You are on page 1of 4

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM KERTAS 1

1. Calon perlu mengulangkaji soalan-soalan tahun lepas. Kebarangkalian terdapat beberapa soalan mungkin diulang semula untuk tahun ini. 2. Jika soalan yang mempunyai pilihan jawapan I, II, III dan IV. Langkah memilih jawapan ialah: a. Pilih jawapan yang 100% di yakini betul dan potong pilihan jawapan A, B, C dan D yang tidak mempunyai pilihan jawapan tadi. ATAU b. Pilih jawapan yang diyakini 100% salah dan potong pilihan jawapan A, B, C dan D yang tidak mempunyai pilihan jawapan tadi. 3. Fokus kepada tajuk Dasar Luar Negara, Dasar Dalam Negara, Pentadbiran Kerajaan (Pusat dan Negeri) dan Perundangan (Bidang Kuasa Kerajaan) 4. Istilah kehakiman setiap tahun keluar 1 soalan. Jadi perlu dihafal 5. Soalan pengiraan biasanya berkisar berkaitan tajuk Peratus dan Peratus Perubahan. 6. Calon jangan takut dengan soalan pengiraan berbentuk Jadual. Ingat bukan semua maklumat dalam Jadual yang ditanya hanya beberapa perkara sahaja. Highlightkan dengan pen perkara yang ditanya itu.

Kertas 1 (900/1) - Soalan Aneka Pilihan

Nota
Seperti yang telah diterangkan dalam siri-siri yang lalu, perubahan format kertas peperiksaan ini berlaku iaitu pada tahun 2003, Soalan 1 hingga Soalan12, bagi Kertas 1 (900/1) ini berdasarkan empat bahan rangsangan berbentukprosa. Calon dikehendaki menjawab soalan-soalan berbentuk objektif atau aneka pilihan yang dikemukakan berdasarkan keempat-empat bahan rangsangan tersebut. Soalan-soalan daripada bahagian ini mungkin berdasarkan penyataan, fakta, kemahiran berfikir, perbandingan, dan sebagainya. Calon dinasihatkan supaya membaca kesemua soalan dengan teliti sebelum menjawabnya. Calon juga telah didedahkan kepada contoh bahan rangsangan berbentuk prosa yang berupa rencana. Pada kali ini, calon didedahkan pula kepada bahan rangsangan berbentuk karya kreatif. Soalan-soalan 1, 2, dan 3, adalah berdasarkan bahan rangsangan pertama yang berbentuk prosa, manakala soalan-soalan 4, 5, dan 6, adalah berdasarkan bahan rangsangan berbentuk prosa yang kedua. (Sila rujuk Bimbingan). Calon hendaklah memahami kehendak soalan dan memilih jawapan yang tepat.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1 Kaedah Pembelajaran. 1. Usaha untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran bagi menguasai topik-topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran bagi kertas ini, calon haruslah menumpukan perhatian kepada bahagian pemahaman, kenegaraan dan penyelesaian masalah. 2. Fokus terhadap pengajian tentang ketiga-tiga bahagian itu perlu dibuat secara berasingan agar penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran yang berbeza itu dapat diperkukuh dari semasa ke semasa. 3. Bagi bahagian yang pertama, calon perlu memperbanyak latihan dengan membaca petikan yang berbentuk bahan kreatif atau rencana yang berasaskan bidang sastera, kesihatan, ekonomi, isu semasa dan sebagainya. 4. Calon perlu membuat analisis doalan-soalan STPM yang lepas bagi kertas ini untuk membuat perbandingan tentang bentuk bahan rangsangan yang dikemukakan dari semasa ke semasa. 5.

Bagi bahagian yang kedua pula, calon perlu membaca topik-topik yang berkaitan dengan sukatan sebagai usaha ke arah memperluas ilmu pengetahuan dalam bidang yang meliputi pengetahuan am, pentadbiran, perundangan dan kehakiman. 6. Calon perlu membaca bahan-bahan rujukan yang disarankan dengan terperinci, di samping membuat latihan menjawab soalan objektif mengikut masa. 7. Calon juga haruslah mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara kerana lazimnya terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan hal semasa. Justeru, calon disarankan agar kerap membaca akhbar, majalah-majalah berbentuk akademik, di samping mengikuti liputan berita melalui media cetak dan elektronik. 8. Buat catatan mengenai bahan atau isu semasa tersebut dan bincangkan di kelas secara berkumpulan sebagai aktiviti pembelajaran. 9. Sediakan nota ringkas sebagai memperkukuh ingatan dan cara pembelajaran akan lebih berkesan. 10. Calon juga perlu peka dan dapat menguasai kemahiran dalam bidang pengiraan kerana bahagian akhir kertas ini melibatkan pengiraan berdasarkan jadual dan analisis data. Calon perlu membuat kiraan dengan pantas dan tepat. 11. Calon perlu mempunyai kemahiran untuk mengesan maklumat tersirat dalam sesuatu teks atau carta kerana dalam bahagian akhir kertas ini juga terdapat soalan yang sedemikian. 12. Calon perlu memikirkan sesuatu berdasarkan lojik untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk rangsangan dan juga rajah atau jadual dan sebagainya.

You might also like