You are on page 1of 1

EKONOMI KERAJAAN JOHOR MODEN

Kerajaan Johor yang merupakan sambungan kepada kerajaan Melayu Melaka sememangnya
tidak lari daripada kemahsyuran dari segi kegiatan ekonomi yang maju. Pada asalnya iaitu
sekitar abad ke 17 dan 18, kerajaan Johor pada ketika itu sudah menjadi sebuah negeri yang
menjadi tarikan kepada aktiviti perdagangan dengan negara-negara luar lain. Walaupun Johor
pada ketika itu tidak menghasilkan apa-apa barangan, namun disebabkan kemudahan yang
ada di negara Johor menyebabkan para pedagang luar tertarik. Antara kemudahan yang ada
termasuklah dari segi jaminan keselamatan, gudang-gudang dan sebagainya. Pada ketika itu,
pedagang luar gemar ke Johor kerana kegiatan perdagangan berlaku dengan mudah dan
cepat. Memandangkan ketika itu pedang amat mementingkan masa dalam urusan mereka
kerana pedagang bergantung kepada angina monsun. Kekayaan yang diperoleh oleh kerajaan
Johor hasil daripada kemasukkan pedagang asing telah menyumbang kepada kewibawaan
pemimpin dalam kerajaan Johor.1

Namun ditekankan dalam penulisan ini adalah berkenaan dengan ekonomi kerajaan
Johor pada abad ke 19. Pada abad ke 19 iaitu sekitar 1855, dalam tahun tersebut pendapatan
kerajaan Johor mencecah 100,000 dolar setahun. Bagi tahun 1867 sehingga 1873 pula,
pendapatan itu telah meningkat kepada 600,000 dolar namun, pada tahun 1894, pendapatan
kerajaan Johor berkurangan sebanyak 2 juta walaupun mempunyai cukai import daripada
candu dan cukai eksport bagi gambir, lada hitam, dan barang semulajadi daripada hutan.
Pada tahun 1896 pula, barangan eksport adalah seperti kopra, kopi, ubi, tea, arek, kacang,
minyak kayu, gambir, lada hitam, sagu, tin, batu bata, dan barangan semulajadi daripada
kayu., getah India, rotan,resin, gutta percha, dan damar kesemuanya kira-kira 7,370,000
dolar. Seterusnya, bagi barangan import pula barangan seperti beras, ikan masin, gula,
minyak paraffin, perkakasan, dan barangan perkilangan yang berjumlah 4, 090,000 dolar.
Perdadangan eksport dan juga import juga berlaku melalui Melaka dan juga Singapura.2

1
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728, Pembangunan Ekonomi dan Politik. 1987. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2
Khoo Kay Kim, Malay Society, Transformation DemoCratisation. 1991. Pelanduk Publications (M)Sdn
Bhd.

You might also like