You are on page 1of 5

Bincangkan keperluan GBK untuk memahami konsep dan prinsip

bimbingan dalam melaksanakan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Pada mulanya,apakah konsep bimbingan? Bimbingan bermaksud suatu


konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain.
Apakah prinsip bimbingan? Seorang pembimbing hendakalah dilengkapi
dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses menolong orang lain.
Dia hendaklah memahami tentang tabiat manusia dan kemahiran komunikasi
antara manusia. Segala maklumat apabila disampaikan dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling adalah rahsia. Kaunselor pulalah bertindak adil
dan bermoral. Kepentingan pelajar perlu diutamakan apabila perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dilaksanakan.
GBK perlu memahami konsep dan prinsip bimbingan supaya PBK dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sebab:

 Memberikan sokongan psikologikal dari aspek penyesuaian diri. Pelajar akan


dibantu oleh gbk untuk menyelesaikan masalah.
 Kesihatan mental disini bermaksud pelajar-pelajar hendaklah berada dalam
keadaan yang sihat
 Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih
produktif dan memuaskan.
 Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif
dengan orang kelilingnya.
 Membantu klien membuat keputusan dengan lebih rasional.
 Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dalam kesusahan.
Prinsip:

PELUANG
 Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang
oleh guru mereka untuk diberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang
agama mahupun kepercayaan.
TANGGUNGJAWAB
 Bimbingan dan kaunseling ini merupakan tanggungjawab
bersama dimana kerjasama harus wujud bukan sahaja antara
kaunselor dan klien yang memerlukan bimbingan malahan juga
antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat
dan ibu bapa kepada klien.
MENGIKUT PROSEDUR ATAU TATACARA
 Perkhidmatan ini haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan
atau tatacara yang ditetapkan.
HUBUNGAN MESRA DAN KEPERCAYAAN
 Kaunseling ialah interaksi antara klien dan kaunselor
TIADA PAKSAAN
 Bimbingan ini hanya boleh dijalankan kepada klien yang rela menerima
teguran dan tidak boleh dipaksa, termasuklah didalam pemilihan
tempat untuk perbincangan.
DITEMPAT YANG KHAS
 Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan klien di
dalam bilik yang disediakan khas untuk proses bimbingan.
DIURUS MENGIKUT ETIKA
 Segala maklumat klien adalah dianggap sulit dan hanya boleh
didedahkan kepada pihak bersama membantunya sahaja atas
persetujuan klien itu sendiri.
DIJALANKAN DALAM SITUASI BERSENDIRIAN
 Proses bimbingan dan kaunseling ini hendaklah dijalankan dalam situasi
bersendirian antara kaunselor dan klien.
MERANCANG TINDAKAN SUSULAN
 Tindakah susulan hendaklah difikirkan oleh kaunselor selepas proses
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan agar memastikan
masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak
akan timbul semula.
DIURUSKAN KAUNSELOR BERTAULIAH
 Perkhidmatan kaunseling hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang
bertauliah ataupun guru bimbingan yang terlatih.

You might also like