar pohon berdiri kukuh
hingga musim berganti
dan kurun mendekati.

Hilmi Rindu
(Kuala Terengganu)

a. Nyatakan tiga nilai dalam puisi di atas beserta contoh.


b. Jelaskan empat gaya bahasa dalam puisi di atas.
c. Cipta sebuah sajak bertemakan ”Keindahan Bunga”.
Latihan Puisi – Soalan Struktur.

1.
Ketika turun pun
masih terasa
jari-jari mesra alammu
pada sungai setiamu
pada pohon sabarmu
pada lembah ghairahmu

dipetik daripada ‘Belajarlah Memahaminya – Gunung Lagenda’ karya


Shapiai Muhammad Ramly

a. Jelaskan maksud gaya bahasa metafora.


b. Nyatakan tiga gaya bahasa metafora dalam puisi di atas.

2.
Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing.

Di atas rakit ini kurempuh kesulitan


menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
meninggalkan ibu di anak tangga.

dipetik daripada ‘Kubentang Sehelai Peta’ karya T. Alias Talib

a. Berikan dua nilai yang terdapat dalam puisi di atas.


b. Berikan 4 ciri puisi di atas.
c. Jelaskan dua persoalan beserta contoh.
d.. Nyatakan dua gaya bahasa dalam puisi di atas.

3. Sunyi membungkam dalam diri


sepi diri tanpa bonda
kepiluan melamar jua
Ibu,
kau masih dalam ingatan
menoriku sepi tanpa ibu.

dipetik daripada ‘Sepi Syawal Tanpa Bonda’ karya Amylia Hussain

a. Nyatakan dua nilai murni dalam puisi.


b. Jelaskan dua pengajaran dalam puisi.
c. Bincangkan dua gaya bahasa dalam puisi di atas.
4. Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
sepakat rela kita julang menjunjungnya
ke puncak persada

dipetik daripada ‘Mencintai Tanah Ini’ karya Lim Swee Tin

a. Jelaskan dua persoalan beserta contoh berdasar puisi di atas.


b. Nyatakan dua nilai dalam puisi di atas.
c. Berikan tiga gaya bahasa dalam puisi.

5.
Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit
dan denai-denai desa
Siapakah berani memancung damai negeri bertuah
ini
Dengan pedang terhunus dendam
berpercikan silau kebencian

dipetik daripada ‘Mencintai Tanah Ini’ karya Lim Swee Tin

a. Bincangkan tiga ciri puisi di atas.


b. Nyatakan empat gaya bahasa beserta contoh dalam puisi.
c. Jelaskan satu persoalan dalam puisi di atas.

6.
Kita menyulam sejuta jiwa
yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata

dipetik daripada ‘Citra Pelangi 1Malaysiai’ karya A. Halim Ali

a. Nyatakan dua pengajaran dalam puisi di atas.


b. Berikan dua nilai yang cuba disampaikan dalam puisi.
c. Bincangkan tiga bentuk puisi di atas.

You might also like