You are on page 1of 23

TERHAD

SET 1

NASKHAN
GURU
20

TERHAD
TERHAD 2 02/1

Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 mint]

Soalan 1− 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Suhana bukan sahaja pandai menyanyi ___________ berbakat dalam bidang tarian.
A namun C bahkan juga
B mahupun D tambahan pula

2. Perpaduan antara kaum amat penting dalam kalangan masyarakat ___________ mewujudkan masyarakat
yang harmoni.

A jika C untuk
B oleh D supaya

3. Pohon nyiur di tepi pantai itu ___________ ditiup angin.


А meliuk-liuk C mengibas-ngibas
B melayang-layang D melambai-lambai

4. Buah tembikai mempunyai kandungan nutrisi yang ___________ dan sangat baik untuk kesihatan.
A kaya C banyak
B tinggi D meriah

Soalan 5 − 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Haikal dan rakan-rakannya amat gembira sekali kerana mereka memperolehi keuntungan pada Hari
j A B C
Keusahawanan. Tiada kesalahan
D

6. Aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga dapat menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan perasaan.
A A B C
Tiada kesalahan
D

Soalan 7 − 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Mereka membawa beberapa bekas rotan dari hutan.


II Lelaki itu merupakan bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat di Somalia.
III Teo Ai Lin memasukkan bekalan makanannya di dalam bekas yang kedap udara.
IV Hatta terkejut apabila melihat bekas tapak kaki harimau di halaman rumah datuknya.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 3 02/1

8. I Dalam perlahan-lahan Pak Ali menebar jalanya di tasik.


II Saya akan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari lagi.
III Pertandingan gubahan itu dijalankan dalam masa satu jam sahaja.
IV Ibu bapa Kamil yang berada di Australia berada dalam keadaan sihat walafiat.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 − 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Sikapnya yang keanak-anakan masih belum berubah-ubah lagi sehingga sekarang.

A masih tidak lagi berubah C masih lagi bukan berubah


B masih lagi tidak berubah D masih belum berubah-ubah lagi

10. Sebanyak RM500 berjaya dikumpulkan oleh saya untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di
Indonesia.

A saya kumpulkan C saya mengumpulkan


B dikumpulkan saya D dikumpulkan oleh saya

Soalan 11 − 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I Peragut itu berlari mundar-mandir apabila dikejar oleh orang kampung.
II Abang berjalan ulang-alik di dalam bilik kerana memikirkan masalahnya.
III Mulut datuk kumat-kamit berzikir sebaik-baik sahaja selesai menunaikan solat maghrib.
IV Farhan termuntah di dalam kereta ayahnya apabila melalui jalan yang bengkang-bengkok itu.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

12. I Amalan plagiarisme akan melahirkan generasi yang tidak berintegriti.


II Gejala vandalisme haruslah dibendung kerana boleh merugikan negara.
III Glaukoma merupakan penyakit yang boleh menjejaskan penglihatan seseorang.
IV Ibu bapa memainkan peranan utama supaya menyuburkan semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Peribahasa yang berikut membawa maksud dua pekerjaan yang dilakukan dalam satu masa, kecuali

A belayar sambil memapan. C sambil menyelam minum air.


B sambil berdiang nasi masak. D bertangguh itu pencuri masa.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 4 02/1

Soalan 14 − 17 berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “Nyahlah kamu dari sini! Kami sekali-kali tidak akan
mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan
ini. Jikalau kamu hendak memakannya di sini, maka kami tidak berkeberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak
membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan memperkenankannya.”

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak yatim piatu yang baru
datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang
disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan
yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi.
Akan tetapi ia yakin bahawa yang empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab itu, jikalau ia hendak
membawa tanaman yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan tanaman itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat
untuk membawa tanaman yang ajaib itu tanpa diketahui oleh sesiapa pun juga.

Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”,


antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

14. Apakah masalah yang dihadapi oleh anak yatim piatu itu sekiranya dia mahu membawa padi turun ke bumi?

A Tidak tahu cara menanam padi


B Bimbang dimarahi oleh empunya padi
C Tiada tempat untuk menyembunyikan padi
D Empunya padi sering memerhatikan dirinya

15. Yang berikut merupakan nilai murni yang terdapat pada watak orang kayangan, kecuali

A baik hati. C ketegasan.


B pemurah. D kasih sayang.

Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan
tetapi ia yakin bahawa yang empunya pasti tidak akan mengizinkannya.

16. Yang berikut merupakan peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan watak anak yatim piatu, kecuali

A diberi betis hendak paha. C seperti belanda minta tanah.


B bagai anjing berebut tulang. D lempar batu sembunyi tangan.

17. Niat anak yatim piatu hendak membawa padi turun ke bumi tanpa pengetahuan orang kayangan merupakan
perbuatan yang tidak bermoral kerana

A boleh merosakkan hubungan baiknya dengan orang kayangan.


B mencuri merupakan satu dosa dan dilarang oleh semua agama.
C menyebabkan dirinya disanjung tinggi oleh penduduk di bumi.
D penduduk di kayangan akan hilang rasa hormat terhadap penduduk di bumi.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 5 02/1

Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Tidak sampai hatinya membayangkan landskap desa yang selama ini tenang dengan hamparan permaidani
hijau bakal berganti dengan hutan batu. Andai inilah pembangunan, maka usaha yang dia sedang rancangkan itu,
adakah tidak layak digelar pembangunan juga?

"Niat kamu nak jadi petani memang sangat baik, Alif. Tapi apa usaha kamu? Dua petak kita betul-betul di tengah,
sedangkan petak kiri kanan semua sudah nak dilepaskan dek tuan masing-masing."

Lagi, emak bersuara lirih.

"Ada beberapa tuan tanah yang belum setuju. Pak Nik yang berselang dua petak dengan kita masih bersikap
tunggu dan lihat. Tuk Ketua juga. Mak Lang Munah pun masih berfikir. Kita masih boleh pujuk mereka."

Alif berusaha dengan tenang. Dia mencongak-congak dalam kepala. Wajah-wajah tua itu terbayang dalam
minda. Semua warga emas itu memang sudah tidak berkudrat hendak mengerjakan tanah. Bukan mereka sahaja,
malah majoriti tuan tanah sudah angkat bendera putih. Alif faham jika para tuan tanah kalangan warga emas ini
sudah terlalu letih. Tiada waris yang sudi menyambung tugas mereka.

Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas”,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

18. Maksud rangkai kata bersuara lirih ialah

A bercakap dengan nada tinggi. C mengeluarkan suara yang perlahan.


B mengeluarkan suara yang serak. D mengeluarkan suara keras dan nyaring.

19. Yang berikut merupakan antara sebab tuan tanah dalam kalangan warga emas mahu melepaskan tanah sawah
mereka, kecuali

A sudah terlalu letih.


B tiada kudrat untuk mengerjakan tanah.
C memikirkan keuntungan semata-mata.
D tiada waris sudi menyambung tugas mereka.

20. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen?

A Masyarakat petani C Masyarakat yang rajin


B Masyarakat yang adil D Masyarakat yang berani

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 6 02/1

Bahagian B
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

1. Dalam setiap iklan di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

(i) ___________________________
Mei

(ii) ___________________________
Bihun

(iii) ___________________________
temu duga
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 7 02/1

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pada setiap malam, puteri raja itu akan beradu di bilik tidur yang dihias indah oleh para inang istana.
__________________________________________________________________________
kamar peraduan

(ii) Remaja yang sayangkan negara akan berusaha untuk memajukan negara dan tidak akan melibatkan diri
dalam gejala yang tidak sihat.
__________________________________________________________________________
sayang akan
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 8 02/1

3. Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

Belum sempat saya berkata apa, suara di hujung sana terus mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada
ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin dia sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan
bicara, saya menyelit soal.

"Dah tu, macam mana?'

Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan
sejak dilahirkan. Siapa empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru
mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju
jejari saya menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami,
suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.

"Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk
langsung ... tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. Kirim salam pada suami dan anak-anak kau."

Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak”,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2

Tiba-tiba perasaan ini menjadi sayu. Aku tidak boleh membiarkan diri ini dibelenggu rasa sedih. Perlu aku
jadikan kata-kata arwah ibu ini sebagai pemangkin untuk lebih berjaya. Aku masih berpegang pada kata-kata
arwah ibu. "Selagi kita bersih, selagi itulah kita sihat. Orang senang berdamping dan hormat kepada kita."

Aku bingkas bangun dan terus mencapai tuala mandi. Aku perlu tampak segak dan melangkah dengan
penuh yakin. Setelah menggenggam segulung ijazah, aku mesti mendapatkan pekerjaan yang baik dan mampu
menggalas tanggungjawab terhadap keluarga. Aku mesti mendapatkan jawatan akauntan ini. Itu janjiku kepada
arwah ibu. Ya Tuhanku, bukakanlah jalan untukku. Engkau berikanlah sinar untuk aku meneruskan jalan yang
penuh pancaroba ini. Jadikanlah ini langkah kejayaan buatku.

Dipetik daripada petikan "Langkah Kejayaan",


buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, KSSM

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 9 02/1

1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan perbandingan perwatakan anak terhadap ibu kandung
mereka. [3 markah]
___________________________________________________________________________
Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, perbandingan perwatakan anak terhadap ibu kandung mereka ialah
Petikan 1 menunjukkan anak tersebut seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menjenguk
___________________________________________________________________________
Petikan 1 menunjukkan anak tersebut seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menjenguk
ibunya yang berada dalam kesusahan manakala Petikan 2 menunjukkan anak tersebut seorang yang
ibunya yang berada dalam kesusahan manakala Petikan 2 menunjukkan anak tersebut seorang yang
mentaatiyang
ibunya, iaitudalam
dia berpegang pada kata-kata arwah 2
ibunya supaya menjaga kebersihan diri. yang
___________________________________________________________________________
ibunya berada kesusahan manakala Petikan menunjukkan anak tersebut seorang
mentaati ibunya, iaitu dia berpegang pada kata-kata arwah ibunya supaya menjaga kebersihan diri.
mentaati ibunya, iaitu dia berpegang pada kata-kata arwah ibunya supaya menjaga kebersihan diri.
___________________________________________________________________________
mentaati ibunya, iaitu dia berpegang pada kata-kata arwah ibunya supaya menjaga kebersihan diri.

2 Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut. [3 markah]
____________________________________________________________________________
Dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut ialah kita janganlah mengabaikan ibu
yang telah tua dan kita hendaklah mematuhi nasihat ibu walaupun ibu kita telah tiada.
____________________________________________________________________________
yang telah tua dan kita hendaklah mematuhi nasihat ibu walaupun ibu kita telah tiada.

____________________________________________________________________________
3 Seorang ibu sanggup berkorban segala-galanya untuk anak tersayang. KBAT Mengaplikasi
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa ibu? [4 markah]
____________________________________________________________________________
Pada pendapat saya, tindakan yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa ibu adalah dengan menziarahi
ibu untuk mengetahui perkembangannya. Selain itu kita juga hendaklah membahagiakan hati ibu dengan
____________________________________________________________________________
ibu
carauntuk mengetahui
meraikan perkembangannya.
hari lahir Selain itu kita
ibu dan sentiasa mendoakan ibu juga
agarhendaklah membahagiakan
sentiasa berada hati sihat.
dalam keadaan ibu dengan
cara meraikan hari lahir ibu dan sentiasa mendoakan ibu agar sentiasa berada dalam keadaan sihat.
____________________________________________________________________________
cara meraikan hari lahir ibu dan sentiasa mendoakan ibu agar sentiasa berada dalam keadaan sihat.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 10 02/1

4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar


(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Persoalan berfungsi untuk memperkukuh dan menguatkan tema sesebuah novel.


Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa
yang sesuai dengan watak utama dan persoalan yang telah ditetapkan.

[10 markah]

Novel Justeru Impian di Jaring


Novel yang saya kaji ialah Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar. Persoalan dalam novel ini ialah
ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup. Antara peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut ialah
Syahir tabah apabila dikritik oleh Engku Aiman dengan teruk. Engku Aiman mendakwa Syahir tidak konsisten
dalam permainan dan dia dikritik di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Selain itu, Syahir tabah menghadapi gosip liar tentang dirinya dengan Ratna, iaitu artis realiti televisyen.
Syahir bimbang jika impiannya untuk memenangi permainan akan ranap jika melayan gosip tersebut.

Peristiwa seterusnya adalah ketika Syahir berlawan dengan Syed Amiri. Syahir mendapati bahawa
pengadil pada perlawanan itu bersikap berat sebelah dan berpihak kepada Syed Amiri. Syahir tabah
menghadapi kekalahan di tangan Syed Amiri dan dia hanya mendiamkan diri apabila Sved Amiri memerlinya
kerana gagal mara ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 11 02/1

Novel Hempasan Ombak


Novel yang saya kaji ialah Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim. Persoalan dalam novel ini ialah
tanggungjawab dan kegigihan seorang anak dalam meneruskan perusahaan keluarga. Antara peristiwa yang
berkaitan dengan persoalan tersebut ialah Farid sanggup menguruskan perniagaan batik keluarganya, iaitu Syarikat
Batik Nusantara selepas kematian ayahnya, Haji Badrul walaupun dia baru berusia 19 tahun. Pelbagai dugaan
dihadapinya seperti dia terpaksa menguruskan hutang-hutang syarikat milik keluarganya itu.

Seterusnya, Farid telah menemui Encik Mokhsein, pemilik Firma Nadi Zaman untuk meminta khidmat nasihat
Mokhsein tentang cara mengatasi masalah kewangan syarikat. Mokhsein telah menyarankan agar Farid membuat
'strategi terkunci' bagi mengukuhkan syarikatnya kembali.

Akhir sekali, Farid berusaha untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara dengan cara membina bangsal batik
moden. Farid melaburkan modal sebanyak RM75 ribu untuk membina bangsal batik tersebut. Dia juga
menggunakan khidmat Hartini Noor untuk menghasilkan batik lukis rekaan baharu yang unik dan menawan.

Novel Tawanan Komander Caucasus


Novel yang saya kaji ialah Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya. Persoalan dalam novel ini ialah
semangat setia kawan. Antara peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut ialah kehilangan Kim Yong
menyebabkan rakan-rakannya, iaitu Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath telah pergi menziarahi ibu Kim Yong
di rumahnya. Kehilangan Kim Yong secara misteri membuatkan Farhani ingin merungkai misteri kehilangan Kim
Yong.

Seterusnya, Farhani juga mencari air dan memberikan minuman kepada Kim Yong yang lemah kerana telah
lama berada di dalam balang. Dia juga telah memaafkan Kim Yong yang bersikap angkuh sebelum ini.

Akhir sekali, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang dan pengikut mereka berusaha untuk menyusun strategi
bagi menewaskan Komander Caucasus dan bala tenteranya menggunakan cecair Endosulfan. Tujuannya agar
sahabat mereka, iaitu Puteri Coleoptera mendapat kerajaannya semula yang telah dirampas oleh Komander
Caucasus.

Novel Chot
Novel yang saya kaji ialah Chot, karya Azizi Haji Abdullah. Persoalan dalam novel ini ialah kepentingan
semangat kejiranan. Antara peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut ialah peristiwa Mak Su Kiah yang
sering menghantar makanan kepada Alias dan Mak Leha. Mak Su Kiah begitu prihatin akan sakit pening Mak Leha.

Seterusnya, peristiwa ketika Mak Miah datang ke rumah Mak Leha dan menuduh Chot merosakkan kebun
pisang miliknya. Pak Din yang mendengar kekecohan itu telah pergi ke rumah Mak Leha untuk menenangkan
keadaan. Pak Din yang merupakan jiran Mak Leha berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan kebun pisang
Miah.

Akhir sekali, sebagai jiran, Pak Din, Mak Su Kiah dan Som ada bersama-sama Alias ketika Alias mahu menanam
Chot. Mereka semua bersedih atas kematian Chot dan ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat
kejiranan yang tinggi.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 12 02/1

Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 13 02/1

Pada era modenisasi ini, melancong ke luar negara sudah menjadi satu kebiasaan kepada mereka yang
berkemampuan. Terdapat pelbagai pakej pelancongan menarik yang ditawarkan oleh Syarikat Pelancongan
Gemilang Sdn. Bhd. Oleh itu, pelanggan dapat membuat pilihan mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.
Antara destinasi pelancongan yang ditawarkan ialah Eropah, Turki, Hong Kong dan lainlain. Antara pakej yang
menarik ialah kos penerbangan ke Beijing hanya dari RM2597. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Encik
Faizun atau Encik Razali melalui talian yang telah dinyatakan. Bayaran deposit hanya RM500 seorang. Sememangnya,
melancong dapat menambahkan pengetahuan. Bak kata peribahasa, "jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah
pengetahuan".
(84 patah perkataan)

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 14 02/1

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang khasiat-
khasiat bawang putih. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Di Malaysia, semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat
Cina. Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu
dalam membunuh parasit, membantu sistem pernafasan dan memperbaik sistem penghadaman. Bawang putih
telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai antibakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit
serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi serta penyakit kanser. Sudah menjadi satu budaya di
Korea, iaitu orang-orang tua makan bawang putih mentah di kebun dan di kuil. Kajian saintis juga mendapati
bahawa bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular
manusia. Kajian lain pula mendapati bahawa bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula di dalam badan
dan mengurangkan batuk.

Bawang putih juga digunakan hampir di dalam setiap makanan dan masakan masyarakat di Malaysia.
Sebelum digunakan sebagai ramuan, bawang putih akan diketuk terlebih dahulu dengan sisi pisau, seterusnya
dicencang halus dan ditumis dengan sedikit minyak. Bawang putih juga boleh ditumbuk dengan pelbagai jenis
bahan ramuan yang lain.

Bawang putih juga mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal
pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol yang
dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Khasiat Bawang Putih",


http://hkp.moh.gov.my/buletin.item, Februari 2016)

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 15 02/1

Antara khasiat bawang putih adalah untuk membantu dalam membunuh parasit, membantu sistem pernafasan
dan memperbaik sistem penghadaman. Selain itu, bawang putih berfungsi sebagai antibakteria dan mengelakkan
penyakit serangan jantung. Seterusnya, bawang putih dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindari
penyakit kanser. Di samping itu, kajian saintis juga mendapati bahawa bawang putih mampu mengurangkan
penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Khasiat bawang putih yang lain ialah
bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula di dalam badan dan mengurangkan batuk. Akhir sekali, bawang
putih merupakan antibiotik di dalam tubuh manusia dan mampu memecahkan kolesterol.
(91 patah perkataan)

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 16 02/1
TERHAD

SET 1

NASKHAN
GURU
20

TERHAD
TERHAD 2 02/2

Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

1. Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD
TERHAD 3 02/2

Menjelang bulan Ogos, sekolah saya telah mengadakan Kempen Bulan Kebangsaan. Tujuan kempen ini adalah
untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. Kempen Bulan Kebangsaan
dirasmikan oleh pengetua sekolah, iaitu Encik Ahmad bin Syukur. Beberapa orang murid telah membuat
persembahan, iaitu persembahan mendeklamasi sajak, nyanyian dan dikir barat. Pelbagai pertandingan dijalankan
sepanjang Bulan Kebangsaan, iaitu pertandingan mewarna, pertandingan nyanyian lagu patriotiok dan
pertandingan kelas paling ceria. Keceriaan amat dititikberatkan sepanjang Bulan Kebangsaan, iaitu dengan cara
mengibarkan Jalur Gemilang di dalam setiap kelas. Majlis penutup diadakan pada 20 September 2020. Hadiah
disampaikan kepada para pemenang pada hari penutup.
(86 patah perkataan)

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD
TERHAD 4 02/2

Bahagian B
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD
TERHAD 5 02/2

Soalan 1
Aku berasa sungguh seronok hari ini. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap untuk ke sekolah. Semalam, aku dan
rakan-rakan sekelasku sudah berpenat lelah menghias kelas kami dengan cantik menggunakan bahan-bahan
terbuang. Selama hampir dua minggu kami mengumpulkan barang-barang terpakai daripada kertas surat khabar,
bekas telur, botol plastik dan penyedut minuman. Hari ini akan menentukan sama ada usahaku dan usaha rakan-
rakan sekelasku berbaloi atau tidak kerana hari ini merupakan hari penutup Kempen Sayangi Alam Sekitar di
sekolahku, iaitu SMK Sri Siantan.

Sampai sahaja di sekolah, aku terus duduk di dewan perhimpunan. Pentas dihias indah dengan slogan Sayangi
Alam Sekitar. Barang-barang terpakai seperti ranting-ranting kering, juraian daripada botol plastik dan disinari pula
dengan lampu pelbagai warna membuatkan pentas nampak begitu cantik.

"Wah, cantiknya!" puji rakan sekelasku. Aku tersenyum sambil menggangguk-anggukkan kepala. Tidak lama
kemudian, majlis pun bermula. Puan pengetua bersama-sama guru penolong kanan serta guru-guru mengambil
tempat di atas pentas. Pengacara majlis pun memulakan acara pada hari itu dengan menjemput puan pengetua
untuk menyampaikan ucapan sempena Kempen Sayangi Alam Sekitar. Puan pengetua memuji guru dan murid yang
memberikan komitmen penuh bagi memeriahkan kempen tersebut yang bermula pada 10 hingga 30 Mac 2020.

Kini, tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Banyak pertandingan telah diadakan sepanjang
kempen. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan pakaian beragam daripada bahan terbuang,
pertandingan kelas tercantik, pertandingan basikal berhias dan pertandingan taman angkat tercantik. Saat ini aku
begitu berdebar-debar dan sudah tidak sabar hendak mengetahui kelas yang akan menjadi juara bagi pertandingan
kelas tercantik.

Tiba-tiba fikiranku mengimbau kembali saat susah dan payahnya untuk mencantikkan kelasku. Aku sebagai
ketua tingkatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mereka dan menghias kelas. Mujurlah semua rakan sekelasku
dapat menerima ideaku dan mereka membantuku mengumpulkan segala barangan yang diperlukan untuk
menghias kelas. Namun, ada seorang rakan sekelasku yang suka membangkang ideaku dan kata-katanya bagai pisau
belati yang menghiris hatiku.

"Gila kuasa! Tunjuk rajin! Tak akan menanglah sebab kita kelas hujung, orang tak akan pandang!" Itulah
perkataan yang digunakannya apabila aku mula meminta rakan-rakanku membuat sesuatu. Dia bukan sahaja
memerli, malah dia bagaikan cuba mensabotaj hasil kerjaku. Aku sedih apabila tirai yang aku buat daripada botol
plastik terburai keesokan harinya. Apabila aku bertanya kepadanya, dia buat tidak tahu. Malah, dia telah
mentertawakanku begitu sahaja.

“Sabarlah, jangan dilayan Borhan tu, Tini," pujuk Amalina sambil mengelus-elus belakangku. Lamunanku
terhenti saat pengacara majlis mengumumkan keputusan bagi kelas tercantik sempena Kempen Sayangi Alam
Sekitar. Aku berasa gembira apabila kelasku, iaitu Tingkatan Tiga Dimensi diumumkan sebagai kelas tercantik dan
paling unik. Selaku ketua tingkatan aku segera naik ke pentas dan menerima hadiah berupa hamper dan wang tunai
sebanyak RM200. Aku mengucapkan terima kasih kepada puan pengetua. Guru kelasku turut berada di sisiku dan
kami bergambar bersama-sama. Pada waktu itu, aku ternampak wajah tidak puas hati Borhan.

Acara pada hari itu pun berakhir dengan penuh kegembiraan. Aku membahagi-bahagikan makanan daripada
hamper kepada rakan-rakan sekelas. Aku menyedari bahawa Borhan hanya duduk sambil memerhatikan aku. Aku
menghampiri Borhan dan menghulurkan makanan daripada hamper tadi kepada Borhan. Air muka Borhan berubah
dan kelihatan serba salah.

"Ambillah, ini bahagian awak. Kalau bukan kerana awak mencabar saya, sudah tentu saya dan rakan-rakan
tidak bersemangat untuk menceriakan kelas kita ini," kataku.

"Saya minta maaf, Tini. Saya rasa bersalah," kata Borhan sambil menyambut pemberianku.

"Saya maafkan awak, Borhan. Marilah kita makan bersama-sama," ucapku. Borhan tersenyum dan kini kami
berbaik-baik semula. Rakan-rakan sekelasku pun gembira melihat kami sudah berbaik-baik. Semoga hubunganku
dengan rakan-rakan sekelas berkekalan dan kami dapat bekerjasama "bagai aur dengan tebing".

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD
TERHAD 6 02/2

Soalan 2
Alam sekitar merupakan amanah yang perlu dijaga demi kelangsungan hidup generasi yang akan datang.
Namun, acap kali kita dengar tentang permasalahan berkaitan dengan isu alam sekitar di dada-dada akhbar malah
di kaca televisyen dan di media sosial. Pelbagai kesan yang menakutkan berlaku seperti jerebu, penyakit, bencana
alam dan sebagainya. Namun, apakah langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar ini daripada berterusan?

Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan melalui pendedahan media massa seperti televisyen, radio,
telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Media massa kini perlulah lebih banyak memberikan maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar di setiap pelosok dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia atau
individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar agar mereka berusaha untuk
mengatasi masalah pencemaran tersebut. Pihak-pihak berwajib perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini di
jaringan-jaringan Internet kerana capaiannya lebih meluas dan pantas "bak pucuk dilancarkan".

Beralih ke jendela yang lain, langkah untuk menjaga alam sekitar adalah dengan melalui kempen alam sekitar
seperti Kempen Cintailah Sungai Kita, Kempen Kitar Semula dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan terpakai. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat cermat dan dapat mengurangkan pembuangan sampah yang menjadi punca kepada masalah pencemaran
alam sekitar. Melalui kempenkempen ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasankawasan yang kotor boleh dijalankan. Tegasnya, masalah pencemaran alam sekitar akan
dapat diatasi melalui kempen yang berterusan.

Langkah seterusnya ialah peranan yang dimainkan oleh pihak alma mater. Guru-guru memainkan peranan
utama dalam mendidik murid-murid akan kepentingan penjagaan alam sekitar. Guru-guru boleh mendidik
anakanak tentang penjagaan alam sekitar, amalan kitar semula dan sebagainya melalui mata pelajaran Pendidikan
Moral, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Tanpa didikan guru-guru sudah pasti hasrat untuk melahirkan insan yang
cinta akan alam sekitar tidak kesampaian malah murid-murid akan menganggap tugas menjaga alam sekitar bukan
tanggungjawab mereka.

Seperkara lagi, langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan melalui penggunaan
teknologi moden bagi mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Penggunaan
teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara yang membawa kemudaratan kepada hidupan di bumi khususnya manusia.

Konklusinya, masyarakat tidak boleh memandang remeh berkenaan dengan isu pencemaran alam sekitar. Tun
Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat bergantung pada persekitaran alam yang
bersih dan indah. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus menjaga alam sekitar dan ingatlah bahawa
kita hanya pemegang amanah dan alam ini merupakan pinjaman daripada generasi akan datang.

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD
TERHAD 7 02/2
Soalan 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang tidak lari dari landasan waktunya, dif-dif kehormat, tidak dilupakan saudara dan saudari yang dihormati. Tampilnya saya
selaku anak nusa mengepal segenggam harapan, menjunjung seribu impian menerusi sentuhan rasa topik syarahan saya yang berbunyi
“Faedah-faedah Kitar Semula".

Sidang hadirin,
Antara faedah amalan kitar semula ialah amalan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini amat signifikan kerana
bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan dibuang ke tempat yang tidak sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan
yang berada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini
dikatakan demikian kerana longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti
nyamuk, tikus, ular dan lipas. Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus yang kelaparan. Oleh yang demikian,
masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk melakukan kitar semula. Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di Malaysia
dapat diatasi dengan lebih efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan pencemaran alam sekitar merupakan salah
satu kepentingan amalan kitar semula.

Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelupusan sampah.
Perkara ini lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah yang semakin meningkat di negara
ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara
maju yang lain. Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik dapat dikurangkan. Rakyat Malaysia yang ingin hidup
bebas daripada sampah perlulah berusaha membuang sampah secara sistematik dan terus istiqamah melaksanakannya persis
peribahasa Melayu, "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Izharnya,
salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah untuk menjimatkan kos pelupusan sampah.

Hadirin dan hadirat,


Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan juga adalah antara faedah amalan kitar semula. Hal ini
dikatakan demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yang
demikian, masyarakat perlulah menggunakan semula barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah fungsinya
dengan mereka cipta sesuatu yang baharu dan boleh memberikan manfaat. Hal ini persis peribahasa Melayu yang menyatakan, "ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis". Masyarakat Malaysia terutamanya perlu memelihara hutan hujan tropika yang terdapat di bumi
bertuah ini kerana pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan melalui proses fotosintesis yang
memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida. Tuntasnya, salah satu faedah amalan kitar semula ini dapat mengelakkan kepupusan
sumber alam yang berharga ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Seterusnya, amalan kitar semula juga dapat menambahkan pendapatan masyarakat. Hal ini diutarakan demikian kerana sesetengah
masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat
menurunkan peratus pengangguran di Malaysia. Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu bapa boleh menjual majalah dan surat
khabar lama ke kilang atau ke kedai membeli kertas untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-
anak kerana "melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tin-tin minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang
tinggi mengikut beratnya. Jelaslah bahawa pendapatan masyarakat dapat ditambah merupakan faedah amalan kitar semula.

Akhir sekali, mewujudkan persekitaran yang ceria juga merupakan faedah amalan kitar semula. Perkara ini dapat dilaksanakan
melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran
berbanding dengan menghantar barangan tersebut ke pusat pelupusan sampah. Sebagai contohnya, botolbotol plastik terpakai dapat
digubah dan dijadikan sebuah pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan pokok bunga bervariasi warna di dalamnya.
Penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih
tinggi harganya. Tegasnya, antara faedah amalan kitar semula dapat menceriakan alam sekitar melalui penghasilan produk baharu.

Sidang hadirin yang dihormati,


Konklusinya, untuk menangani isu masalah alam sekitar yang semakin meruncing kini, semua pihak haruslah seia sekata untuk
istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar
semula dan berupaya meluaskan horizon pemikiran masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar. Sebelum saya
akhiri syarahan saya, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Biji rambai boleh ditelan,


Jangan ditelan si biji kundang;
Kitar semula jadikan amalan,
Bekalan untuk generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

[Lihat halaman sebelah


02/2 TERHAD

You might also like