You are on page 1of 10

KOD ETIKA KAUNSELOR

PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA


(PERKAMA)
PENGENALAN

 Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga
menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng
daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard
perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-
rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya.la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku
yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
 Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk
hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling
itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni
 Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah
menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada
semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.
 Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor
dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan
tanggungjawab
 Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai
instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan
kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga
tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin
kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan
keadilan yang maksimum.
 Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis
Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika
SKOP KAUNSELING

 Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi


peluang kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang
lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usahakerja dengan
individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza
mengikut klien.
 Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan
(developmental), analisa dan penyelesaian masalah, membuat
keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri,
meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik
dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan
interaksi dengan individu lain.
 Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam
menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati
martabat diri, nilai dan keupayaannya
KOD TATALAKU

 Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara


standard dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti
profesion kaunseling.
 Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam
bidang profesionnya.
 Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion
kaunseling.
 Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular
supervision) dan sokongan perundingan (consultative support)
KLIEN

 Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien


individu atau klien korporat (organisasi).
 Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat
yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan
membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.
 Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien
 Semasa perhubungan kaunseling , kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan
fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri
sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam
apa bentuk sekalipun.
 Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati
keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
 KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan
diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan
fisikal, mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun.
 Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses
dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
 Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat
awal sesi kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.
 Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan
boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
 Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan
kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn
keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya
mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain
yang terlibat.
 Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara,
kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya
atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian
terhadap prestasinya.
 Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling
atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain.
 Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak
menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
 Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar
daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak
berkenaan.
 Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi
kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan
kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan
RAKAN PROFESIONAL

 Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat


tahap kecekapan professionalisme masing-masing.
 Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati,
adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.
 Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan
kaunselor yang tidak beretika
 Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,
membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya
akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak
beretika
MASYARAKAT
 Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya
masyarakat di mana dia berkhidmat.
 Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

ORGANISASI / MAJIKAN
Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Peranan kaunselor
dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip
berikut:-
 Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat
dia berkhidmat.
 Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan organisasinya

You might also like