You are on page 1of 9

S

SSMK
MIRI

CHUNG

HUA

UJIAN BERTULIS
SEMESTER 1

A
ARAHAN:
1. Buka soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan kad pengenalan anda pada ruang
yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Nama Pemeriksa:

Markah
Penuh
8

10

10

10

10

15

30

Jumlah

100

Soalan

Page
0

Markah
Diperolehi

NAMA
:

Arahan : Jawab semua soalan dalam


Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
[25 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i) Ibu meminta abang membeli tomato sos, gula dan tepung di kedai runcit berhampiran
dengan rumah kami.

ii) Selepas kejadian kemalangan itu, Haikal asyik termenung dari sehari kepada sehari.

iii) Cikgu Amir meminta kami merujuk kepada lain-lain sumber untuk mendapatkan
maklumat tentang proses fotosintesis.

iv) Encik Law menghadiahkan anak tunggalnya sebuah motosikal berkuasa besar.
Page
1

(8 markah)
2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Kamus dwi-bahasa sangat sesuai untuk kegunaan segenap lapisan masyarakat.
ii) Basikal dan motorsikal merupakan kenderaan utama di kampung ini.
iii) Juruhebah radio itu turut mengwar-warkan saranan kerajaan bagi memastikan
bahawa rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.
(3 markah)

3. Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal.
i)

Esok atau lusa kami sekeluarga akan berangkat ke Paris.


a)
b)

ii)

Rambut Angelia menjadi kusut-masai apabila ditiup angin.


a)
b)

iii) Buku komik tatabahasa itu berguna bukan sahaja bagi murid-murid tetapi juga bagi
para guru.
a)
b)
iv)

Sari tekun berusaha sehingga berjaya menyiapkan kerja rumah Matematik itu.
a)
b)

v)

Pak Jumaat memandang cucunya sambil tersenyum.


a)
Page
2

b)
(10 markah)

4. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
(4 markah)

Page
3

a)
b)

BAHAGIAN B
[30 markah]
Page
4

5. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Elok rupanya kumbang jati,


Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

PANTUN ALAM REMAJA


Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Dibawa itik pulang petang,


Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Ramai orang bersorak-sorak,


Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Ayam kinantan terbang mengekas,


Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Mahulah kami hendak melapun,


Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

Kita menari keluar bilik,


Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

( Dipetik daripada antologi Baik Budi


Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

i)

Berikan gambaran rangkap kedua pantun di atas.


markah)

(3

ii)

Nyatakan bentuk pantun di atas.


markah)

(3

iii) Pada zaman sekarang, ramai ibu bapa dihantar ke rumah orang tua. Pada pendapat
anda, adakah wajar anak menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua?
Berikan alasan anda.
(4 markah)

Page
5

6. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya inginkan saat itu. Sungguh-sungguh teringin. Saya rindu, ya Allah. Saya
mahu sangat-sangat melakukannya ! Bukan kerana ada lensa kamera yang menghala ke
wajah saya. Bukan kerana hendak memenuhi impian Satu Malaysia. Namun, inilah
harapan yang tiba-tiba tumbuh merimbun sebaik-baik mendengar suara tua di hujung
talian yang saya tidak tahu di mana diamnya. Tapi saya yakin, dia bermukim tidak jauh
dari kampung ini kerana tujuh digit pertama nombor telefonnya sama seperti nombor
telefon Ameera. Rumah Ameera tidak sampai enam kilometer dari sini.
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! Ibu tua itu tidak jauh sebab saya ingin
sangat-sangat hendak mendekatinya. Pasti kerinduan pada anak-anaknya amat
menikam, sehingga hati saya telah merasai bisanya. Ya Allah, permudahkanlah saya
untuk mencari rumah yang memberi perlindungan kepada tubuh tua itu, dalam suasana
banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada. Saya dapat menyentuh kecutnya hati
dia setelah tiga hari sebahagian daripada rumahnya direndam kesejukan.
( Dipetik daripada prosa moden,
antologi daripada Baik Budi Indah Bahasa
Tingkatan 2)
i) Apakah yang berlaku kepada ibu tua sehingga menyebabkan penulis bersungguhsungguh hendak mendekatinya?
(3 markah)

ii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen di atas.

iii)

(3 markah)

Pada pendapat anda, apakah peranan seorang anak terhadap ibu bapanya? (4
markah)

Page
6

BAHAGIAN C
[15 markah]
7. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan tentang kriteria remaja yang berakhlak mulia yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Page
7

BAHAGIAN D
[30 markah]
8.

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.
i) Sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, anda menyambutnya bersama
keluarga dan rakan-rakan anda. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda yang
berada di luar negara untuk menceritakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di
tempat anda.
ii) Sungai sangat penting kepada manusia. Namun begitu, banyak sungai di negara
kita yang telah tercemar. Huraikan kepentingan sungai.
iii) Baru-baru ini sekolah anda menjadi penganjur pertandingan bola tampar
peringkat Daerah Miri. Anda berpeluang menyaksikan perlawanan akhir yang
melibatkan sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda menyaksikan perlawanan
tersebut.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

Mohd Khairul Hifzan b. Baba

..
En. Ahmad Nizam

Page
8

Disahkan:

En. Thoo Kim Fah

You might also like