You are on page 1of 10

FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

PEPERIKSAAN ALTERNATIF

ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM – IIO4003

Lima komentar bagi setiap isu-isu penting dalam merekabentuk soal selidik dari segi:

(i) Prinsip perkataan (principles of wording) yang digunakan dalam soal selidik ialah;
• Kepanjangan Soalan (Length of questions)
Dalam membentuk soalan bagi soal selidik kajian yang ingin dilaksanakan, pengkaji
haruslah memastikan bahawa soalan yang dikemukakan adalah tidak terlalu panjang,
malah, ia seharusnya berbentuk pendek dan mudah untuk dijawab oleh responden.
Sehubungan itu, pengkaji juga perlulah memastikan bahawa setiap penyataan ataupun
soalan yang disediakan adalah tidak melebihi 20 patah perkataan ataupun melebihi satu
baris penulisan. Justeru, kepanjangan penyataan dan soalan yang telah disediakan oleh
pengkaji bagi soal selidik berikut adalah bertepatan dengan prinsip perkataan soal
selidik seperti, “Murid patut dinilai mengikut objektif sukatan pelajaran” dan “Saya
menilai daya pemikiran kritis murid secara lisan dalam kelas”, di mana kepanjangan
penyataan yang disediakan oleh penyelidik hanyalah di antara 7 hingga 10 patah
perkataan sahaja.
• Bahasa dan Penggunaan Perkataan dalam Soal Selidik (Language and wording of
the questionnaire)
Setelah memerhati secara terperinci terhadap bahasa dan perkataan yang digunakan oleh
pengkaji, saya mendapati bahawa beliau telah menggunakan bahasa dan perkataan yang
mudah untuk difahami dan bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kefahaman
responden iaitu para guru pelatih. Sebagai seorang pengkaji, kita haruslah cakna
terhadap penggunaan istilah, bahasa dan perkataan yang digunakan dalam soal selidik
supaya ia bersesuaian dengan tahap pendidikan responden. Dalam soal selidik berikut,
setiap perkataan yang digunakan adalah mudah untuk difahami oleh guru-guru pelatih.
Namun begitu, sekiranya pengkaji ingin membuat kajian terhadap pelajar sekolah
rendah, beberapa perkataan seperti “demografi” dan “pentaksiran” haruslah ditukar
kepada perkataan yang lebih mudah untuk difahami oleh pelajar pada peringkat tersebut.
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

• Leading Questions
Soalan yang berbentuk Leading Questions tidak sepatutnya diletakkan dalam soal
selidik kerana soalan sebegini akan mendorong responden untuk memberikan respon
yang diingini oleh pengkaji. Sebagai contoh, pengkaji membuat penyataan “Murid patut
dinilai mengikut objektif sukatan pelajaran” dan “Penilaian hendaklah dibuat selepas
setiap topik yang diajar”. Perkataan “patut” dan “hendaklah” di dalam penyataan
tersebut sedikit sebanyak telah mendorong responden untuk memberikan respon yang
positif. Jadi, pengkaji seharusnya menukarkan penyataan tersebut supaya ia tidak
bersifat biased atau berat sebelah kepada penyataan seperti “Penilaian dilakukan
berdasarkan objektif sukatan pelajaran”.
• Soalan Berbentuk Positif dan Negatif (Positively and negatively worded questions)
Selain membentuk penyataan-penyataan yang bersifat positif dalam soal selidik,
penyelidik turut disarankan untuk membentuk soalan-soalan negatif. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan responden untuk cenderung memberi respon pada nilai skala yang
sama sahaja. Misalnya, dalam soal selidik tersebut, penyelidik meletakkan penyataan-
penyataan yang bersifat positif sahaja seperti, “Saya menilai kefahaman murid secara
lisan dalam setiap kelas”, “Saya menilai kefahaman murid secara bertulis dalam bilik
darjah”, “Saya menilai daya pemikiran kritis murid secara lisan dalam kelas”. Di
samping meletakkan penyataan sebegini, penyelidik juga boleh meletakkan penyataan
bersifat negatif seperti, “Saya tidak menilai kefahaman murid secara lisan dalam setiap
kelas”.
• Klasifikasi Data atau Informasi Responden (Classification data or personal
information)
Dalam soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, saya mendapati bahawa beliau telah
meletakkan informasi responden pada bahagian awal soalan, iaitu selepas pendahuluan
dilaksanakan. Dengan meletakkan informasi responden pada bahagian awal soalan,
komitmen yang diberikan oleh responden juga akan turut hadir semasa menjawab soal
selidik berikut. Sehubungan itu, pada bahagian informasi responden juga, pengkaji tidak
meminta responden untuk memberikan nama mereka atas tujuan privasi.
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

(ii) Penampilan umum (general appearance) soal selidik ialah;


• Pendahuluan yang baik (A good introduction)
Dalam membentuk soal selidik, pengkaji perlulah terlebih dahulu meletakkan
pendahuluan bagi memperkenalkan serba sedikit diri pengkaji dan tujuan soal selidik
dilaksanakan. Pendahuluan sebegini perlu diletakkan bagi tujuan menjaga hubungan
baik dengan responden sekaligus memotivasikan mereka untuk memberikan respon
terhadap soal selidik yang disediakan dengan sepenuh hati dan bersemangat. Pada
bahagian akhir pendahuluan tersebut, pengkaji juga seharusnya meletakkan ucapan
terima kasih kepada responden sebagai tanda penghargaan terhadap kesudian mereka
menjawab soal selidik yang disediakan. Oleh itu, pendahuluan bagi soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji tersebut adalah bertepatan dengan penampilan umum soal
selidik, di mana, beliau telah meletakkan pengenalan diri, tujuan soal selidik dan juga
ucapan penghargaan kepada responden.
• Data Peribadi (Personal data)
Pada bahagian data peribadi pula, pengkaji hendaklah mengatur bahagian tersebut
dengan kemas menggunakan skala ordinal bagi memudahkan responden untuk
memberikan respon pada bahagian tersebut dengan mudah. Dalam contoh soal selidik
tersebut, pengkaji turut menggunakan skala ordinal dengan kemas, baik dan teratur.
Sebagai contoh, pada bahagian gender, beliau telah meletakkan (1) Lelaki (2)
Perempuan dengan susunan yang baik, begitu juga pada bahagian umur, pendapatan dan
agama.
• Organizing questions, giving instructions and guidance, and good alignment
Dalam membentuk soal selidik yang perlu diisi dan dijawab oleh responden, pengkaji
perlulah memastikan bahawa soalan disusun secara teratur dan arahan perlulah
diberikan secara jelas. Namun begitu, soal selidik tersebut tidak memberikan arahan
secara jelas kepada para responden berkaitan cara menjawab soal selidik berikut. Jika
kita perhatikan secara terperinci pada bahagian soal selidik tersebut, ia terbahagi kepada
dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Pada kedua-dua bahagian tersebut,
pengkaji langsung tidak memberikan sebarang arahan dan panduan berkaitan cara
menjawab soal selidik berikut. Oleh itu, pengkaji sepatutnya meletakkan arahan secara
jelas bagi memudahkan responden untuk memberikan respon. Contohnya dengan
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

memberikan arahan seperti berikut, “Soalan pada bahagian ini adalah berkaitan dengan
amalan pentaksiran guru di sekolah. Anda dikehendaki untuk menjawab soalan ini
berdasarkan pengalaman anda di sekolah dengan memilih jawapan pada skala berikut”.
• Informasi berkaitan Pendapatan dan perkara-perkara yang sensitig (Information
on income and other sensitive personal data)
Dalam membentuk soal selidik, penyelidik perlulah cakna terhadap beberapa informasi
personal responden yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Penyelidik perlulah
memastikan bahawa informasi personal yang perlu diisi oleh responden bukanlah
perkara yang boleh dianggap sensitif bagi sesetengah pihak khususnya dari segi
pendapatan responden. Sehubungan itu, penyelidik seharusnya meminta informasi
responden bagi hal-hal yang berkaitan dengan kajian sahaja. Sebagai contoh, dalam soal
selidik tersebut, pengkaji telah meminta jumlah pendapatan dan juga agama responden.
Pada pendapat saya, kedua-dua informasi ini tidak berkait dengan kajian yang
dilaksanakan oleh penyelidik. Sehubungan itu, kajian yang dilaksanakan adalah
berkaitan dengan guru pelatih Pendidikan Islam, jadi sudah tentu mereka masih belum
mempunyai pendapatan yang tetap memandangkan mereka masih berada dalam
program latihan. Adapun berkaitan dengan agama responden pula, perkara ini juga tidak
perlu diletakkan di dalam soal selidik kerana kesemua responden merupakan guru
pelatih Pendidikan Islam yang sudah tentunya beragama Islam.
• Konklusi Soal Selidik (Concluding the questionnaire)
Pada bahagian penamat setiap soal selidik, penyelidik perlu meletakkan konklusi
terhadap soalan yang telah disediakan. Dalam konklusi tersebut, terdapat beberapa
perkara yang boleh disebutkan oleh pengkaji seperti peringatan kepada responden untuk
memastikan bahawa setiap bahagian dan soalan telah diisi dan dijawab oleh responden
serta ucapan terima kasih kerana telah menyelesaikan soal selidik tersebut. Namun
begitu, dalam contoh soal selidik yang diberikan, saya mendapati bahawa pengkaji tidak
menyediakan sebarang konklusi pada akhir soal selidik, malah ia terus diakhiri dengan
soalan terakhir pada soal selidik.
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

(a) Pada pendapat saya, kaedah persampelan yang sesuai digunakan agar dapatan tersebut
dapat digeneralisasikan kepada populasi adalah dengan menggunakan;
• Kaedah Persampelan Rawak Berlapis/Strata (Proportionate stratified random
sampling)
o Persampelan strata selalu digunakan dalam penyelidikan kerana kaedah
persampelan rawak bermungkinan tidak sesuai dalam semua keadaan umpamanya
dalam populasi yang tidak seragam. Sebagai contoh, bagi suatu populasi yang
mempunyai 55% orang Melayu, 35% Cina dan 10% India. Jika dipilih secara rawak
mudah, ini bermakna orang Melayu mempunyai peluang yang lebih untuk dipilih
sebagai subjek berbanding dengan orang Cina dan India. Oleh itu, dapatan kajian
akan sukar untuk digeneralisasikan kepada populasi secara adil.
o Maka, kaedah persampelan rawak berlapis sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian
ini supaya setiap kebarangkalian untuk setiap kawasan adalah sama. Bagi
mendapatkan kebarangkalian yang adil, pengkaji perlu meletakkan peratus yang
sama bagi setiap kawasan, misalnya sebanyak 20%. Kemudian, peratusan tersebut
perlu dibahagikan kepada jumlah penduduk bagi setiap kawasan untuk mendapatkan
jumlah sampel bagi setiap kawasan.
o Namun begitu, dalam kajian ini, pengkaji tidak mengetahui jumlah penduduk bagi
setiap kawasan. Oleh itu, jumlah sampel yang sama akan diambil bagi setiap
kawasan yang ingin dikaji. Maka, pengkaji perlu membahagikan bilangan jumlah
sampel yang diperlukan (1000 sampel) kepada 4 kawasan yang ingin dikaji. [1000
sampel ÷ 4 kawasan = 250 sampel], [Bagi mendapatkan peratus: 250 sampel ÷ 1000
sampel yang diperlukan X 100% = 25%].
o Oleh itu, sebanyak 25% sampel akan diambil daripada kawasan A manakala 25%
sampel bagi kawasan B, 25% bagi kawasan C dan juga 25% bagi kawasan D. Jadi
jumlah sampel yang akan diambil bagi setiap kawasan adalah sama, iaitu sebanyak
250 sampel.
o Bagi mendapatkan nisbah bagi keempat-empat kawasan tersebut, jumlah sampel
bagi setiap kawasan perlulah dibahagi dengan 50 supaya nilai-nilai tersebut dapat
dikecilkan secara adil. [250 sampel ÷ 50 = 5]
o Justeru, nisbah bagi A:B:C:D=5:5:5:5
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

(b) a. Soalan Kajian:


Persoalan kajian dibuat berdasarkan objektif kajian. Persoalan kajian adalah;
• Apakah perbezaan amalan pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam antara
guru pelatih lelaki dan perempuan?
Hipotesis Kajian:
Hipotesis kajian dibuat berdasarkan objektif kajian. Hipotesis kajian ialah;
• Hipotesis Nol
o Tidak terdapat perbezaan amalan pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam antara guru pelatih lelaki dan perempuan.
• Hipotesis Alternatif
o Terdapat perbezaan amalan pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
antara guru pelatih lelaki dan perempuan.
Statistik Inferens yang bersesuaian dengan Hipotesis ialah;
• Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan amalan pentaksiran mata
pelajaran Pendidikan Islam antara guru pelatih lelaki dan perempuan, p>0.05,
t=2.24, (Mean GL= 7.4, Mean GP=6.7). Ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan
antara guru lelaki dan guru perempuan dalam pentaksiran mata pelajaran Pendidikan
Islam adalah sama.

b. Hasil analisis bagi data tersebut ialah;

• Demografi Responden
Jantina Kekerapan, N Peratus (%)
Lelaki 15 50.0%
Perempuan 15 50.0%
Jumlah 30 100%
Jadual 1: Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan taburan responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden
terdiri daripada lelaki dan dan perempuan. Seramai 15 orang daripada responden
lelaki telah terlibat dalam kajian ini (N=15) dan 15 orang responden perempuan
(N=15) turut terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, jumlah responden
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

yang terlibat adalah 30 orang, iaitu 15 orang responden lelaki dan 15 orang
responden perempuan.
• Amalan Pentaksiran Guru Pelatih dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Item Skala Persetujuan Kekerapan, N Peratus (%)
Pentaksiran 1 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 1 3.3
Neutral 5 3 10.0
6 6 20.0
7 6 20.0
8 8 26.7
Sangat Setuju 9 6 20.00
Pentaksiran 2 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 1 3.3
Neutral 5 2 6.7
6 5 16.7
7 8 26.7
8 12 40.0
Sangat Setuju 9 2 6.7
Pentaksiran 3 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 4 13.3
Neutral 5 3 10.0
6 6 20.0
7 10 33.3
8 3 10.0
Sangat Setuju 9 4 13.3
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

Item Skala Persetujuan Kekerapan, N Peratus (%)


Pentaksiran 4 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 1 3.3
Neutral 5 2 6.7
6 9 30.0
7 7 23.3
8 8 26.7
Sangat Setuju 9 3 10.0
Pentaksiran 5 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 2 6.7
Neutral 5 5 16.7
6 3 10.0
7 5 16.7
8 11 36.7
Sangat Setuju 9 4 13.3
Pentaksiran 6 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
4 1 3.3
Neutral 5 1 3.3
6 5 16.7
7 10 33.3
8 8 26.7
Sangat Setuju 9 5 16.7
Pentaksiran 7 Sangat Tidak Setuju 1 0 0.0
2 0 0.0
3 0 0.0
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

Item Skala Persetujuan Kekerapan, N Peratus (%)


4 2 6.7
Neutral 5 1 3.3
6 3 10.0
7 9 30.0
8 10 33.3
Sangat Setuju 9 5 83.3
Jadual 2: Amalan Pentaksiran Guru Pelatih dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam dalam Pentaksiran 1,2,3,4,5,6 dan 7

Bagi Pentaksiran 1, seramai 1 responden (3.3%) memilih sangat tidak bersetuju pada
skala 4 terhadap pentaksiran 1 berbading 26 responden (86.7%) yang sangat
bersetuju daripada skala 6 hingga 9 dengan pentaksiran ini.

Adapun bagi Pentaksiran 2 pula, jumlah responden yang sangat tidak bersetuju pada
skala 4 masih kekal sama iaitu seramai 1 responden (3.3%) sahaja, manakala seramai
27 responden (90%) memilih untuk sangat bersetuju daripada skala 6 hingga 9 bagi
pentaksiran kedua.

Walau bagaimanapun, analisis data bagi pentaksiran 3 mendapati bahawa jumlah


guru yang memilih skala 4 bagi sangat tidak bersetuju mula meningkat kepada 4
responden (13.3%). Adapun jumlah responden yang sangat bersetuju (memilih skala
6 hingga 9) dengan pentaksiran jenis ini pula semakin berkurangan kepada 23
responden sahaja (76.7%).

Namun begitu, bilangan responden yang sangat tidak bersetuju (pada skala 4) bagi
pentaksiran 4 pula kembali menurun kepada 1 responden (3.3%) sahaja berbanding
jumlah responden yang sangat bersetuju (dari skala 6 hingga 9) dengan jumlah yang
besar iaitu 27 responden (90%).
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN – 17186400 / IIO170004

Pada pentaksiran 5 pula, jumlah responden yang sangat tidak bersetuju pada skala
ke-4 adalah seramai 2 responden (6.7%) manakala jumlah responden yang sangat
bersetuju (daripada skala 6 hingga 9) pula semakin merundum kepada 23 responden
(76.7%) sahaja memandangkan ramai responden yang bersifat neutral dengan
pentaksiran ini.

Adapun pentaksiran 6 telah mendapati bahawa hanya sebilangan kecil daripada


responden memilih sangat tidak bersetuju pada skala 4 iaitu seramai 1 responden
(3.3%) sahaja manakala responden yang memilih sangat bersetuju (skala 6 hingga
9) bagi pentaksiran ini pula merupakan bilangan yang tertinggi iaitu dengan jumlah
28 responden (93.3%).

Bagi pentaksiran 7 pula, jumlah responden yang sangat tidak bersetuju pada skala 4
masih kekal sama iaitu dengan jumlah 1 responden (3.3%) sahaja berbanding jumlah
responden yang sangat bersetuju (daripada skala 6 hingga 9) iaitu seramai 27
responden (90%).

Kesimpulannya, lebih ramai responden yang memilih skala 8 berbanding skala-skala


yang lain, yang mana, hal ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih
bersetuju dengan pelaksanaan pentaksiran tersebut.

You might also like