You are on page 1of 9

SMK SEKSYEN 24(2), SHAH ALAM

PENTAKSIRAN DALAM TALIAN 2021

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1

NAMA: ________________________________________ KELAS: __________________

ARAHAN:
1. Kertas ini mengandungi TIGA bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B Dan Bahagian C
2. Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A
Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Ketua Kampung Bahagia telah __________ masalah kerosakan jalan di kampung itu
kepada wakil rakyat.
A mengatakan
B mengajukan
C mengeluarkan
D mengucapkan

2. Hamid berasa __________ apabila melalui jambatan gantung yang tinggi itu.
A sepi
B risau
C gayat
D seram

3. Pergerakan Adi Hakim dalam pertandingan silat olahraga begitu __________ kerana
dia memang pesilat yang cekap.
A tangkas
B cekap
C lasak
D laju

1
4. Pihak polis sedang giat menjalankan __________ untuk mencari punca kematian ahli
perniagaan yang terkenal itu.
A pengajian
B pemantauan
C pemerhatian
D penyiasatan

5. Adik __________ mainan yang telah rosak di belakang almari kerana takut dimarahi
oleh ibu.
A memasuki
B melindungi
C menyelamatkan
D menyembunyikan

Soalan 6 hingga Soalan 7

Ayat- ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

6. Walaupun beberapa buah negara telah bersetuju untu membantu menyelesaikan konflik
A B
antara kedua buah negara itu, namun peperangan masih berlarutan. Tiada kesalahan.
C D

7. Tong-tong gas di dalam lori itu terdampar ke dalam parit apabila lori itu terbabas dan
A B C
melanggar sebatang pokok. Tiada kesalahan.
D

Soalan 8 hingga Soalan 9

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8. I Seniman terkenal itu pernah mengejut persada seni Malaysia dengan gaya
yang agak keterlaluan.
II Mak Melah tidak sempat menyiapkan apa-apa hidangan kerana tetamunya itu
datang mengejut.
III Encik Tan mengejut apabila melihat cucunya terjatuh ke dalam longkang
besar di hadapan rumahnya.
IV Datuk Lokman meninggal dunia secara mengejut sewaktu pulang dari Jepun.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

2
9. I Penerima anugerah itu berdiri di sebelah kanan pengacara majlis.
II Orang yang berfikiran kanan dapat cepat naik pangkat dalam jawatan.
III Sesiapa yang berjawatan paling kanan dikehendaki pulang lewat setengah jam
daripada pekerja-pekerja yang lain.
IV Pilihan raya di kawasan Seri Aman telah dimenangi oleh parti politik yang
berhaluan kanan.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 hingga Soalan 13

Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda
menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah
menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan
D.
10. Herba yang menjadi ramuan dalam perubatan tradisional dijemur di dalam panas
sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
A dijemur di tengah panas
B menjemur di bawah panas
C dijemurkan di dalam panas
D dijemur di dalam panas

11. Encik Burhanuddin menjawab pelbagai-bagai soalan yang berkaitan dengan sistem
bahasa.
A jawab berbagai soalan yang ada kaitan
B jawab berbagai-bagai soal yang berkait
C menjawab pelbagai soalan yang berkaitan
D menjawab pelbagai-bagai soalan yang berkaitan

12. Kakak menyimbah pokok-pokok bunganya pada setiap petang.

A Kakak menyiram
B Kakak merenjis
C Kakak menuang
D Kakak menyimbah

13. Sudah hari-hari ayah tidak makan kerana demam.

A berhari-berhari ayah bukan
B berhari- hari ayah bukan
C berhari-hari ayah tidak
D hari-hari ayah tidak

3
Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.

14. I Dia berasa gugup untuk berucap apabila berada di atas pentas.
II Pihak kerajaan tidak pernah melupa perluasan kuasa desa.
III Siti Saerah mendendangkan sajak itu dengan penuh bersemangat.
IV Dia dapat menghabiskan hidangan itu walaupun amat pedas.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

15. I Gulai itu saya masakan untuk hidangan tengah hari.

II Harga barang-barang di pasaran sekarang semakin menaik.
III Hadi gemar melukis potret menggunakan pensel.
IV Kami singgah di warung itu untuk minum kopi.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali
tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu
yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah. Kelabu semakin tembam. Bulunya
yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam. Ayah semakin
memanjakan Kelabu. Bagiku barangkali sejak kehadiran Kelabu, Oren semakin terpinggir
daripada belaian dan perhatian ayah.
Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah juga tahu sebab kucing
sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah sedar akan kesilapannya tetapi yang menjadi
tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah ke manakah Oren menghilangkan diri?
Dalam diam-diam aku mengesyaki ada sesuatu berlaku kepada Oren tetapi aku hanya mampu
memendamkannya. Aku bimbang ayah akan bertambah gelisah nanti. Aku juga tidak mahu
menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren sehingga Oren
tidak pulang ke rumah. Adakah ayah juga barangkali terfikir tentang perkara yang ingin aku
luahkan kepadanya?
Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya dia tidak
berselera. Kami tahu akan sebabnya dan tidak menyangka bahawa ayah terlalu risau akan
Oren. Apabila selesai sahaja membasuh tangannya, ayah terus ke ruang tamu. Kelabu yang
memang selalu mengekori ayah tidak dipedulikan oleh ayah pada malam itu.
Dipetik daripada cerpen ‘Oren’,
4
antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia
16. Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah perlakuan ayah yang menunjukkan ayah
berasa sedih?
A Ayah tiada selera makan.
B Ayah duduk termenung di atas kerusi.
C Ayah tidak mahu berbual dengan penulis.
D Ayah menangis teresak-esak seorang diri.

17. Nilai yang terdapat dalam petikan cerpen ialah nilai

A kerjasama.
B kesopanan.
C keprihatinan
D kesungguhan

18. Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan cerpen.

A Dialog
B Monolog
C Imbas kembali
D Monolog dalaman

19. Berikut ialah perwatakan ayah berdasarkan petikan cerpen, kecuali

A berasa gelisah dan bersalah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
B bersikap pilih kasih
C suka akan kucing
D gagah

20. Latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen Oren ialah
A masyarakat yang kaya
B mesyarakat yang bekerjasama
C mesyarakat majmuk yang berbilang kaum
D masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan

5
BAHAGIAN B

Soalan 1
(a) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada rang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pandai-pandailah awak menjaga diri bila berada di luar negara.

_____________________________________________________________________

(ii) Letak sesudu tomato sos ke dalam mi yang kamu goreng itu.
_____________________________________________________________________

(iii) Semua orang penduduk bergotong-royong membersihkan kampung.

_____________________________________________________________________
[3 markah]
(b) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Walaupun telah beberapa bulan berlalu, Haziq maseh tidak dapat menyesuaikan diri
di asrama itu.
_____________________________________________________________________

(ii) Beberapa orang pemandu telah ditangkap kerana seringkali memandu dalam keadaan
berbahaya.
_____________________________________________________________________
[2 markah]

6
Soalan 2
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2

Mak Ani mengemas meja,

Untuk diletak sebakul buah;
Patuhlah pada etika kerja,
Tingkatkan integriti hapuskan rasuah.
Pak Ali ke pekan bersama anaknya,
Untuk membeli sebatang tongkat;
Elakkan rasuah pembawa bencana,
Agar hidup, sentiasa berkat.

Bahan 3
Rasuah merupakan perbuatan memberikan atau menerima sebaran bentuk
ganjaran bagi mempengaruhi tindakan atau keputusan seseorang. Rasuah perlu dibanteras
kerana mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Perbuatan rasuah boleh menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak
harmoni. Contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai
harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Selain itu, gejala
rasuah boleh merebak kepada orang lain dan keadaan ini pasti akan menggugat
keharmonian masyarakat seterusnya meruntuhkan negara.

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, nyatakan kesan-kesan rasuah.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
(ii) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
(iii)Perbuatan rasuah memberikan kesan buruk kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah membanteras gejala rasuah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[4 markah]

7
BAHAGIAN C

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca
berkurangnya bekalan air bersih di negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Pelbagai berita yang berkaitan dengan gejala sosial dan jenayah yang membabitkan golongan
remaja kerap kali tersiar di akhbar seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram dan
sebagainya. Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ini semakin membimbangkan.
Mereka yang terjebak dalam kegiatan tidak sihat ini menimbulkan masalah dan
membebankan masyarakat.
Gejala keruntuhan akhlak berlaku kerana golongan remaja pada hari ini terdedah
kepada pelbagai unsur negatif di sekeliling mereka, selain sifat remaja yang gemar mencuba
sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. Perkembangan teknologi maklumat memudahkan
akses kepada pelbagai yang sesetengahnya mempengaruhi pemikiran remaja pada hari ini.
Dalam hal ini, peringkat remaja merupakan waktu peralihan antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa. Pada tahap ini, mereka berusaha untuk memantapkan personaliti dan
membentuk identiti diri. Pergolakan antara keinginan bertindak seperti orang dewasa kerap
kali bertembung dengan pemikiran yang belum cukup matang dalam diri mereka. Oleh itu,
mereka sering membuat tindakan atau keputusan yang tidak rasional. Kekeliruan ini
adakalanya memberikan peluang kepada anasir-anasir lain untuk mempengaruhi jiwa remaja.

Masalah gejala sosial berlaku kerana para remaja kurang mendapat pengawasan dan
bimbingan daripada ibu bapa. Ibu bapa kurang mengambil berat tentang perkembangan anak-
anak mereka kerana kesibukan bekerja. Sikap kasih sayang dan keprihatinan terhadap anak-
anak terabai. Hal ini menyebabkan anak-anak yang terabai ini mencari hiburan di luar untuk
menghilangkan kebosanan dan kesunyian. Selain itu, gejala sosial berlaku disebabkan
terdapat jurang komunikasi antara remaja dengan orang dewasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka sering berbicara dengan bahasa dan pemikiran yang berbeza. Faktor
kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan menyebabkan remaja mendekati rakan-rakan.
Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan remaja menyatakan bahawa mereka terjebak
dalam gejala keruntuhan akhlak disebabkan oleh pengaruh rakan.

___________________________________________________________________________

8

__________________________________________________________________________________

-KERTAS SOALAN TAMAT-

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL IZZAH BINTI ABD HALIM (Guru Bahasa Melayu)
NORYUHANIS BINTI MOHD SALAM (Guru Bahasa Melayu)

You might also like