You are on page 1of 9

PERANAN KAUNSELOR

perkhidmatan kaunseling bukanlah satu fenomena baru di Malaysia, Universiti Kebangsaan


Malaysia mula mewujudkan program peringkat diploma psikologi (kaunseling) pada tahun 989
dan universiti pertanian malaysia menawarkan kursus di peringkat sarjanamuda pada tahun 98.
Bidang perkhidmatan bimbingan kaunseling ini makin mendapat perhatian masyarakat,
Perkhidmatan bimbingan kaunseling di sekolah – sekolah telah diwujudkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984 terdapat beberapa institusi pengajian tinggi di
Malaysia mula menawarkan kursus di peringkat pra siswazah dan pasca siswazah sebagai
contohnya institusi seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara Malaysia dan beberapa
ipTa yang lain. matlamat umum pendidikan bimbingan kaunseling ini diwujudkan adalah untuk
melatih dan menyediakan bakal kaunselor yang boleh dibekalkan di semua sektor perkhidmatan
di malaysia. perkhidmatan kaunseling telah mendapat tempat dalam masyarakat dan institusi-
institusi di malaysia, sesuai dengan perkembangan, pembangunan dan perubahan masyarakat dan
institusi keluarga. di samping perkembangan yang berlaku dalam bidang ekonomi, teknologi,
budaya, politik dan perubahan yang berlaku dalam nilai, sosial dan tradisi masyarakat
Persekitaran kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan yang semakin mencabar yang dihadapi oleh
masyarakat pada hari ini telah menggalakkan dan meningkatkan kesedaran untuk
mengembangkan perkhidmatan kaunseling sebagai satu aktiviti dalam bentuk `nasihat’ atau
kaunseling sebagai satu bentuk pertolongan untuk kesejahteraan insan terutama kepada
pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Setiap kaunselor yang memberikan perkhidmatan adalah tertakluk kepada beberapa etika dan
perundangan akta Kaunselor 1998 dan peraturan Kaunselor 1999 seperti berikut:

i. mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk


kepentingan dirinya sendiri;
ii. menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi
semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan, jika mengikut budi bidara kaunselor
maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain
di persekitarannya;
iii. memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;
iv. memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah
lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang
dibuat oleh klien kemudiannya;
v. menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling yang diberikan;
vi. merujukkan kliennya kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar itu
mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran
kaunselor berdaftar itu.

Kod Tatalaku Pegawai Rundingcara

• Pegawai Rundingcara hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara identity sebagai


seorang Pegawai Rundingcara dan integriti perkhidmatan rundingcara.

• Pegawai Rundingcara hendaklah seorang yang bersahsiah mulia, professional,


bertanggungjawab (akauntabiliti), berdaya saing ( kompetetif) dan berwibawa.

• Pegawai Rundingcara hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,


kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif


dan jujur selaras dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.

• Pegawai Rundingcara ditegah daripada terlibat dengan kegiatan yang menyalahi akidah,
perlakuan jenayan dan perkara yang boleh mendatangkan keresahan, ketegangan dan perpecahan
di kalangan masyarakat.

• Pegawai Rundingcara hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat pada setiap
masa.
• Pegawai Rundingcara mestilah diawasi dan dinilai tugas rundingcaranya oleh ketua melalui
penyeliaan lazim dan sokongan perundingan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP KLIEN

• Pegawai Rundingcara bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada


klien individu atau klien kelompok.

• Pegawai Rundingcara hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat
yang diperolehi semasa rundingcara melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau
orang di persekitarannya. 20 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

• Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya


klien.

• Semasa menjalankan sesi kaunseling, Pegawai Rundingcara hendaklah memelihara


kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri
sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara dengan hikmah dan adil serta
tidak dipengaruhi oleh keadaan atau klien.

• Pegawai Rundingcara hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap


bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Pegawai Rundingcara juga perlu menghormati
keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

• Pegawai Rundingcara hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapannya.

• Pegawai Rundingcara tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan


diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau
diskriminasi dalam bentuk apa-apa pun.
• Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan proses dan
implikasi perkhidmatan rundingcara secara jelas dan difahami oleh klien.

• Pegawai Rundingcara hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi
rundingcara mengenai batasan umur kerahsiaan.

• Persetujuan antara Pegawai Rundingcara dengan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak
semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

• Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya,
Pegawai Rundingcara hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien
dan orang yang terlibat.

• Pegawai Rundingcara tidak digalakkan memberikan perkhidmatan runding cara kepada saudara
mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai
hubungan dengan pihak pentadbirannya yang membuat penilaian.

• Pegawai Rundingcara tidak dibenarkan meninggalkan sesi runding cara seperti yang
dijadualkan tanpa alasan yang munasabah.

• Pegawai Rundingcara tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling
atau ingin bertukar kepada Pegawai Rundingcara yang lain.

• Pegawai Rundingcara hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani runding cara
dengan Pegawai Rundingcara yang lain pada masa yang sama.

• Sekiranya mengikut pertimbangan Pegawai Rundingcar klien memerlukan perkhidmatan luar


daripada bidang kepakarannya Pegawai Rundingcara hendaklah merujuk klien tersebut kepada
pihak yang berkenaan.

• Pegawai Rundingcara hendaklah menjalankan sesi rundingcara di tempat yang selesa dan
private. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya,
termasuk juga sesi rundingcara yang dirakam atau dipitavideokan.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI RUNDINGCARA TERHADAP MASYARAKAT

• Pegawai Rundingcara hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat


di mana dia berkhidmat.

• Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan


tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

• Pegawai Rundincara tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa hokum dan perkara khilafiah
yang akan mengelirukan masyarakat

Peranan Kaunselor Di Institusi Pendidikan

o dipanggil Kaunselor Pelajar/Sekolah atau Guru Bimbingan dan Kaunseling


o menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling berdasarkan Panduan Perlaksanaan
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah

American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab


profesional kaunselor sekolah seperti berikut:

1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial
dan psikologi di tempat dia berada.

2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.

3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat


keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan
memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu
supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.

5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran


perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan
lain.

6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di


sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

7. Membantu ibubapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-


keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya

8. Membuat interpretasi kepada komuniti peri pentingnya hal bertimbang rasa dan memberi
sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk


perkembangan penuntut.

10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi


memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.

Kod Etika Kaunselor/Guru Bimbingan

o Kaunselor mesti menghormati martabat setiap klien dan menerima tanggungjawab untuk
menjaga rahsia kliennya
o Kaunselor mesti menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan
daripadanya.
o Seorang kaunselor secara aktif memperkembangkan konsep kaunseling sebagai kerjaya
profesional

o Kaunselor perlu mendapat kerjasama dan bantuan daripada kakitangan dan pentadbir lain
untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah.

o Jika perlu, kaunselor hendaklah merujuk klien kepada pihak yang sesuai. Jika ini
dilakukan, kaunselor perlulah selalu membuat rujukan untuk mempastikan klien tersebut
menerima kaunseling berterusan.

o Sebagai salah seorang kakitangan sekolah, kaunselor hendaklah menerima


tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut
mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan
bijaksana.

o Kaunselor perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Dia hendaklah berusaha
menambah pengetahuannya untuk membaiki lagi perhidmatannya.

o Kaunselor mencari dan mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakan.

o Kaunselor perlulah mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulan-kumpulan


profesional yang lain.

o Kaunselor perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan untuk


pertumbuhan peribadinya atau perkembangan kerjayanya.

o Kaunselor patut menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

• Pegawai Rundingcara hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan


Jabatan tempat dia berkhidmat.

• Pegawai Rundingcara hendaklah berusaha untuk mengikut polisi dan prosedur serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam


organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan.

• Pegawai Rundingcara tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang menyentuh perkara dasar
kecuali setelah mendapat kelulusan daripada majikan.

• Pegawai Rundingcara tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan di akhbar kecuali dengan
kebenaran majikan.

• Pegawai Rundingcara tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapannya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja


dengan ketua dan stafnya mengenai khidmat rundingcara khususnya mengenai unsur kerahsiaan
perbezaan atau fakta umum atau peribadi beban kerja dan akauntabiliti.

• Pegawai Rundingcara hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang
boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

• Pegawai Rundingcara hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari semasa
ke semasa.
• Pegawai Rundingcara hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya
untuk diri dan stafnya.

You might also like