You are on page 1of 19

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING & PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

MODEL BRAMMER

NAMA PELAJAR NO MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
TENGKU NUR IFFAH BINTI TENGKU ZAINUZZAMAN M214025546

KOHOT :4
KOD KURSUS : KKI 6213
NAMA KURSUS : TEKNIK DAN PROSES KAUNSELING INDIVIDU
NAMA PENSYARAH : DR. ZAIDI BIN FADZIL K.B, P.A
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1
Biodata Tokoh 3
Definisi 4

FASA-FASA 5
Fasa 1 (Sebelum Proses Kaunseling) 5-6
Fasa 2 (Semasa Proses Kaunseling) 6-13
Fasa 3 (Selepas Proses Kaunseling) 14

PANDANGAN ISLAM 15-16

ANALISIS INDIVIDU 17

KESIMPULAN 18

RUJUKAN 19

2
PENGENALAN

Kaunseling merupakan hubungan interaksi dua hala yang aktif di mana seorang kaunselor

akan membantu klien memahami diri dan alamnya. Kaunselor tidak boleh memaksa klien

untuk menurut kata atau nilai yang dipegangnya tetapi kaunselor boleh memainkan peranan

yang aktif dalam memudahkan klien melihat ke dalam dirinya. Proses ini akan membantu

klien memahami diri dari segi kelemahan dan kekuatan, punca masalah yang sedang

dihadapinya dan bagaimana dia boleh memainkan peranan untuk menanganinya. Dalam erti

kata lain, kaunseling individu memberi klien ruang untuk meneroka, memahami dan mencari

penjelasan kepada corak kehidupan yang sedang dilaluinya dengan bimbingan seorang

kaunselor. Harapannya melalui proses kaunseling, klien akan berusaha untuk memperbaiki

diri ke arah yang lebih baik dan efektif.

Perhubungan menolong yang wujud dalam perkhidmatan kaunseling menekankan kepada

kerahsiaan di mana identiti klien dan maklumat yang dikongsi semasa sesi tidak boleh

dihebohkan kepada umum. Kaunselor mesti menghormati hak keistimewaan klien tersebut.

KENALI TOKOH

Lawrence Martin Brammer dilahirkan pada 20 Ogos 1922 di Crookston,Minnesota. Beliau

meninggal di Seattle, Washington pada 4 November 2018 di usia 96 tahun. Beliau

mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang Kaunseling Psikologi dari Universiti Stanford

pada 1950. Beliau berkhidmat selama 36 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau juga

berkhidmat di Universiti Washington sebagai Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan serta

Profesor dalam kaunseling psikologi. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai profesor di

Sacramento State University.

3
DEFINISI

Menurut Abdul Ghani (2003) kaunseling merupakan satu proses pertemuan bersemuka antara

kaunselor terlatih dengan seorang klien iaitu individu yang memerlukan pertolongan. Klien

ini mungkin datang sendiri atau telah dirujuk kepada kaunselor.

Menurut Sapura (2002) kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu

belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan dan tentang tingkah

laku yang dapat memajukan perkembangan mereka sendiri.

Menurut Geldard (1998) menyatakan kaunseling melibatkan perhubungan di antara kaunselor

dan orang yang memerlukan pertolongan. Perhubungan boleh jadi secara bersemuka atau

melalui telefon.

Menurut Brammer (1993) proses menolong digabungkan dengan personaliti unggul penolong

atau kaunselor dan dengan kemahiran tertentu akan menghasilkan kesan yang terbaik kepada

klien dan kaunselor itu sendiri. Menurutnya lagi, proses kaunseling mempunyai lapan

peringkat yang perlu dilalui iaitu penyediaan dan kemasukan, penjelasan perlunya klien

kepada kaunseling, menstruktur proses kaunseling selanjutnya, perhubungan mesra atau

membina hubungan, penerokaan masalah klien, pengukuhan apabila klien mengamalkan

kemahiran-kemahiran baru, perancangan yang rasional dan diakhiri dengan penamatan atau

merumus pencapaian.

FASA-FASA
4
FASA 1 : Sebelum Proses Kaunseling

Dalam fasa ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah mengkaji

latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teratur dan

sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar kliennya.

Kaunselor perlu menumpukan perhatian untuk menilai sejarah klien pada ketika itu agar

kaunselor dapat menanyakan soalan yang tepat kepada klien. Ditahap ini kaunselor tersebut

perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien dan seterusnya memberi pertolongan.

Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi

tersebut. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan

menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sedia membantu klien.

Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah:

1. Tempat sesi kaunseling dijalankan

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan

tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang bagi mengelakkan sebarang

gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan

klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut

dapat dijalankan dengan jayanya.

2. Tahap kemampuan kaunselor dengan klien

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan

sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yang kelihatan letih akan

menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka

pada tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak memberi

kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus

5
dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan dengan

lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakan sesi,

persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proses kaunseling.

Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah

sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai tanda persetujuan untuk

memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini, akan berubah pada

bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.

FASA 2 : Semasa Proses Kaunseling

Perkhidmatan kaunselor dapat bergerak ke fasa kedua, "selama prosedur kaunseling", setelah

tahap pra-persediaan dipastikan berjalan tanpa halangan. Peringkat penyediaan dan

kemasukan, penetapan/penjelasan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan,

dan perancangan semuanya termasuk dalam fasa ini.

1. Peringkat penyediaan dan kemasukan

Temu ramah ringkas sekarang akan dilakukan antara kaunselor dan pelanggan. Seorang

kaunselor harus menggunakan soalan terbuka untuk memudahkan proses temu ramah dan

menunjukkan tingkah laku yang bermanfaat. Penyesuaian harus dibuat pada kedudukan

badan kaunselor dan jenis tindakan menarik perhatian. Untuk memudahkan komunikasi,

pertimbangan juga harus diberikan pada jarak antara kaunselor dan pelanggan. Pada awal

hubungan antara pelanggan dan kaunselor, persekitaran juga merupakan komponen penting.

Ini sangat penting kerana persekitaran bilik yang tenang akan mendorong pelanggan untuk

mendedahkan emosi mereka.

Menurut Lawrence M. Brammer, (1973) dalam Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar

Mohd. Tamin, 2010 :

6
…… jarak kedudukan kerusi semasa temu bual lazimnya berbeza-beza dan bergantung

bagaimana mesra, selesa dan ikut serta klien itu sendiri. Sesetengah orang lebih suka

bersemuka dalam jarak terlalu dekat kerana merasa selamat dan dikawal……

Menurut Brammer dan Mac Donald ( 1996 ), pergerakan badan yang digunakan dalam

komunikasi termasuk gerak isyarat. Untuk memberi pemahaman yang jelas kepada pelanggan

mengenai apa yang harus dikatakan oleh kaunselor, kaunselor harus berhati-hati ketika

menggunakan isyarat atau isyarat nonverbal.

2. Peringkat penetapan/penjelasan

Pada ketika ini, kaunselor akan berusaha untuk memahami masalah dan pertanyaan klien

secara terperinci dan untuk menetapkan tujuan kaunseling yang diperlukan sesuai dengan

pilihan klien. Biasanya, dua pendekatan boleh digunakan:

i. Klien akan terus menceritakan kisah sekiranya klien mudah bercakap dan

menyatakan emosi kaunselor.

ii. Kaunselor harus cerdas dan menggunakan pertanyaan terbuka untuk mendorong

klien menceritakan kisah sekiranya klien merasa sukar untuk melakukannya.

Klien akan merasa takut dan takut sekiranya kaunselor menggunakan kaedah "soal selidik"

untuk menasihati mereka. Kaunselor perlu mahir dalam menerapkan strategi psikologi yang

7
dapat memupuk suasana ramah, hormat, dan terbuka. Bersama dengan bertindak sebagai

pendengar yang baik dan kritis, kaunselor harus membantu klien menangani perasaan dan

pengalaman yang menghalangnya pada masa itu. Selain itu, kaunselor harus membantu klien

dalam mengatur pemikiran mereka dan menentukan bentuk dan sifat bantuan yang mereka

perlukan. Pada tahap ini, ahli terapi juga harus memperhatikan dan mengetahui siapa yang

menghadapi masalah untuk terlibat — klien atau pihak lain. Ahli terapi juga harus

mengabaikan keinginan sebenar klien dan menetapkan objektif sebenar klien.

Kaunselor harus mengelakkan daripada mengemukakan soalan yang tidak mengubah

perjalanan topik atau memberi makna baru kepada klien, menurut Brammer dan Mac Donald

( 1996 ). Kaunselor membuat ayat dari komen klien untuk menghuraikan konsep. Kaunselor

harus memberitahu pelanggan, "Saya faham maksud anda" dan "Saya dapat memahami apa

yang telah anda lalui." Klien dapat mengetahui lebih lanjut mengenai realiti mereka dengan

menjelajahinya lebih jauh dalam senario ini, yang menggambarkan seorang kaunselor yang

sedang mendengar dengan penuh perhatian.

3. Peringkat penstrukturan

Diperingkat ini kaunselor dan klien akan menentukan sama ada hubungan mereka ini boleh

diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran

membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya

perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlu

menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah klien

melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahap

penstruturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong.

8
Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan

klien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk

menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankan

sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan.

Sesetengah para psikologi mengatakan proses merencana atau merangka ini sebagai proses

“kontrak” apabilan kedua-kedua belah pihak berjanji dan bersetuju melakukan sesi

kaunseling tersebut. Menurut Lawrence M. Brammer (1973) :

...... ini merupakan persetiaan antara pembantu dengan orang yang ditolong bahawa mereka

akan bekerjasama kearah mencapai matlamat yang ditetapkan. Setiap orang daripada mereka

akan memikul tanggungjawab tertentu dalam mencapai matlamat itu. Hasilnya nanti akan

menjadi bukti bahawa pertolongan itu telah pun berjaya... pembantu juga bersetuju

mencarikan beberapa jenis maklumat, membuat perancangan dan berikhtiar supaya proses

menolong itu berjaya. Setelah dia mendapati ketiga-tiga pilihan yang dipilih

itu, dia pun mengesah dan menghadkan data yang akan dipilih .....

Kontrak ini diikat antara klien dengan kaunselor atas persetujuan mereka. Kesediaan klien

menceritakan permasalahannya dengan tidak segan-silu atau secara terbuka, sementara

kesediaan kaunselor mendengar dengan cermat dan teliti, sambil memikirkan alternative yang

sesuai dan sesuai untuk diambil oleh kliennya merupakan satu jalinan dan ikatan kontrak.

4. Peringkat perhubungan

9
Di dalam proses kaunseling yang dihuraikan oleh Brammer, L.M (1973) di dalam Mok Soon

Sang,2008, salah satu perkara utama ialah membina hubungan. Perkara ini adalah amat

penting dalam peringkat pertemuan awal, perkembangan perhubungan dan penerokaan.

Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubungan

antara kaunselor dan klien. Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan

rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat ini kaunselor

harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta menunjukkan

kemesraan. Antaranya ialah :

a) Membina Suasana Alam Sekeliling yang Kondusif

Tempat yang sesuai amat diperlukan semasa mengendalikan sesi kaunseling. Kerusi meja

yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang, bergoyang-

goyang hingga menganggu tumpuan atau pemikiran, keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu

sempit atau terlalu bising. Elakkan tempat lalu-lalang yang boleh menganggu tumpuan klien

atau kaunselor. Pastikan juga tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang

berhampiran atau fail dan buku-buku yang

bertimbun atau berselerak sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.

b) Penampilan Diri

Pandangan pertama amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang telah

terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan penampilan kaunselor,

ia merupakan ciri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor atau

klien hendaklah berpakaian mengikut norma-norma tempatan, tidak keterlaluan sehingga

klien memerlukan masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya.

10
c) Ekspresi Muka / Wajah

Ekspresi wajah timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri

individu juga perlu diambilkira. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu

menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para

kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien.

d) Cara Duduk dalam Kaunseling

Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang

bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit kearah orang yang bercakap

dengannya.

e) Senyuman

Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di peringkat awal

sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik

antara kaunselor dengan klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam

sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian akan mengakibatkan kesilapan

interpretasi di kalangan klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien

mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keaadaan serba salah.

Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan

kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang

dijalankan itu sesuai dan menepati

matlamatnya.

5. Peringkat penerokaan

11
Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian,

matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara proses untuk

mencapai matlamat yang boleh dilakukan oleh kaunselor pada peringkat penerokaan ini

adalah:

i. Mengekal dan mengeratkan perhubungan dengan mewujudkan perasaan yakin,

percaya dan selamat timbul dipihak klien.

ii. Mengurus perasaan klien dan kaunselor sekiranya ada yang mengganggu

proses mencapai matlamat.

iii. Menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai

kesedaran kendiri.

iv. Menggalakkan klien menjelaskan dan menyatakan matlamat secara jelas dan

spesifik.

v. Kumpul semua fakta yang boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah

klien.

vi. Kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan atau menamatkan

hubungan sesi kauseling.

vii. Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang kemahiran-

kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya.

12
viii. Menyediakan latihan kepada klien yang boleh meningkatkan pencapaian klien

mencapai matlamat.

Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergas dalam tindakannya.

Kaunselor seharusnya semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya. Kaunselor

juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien.

6. Peringkat pengukuhan

Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang

perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya. Kemahiran-

kemahiran baru juga diamalkan. Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya

secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-bolehnya, sesuatu pilihan telah

dibuat, diterima dan diyakinkan serta disepadukan mengikut proses-proses yang telah

dipersetujui.

7. Peringkat perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada

rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klien

merancang strategi-strategi yang harus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan

strategi tersebut. Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang

diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakan yang bakal diambil.

13
FASA 3 : Selepas Proses Kaunseling

8. Peringkat Penamatan

Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau

pencapaian klien akan dirumuskan, jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak

dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirumuskan bahawa peringkat

penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau

teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin sesi

dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkan ini tidak

bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselor harus mengikuti

perkembangan klien yang dibantunya.

14
PANDANGAN ISLAM

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG KAUNSELOR

1. Pengetahuan dan kemahiran

Selain itu, kaunselor perlu mempunyai kepakaran industri. Islam melarang seseorang

daripada melakukannya atau mengatakan sesuatu yang dia tidak tahu, seperti ketika

seseorang tanpa latihan perubatan berusaha menyembuhkan penghidap jantung. Islam

mendorong penganutnya untuk menjadi profesional, pakar dalam subjek mereka ( itqan ), dan

mematuhi iltizam.

Orang menyebut Allah Maha Kuasa sebagai "Pertolongan Cemas" dan mengatakan perkara-

perkara mengenai dirinya yang tidak mereka fahami. Ayat 66 dari Surah Ali-Imran dari Al-

Quran mempunyai gurauan mengenai perkara ini. Walaupun ayat ini merujuk kepada

kejadian konflik antara Yahudi dan Kristian mengenai Abraham a.s., keseluruhan ajarannya

menunjukkan bahawa Allah menolak sikap membincangkan ( atau bertindak berdasarkan )

perkara yang tidak kita fahami. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui,

maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah

mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. (surah ali imran : 66)

2. Bersangka baik

Tindakan terbaik adalah dengan terus mempraktikkan kaunseling yang dianggap perlu oleh

Al-Quran, dan bukannya hanya memikirkannya. Prasangka harus dielakkan kerana boleh

menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Firman Allah s.w.t :

15
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya

sebahagian prasangka dosa,” (al-quran. Al-Hujurat 49:12)

3. Mengekalkan hubungan baik selepas sesi pertemuan

Namun, setelah berakhirnya perjumpaan saudara Muslim, hubungan silaturrahim yang baik

harus dijunjung. Sebabnya adalah bahawa di bawah Islam, hubungan antara umat Islam tidak

terikat secara teknikal oleh ruang atau masa. Firman Allah s.w.a :

“Sebenarnya orangorang yang beriman itu bersaudara…” (al-quran. Al-Hujurat 49:10)

4. Mengambil maklumat klien mengikut keperluan sahaja

Kaunselor tidak dibenarkan mendapatkan maklumat klien yang tidak berkaitan dengan klien

mungkin menganggapnya memalukan atau tidak relevan. Ketahui mengenai topik yang tidak

berkaitan dengan tuntutan Islam mengenai hak asasi manusia. Firman Allah:

“dan janganlah kalian mencari kesalahan, dan janganlah mengumpat sebahagian kalian

sebahagian yang lainApakah menyukai salah seorang di antara kalian untuk memakan daging

saudaranya yang mati? Tentu kaliamerasa jijik terhadapnya..” ( Al-Hujurat 49:12)

16
ANALISIS INDIVIDU

Menurut Model Brammer semasa Fasa 1 yang mana dua komponen dititik beratkan iaitu

komponen tempat sesi dijalankan dan komponen tahap kemampuan kaunselor dengan klien.

Jika dilihat dari segi kedua-dua komponen tersebut merupakan elemen yang agak penting

dalam memulakan hubungan baik kaunselor dan klien bagi proses kaunseling yang akan

dijalankan.

Namun, dalam Fasa 2 Model Brammer semasa proses kaunseling dijalankan melibatkan

beberapa peringkat proses iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,

penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan. Juster, jika

penguasaan dan kefahaman terhadap teori berada pada tahap tidak menguasai

berkemungkinan proses kaunseling tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan mungkin

hanya berbentuk nasihat. Kaunselor yang beroperasi tanpa teori cenderung untuk memberi

nasihat (Corey,2005) dan memberi nilai (Brammer,1993) kepada klien. Jika ini berlaku

bermakna ia tersasar daripada konteks hubungan kaunseling.

17
KESIMPULAN

Proses kaunseling merupakan proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila

wujud persetujuan antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanaan proses

tersebut. Melalui fasa-fasa yang diwujudkan dan dikompilasikan oleh Brammer dalam

modelnya, ia dapat dipraktikkan secara efisien oleh kaunselor kerana penelitian semasa

proses kaunseling dijalankan adalah ditiitkberatkan. Kaunselor juga perlu berhati-hati dalam

menggunakan Model ini dan sekiranya kaunselor kurang kemahiran, ia hanya akan menjadi

sebuah sesi menasihati. Proses boleh ditamatkan apabila klien telah memperoleh jalan

penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap pokok perbincangan yang dibawa oleh

kaunselor. Kerjasama antara kaunselor dengan klien adalah amat penting bagi menjamin

keberkesanan sesi kaunseling tersebut. Selain itu, kaunselor dan klien harus sedar bahawa

mereka mempunyai tanggung jawab dan tugas penting yang harus dilaksanakan sepanjang

sesi kaunseling dilaksanakan. Namun demikian, adakalanya berlaku kontra-produktif dari

proses bimbingan dan kaunseling professional, seandainya tidak terjadi kerjasama yang padat

antara kaunselor dengan klien kerana adanya beberapa kemungkinan ketidak efektifan proses

kegiatan kaunseling.

18
RUJUKAN

Abdul Ghani Sulaiman. (2003). Kemahiran Asas Kaunseling. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling.Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Selangor.

Sapora Sipon. (2002). Pengantar Kaunseling. Prentice Hall.

Brammer, M. Lawrence. (1993). The Helping Relationship Process and Skills fifth edition.
Allyn and Bacon.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim,Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali dan Hanit Osman.
(2016). Kaunseling Dalam Islam Edisi Kedua Cetakan Keempat. Penerbitan Universiti Sains
Islam Malaysia.

Muhd Mansur Abdullah dan siti Nordinar Mohd. Tamin (2010). Pengantar Kaunseling Edisi
Kedua. Dewan Bahsa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

19

You might also like