You are on page 1of 19

BENGKEL

KBAT
PENDIDIKAN ISLAM
OBJEKTIF
1. MENGETAHUI CARA MENGESAN SOALAN KBAT.

1. MEMPELAJARI LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JAWAPAN


KBAT.

1. MENGETAHUI CARA MENULIS JAWAPAN KBAT DENGAN


BETUL.
CARA MENGESAN SOALAN KBAT

1.Ada stimulus/ rangsangan minda :

• Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus


sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan,
dialog, petikan akhbar dan lain-lain.
CARA MENGESAN SOALAN KBAT
2. Tiada kuantiti jawapan

• Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan.


• Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan
KBAT.
• Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta
dalam soalan.
- Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
- Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat
jika...
- Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
CARA MENGESAN SOALAN KBAT
3. Peruntukan markah : 4 markah 

• Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :


• Isi : 1 markah
• Huraian : 2 markah
• Kesimpulan : 1 markah.
• Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1
kesimpulan dalam jawapan KBAT.
TEKNIK MEMBINA JAWAPAN
KBAT 
LANGKAH 1   MENGETAHUI KEHENDAK SOALAN

• Setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah


mengetahui KEHENDAK SOALAN. 
• Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi.
Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang
berlaku' 'Apa Pendapat'.
CONTOH KEHENDAK SOALAN KBAT YANG PALING
POPULAR :
LANGKAH 2 MENYENARAIKAN ISI

• Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati


kehendak soalan.
• Pilih SATU isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan
baik.
LANGKAH 3  MENGHURAIKAN ISI
• Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
• Huraian terdiri daripada huraian ringkas dan huraian lengkap.
• Huraian ringkas bersambung dengan isi diselangi dengan kata
hubung seperti supaya, untuk, kerana, agar (SUKA) dan lain-lain.
• Huraian lengkap adalah huraian lanjut boleh terdiri daripada
sebab/akibat dan kesan/ contoh/ hujah sokongan/peribahasa.
LANGKAH 4 MEMBERI KESIMPULAN
• Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan
huraian. 
• Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN
(mengulang isi).
• Kesimpulan boleh dimulakan dengan Justeru/ Kesimpulannya /
Oleh itu dan menjelaskan tentang cadangan anda terhadap
isu/soalan.
• Pelajar boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat
pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".
FORMAT KBAT
• Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau
karangan pendek.
• Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya
layak mendapat 1 markah.
CONTOH KBAT 1
SOALAN:
‫ةاامطيّنلا ُّْطَا ةَفاَّنَّلا‬
Kebersihan itu sebahagian daripada iman

• Sebagai seorang ketua pengawas, huraikan bagaimana anda menerapkan perkara


tersebut di sekolah.

JAWAPAN :
Mengadakan pertandingan kebersihan secara mingguan di sekolah(I) agar semangat
mengekalkan kebersihan di sekolah sentiasa berkobar dalam kalangan murid(H). kesannya,
semua murid akan berlumba-lumba dalam menjaga kebersihan kelas dan sekolah(HL).
Kesimpulannya, sikap menjaga kebersihan perlu diterapkan sejak kecil lagi (K).
CONTOH KBAT 2
SOALAN:
Rasulullah SAW terkenal dengan sifat jujur dan amanah dalam setiap pekerjaannya.
Hubungkaitkan sifat di atas dengan kejayaan seorang pelajar dalam menuntut ilmu.

JAWAPAN:
Ilmu yang diperoleh akan lebih diberkati Allah SWT (I) kerana keberkatan Allah
SWT akan memudahkan kejayaan seseorang pelajar(H). Contohnya, pelajar perlu
jujur dan amanah ketika membuat latihan di rumah dengan tidak meniru
jawapan(HL). Justeru, pelajar perlu melatih diri untuk jujur dan amanah demi
mencapai kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat(K).
CONTOH KBAT 3
SOALAN:
Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT.
Memuliakan dan menghormati guru.
Tidak malu bertanya.
Ramalkan keadaan murid yang tidak menjaga adab di atas ketika menuntut ilmu.

JAWAPAN:
Hilang keberkatan ilmunya(I) kerana guru tidak meredhainya dan ilmunya(H).
Kesannya, murid sukar untuk menempuh kejayaan di dunia dan akhirat(HL).
Kesimpulannya, setiap murid perlu menjaga adab-adab ketika menuntut ilmu
agar sentias diredhai Allah SWT(K).
LATIHAN 1
menjaga adab-adab ketika menuntut ilmu sangat perlu agar ilmu
yang dipelajari membawa manfaat kepada diri dan orang lain.

Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda mengamalkan adab menuntut


ilmu menurut Islam.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
LATIHAN 2
Manusia mudah terpedaya dengan helah syaitan

Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan usaha yang perlu anda lakukan


untuk menjauhinya.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

You might also like