You are on page 1of 14

Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

Jawab satu soalan sahaja.

1. Pantun merupakan satu pengucapan seni masyarakat Melayu Lama.

a. Huraikan beberapa peranan pantun dalam masyarakat. [10m]

b. Jelaskan ciri-ciri pantun popular. [10m]

c. Nyatakan lima jenis pantun. [5m ]

2. Kesusasteraan Melayu Tradisional turut memainkan peranan penting dalam

kehidupan sesebuah masyarakat.

a. Huraikan lima peranan Kesusasteraan Melayu Tradisional. [15m]

b. Jelaskan tiga ciri Kesusasteraan Melayu Tradisional. [10m]


Bahagian B: Karya Agung (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu)

Jawab satu soalan sahaja.

3. Waadat merupakan perjanjian antara pihak raja dan rakyat.Berdasarkan teks

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu:

a. Huraikan tujuan waadat itu diadakan [4m ]

b. Jelaskan isi-isi wadaat [12m]

c. Huraikan satu peristiwa lengkap yang berkaitan dengan waadat

(rujuk cerita Singapura Dilanggar Todak) [9m ]

4. Watak-watak golongan Raja/Sultan merupakan golongan watak yang memainkan

peranan penting di dalam Sulalatus Salatin.Nyatakan watak dan perwatakan dibawah ini

a. Raja Iskandar Zulkarnain [13m]

b. Raja Suran [12m]

Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional


Jawab satu soalan sahaja.

5. Asal Usul Kejadian Dunia erupakan cerita mitos dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Berdasarkan cerita tersebut :

a. Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerita ini. [9m]


b. Huraikan dua ciri yang terkandung dalam mitos ini. [ 6m ]
c. Terangkan binaan plot yang terjalin dalam cerita ini. [ 10m]

6. Puteri Sa’adong merupakan cerita lagenda dalam Kesusasteraan Rakyat. Berdasarkan


cerita cerita Puteri Sa’adong ini:

a. Huraikan dua perosalan yang digarapkan dalam cerita ini. [ 8m ]


b. Jelaskan tiga perwatakan Puteri Sa’adong seperti yang terdapat dalam cerita ini. [ 9m ]
c. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerita ini beserta contohnya. [ 8m ]

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003,


Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka )

Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional


7. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Ambil galah kupaskan jantung,


Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
Kepada nabi tempat mengucap.

Asam rumbia dibelah-belah,


Buah separah di dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
Akhirat juga mendapat syurga.

Belah buluh bersegi-segi,


Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
Lebih laut dan juga daratan.

Buah kuini buah berangan,


Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat kelak kampong halaman.

Delima batu dipenggal-penggal,


Bawa galah ke Tanah Merah;
Lima waktu kalau di tinggal,
Ibu bapa pasti marah.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003,


Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka )

(a) Huraikan empat mesej atau amanat pengarang seperti yang terdapat dalam puisi
ini. [12m]
(b) Jelaskan keindahan-keindahan yang terdapat dalam puisi ini
[9m ]
(c) Huraikan nada yang terdapat dalam puisi ini [4m ]

8. Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan - soalan yang
mengikutinya.
Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang ,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Baik-bergalas baik tidak,


Buli-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Tanam leggundi tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,


Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2003,


Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tiga persoalan terdapat dalam pantun ini. [9m]


(b) Huraikan dua nada yang terdapat dalam pantun ini. [6m]
(c ) Jelaskan keistimewaan pantun ini dari segi bentuknya [10m]

SKEMA PERMARKAHAN EXCEL 2010 (6 RENDAH)

Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional.


Soalan 1.
a.Beberapa peranan pantun dalam masyarakat. [10m]
i)-sumber hiburan kepada khalayak.
-dinyanyikan dalam acara-acara tertentu
-dalam adat meminang dan merisik,diucap sebagai senda gurau

Sebagai unsur pengajaran dan nasihat.


-mengetengahkan pengajaran dan nasihat
-unsur pendidikan dan moral.
-dalam pantun budi khalayak dididik agar mengenang budi.

Menguji ketajaman minda.


-dalam pantun teka-teki
-memikirkan jawapan yang ditanya dalam pantun teka-teki.

Menjadi rujukan untuk mendapat ilmu.


-menerusi pantun dapat menilai aspek ekonomi,poloitik,sosial dan sebagainya.

b.Ciri-ciri pantun ialah: [10m]

Dari segi rima


-a,b,a,b. Rima yang popular (pantun 4 kerat)
-jika pantun enam kerat rimanya a,b,c,a,b,c.

Dari segi jumlah patah perkataan.


-4 hingga 5 patah perkataan sebaris.

Dari segi jumlah suku kata.


-8 hingga 12 suku kata sebaris.

Terdapat pembayang maksud


-pantun terdiri daripada pembayang dan maksud.
-pantun 4 kerat,dua baris awal adalah pembayang.

Jumlah baris dalam rangkap.


-kebanyakan pantun popular 4 baris dalam serangkap.
-jumlah baris bergantung kepada jenis pantun.

c.Lima jenis pantun popular. [5m]


-pantun keagamaan
-pantun orang muda
-pantun teka-teki
-pantun nasihat
-pantun adat.

Soalan 2.

a.Lima peranan Kesusasteraan Melayu Tradisional: [15m]


i.Menjadi penghibur dan penawar:
-sumber hiburan dan penawar duka
-tukang cerita @lipur lara mengambil tugasnya.
-menghibur menerusi cerita yg dipersembahkan
-contoh: cerita jenaka melayu menjadi penawar bagi kesedihan

ii.Sebagai khazanah ilmu


-Contohnya:sejarah melayu- pelbagai ilmu dapat diterokai oleh pembaca
-Contoh:sejarah kesultanan melaka,singapura,pasai
-memperlihatkan ttg seni bina melayu,hub.politik masy melayu dll
-Sastera kitab- persoalan agama yg.mencakupi ttg Rukun Iman hinggalah persoalan
tasawuf,tauhid.

iii.Sebagai sumber pengajaran:


-mengandungi pengajaran yang tersurat dan tersirat
-peristiwa yg berlaku dlm cerita lama mengandungi unsur2 pengajaran
-berkisar ttg keadilan,kasih saying,t jawab dsbgnya.
-pengajaran juga secara berkias
-Contoh: pantun melayu- dibuat secara kiasan
-memerlukan penghayatan yg.tingi untuk memahaminya.

iv.Sebagai ikutan dan keunggulan


-Watak dlm cerita lama – watak lagenda – Hang Tuah, Hang Jebat dan raden Inu Kartapatii
-lagenda yg menjadi ikutan memandangkan sikap atau sifat mereka yg.dianggap unggul.
-ceita- memberi gambaran wira dan wirawati yg.diingini oleh masy.
-menjadi ikutan masy lama.

v.Sebagai wadah intelektualan


-teknik penulisan pisi memperlihatkan keintelektualan masy yang melahirkan karya
-ungkapan ringkas ttpi maknanya cukup besar.

b.Tiga ciri cerita Kesusasteraan Melayu Tradisional: [10m]


i.Disebarkan secara tulisan dan juga tulisan.
-disebarkan secara lisan – dari mulut ke mulut
-dituturkan dari satu generasi ke satu generasi
-berkembang dari semasa ke semasa.
-sastera berbentuk tulisan berkembang selepas kedatangan islam
-naskhah tulisan yang asal berbentuk lisan.

ii.Penyerapan budaya luar


-berlaku penyerapan budaya luar (budaya hindu)
-menular ked lm corak hidup masy. Melayu.
-penyerapan nilai islam juga turut ada selepas perkembangan islam.

iii.Milik bersama
-tidak wujud persoalan hak milik dalam karya lama
-dianggap milik bersama
-disebarkan dari mulut ke mulut.
-berkembang dalam bentuk lisan
Bahagian B: Karya Agung Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Soalan No 3:
i.untuk mengukuhkan kedudukan raja dalam pemerintahan mereka
-rakyat akan mematuhi segala bentuk peraturan atau adapt yg.dikenakan untuk mereka.

ii.Untuk menanam rasa setia rakyat terhadap raja.


-rakyat akan setia terhadap raja
-adanya wadaat, bermakna rakyat akan menghormati pemerintahan beraja dlm sesebuah
negeri
[4m]

(b)Wadaat dibuat antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana.

Isi:
Raja:
i.Raja tidak boleh menzalimi rakyat.
-raja tidak boleh membunuh rakyat sewenang2nya
-raja tidak boleh menghina dan mencerca rakyat
-raja mesti menjaga rakyat dengan baik

ii.Rakyat:
-rakyat tidak boleh menderhaka kpd raja w/pun raja zalim
-jika rakyat menderhaka ,mereka akan menerima pembalasan
-jika rakyat melanggart wadaat dibalikkan bumbung rumahnya dan kaki tiangnya ke atas.
-jika raja mengubah wadaat, raja akan mendapat bala bencana drpd allah.
-raja akan kehilangan negeri

Terdapat juga kelonggaran dalam wadaat ini iaitu jika raja berlaku zalim terlebih dahulu
rakyat akan mengubahnya.
[9m]

Satu peristiwa dlm teks ini yang bertepatan dgn wadaat,perlanggaran dan kesannya ialah
peristiwa berlaku di Singapura semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah.
Ceritakan peristiwa
Samada Sang Rajuna Tapa atau pun Singapura Di langgar Todak
[9m]

Soalan No 4:
Raja Iskandar Zulkarnain
-raja Iskandar
-anak kpd Raja Darab
-keturunan bangsa Rome
-terkenal dgn gelaran Raja Iskandar Zulkarnain

-mengembara kea rah matahari terbit


-menyerang dan menakluki negeri yang dilalui
-Negeri Kida Hindi berjaya ditawan
-Raja Kinda Hindi diislamkan
-dihantar semula ke Hindi dan dilantik semula sbgi raja
-Raja Iskandar:
Seorang raja yg baik hati dan bertimbang rasa
Bukti:Kida Hindi ditakluk tapi tidakm menawan raja Kida Hindi
-tidak menjadikan Raja Kida Hindi sbgi hamba tebusan
-diislamkan dan dikembalikan ke negerinya.

-berkahwin dgn Puteri Syahrul Bariyah(Puteri Kida Hindi )


Dilaksanakan oleh Nabi khaidir
-mas kahwin 300,000dinar emas.

-membawa isteri bersama ke matahari hidup


-kembali ke Kida Hindi
-kemudian kembali ke Makaduniah
Hasil perkahwinan: Raja Aristun Syah

b.Raja Suran
-putera kpd Tersi Bederas
Bondanya puteri Raja Sulan
-memerintah negeri Amdan Negara.
-merupakan seorang raja yang kuat
-masyhur dengan kebesarannya
-banyak menakluk kawasan

-mempunyai dua org saydara


Raja Hiran (Raja Benua Hindi )
Raja Fandin (Raja Benua Turkistan )

-ditabalkan memerintah Amdan Negara setelah nendanya mangkat


-bnyk negeri ditakluki kecuali China

-kebesaran dan keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan raja yg memerintah


-seorang yg perkasa,keua angkatanperang yg gagah berani.
-cuba menyerang negeri China
-berani,sanggup menghadapi cabaran dan berusaha menyerang China
-berjaya menakluki negeri Gangga Negara
-berjaya menawan Lenggiu
-seorang raja yg.berfikiran jauh
-mempunyai sifat pemimpin
-seorang yg bersifat kreatif
-pemikiran yg tajam serta proaktif
-bertindak berusaha menerokai dunia di bawah
-seorang yg supernatural
Raja bleh hiudp dilalut dan di dara
-berkahwin dgn Puteri Mahtabul-Bahri
-tinggal di bawah laut selama 3 tahun
-mempunyai 3 orang anak
[12m]
Soalan No: 5:

Asal Usul Kejadian Isi Dunia

a.Tiga persoalan [9m]

i.Persoalan mengenai kekuasaan Tuhan:


ia merujuk kepada kejadian-kejadian yang berlaku di muka bumi ini yang berkaitan dengan
kekuasaan Tuhan.
Dalam cerita ini dijelaskan bahawa Allah telah menurunkan anak adam ke dunia, dan bumi
pun bergerak. Allah juga berkuasa menmbuhkan rumput tiga jalur,bukit dan sebagainya.

ii.Persoalan mengenai keajaiban makhlok ciptaan tuhan.


Ia merujuk kepada keanehan ciptaan tuhan ke atas makhluknya.
Dalam cerita ini dijelaskan bahawa anak Adam diturunkan ke dunia ini dalam keadaan
bertanduk.

iii.Persoalan mengenai jurai keturunan.


Merujuk kepada perkembangan umat di dunia ini.
Dalam cerita ini dijelaskan tentang jurai keturunan anak Adam hinggalah kepada anak-anak
Iskandar Dzulkarnain yang akhirnya menguasao beberapa tempat di dunia ini.

b.Dua ciri cerita [6m]

i.Mengisahkan tentang asal usul.


Ia merujuk kepada asal-usul sesuatu benda dan makhluk.
Didalam cerita ini dijelaskan tentang asal-usul negeri seperti negeri Pariangan Panjang, dan
juga asal-usul bumi ini.

ii.Dianggap dongeng
Dipercayai oleh masyarakat lampau sahaja.
Masyarakat zaman ini merasakan ada tujuan-tujuan tertentu unsure mitos ini diketengahkan
seperti menaikkan darjat dan sebagainya.

c.Binaan plot [10m]

i. Bahagian Pengenalan:
Anak Adam dilarikan oleh malaikat kepada awan gemawan

ii.Bahagian Perkembangan:
Anak Adam yang bungsu diturunkan ke dunia dan digelar Iskandar Zulkarnaian.Anak Adam
ini diturunkan di negeri Rom.
iii.Bahagian Perumitan:
Keinginan Raja Iskandar Zulkarnain untuk berkahwin.
Baginda berkahwin dengan Puteri Sri Alam .
Baginda memperolehi tiga orang anak.

iv.Bahagian Puncak:
Jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain berada dibeberapa tempat dan menjadi pemerintah.

v.Bahagian Peleraian:
Menjelaskan tentang Kerajaan Pariangan Padang Panjang terbentuk.
Datuk Maharaja Besar menjadi penghulu di Padang Panjang.
Datuk Bendahara Kaya menjadi penghulu di Pariangan.

Soalan No: 6:

Puteri Sa’adong

a.Dua persoalan [8m]

i. Kesaktian yang boleh menyelamatkan diri:


Merujuk kepada kesaktian yang dimiliki oleh Puteri Sa'adong.
Dalam cerita ini Puteri Saadong telah menyelamatkan dirinya daripada Raja Siam dan juga
bekas suaminya, Raja Abdullah yang mahu membunuhnya.

ii.Persoalan Mengenai kezaliman pemerintah.


Merujuk kepada sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah terhadap raja.
Raja Bersiong dikatakan zalim kerana memakan manusia dan menitahkan agar kanak-kanak
lelaki di bunuh.

b.Tiga perwatakan [9m]

i. Seorang yang taat:


Merujuk kepada rasa setia yang tidak berbelah bahagi Puteri Saadong kepada seseorang.
Puteri Saadong tidak terpengaruh dengan Raja Siam.Dia kembali semula kepada Raja
Abdullah.

ii.Seorang yang bijak:


Bijak menangani masalah yang dihadapi.
Gagal disetubuhi oleh Raja Siam sehingga Raja Siam menghantarnya pulang.

iii. Seorang yang berani.


Memperlihatkan tindakan berani dalam menempuh hidup.
Puteri Saadong mencari bekas suaminya, Raja Abdullah walaupun Raja Abdullah sudah
berkahwin.
c.Dua nilai [8m]

i.Nilai simpati:
Memperlihatkan rasa simpati terhadap pihak atau orang lain
Simpati yang ditunjukksn oleh Wak Istana Raja terhadap anak Megat Hamat.Wak Istana Raja
enggan membunuh bayi itu walaupun dititahkan oleh raja.

ii.Nilai Kejujuran:
Kejujuran yang diperlihatkan dalam menjalani kehidupan seharian.
Kejujuran puteri saadong terhadap raja Abdullah.Puteri saadong tidak tunduk kepada Raja
Siam kerana dia jujur terhadap Raja Abdullah.

Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional.

Soalan 7.

(a) Empat Mesej


i.Menyuruh kita berserah kpd allah dan memuji nabi Muhamad s.a.w
-Umat Islam diseru supaya mengakui kebesaran illahi dan menjadikan Nabi Muhammad sbgi
ikutan

ii.Menyuruh kita supaya menbgikut apa saja yg ditetapkan oleh allah swt.
-segala ajaran dan hokum yg tlh ditetapkan oleh allah dlm kitab al quran mestilah diikuti
supaya kita akan mdapat balasan baik di akhirat kelak. Kita djanjikan allah dgn syurga.

iii.Menyuruh kita menginsafi bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara tetapi akhirat
juga yg kekal.
-dunia ini hnya pinjaman semata-ata dan manusia itu akan kekal dan hidup selama2nya di
alam akhirat.

iv.menyuruh anak2 supaya mengerjakan sembahyang lima waktu dlm sehari.


-Rukun islam mestilah dipatuhibagi seorang kanak2
-ibubapa yg mengambil berat akan memarahi anaknya yg mengabaikan sembahyang.
[12m]

(b)i.Keindahan dari segi bentuk:


Rima menepati cirri pantun popular kecuali rangkap ke 4, semuanya abab(beri contoh)

ii.Keindahan puisi ini juga bergantung kepada keseimbangan dari segi jmlh perkataan, iaitu
antara 4-5 perkataan

iii.keindahan dari segi bahasa


pemilihan kata2yg puitis (vocal u amat ketara)-beri contoh
menggunakan kata ganda(beri contoh)
gaya bahasa pengulangan (kepada)
(c ) Nada pusi
Romantis
Menitikberatkan nasihat kpd manusia ttg nilai2murni yg perlu ada pd diri seseorg
[4m]

SoalanNo: 8

(a)i. Persoalan mengenai nilai budi.


Org yg menerima budi akan mengenang org yg menolong.

ii. perbezaan sikap manusia.


-manusia yg mementingkan harta kekayaan.
-a/bila sudah kaya, ia tdk mempedulikan lagi org.yg tdk bernasib baik.
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
iii. Kedudukan seseorang dalam masyarakat
-masy akan memandang tinggi seseorang yg berbudi dan berharta
-ini dijelaskan melalui:
Budi dan emas sama dijunjung
Hidup aman dikenang orang.
[9m]
(b) ii Dua sikap pengarang

i.Kesal:
Pengarang kesal terhadap sikap manusia yg mementingkan kekayaan atau wang
ringgit sebaliknya mengetepikan budi seseorang
Adat dunia memang begitu
Sebab emas budi terbuang

ii.Gembira:
Pengarang merasa gembira dgn seseorg yg mengenang budi yg diterimanya
-Pengarang juga gembira terhadap seseorang yg sanggup berbudi kpd org yg memerlukan.
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
[6m]
(c ) Keistimewaan dari segi bentuknya
i.Skema rima yg menepati keperluan pantun
(kecuali rangkap ke lima)
ii.Jumlah perkataan dan sukukata dalam baris
jumlah perkataan yg seimbang (4-5 patah perkataan )
-jumlah sukukata 9-10
iii.Rima perkataan kedua baris pertama dan rima perkataan kedua baris adalah sama.(bagi
contoh)

You might also like