You are on page 1of 21

Teknik dan Panduan

Menjawab Soalan KBAT

GPI SMK BUKIT RAHMAN PUTRA Sesi Petang :


Ustaz Kacak , Ustazah Sweet, Ustazah
Gojes & Ustazah Comey
1. Ada stimulus / ransangan minda.
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk
gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya :
2. Tiada Kuantiti Jawapan
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini
kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT.

Perhatikan soalan-soalan berikut :

a. Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?


b. Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap
masyarakat jika...
c. Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam
ini?

Tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.


3. Peruntukan markah : [ 4 markah ]

Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :

Isi : 1 markah
Huraian : 1 markah
Huraian Lengkap : 1 markah
Kesimpulan : 1 markah

Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 1 huraian, 1 huraian lengkap dan
1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.
1. Mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah
mengetahui KEHENDAK SOALAN. Kehendak soalan boleh difahami
melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", ‘Apakah
kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :

Intro Soalan Isi Jawapan mesti menerangkan


Bagaimana tentang CARA
Kenapakah Tentang PUNCA / FAKTOR / SEBAB
Nyatakan hujah / Memerlukan bukti dengan sokongan contoh
Berikan pendapat
Kemungkinan berlaku Tentang KESAN / AKIBAT
2. Menyenaraikan ISI.
Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Menghuraikan isi yang dipilih.


Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut : Memberi keterangan
tambahan. Memberi contoh kepada isi. Memberi dalil al-quran atau hadis.
Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan. Memberi
perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain.

4. Membuat KESIMPULAN.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan
huraian. Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang
isi). Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap
isu/soalan. Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat
pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah..."
Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1
markah.
Pengaruh ajaran sesat seperti Tuhan Harun yang mengaku
dirinya sebagai tuhan semakin menular dalam masyarakat
Islam.

Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk


mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan ajaran di
atas ?
ISI Saya akan meningkatkan ilmu akidah
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN dengan mempelajarinya dari sumber-sumber yang tepat.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi, sungguhpun,
kerana dll )

HURAIAN LENGKAP Dengan yang demikian, saya dapat membezakan di antara akidah yang benar
dengan ajaran yang menyesatkan.
Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan / punca / akibat
/ memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Kesimpulannya, kita wajib memastikan diri kita sentiasa berada di landasan akidah
yang betul agar tidak terpengaruh dengan amalan-amalan Taghut.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau
karangan pendek. Maka, tulis molek-molek ye…

Pengaruh ajaran sesat seperti Tuhan Harun yang mengaku dirinya sebagai tuhan
semakin menular dalam masyarakat Islam.

Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk mengelakkan diri daripada
terpengaruh dengan ajaran di atas ?

JAWAPAN :
Saya akan meningkatkan ilmu akidah dengan mempelajarinya dari
sumber-sumber yang tepat. Dengan hal yang demikian, saya dapat
membezakan di antara akidah yang benar dengan ajaran yang
menyesatkan. Kesimpulannya, kita wajib memastikan diri kita berada di
landasan akidah yang betul agar tidak terpengaruh dengan amalan
Taghut.
Soalan 1

Umat Islam yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan akan menjadi
umat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Huraikan hujan anda untuk menyokong pernyataan di atas.


[ 4 markah ]
ISI Membaca / memahami / mengamalkan al-Quran
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN akan menambahkan keyakinan terhadap Islam.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi,
sungguhpun, kerana, akan dll )

HURAIAN LENGKAP Secara tidak langsung, ianya akan membawa manusia ke arah
kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan
/ punca / akibat / memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran dan
hadis untuk menjadi personel yang cemerlang.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Soalan 2

Sabda Rasulullah SAW : “ Solat berjemaah lebih afdal daripada solat


secara bersendirian sebanyak 27 kali ganda ”.

Pada pandangan anda, apakah yang akan berlakunya sekiranya masyarakat


mengabaikan suruhan tersebut.
[ 4 markah ]
ISI Hubungan silaturrahim akan menjadi renggang
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN kerana kita tidak mengenali antara satu sama lain.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi,
sungguhpun, kerana, akan dll )

HURAIAN LENGKAP Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan tentang
kelebihan solat secara berjemaah.
Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan
/ punca / akibat / memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Oleh itu yang demikian, umat Islam perlu menghidupkan amalan solat
berjemaah untuk membina perpaduan dan keutuhan persaudaraan.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Soalan 3

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Sesungguhnya solat itu


mencegah kemungkaran ”. { al-Ankabut ; 45 }

Berdasarkan ayat di atas, mengapakah ramai orang yang solat tetapi masih
melakukan kemungkaran ? Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di
atas.
[ 4 markah ]
ISI Solat yang dilakukan itu tidak khusyuk/tidak sempurna/tiada penghayatan
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN menyebabkan mereka mudah digoda oleh syaitan.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi,
sungguhpun, kerana, akan dll )

HURAIAN LENGKAP untuk melakukan kemungkaran.

Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan /
punca / akibat / memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Oleh itu, kita hendaklah melakukan solat dengan sempurna dan penuh
penghayatan bagi memastikan ibadat kita diterima.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Soalan 4

Penghijrahan orang Muhajirin dari Mekah ke Madinah menunjukkan


ketaatan mereka kepada Rasulullah SAW yang telah membawa kepada
kemajuan yang besar pembentukan jati diri.

Merujuk perkara di atas, bagaimanakah anda dapat menghayati semangat hijrah


untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran ?
[ 4 markah ]
ISI Saya akan belajar bersungguh-sungguh
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN untuk menanmbah ilmu pengetahuan secara berterusan.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi,
sungguhpun, kerana, akan dll )
HURAIAN LENGKAP seperti mengulangkaji pelajaran secara berjadual / perbincangan
berkumpulan / sentiasa merujuk guru.
Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan /
punca / akibat / memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Secara tuntasnya, kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu sebanyak yang
mungkin untuk memastikan kejayaan pada masa akan datang.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Soalan 5

Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama setiap individu


muslim. Namun, mutakhir ini tugas itu sering diabaikan dan hanya diserahkan
kepada pihak-pihak tertentu seperti Majlis Agama Islam, para ulama dan guru-
guru Pendidikan Islam.

Kemukakan pendapat anda tentang pernyataan di atas beserta alasan.


[ 4 markah ]
ISI Saya tidak bersetuju
Jawapan kepada soalan.
HURAIAN kerana setiap orang wajib mencegah kemungkaran yang berlaku di depan
mata.
Sambung dengan kata hubung ( agar, apabila, atau, bahawa, hingga, jika, supaya, walaupun, tetapi,
sungguhpun, kerana, akan dll )

HURAIAN LENGKAP Ini sejajar dengan Firman Allah dalam Sural Luqman ayat 31.

Memberi keterangan, memberi contoh, memberi dalil al-Quran & hadis, memberi hikmah / kesan /
punca / akibat / memberi kata-kata hikmat & perumpamaan dll.

KESIMPULAN Secara tuntasnya, tanggungjawab membanteras kemungkaran wajib dipikul


oleh kita agar keharmonian dan keberkatan dapat dijelmakan.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi & huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada isi jawapan.
Kesimpulan hendaklah mnejelaskan tentang cadangan anda terhadap isu / soalan.
Mulakan dengan : “ Kita hendaklah ”, “ Secara tuntasnya ”, “ Kita mestilah”, dan lain-lain.
Semoga berjaya

You might also like