You are on page 1of 52

PENGENALAN

Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah


mengalami perubahan format peperiksaan.
Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam
kertas 1 dan kertas 2.
Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada
calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan
umum dan tugasan spesifik.
Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas
2 dan kertas 3.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB


KERTAS 1

CIRI-CIRI KERTAS 1
Bersifat objektif.
Konstruk yang diukur: pengetahuan, pemahaman,
aplikasi & analisis.
Jumlah soalan: 40 soalan dengan taburan (no 1-20
:ting 4, no 21-40: ting 5)
Jumlah markah: 40 soalan.
Wajaran: 30%.
Masa menjawab: 1 jam.
Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka pelengkap
dua pilihan.

Sambungan..
Soalan Aneka Pilihan:
Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah
daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan
maritim?
A Kekurangan hasil pertanian
B Perubahan dasar pentadbiran negara
C Penguatkuasaan undang-undang yang
ketat.
D Kedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik.

Sambungan..
Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:
Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu?
I Pengasingan pendidikan
II Pengurangan peluang pekerjaan
III Peningkatan kadar pengangguran
IV Pembahagian kerja mengikut kaum
A
B
C
D

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

Strategi Menjawab Kertas 1


Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan
pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut
Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.
Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi setiap sub
topik.
Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009, 2010,
2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon mengenal pasti
bentuk dan trend soalan.
Kebanyakan soalan didahului dengan maklumat seperti pernyataan,
rajah, gambar dsb. Anda perlu kaji maklumat tersebut dengan teliti.

Sambungan..
Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu
salah atau betul.
Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang
tidak tepat, 1 jawapan penganggu dan 1
jawapan yang tepat.
Kenal pasti dan fahami kehendak soalan.
Gunakan kaedah singkir/hapus.
Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda
terus pada kertas jawapan dengan cermat
dan teliti.

Sambungan..
Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin
jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu
soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan
selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas
selesai menjawab soalan-soalan lain.
Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan
objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan
bijak.
Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang
telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.

Sambungan..
Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun.
Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas.
Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika melepasi
aras tersebut, barulah menjawab soalan latih tubi selanjutnya.
Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang betul adalah
hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2. SPM 2013: A=9, B=12,
C=9, D=10
SPM 2014:20 soalan= aras mudah, 12 soalan=aras
sederhana, 8 soalan aras sukar.

Kaedah singkir/hapus:
Kenal pasti kata kunci soalan dan pengganggu soalan.
Kaedah ini membolehkan calon mengecilkan pilihan jawapan
dengan menyingkirkan jawapan yang tidak tepat secara
berhati-hati dan teliti.
Ini bermakna peluang calon mendapat markah/jawapan tepat
semakin tinggi.
Dengan syarat, calon perlu menguasai keseluruhan sukatan
pelajaran.
Kaedah ini sangat berguna bagi soalan aras sederhana dan sukar.

Kaedah singkir/hapus:
Pengganggu soalan= semua maklumat
dalam soalan yang mungkin merangkumi:
Teks
Dialog
Carta/graf
Jadual
Gambar
Dsb.

Kata Kunci Soalan=kehendak soalan.

Kaedah singkir/hapus:
Contoh soalan: SPM 2013, no 30.
30.Pada bulan Februari 1952, (UMNO Kuala
Lumpur dan MCA Selangor telah menjalin
kerjasama dalam bidang politik.)P Apakah
(kesan kerjasama
tersebut terhadap UMNO dan MCA?) KKS
A. Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
B. Mendapat bantuan kewangan daripada British
C. Gagal mendapat sokongan semua kaum
D. Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

Kaedah singkir/hapus
Jawapan A adalah berkaitan dengan politik, tetapi kita KIV
dahulu. Teruskan dengan meneliti jawapan lain.
Jawapan B tidak tepat kerana jawapan tersebut adalah
berkaitan dalam bidang ekonomi sedangkan pengganggu
soalan adalah berkaitan dengan bidang politik. HAPUS.
Jawapan C tidak tepat kerana dalam maklumat soalan telah
dinyatakan kerjasama; bermaksud telah mendapat
sokongan. HAPUS.
Pilihan jawapan yang tinggal ialah A dan D.
Jawapan anda?

Jom cuba:
SPM 2013, no 13:
13. Pedagang Islam berjaya menarik
minat penduduk tempatan di Asia
Tenggara untuk mendalami ajaran
Islam. Bagaimanakah mereka dapat
berbuat demikian?
A. Menulis kitab agama
B. Mendirikan madrasah
C. Mengamalkan sikap jujur
D. Memuliakan kedudukan raja

Jom cuba:
SPM 2013, no 21.
21. Penjajah Barat telah melaksanakan
sistem birokrasi Barat di Tanah
Jajahan mereka di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
A. Pengekalan pemerintahan beraja
B. Pelantikan pembesar daerah
C. Pengenalan sistem ufti
D. Pentadbiran melalui biro

STRATEGI MENJAWAB
KERTAS 2
BAHAGIAN A (STRUKTUR)
Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan
sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan
merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat
dalam buku teks.
Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut
sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2
=tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB


KERTAS 2

CIRI-CIRI KERTAS 2
Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur) dan
bahagian B (esei).
Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, menilai dan menjana idea.
Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40.
Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60.
Bahagian A: no soalan 1-2 =ting 4, no soalan 3-4=ting 5,
bahagian B, no soalan 5-7 = ting 4, no soalan 8-11 =ting. 5
Jumlah markah kertas 2= 100 markah.
Wajaran: 50%.
Masa menjawab: 2 jam 30 minit.

Sambungan..
Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak
soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat
serta tidak tergantung/terlalu umum.
Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta
yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan
ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya.
Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau
mempunyai lebih masa.
Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit
penerangan/huraian.

Sambungan..
Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan,
berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan,
jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara
menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan
isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.
Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang
yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan
dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan
dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan
bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan
lain.

Sambungan..
Bermula SPM 2015, calon perlu
menulis jawapan Bahagian A dengan
ayat lengkap.
Kemungkinan besar ruangan
jawapan berhuruf roman semakin
sedikit, manakala ruangan jawapan
tanpa huruf roman semakin banyak.

Contoh
Soalan 2b, Bhg A, SPM 2014:

Nyatakan dua syarat menjadi khalifah.


[2 m]
i) Lelaki yang merdeka
ii) Beragama Islam

Contoh:
Soalan 3b, Bhg A, SPM 2014:
Kuasa Barat menjadikan slogan Beban Orang
Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun sebagai
alasan mereka untuk menguasai negara lain. Beri
komen anda terhadap pernyataan tersebut.[3m]
Saya tidak setuju dengan slogan tersebut kerana
orang Barat mempunyai muslihat tertentu iaitu
untuk menguasai ekonomi tempatan dan
mengeksploitasi orang tempatan sebagai buruh
kerahan.

Contoh:
Soalan 4a, Bhg A, SPM 2014:
Mampukah SUKMA menjadi alat
untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia? Berikan hujah anda. [3m].
SUKMA mampu menjadi alat untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia
kerana ia merupakan pertandingan
yang melibatkan semua kaum serta
menggalakkan kerjasama sepasukan
yang berbilang bangsa.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN


STRUKTUR/ESEI
Kenal pasti peristiwa/penggangu dalam soalan.
Kenal pasti kata kunci soalan.
Contoh:
(Berikan dua)KKS (garis panduan yang mesti dipatuhi
oleh tentera Islam dalam peperangan.)PW (Struktur, 2
Markah)
(Pada pendapat anda,)KBT (apakah iktibar)KKS yang dapat
dipelajari daripada (kejayaan pembentukan
Malaysia?)PW(Struktur, 2 markah)
(Pembukaan semula kota Makkah)PW kepada umat Islam
mempunyai (kepentingannya. Jelaskan.)KKS (Esei, 8
markah)

Jom cuba..
Islam berkembang bukan dengan
cara peperangan. Buktikan. [2
markah]-struktur
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

Jom cuba..
Kedaulatan negara yang diperoleh
perlu dikekalkan. Beri komen anda.
[6 markah]-esei
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

Sambungan..
Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu
22-26 markah daripada 40 markah yang diperuntukkan.
Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan
semakin banyak dalam pecahan soalan.
Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah.
Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda
merasakan idea anda tidak hebat.
Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas
keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.

Sambungan..
Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada
pendapat/pandangan anda, berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan,
berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni,
patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.
Kebarangkalian untuk dapat markah dalam
soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis
jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab
soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak
menjawab.

Sambungan
Ingat! Masa cadangan untuk
menjawab soalan bahagian A adalah
60 minit. 1 soalan 15 minit. Perlu
menjawab 4 soalan. Urus masa
menjawab dengan baik.

STRATEGI MENJAWAB
KERTAS 2
BAHAGIAN B (ESEI)
Calon perlu menguasai dan memahami
keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting
dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut
Maklumat dalam buku teks.
Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan
carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (50%)

Sambungan..
Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3
soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan
tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah.
Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan.
Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat
banyak markah.
Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk
merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan
idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis
esei. Jangan hantar rangka jawapan.

Sambungan..
Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada
fakta, huraian fakta serta contoh jika
ada. Ini bermaksud setiap fakta mestilah
disokong dengan huraian dan contoh.
Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak
jika fakta tanpa sokongan huraian.
Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT.
Jangan jawab esei tergantung.

Sambungan..
Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan
merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh.
Esei tiada pengenalan dan penutup.
1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah,
1contoh=1markah.
Tahun tidak penting.
Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt,
yg, sgt, MU, PTM, AMDA dll

Sambungan..
Ejaan tidak dipentingkan tetapi
mestilah kemas dan teratur dan
boleh dibaca oleh pemeriksa.
Tulis nombor soalan dan sub soalan.

http://padlet.com/wall/contohjw
pneseisejspm

Sambungan
Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam
pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i dan ii.
Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah
adalah soalan fakta (ceraian a dan b).
Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih
banyak daripada pemberatan markah fakta.
Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60 markah yg
diperuntukkan.

Sambungan..
Jawab soalan KBAT dengan relevan
dan munasabah. Berani berikan apa
sahaja idea walaupun anda
merasakan idea anda tidak hebat.
Risiko tidak menjawab soalan KBAT:
menjejas keseluruhan markah dan
pastinya sifar markah.

Sambungan
Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada
pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan
sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan,
kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai
pemimpin/rakyat dan lain2.
Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT
tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0
jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik
daripada tidak menjawab.
Masa cadangan untuk menjawab soalan esei ialah 30
minit bagi 1 soalan x 3 soalan = 1jam 30 minit.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB


KERTAS 3
CIRI-CIRI KERTAS 3
Berbentuk tugasan.
Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu sebelum
peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu melaksanakan
tugasan umum iaitu mencari dan mengkaji maklumat dari
pelbagai sumber berdasarkan tema/tajuk.
Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan calon
dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan
panduan yang diberikan bersama soalan (tugasan
spesifik). Calon dibenarkan membawa dan merujuk segala
bahan/maklumat/dapatan kajian.

Sambungan..
Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah
Kertas 3 adalah berdasarkanKemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill
(HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi,
menilai, menjana idea dan nilai-nilai
murni/patriotisme.
Markah penuh=100 markah dengan wajaran 20%.
Tindakan calon selepas tema/tajuk dikeluarkan
oleh LPM:

Sambungan..
Membuat rujukan berdasarkan tema. (TUGASAN
UMUM)=Tujuan untuk mencari maklumat/dapatan
kajian.
Cadangan sumber:
1. Buku teks Sejarah Tingkatan 4/5.
2. Buletin Sejarah.
3. Buku rujukan Sejarah.
4. Cadangan soalan dan jawapan Sejarah K3 dari guru,
JPN, PPD, syarikat buku.
5. Artikel.
6. Buku/majalah/makalah ilmiah.
7. Sumber internet.

Sambungan..
Segala dapatan kajian anda
perlu dimurnikan dengan
guru/rakan sebaya dan
dibincangkan.
Semakin banyak perbincangan
dan perkongsian, semakin
banyak pilihan/cadangan soalan
serta jawapan.

Sambungan
Pada hari peperiksaan (TUGASAN
SPESIFIK):
Terdapat 9 soalan.
Jawab mengikut soalan dan sub soalan.
Gunakan segala dapat kajian sebagai
kemudahan menjawab soalan.
Markah yang banyak (30 markah)
bermaksud jawapan yang panjang.
Tidak perlu salin soalan. Tulis no. soalan
dan sub soalan sahaja.

Tips K3..
Sila fahami kehendak soalan sebelum
menggunakan dapatan kajian anda.
Soalan dengan markah yang banyak bermaksud
jawapan juga banyak dan panjang.(1 ayat buku
teks= 1 markah)
Selalunya soalan no. 1-4 atau 1-5, sumber
jawapannnya dari buku teks. Baki soalan
tersebut jawapan diambil dari dapatan kajian
anda.
Kenalpasti lokasi kemungkinan jawapan dalam
buku teks.

Tips K3..
Calon tidak boleh membawa
cadangan skrip jawapan yang
lengkap dalam dewan peperiksaan.
(Arahan LPM kpd guru, para 5, 2015).
Bawa dokumen yang perlu sahaja
dalam dewan untuk menjimatkan
ruang meja. Buat salinan yang
berkenaan sahaja.
Jangan tidur/melahu sepanjang
masa, 3 jam akan menjadi tidak

Cadangan Dapatan Kajian SPM


Sejarah K3
Sila lihat di

http://tanyachegusejarah.blogspot.com
/p/tematajuk-tugasan-sejarah-spm-kert
as-3.html

Teknik Belajar Sejarah SPM


Sila lihat di
http://tanyachegusejarah.blogspot.co
m/p/petuakaedah-mempelajari-sejarahspm.html

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras
pengetahuan/pemahaman:
1. Nyatakan maksud jahiliah.
2. Terangkan maksud tamadun
menurut perspektif Islam.

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras pemahaman:
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab
Jahiliah.
2. Jelaskan faktor-faktor imperialisme
Barat di Asia Tenggara.

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras analisis.
1. Nyatakan faedah yang Malaysia
peroleh sebagai anggota dalam
pertubuhan serantau.
2. Huraikan pengaruh agama Hindu
Buddha dalam sistem
pemerintahan di Asia Tenggara.

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras aplikasi:
1. Apakah sumbangan tamadun Indus
yang digunapakai pada masa kini?
2. Bagaimana masyarakat Indus
berjaya membina bandar
terancang?
3. Sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan serantau.

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras menilai:
1. Apakah nilai-nilai penting yang
ditunjukkan penjajah barat dalam
usaha imperialisme mereka?
2. Kejayaan Malaysia dalam bidang
pendidikan.
3. Muslihat British dalam
melaksanakan Malayan Union di
Tanah Melayu.

CONTOH KONSTRUK
SOALAN
Soalan aras menjana idea:
1. Cadangkan 3 langkah berkesan
dalam memelihara monumen.
2. Bincangkan usaha-usaha berkesan
untuk mengelakkan penjajahan.

Learn History for Love, For Honor, For


Valor.

You might also like