You are on page 1of 9

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

1.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………2

2.0 Pengenalan…………………………………………………………………………3

3.0 Kajian Kes………………………………………………………………………….5

4.0 Penutup…………………………………………………………………………….7

5.0 Rujukan…………………………………………………………………………….8

6.0 Lampiran…………………………………………………………………………..9

1
1.0 Pendahuluan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah rendah adalah salah satu
keperluan pada masa kini kerana proses perkembangan individu berubah mengikut
zaman dan peredaran masa yang menjadikan khidmat B&K adalah salah satu keperluan
di sekolah. Bermula pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan
jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah-sekolah menengah, yang menempat
mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan
dan Kaunseling. Menurut Ee Ah Meng (2011) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali
diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina
keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga
agama, bangsa dan negara.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor perlu lebih
proaktif untuk meningkatkan pencapaian sekolah dan murid-murid. Guru bimbingan dan
kaunseling perlu berusaha dengan lebih gigih supaya objektif perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling dapat di capai. Perkhidmatan yang di sediakan oleh kaunselor perlu
holistik dan pelbagai dan tidak tertumpu kepada permasalahan pelajar tetapi
pembangunan sahsiah serta laluan dan motivasi murid. Menurut Othman (1999)
perkhidmatan ini bukan kepada individu yang menghadapi masalah tetapi boleh diberikan
kepada mereka yang tidak mempunyai masalah. Menurutnya lagi, perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling juga boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dan
mencapai tahap perkembangan diri yang maksima
Pelbagai teori kaunseling yang dipelajari untuk menjadi panduan kepada kaunselor
bagi membantu klien untuk menemui jalan penyelesaian masalah mereka. Kaunselor
harus menggunakan pelbagai kaedah di dalam sesuatu teori kaunseling bertujuan untuk
membantu klien yang datang dari pelbagai budayan dan masalah yang berbeza. Unit
bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberikan
perkhidmatan yang cemerlang untuk menjamin perkembangan murid dalam 4 bidang
utama dapat dicapai sepenuhnya. Di samping itu, Kaunselor juga harus berusaha dalam
menambah nilai diri untuk dijadikan model dan rujukan oleh warga sekolah yang
memerlukan bantuan dan maklumat.

2
2.0 Pengenalan

Latar Belakang Pengasas Teori

Teori pemusatan klien dipelopori dan diasaskan oleh Carl Rogers yang dilahirkan di Oak
Park, Amerika Syarikat pada 8 Januari 1902. Beliau mempunyai 6 adik beradik dan
merupakan anak keempat dan tinggal bersama ibu bapanya. Ibu bapa Beliau merupakan
lulusan university dimana ayahnya seorang jurutera awam dan ibunya seorang suri rumah.
Carl Rogers hidup dalam keluarga yang mementingkan amalan kasih sayang dan
keluarga beliau sangat patuh dengan ajaran agama. Persekitaran Rogers mempengaruhi
teori yang diasakan oleh beliau yang sangat positif terhadap manusia.
Permulaan pendidikan Carl Rogers adalah belajar di Universiti Wisconsin dalam
bidang pertanian dan sering bertukar bidang kepada bidang sejarah kemudiannya bidang
agama dan pada akhirnya pada bidang psikologi klinikal. Beliau banyak memegang
jawatan penting ketika beliau berkhidmat di beberapa institusi seperti Ohio State
University, University of Chicago, dan University of Wisconsin. Beliau juga pernah di
calonkan untuk menerima Nobel Prize kerana banyak menceburi aktiviti kebajikan dan
keamanan dengan menggunakan kaedah pemusatan klien dan kepakarannya.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh
mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif
danmembina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang
boleh dirasai dan dialami. Carl Rogers sangat percaya terhadap manusia mempunyai sifat
positif dan unik dan menolak sepenuhnya kepercayaan yang di terangkan di dalam
psikoanalisis. Carl Rogers juga percaya bahawa setiap manusia jika diberi peluang dan
ruang mampu berkembang dan cenderung untuk memperoleh keupayaan semulajadi
untuk berkembang secara berperingkat menuju nirwana kendiri.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat
andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab.Manusia boleh
membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Ini
membuktikan teori yang diasaskan oleh Carl Rogers sangat positif terhadap manusia.
Suradi Salim (1996) menyatakan bahawa teori pemusatan klien mengandaikan manusia
mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi sepenuhnya iaitu
hidup dengan seberapa berkesan yang boleh.

3
Konsep Asas Teori

Teori Pemusatan Klien mementingkan peningkatan pemahaman diri, penerokaan diri dan
konsep kendiri yang berasaskan pemusatan klien. Teori ini juga mementingkan
penjelasan perasaan dan pemahaman masalah daripada klien itu sendiri. Kaunselor di
arah untuk menggunakan aspek yang penting di dalam teori ini seperti memahami dengan
empati dan kebolehan berkomunikasi tanpa prejudis dan menerima tanpa syarat
merupakan asas kepada terapi yang berkesan Bagi mengembangkan kendiri klien adalah
dengan membuat persekitaran yang kondusif terhadap klien.
Cara-cara melahirkan persekitaran yang kondusif adalah dengan mempratikan sifat
empati, menerima tanpa syarat, dan keaslian. Melalui sifat ini klien akan merasai diri
dihargai dan perkembangan kendiri klien akan berlaku dengan normal untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini kerana sifat yang ada pada kaunselor akan
melahirkan suasana yang trapeutik dan kondusif yang boleh dirasai oleh klien. Di dalam
teori ini klien hanya dibantu untuk membuka minda klien supaya memperoleh celik akal
untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Menurut Sharf (2000) seorang klien dibantu
agar lebih matang dan berkeupayaan dibantu kearah kesempurnaan kendiri dengan
syarat klien berjaya mengalih sekatan dan halangan yang dihadapi.

4
3.0 Kajian Kes

Pada permulaan kes ini adalah Ahmad adalah seorang yang sangat pintar dan cemerlang
dari aspek akademik sehingga sering membantu rakan-rakannya yang yang lain. Ahmad
sejak akhir-akhir mengalami masalah akademik dan pengurusan diri akibat daripada
masalah keluarganya iaitu ibu bapanya sering bergaduh dan mungkin akan bercerai.
Perkara ini mungkin menggangu pemikiran Ahmad sehingga melahirkan tingkah laku
seperti kurang bergaul dengan rakannya dan pengurusan dirinya agak terabai. Ahmad
yang kurang bergaul dengan rakan-rakan selepas kejadian ini berlaku mesti mempunyai
perasaan yang terpendam dan sesuatu yang ingin diluahkan.
Carl Rogers (1977) menyatakan teknik pemusatan klien menekankan peranan
kaunselor untuk membantu klien dan tiada pendekatan kaunseling yang khusus. Bagi
membantu Ahmad melalui teori pemusatan klien adalah dengan kaunselor harus
menyediakan persekitaran yang trapeutik untuk Ahmad yang dilanda kemurungan.
Menurut Othman Mohamed (2000) menyatakan bahawa hubungan teraputik boleh
berlaku dengan syarat kaunselor bijak mengendalikan sesi kaunseling. Kaunselor akan
mengadakan hubungan psikologi yang mantap dimana Ahmad yang berada dalam
keadaan tidak kongruen dan kaunselor yang berada dalam keadaan yang kongruen.
Kaunselor harus besifat asli terhadap Ahmad dan tidak mempamerkan kepura-puraan
terhadap Ahmad.
Ahmad akan dibimbing oleh kaunselor untuk membuat penerokaan diri bagi
membantu dia untuk memahami dirinya dan membolehkan dia menemui penyelesaian
yang mendatangkan persaaan puas terhadap dirinya. Kaunselor harus membuka ruang
yang selesa untuk Ahmad di dalam sesi supaya kepercayaan dia terhadap kaunselor
semakin kukuh dan berasa dirinya selamat daripada perasaan yang menggangu
fikirannya. Sifat penerimaan tanpa syarat yang ada pada kaunselor walaupun Ahmad yang
nampak selekeh dan tidak terurus membuatkan dia merasa dihargai dan proses luahan
perasaan oleh Ahmad semakin mudah.
Ahmad yang agak pendiam mungkin terdapat sesuatu yang menakutkan dirinya akibat
daripada pergaduhan ibu bapanya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kaunselor harus menunjukan sifat empati yang mendalam kepada peristiwa yang
membelenggu diri Ahmad. Melalui perkara ini Ahmad akan secara berperingkat membina
keyakinannya semula kerana perhatian yang sebelum ini hilang kembali diperoleh.
Menurut Corey (2011), empati membantu klien untuk menumpukan perhatian dan
menghargai pengalamannya, memberi perspektif baru terhadap pengalamannya sebelum
ini, membuat modifikasi terhadap diri dan persekitarannya, dan meningkatkan keyakinan
dalam membuat pilihan dan membuat tindakan.

5
Melalui sifat empati ini Ahmad akan dibimbing untuk mencari penyelesaian bagi
masalahnya dan memahami dirinya tentang perkara yang berlaku adalah pengalaman
yang akan meningkatkan keyakinan pada diri Ahmad. Menurut Watson (2003) mendapati
bahawa empati merupakan penentu yang paling berkuasa dalam menentukan kemajuan
klien dalam kaunseling. Sifat-sifat yang ada pada kaunseling sedikit sebanyak boleh
mengubah kembali sifat-sifat yang positif pada Ahmad semenjak dahulu. Keyakinan
Ahmad akan lebih bertambah untuk menhadapi masalah kerana merasai penghargaan
dari kaunselor sangat baik dan motivasinya akan meningkat dalam pelajran dan
pengurusan diri,
Di dalam sesi kaunseling sangat bergantung kepada perubahan yang dialami oleh
klien dengan bimbingan kaunselor. Perubahan seperti persepsi diri klien mengubah
pemikiran klien tentang isu yang dihadapi dengan berfikiran positif melalaui penerokaan
oleh kaunselor. Kaunselor juga perlu malihat perubahan personaliti Ahmad dari masa
kesemasa setelah sesi kaunseling tamat bagi melihat sejauh mana berjaya sesi yang
dilakukan. Perubahan ini meliputi akademik Ahmad yang sebelum ini baik berterusan dan
penampilan dirinya kembali terurus. Selain itu, kaunselor perlu melihat perubahan tingkah
laku Ahmad supaya dia benar-benar menggambarkan dirinya yang seperti sebelum isu ini
timbul.
Terdapat teknik di dalam teori pemusatan klien bagi klien yang tidak dapat membuat
keputusannya sendiri seperti pendapat secara tidak lansung daripada kaunselor. Perkara
ini akan membina buah fikiran Ahmad sekiranya benar-benar tidak tahu untuk membuat
penyelesaian masalahnya, Menurut Sapora Sipon dan Rohaya Hussin (2008) pendapat
tidak lansung ini kaunselor tidak akan dilabelkan memberikan pandangan dan cadangan
terhadap klien. Bagi isu yang di alami oleh Ahmad, kaunselor boleh menyatakan persoalan
“apa pandangan Ahmad jika anda menulis surat tentang perasaan anda kepada ibu bapa
Ahmad?”. Melalui kaedah ini Ahmad mula membina cara penyelesaian terhadap isu yang
dihadapinya itu.
Natalie Rogers anak perempuan Carl Rogers telah mengembangkan pendekatan
yang dipelopori oleh bapanya tetapi dengan memperkenalkan penggunaan seni ekspresif
dalam kaedah dan teknik. Proses pendekatan ini adalah Ahmad akan diminta untuk
melukis atau membuat apa sahaja yang ada dalam perasaannya tanpa ada gangguan
daripada persoalan kaunselor tentang apa yang telah dilukiskan. Setelah selesai seni
dihasilkan, klien akan membincangkan bersama kaunselor tentang apa yang telah dibuat
bagi memahami persaan klien dan menganalisis apa yang cuba di sampaikan oleh Ahmad
dalam bentuk lukisan atau hasil seni.Kaunselor perlu menyediakan peralatan seni dan
ruang yang selesa kepada klien bagi memudahkan luahan perasaan yang ada pada
Ahmad.

6
4.0 Penutup

Teori yang diasaskan oleh Carl Rogers ini kurang menekankan penggunaan teknik dan
kaedah kaunseling tetapi menyarankan tentang sifat yang perlu ada pada kaunselor untuk
menerima klien yang menghadapi masalah. Teori ini sesuai digunakan dimana sahaja
termasuk kepada timur kerana pendekatan dalam teori ini berlandaskan manusia yang
mempunyai sifat positif dan memandang manusia sebagai yang insan yang mampu
berkembang dan menentukan hala tuju kehidupan secara positif. Idea dalam teori ini juga
sangat mudah berbanding teori yang lain seperti teori psikoanalisis yang memakan masa
yang lama dan terlalu kompleks. Teori ini juga bergantung dengan kepakaran kaunselor
dalam mengendalikan sesuatu sesi bagi melihat keberkesanan sesi tersebut.
Namun begitu, disebabkan teori ini tidak mempunyai teknik khusus dalam kaunseling,
terdapat guru kaunseling yang terbiasa dengan kaedah teknik mungkin tidak selesa
terhadap penggunaan teori ini. Mungkin kita boleh menambah baik teori ini dengan
membuat teknik yang berkaitan pemusatan klien di samping menerapkan sifat kaunselor
kepada kaunselor yang sedia ada. Pendekatan seperti terapi seni, musik dan ujian-ujian
juga perlu diterapkan agar kaunselor mempunyai sukatan dan pananda ukur untuk
menganalisis masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga memerlukan kepakaran
yang tinggi untuk melakukan sesi menggunakan teori pemusatan klien kerana tugas
kaunselor adalah menyediakan ruang teraputik untuk klien.
Othman Mohamed (2000) menyatakan bahasa proses kaunseling menggunakan teori
pemusatan klien memerlukan hubungan yang rapat antara kaunselor dan klien. Hubungan
kaunselor dan klien yang baik amat penting dalam penggunaan teori, tetapi cara dan
kaedah membina hubungan yang baik ini kurang diterapkan. Oleh itu, kaunselor harus
memahami teknik sebenar untuk membina hubungan yang baik antara kaunselor dan
klien. Selain itu, konsep di dalam teori ini sukar difahami kerana penggunaan terlalu
abstrak. Pendekatan ujian-ujian projektif dan psikometrik perlu dibuat untuk memudahkan
analisis klien dilakukan. Hubungan yang rapat antara kaunselor dengan klien juga perlu
mempunyai batas di dalam teori ini bagi mengelakkan kebergantungan penuh terhadap
kaunselor.

7
5.0 Rujukan

Amir Awang (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Carl Rogers. (1977). Carl Rogers on personal power. New Jersey: Delacorte Press
Corey, G. (2011). Theory and practice of counseling and psychotherapy. Belmont: Brooks
Cole.
Ee Ah Meng. (1997). Perhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Edisi Kedua. Selangor,
Malaysia: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng. (2011). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Oxford Fajar Sdn
Bhd.
Othman, A. H. (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan insan. Sabah: Universiti Malaysia
Sabah.
Othman Mohamed. (2000). Teori Kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sapora Sinpon & Ruhaya Husin. (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Bandar Baru Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distribution Sdn. Bhd.
Sharf. R.S. (2000). Theory of Psycotheraphy and Counseling. New York: Brook and Cole
Watson, J.C. (2003). Client-centered and experiential psychotherapy. Ross-on Wye: PCCS
Brooks

8
6.0 Lampiran

You might also like