You are on page 1of 14

TERHAD 1 02/1

BAHASA MELAYU K1

Arahan :Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan
daripada Bahagian C

BAHAGIAN A
[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]
Soalan 1- 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. ____________ di negara ini disarankan supaya membudayakan Pembelajaran Abad ke-

21 dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
A. Semua guru
B. Semua guru-guru
C. Semua-semua guru
D. Kebanyakan guru-guru

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Ibu sedang ______ kain sebelum menyidai di ampaian di belakang rumah.

A. membilas
B. memutar
C. mengilas
D. memerah

3. ______ insurans itu menawarkan pakej insurans yang menarik sehingga menyakinkan
Namiee untuk membelinya.
A. Ejen
B. Ajen
C. Egen
D. Agen

4. _________ cantiknya rambut keriting awak yang diikat dengan riben berwarna merah!”,
kata Maira kepada Mimi.
A. Wah
B. Amboi
C. Adoi
D. Aduh

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 2 02/1
BAHASA MELAYU K1

Soalan 5 dan soalan 6

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Ibu bapa perlu membatas pergaulan anak-anak bagi menghindarkan mereka daripada
A B
terbabit dalam gejala yang kurang sihat. Tiada kesalahan.
C D

6. Kedua beradik yang telah lama terpisah itu berpelukan semasa mereka dipertemukan
A B C
dalam satu majlis.Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7. I. Kulit abang semakin gelap selepas beberapa bulan menjalani latihan tentera.
II. Disebabkan hari semakin gelap mereka sukar mencari jalan keluar dari hutan itu.
III. Dia menjadi semakin gelap apabila diberikan wang yang banyak.
IV.Baju yang koyak itu digunakan oleh emak untuk membuat gelap meja.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

8. I. Ayah terkejut apabila enjin kereta berhenti secara tiba-tiba.

II. Puan Dewi berhenti keretanya di tepi jalan kerana hendak membeli buah.
III.Kenny berhenti kerja di syarikat itu kerana dia menghadapi masalah kesihatan.
IV. Projek pembinaan itu berhenti kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 3 02/1
BAHASA MELAYU K1

Soalan 9 dan soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9. Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.

A. Jangan sekali meninggikan suara apabila
B. Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
C. Jangan sekali-sekali meninggikan suara bila
D. Jangan sekali meninggikan suara bila

10. Kami telah berbincang tentang perkara ini dengan ketua kampung.
A. Sudah berbincangkan perkara ini
B. Sudah bincang perkara ini
C. Sudah bincangkan perkara ini
D. Sudah berbincang tentang perkara ini

Soalan 11 dan soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Kedengaran desus-desas yang menyatakan dia akan pulang.

II.. Rakyat-rakyat diseru agar menjaga alam sekitar negara kita.
III Daun kering di halaman rumah telah disapu oleh adik
IV. Kita hendaklah saling menghormati antara satu dengan yang lain

A. I dan II sahaja
B. II, dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

12. I. “Sila jangan buat bising di sini,” tegur pengawas perpustakaan itu.
II. “Alahai, lambat betul bas datang!” rungut Anuar.
III. “Kenapakah awak tidak memberitahu saya hal itu?” keluh Encik Mustafa.
IV Apakah pandangan saudara tentang isu kenaikan harga petrol?” tanya pemberita itu.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 4 02/1
BAHASA MELAYU K1

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13. Peribahasa-peribahasa yang berikut jelas menggambarkan bahawa seseorang yang
hendak berjaya perlulah berusaha kecuali
A. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
C. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
D. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

14. Prestasi kerja Amran dianggap buruk kerana dia hanya akan melakukan tugasnya
apabila disuruh.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Amran ialah
A. Seperti tikus membaiki labu
B. Seperti melepaskan batuk di tangga
C. Seperti hangat-hangat tahi ayam
D. Seperti pahat dengan penukul

Soalan 15-17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Petang itu dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu
keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa dia terlanggar sesuatu.
Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu.
Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar
keretanya. Namun hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-
ngiau di hadapan seekor kucing yang tidak bernyawa itu. “ Mungkin ibunya,” detik hatinya.

Petang itu dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang
paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya
mendukung anak kucing tersebut sambal bertanya, “ Apakah namanya?” . Dengan
spontan dia menjawab “Oren”. Nama itu diberikan kerana seluruh bulu kucing berwarna
oren.

Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing.
Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana telah beberapa
kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut tetapi
dia tidak membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah dia menceritakan perkara
yang terjadi untuk menjawab perasaan hairan isterinya itu. Isterinya mengerti dan
memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian daripada ahli keluarga
mereka.

(Dipetik daripada cerpen “Oren” antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1 )

15. Apakah maksud rangkai kata menjawab kehairanan?

A. Menjawab tanpa dengan bersungguh-sungguh
B. Memberitahu makluman dengan sepenuh hati
C. Membalas pertanyaan akibat rasa pelik
D. Memberi tindak balas tanpa rasa bersalah

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 5 02/1
BAHASA MELAYU K1

16. Pernyataan berikut merupakan perwatakan `dia` kecuali

A. Seorang yang sayang akan haiwan
B. Seorang ayah yang memahami kehendak anak-anak
C. Seorang yang bertanggungjawab
D. Seorang yang mudah berasa belas kasihan

17. Pada pendapat anda, mengapakah Oren menghilangkan diri ?

A. Oren rasa ingin hidup berdikari

B. Oren mati dicelah pokok tua yang tumbang
C. Oren rasa bersalah kerana Kelabu disayangi oleh ayah
D. Oren rasa diri semakin diketepikan dalam keluarga

Soalan 18-20 berdasarkan petikan pantun di bawah

Pantun Dua Kerat

(Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sifat,

Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,

Orang selimut selalu lelap

Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,

Satu memegang satu memikul.

Dipetik daripada antologi kuingin berterima kasih

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

18. Berikut merupakan sifat-sifat yang terdapat rangkap pantun kecuali

A. malas
B. bersyukur
C. berterima kasih
D. bersungguh-sungguh

Emas, perak, tembaga, suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 6 02/1
BAHASA MELAYU K1

19. Maksud rangkap pantun di atas ialah

A. Seseorang yang selesa akan kehidupan dirinya

B. Setiap perbuatan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang
C. Seseorang yang tidak mahu berusaha akan menghadapi kegagalan
D. Seseorang yang bersungguh-sungguh menghadapi cabaran hidup

20. Pada pendapat anda mengapakah kita tidak boleh menghina kekurangan seseorang?

A. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan keji yang menyebabkan seseorang itu

berasa tinggi diri
B. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan keji yang menyebabkan seseorang itu
berasa rendah diri.
C. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan keji yang menyebabkan seseorang itu
berasa dirinya tidak berguna
D. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan keji yang menyebabkan seseorang itu
berasa bersemangat untuk berhadapan dengan orang ramai

BAHAGIAN B
[25 Markah]

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 7 02/1
BAHASA MELAYU K1

1. Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin iklan ini semula.

Pelancaran Program dwi tahunan

Khidmat Sosial

Sekolah Kebangsaan Seri Setia

Bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah

Tarikh : 14 Oktoberr 2019

Tempat : Rumah Orang Tua Bukit Tualang
Dirasmikan oleh :
Yang Berhormat Datuk Amri bin Ahmad

Hargai dan sayangi warga emas

Ibubapa dijemput hadir.

(i) _______________________________________________________
( ii ) _______________________________________________________
( iii ) _______________________________________________________
[ 3 Markah]
2. Analisis dan betulkan kesalahan ayat di bawah.

i. Keluarga harmoni ialah idaman semua pihak-pihak.

___________________________________________________________

ii. Pasukan bola sepak Brazil ialah pasukan yang terhandal sekali dalam kejohanan
itu.
___________________________________________________________

[ 2 Markah]

3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan

berikutnya.

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 8 02/1
BAHASA MELAYU K1

BAHAN 1

“ Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” Pak riak wajah Sim Pau
terlukis perasaan yang amat menggembirakan hatinya. Segala kekusutan dan
kerinduan yang membelit hatinya. Segala kekusutan dan kerinduan yang
membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab panggilan telefon
yang baru sahaja diletakkan gagangnya.

“ Aku tidak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras
membantah. Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu
sebagai lelucon yang boleh diketawakan.Sebalikya, kata-kata itu ibarat racun
yang disembur pada ladang-ladang bunga gembira yang baru dipetik dalam hati
Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.

“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.

“Dia bukan anak aku.” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

BAHAN 2

PROGRAM MOTIVASI KEKELUARGAAN

Murid-murid Tingkatan Tiga bersama-sama ibu bapa dan penjaga

Tarikh : 14 Oktober 2019

Masa : 8.30 pagi -12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Bestari SMK Petaling Indah
Penceramah : Encik Muhamad bin Adli
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Petaling Indah
Dengan Kerjasama :
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SMK Petaling Indah

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 9 02/1
BAHASA MELAYU K1

i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan tanggungjawab ibu bapa terhadap

anak-anak?
___________________________________________________________________

[3 markah]

ii. Nyatakan dua perwatakan Sim Pau ?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[3 markah]

iii. Setiap anak mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa masing-masing.

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa mereka?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[4 Markah]

NOVEL

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 10 02/1
BAHASA MELAYU K1

[10 Markah]
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Destinasi Impian karya Ismail Sarbini

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya
dengan tema.
Persoalan
Kebijaksanaan seorang ketua dalam menangani konflik

Berdasarkan persoalan di atas, nyatakan watak berserta dua contoh peristiwa

dalam novel yang anda telah anda pelajari.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN C

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 11 02/1
BAHASA MELAYU K1

[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 Minit]

Pilih sama ada soalan 1 atau soalan 2

1. Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu ulasan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 12 02/1

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang Ciri-ciri rumah Melayu Tradisional . Panjang ringkasan anda

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 13 02/1
BAHASA MELAYU K1

hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya

menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Rumah merupakan tempat kediaman yang dibina bersifat kekal dan dihuni
manusia dalam suatu tempoh tertentu. Pembinaan sesebuah kediaman di sesuatu
tempat kebanyakannya dipengaruhi oleh kemudahan setempat, kejiranan, kepercayaan
dan keselamatan. Rumah Melayu Tradisional yang didirikan oleh masyarakat Melayu di
negara ini mempunyai sejarah yang cukup panjang dan mencerminkan ketinggian
budaya seni bina bangsa Melayu.

Rumah-rumah Melayu tradisional ini cukup unik dan kaya dengan unsur estetika
sehingga menarik hati sesiapa yang memandangnya. Satu keunikan rumah Melayu
tradisional ialah kedudukan yang menghadap arah kiblat. Hal ini adalah selari dengan
anutan agama Islam yang menunjangi kehidupan orang Melayu. Selain itu pembinaan
rumah Melayu tradisional juga mengambil kira persekitaran yang kondusif seperti aman,
tenang dan jiran yang saling mengenali antara satu dengan yang lain. Di samping itu,
rumah Melayu tradisional juga memberi keutamaan kepada faktor keselamatan.
Misalnya, rumah tersebut dibina tinggi dengan mempunyai tiang dan jarak lantai kira-kira
4 meter dari tanah bagi mengelakkan banjir, dan diceroboh oleh binatang buas.

Selanjutnya, tiang rumah Melayu tradisional menggunakan kayu yang berbentuk

bulat dan diikat dengan rotan atau akar bagi menguatkan persendian tanpa
menggunakan paku besi. Sebaliknya, paku kayu digunakan untuk menguatkan rangka
rumah manakala papan pula digunakan sebagai dinding dan lantai rumah. Rumah
Melayu tradisional juga agak unik kerana menitikberatkan aspek pengaliran udara di
dalam rumah. Buktinya susunan papan dilakukan secara melintang, menegak dan
menyerong bagi memudahkan pengaliran udara memperkemas dan memperkuat binaan
dinding rumah. Sesungguhnya, seni bina rumah Melayu merupakan salah satu identiti
pusaka bangsa yang gah dan membuktikan bangsa ini memiliki peradaban yang tinggi.

Dipetik dan diubahsuai daripada “Rumah Melayu Tradisional Unik dan Estetik oleh
Isnariah Idris, Majalah Pendidik November 2017)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

TERHAD 14 02/1

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………….. ………………………......
(SITI RAFIDAH BINTI ABDUL AZIZ) ( )
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SM Rendah Agama Johol

Disahkan oleh,

………………………………………….
( )

Panitia Bahasa Melayu SMRA Johol

You might also like