You are on page 1of 14

Etika Kerahsiaan

Sesi kaunseling yang dijalankan menggunakan etika yang telah disediakan oleh
PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Semua nama dan maklumat yang
diberikan kepada kaunselor tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa
tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kaunselor peroleh dari anda ialah alamat emel
anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kaunselor. Itu sahaja.
Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kaunselor, selepas pihak kami
memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala hubungan kaunselor - klien akan
terlerai. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan
membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.

SKOP ETIKA

Kod Etika Kaunselor ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

1. Bahagian A

: Tanggungjawab Kaunselor.

2. Bahagian B

: Perkhidmatan Persendirian.

3. Bahagian C

: Penyelidikan Dan Penerbitan.

4. Bahagian D

: Latihan.

5. Bahagian E

: Pengukuran Dan Penilaian.

BAHAGIAN A: TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Bahagian ini menerangkan tatalaku kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab


terhadap profesion, klien, rakan profesional, organisasi/majikan dan masyarakat.

Bahagian A1: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Profesion


1. Pengetahuan tentang etika:
Kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia
(Lembaga Kaunselor) serta menggunakannya sebagai panduan dalam memberikan
perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah menjaga tatalaku demi memelihara
piawai dan identiti sebagai seorang kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling.
2. Meningkatkan kecekapan:

Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,


kecekapan, dan kemahiran dalam bidang profesionya. Kaunselor perlu mengemaskini
kecekapan dan kemahiran tersebut dengan latihan berterusan.

3. Memupuk nilai-nilai moral:


Kaunselor hendaklah berusaha memupuk ciri-ciri moral dan personal yang dianggap
penting dalam memberi khidmat yang beretika. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk
adalah seperti berikut:
Empati - Kebolehan menyampaikan kefahaman tentang pengalaman seseorang dari
perspektif orang tersebut.
Intergriti berusaha ke arah sikap bermoral dalam hubungan dengan orang lain dengan
menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan.
Daya tahan terus berusaha membantu klien tanpa rasa putus asa.
Kesedaran kendiri keupayaan menilai secara tepat dan mengakui kekuatan dan
kelemahan diri.
Kebijaksanaan mampu membuat keputusan dengan berhemah.
Keberanian berupaya bertindak walaupun berada dalam keadaan berisiko dan
ketidakpastian.
Spiritual berusaha meningkatkan nilai dan amalan kerohanian sebagai salah satu
aspek kehidupan
4. Penyeliaan:
Kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas
kaunselingnya oleh penyelia profesional secara berterusan. Dalam mengamalkan
kepakaran baru kaunselor perlu mendapatkan pendidikan, latihan dan penyeliaan yang
diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran tersebut.

5. Kecekapan Profesionalisme:
Kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran
dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan,
dan pengalaman yang diselia. Kaunselor tidak menjalankan kaunseling, konsultasi, dan
menyampaikan maklumat dalam bidang di luar kepakarannya.

6. Kesedaran ketidakupayaan:
Kaunselor hendaklah sedar terhadap sebarang ketidakupayaannya dari segi fizikal,
mental, dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai seorang profesional.
Kaunselor harus menghindari daripada memberi khidmat kaunseling profesional apabila
mendapat tanda-tanda tersebut. Kaunselor perlu merancang dan membuat persediaan

untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada rakan profesional yang dikenal pasti jika
terjadi ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan amalan.

7. Konflik kepentingan:
Kaunselor perlu mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan
diantara dirinya dengan klien. Sekiranya konflik ini berlaku, kaunselor perlu membuat
keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan untuk mengekalkan
kepercayaan terhadap profesion kaunseling.

Bahagian A2: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien.

1. Menjaga Kepentingan Klien:


Kaunselor mengutamakan kepentingan klien berbanding dengan kepentingan sendiri.
Dalam kes-kes di luar kemampuan kaunselor maka dengan persetujuaan klien sesi perlu
ditamatkan dan /atau dirujuk kepada kaunselor atau profesional lain.

2. Menghormati dunia persendirian klien:


Kaunselor hendaklah menghormati dunia persendirian klien termasuk perkara sulit dan
peribadi melainkan perkara itu membahayakan klien atau orang lain.

3. Kerahsiaan:
Kaunselor hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperoleh semasa sesi
kaunseling kecuali maklumat itu membahayakan klien dan orang lain, dan di atas
tuntutan undang-undang.

4. Pengetahuan pelbagai budaya:


Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai
budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

5. Kesejahteraan klien:
Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan
fizikal dan psikologi klien, dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien untuk
kepentingan diri sendiri dalam apa bentuk sekalipun. Dalam kes-kes di mana

keselamatan fizikal klien terancam, keutamaan hendaklah diberikan kepada keselamatan


klien.

6. Gangguan seksual:
Kaunselor dilarang sama sekali melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan
seksual dengan klien, bekas klien dan ahli keluarga mereka.

7. Menghormati keputusan klien:


Kaunselor hendaklah memupuk sikap bertanggungjawab klien terhadap tingkah
lakunya dan menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

8. Keadilan:
Kaunselor perlu berlaku adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan
etnik, jantina, agama, status, ideology, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk
sekali pun.

9. Membekalkan maklumat:
Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling.

10. Kebenaran bermaklum:


Kaunselor hendaklah mencapai persetujuaan bermaklum dengan kliennya di peringkat
awal sesi kaunseling mengenai batasan kerahsiaan dan hal-hal lain mengenai proses
kaunseling. Apa-apa persetujuaan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan
boleh disemak dan diubah dengan persetujuaan bersama.

11. Budibicara kaunselor:


Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien mengikut pertimbangan kaunselor
menunjukan dengan jelas , diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, kaunselor
hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga
kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Larangan dalam hubungan dwi:

Kaunselor hendaklah menghindari diri daripada memberi perkhidmatan kaunseling


kepada klien yang mempunyai hubungan intim dengannya seperti keluarga, sahabat
karib, ataupun mereka yang mempunyai hubungan pentadbiran dan penyeliaan
dengannya.

13. Kebebasan klien menamatkan sesi:


Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak
menjalankan kaunseling dengan kaunselor lain pada masa yang sama. Bagaimanapun
kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau
ingin menukar kepada kaunselor yang lain. keputusan klien mesti dihormati.

14. Rujukan:
Kaunselor perlu merujuk klien kepada profesional lain sekiranya mengikut
pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang
kepakarannya atau profesional lain. Rujukan ini hendaklah dilakukan dengan
persetujuaan klien dan satu laporan rujukan secara bertulis perlulah disediakan kepada
profesional yang dirujuk. Perhatian sewajarnya perlu diambil untuk memastikan
penerimaan rujukan dapat memberi khidmat yang diperlukan, kerahsiaan terus
dibekalkan dan klien mendapat manfaat dalam proses rujukan.
15. Kemudahan kaunseling:
Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang boleh memelihara keselesaan dan
kerahsiaan sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain
melainkan dengan kebenarannya termasuk sesi kaunseling yang dirakam melalui cara
audio dan video.

16. Rekod kaunseling:


Kaunselor dikehendaki membuat laporan dan menyimpan rekod sesi kaunseling
dengan selamat. Semua rekod perlu dirahsiakan.

17. Pendaftaran dan sijil amalan:


Semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan diri serta
memperolehi sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sepertimana dikehendaki
di bawah Seksyen 26 dan 28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Bahagian A3: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional.

1. Kecekapan :Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkatkan tahap


kecekapan profesional masing-masing secara berkesan.
2. Sikap Hormat, Adil dan Terbuka :
Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap hormati, adil dan terbuka terhadap rakan
profesional.

3. Mencegah, Memperbetul atau Melapor Perlakuan :


Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetul dan melapor perlakuan
rakan kaunselor yang tidak beretika.
4. Menyokong Rakan Kaunselor :
Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu serta membela rakan
kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Bahagian A4: Tanggungjawab Terhadap Organisasi/ Majikan.

1. Persetujuan/Perjanjian :
Kaunselor hendaklah mematuhi perjanjian yang dipersetujui dengan organisasi tempat
beliau berkhidmat.
2. Mematuh Dasar dan Prosedur :
Kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras
dengan dasar dan prosedur organisasi.
3. Mencegah Diskriminasi :
Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan
dalam perlaksanaan polisi amalan kerja.
4. Mengelak Salahguna Kemudahan :
Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Kelulusan dan Kepakaran :


Kaunselor hendaklah menyatakan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.

6. Menjalin Hubungan Profesional :


Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia dan staf yang
lain bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor juga hendaklah

memberi kefahaman kepada semua pihak dalam organisasi tentang perbezaan di antara
maklumat umum dengan maklumat khusus serta aspek kebertanggungjawaban.
7. Penilaian Kendiri :
Kaunselor hendaklah sentiasa menilai keupayaan kendiri serta membenarkan dirinya
dinilai secara profesional dari masa ke masa.

8. Peningkatan Kerjaya :
Kaunselor hendaklah bersama-sama organisasi bertanggungjawab ke atas peningkatan
kerjaya untuk diri dan staf lain.
9. Advokasi :
Kaunselor dikehendaki membela, menyokong dan memperjuangkan perkhidmatan
kaunseling pada semua peringkat dalam organisasi tempat beliau berkhidmat dan dalam
masyarakat.
10. Konsultasi :
Kaunselor bertanggungjawab menyediakan sumber dan kecekapan serta rujukan yang
sesuai dalam memberi perkhidmatan perundingan apabila diperlukan.
Bahagian A5: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat.

1. Menghormati Perbezaan Budaya :


Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di
mana dia berkhidmat.
2. Mematuhi Undang-undang :
Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasanya
berlandaskan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

BAHAGIAN B: PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

Bahagian ini merangkumi pengiklanan, pengurusan dan fi dalam perkhidmatan


kaunseling.

Bahagian B1: Pengiklanan

1. Kelulusan profesional :

Dalam menjalankan perkhidmatannya, kaunselor hendaklah menyatakan secara benar,


lengkap, tepat dan tidak mengelirukan mengenai:
Kelulusan tertinggi yang berkaitan
Bidang kepakaran,
Jenis perkhidmatan,
Penerangan mengenai perkhidmatan,
Sijil pendaftaran
Sijil Amalan.
2. Pengiklanan yang tepat :
Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan
menggunakan nama organisasi tersebut dalam iklan kecuali dengan kebenaran
organisasinya. Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu
organisasi sehingga memberikan gambaran palsu bahawa organisasi itu menaja atau
mengisahkan perkhidmatannya.

3. Perkhidmatan di luar organisasi :


Kaunselor tidak boleh memberi perkhidmatan kaunseling dan konsultasi kecuali dengan
kebenaran organisasinya.

4. Menyalahgunakan keahlian :
Kaunselor tidak boleh menggunakan keahlian dalam sesuatu pertubuhan/Persatuan
Kaunseling sebagai perlakuan amalan yang sah.

Bahagian B2: Pengurusan


1. Pematuhan undang-undang :
Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidamatan
persendirian di tempat perkhidmatannya.

2. Kesempatan untuk mendapatkan klien :


Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang
dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

3. Pengambilan pekerja yang tidak berkelayakan :

Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja


yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.

Bahagian B3: Fi

1. Fi berpatutan :
Fi yang dikenakan ke atas klien dalam setiap sesi kaunseling mestilah selaras dengan
garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Jika fi dikenakan,
Kaunselor hendaklah memastikan bahawa fi itu berpatutan dan seimbang dengan
perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.

2. Pemberitahuan tentang Fi :
Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar fi yang dikenakan pada awal
sesi kaunseling.

3. Larangan menerima Fi Rujukan :


Kaunselor tidak dibenarkan menerima sebarang fi atas urusan merujuk klien kepada ahli
profesional yang lain.

BAHAGIAN C: PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Bahagian ini memberi garis panduan tentang etika penyelidikan dan penerbitan. Ia
merangkumi proses dan persetujuaan subjek dalam penyelidikan.

Bahagian C1: Etika Penyelidikan

Pematuhan etika penyelidikan :


Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan di organisasi
atau institusi pengajian tinggi tertentu.

Kesejahteraan dan kebajikan subjek :


Kaunselor perlu menjaga kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian
dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan
berlakunya sebarang kesan negatif psikologi, fizikal atau sosial subjek.

Kepatuhan pembantu penyelidik terhadap amalan etika :


Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa amalan etika juga
dipatuhi oleh pembantu penyelidiknya serta mereka yang terlibat dalam penyelidikan.

Laporan penyelidikan :
Kaunselor perlu melaporkan pertemuan dalam penyelidikan secara jujur dan tidak
memalsukan data semata-mata untuk menarik hati penaja.

Bahagian C2: Persetujuan Subjek

Penyertaan secara sukarela :


Penyertaan dalam penyelidikan adalah secara sukarela. Penyertaan bukan sukarela
hanyalah wajar jika telah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan
kepada subjek dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.

Maklumat jelas tentang penyelidikan :


Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek sama ada secara langsung atau
tidak, setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah
kajian, kemungkinan faedah, kesan buruk, sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran
yang mungkin dirasai oleh klien.

Persetujuaan bermaklum :
Persetujuaan bermaklum perlu dibuat secara bertulis apabila klien bersetuju untuk
menjadi subjek dalam penyelidikan.
Hak subjek penyelidikan :
Klien perlu dimaklumkan tentang haknya untuk menarik diri pada bila-bila masa, dan
penarikan dirinya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang
diterima.

Maklumat terselindung :
Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan
maklumat terselindung (withholding information) atau maklumat yang tidak tepat
(providing misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah
menentukan bahawa:

Penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau
terapan.
Tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,
Subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin.
Limitasi dan keselamatan subjek kanak-kanak :
Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau
mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi,
penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang wajar.

Kerahsiaan penyelidikan :
Semasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan
kecuali dengan persetujuaan subjek. Jika terdapat kemungkinan orang lain memperoleh
maklumat itu kaunselor perlu menerangkan tentang kemungkinan ini serta perancangan
untuk mengawal kerahsiaan.

Bahagian C3: Penerbitan

Etika Penerbitan :
Kaunselor bertanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta
dalam menerbitkan hasil penyelidikan.

Ketepatan Maklumat :
Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.
Kerahsiaan Subjek :
Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal,
kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran subjek
tersebut

BAHAGIAN D: LATIHAN

Bahagian ini memberi garis panduan latihan, peluang bekerja dan segala maklumat yang
diperlukan oleh kaunselor pelatih.

Kandungan program latihan kaunselor :


Pendidik kaunselor hendaklah menerangkan kepada kaunselor pelatih tentang keperluan
dan kandungan program latihan serta peluang perkerjaan yang ada sebelum kaunselor
pelatih mengikuti program tersebut.

Posisi latihan yang jelas :


Pendidik kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum
dan peranan kaunselor pelatih serta pengajar.

Maklumat tentang kaunselor pelatih :


Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor pelatih dan
juga diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan.

Kemahiran pendidik kaunselor :


Pendidik kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai
pengajar dan pengamal.

Maklumat yang benar :


Pendidik kaunselor hendaklah memberi maklumat yang benar tentang kelayakn,
kecekapan latihan dan pengalaman mereka.

Penyalahgunaan kedudukan pendidik kaunselor :


Pendidik kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar
atau penyelia kaunselor pelatih di luar bidang profesional atas kepentingan peribadi,
perhubungan emosi atau seksual.

Mengelak kecederaan psikologi :


Apabila merancang dan melaksanakan aktiviti latihan berbentuk pengalaman langsung
(experiential activities) kaunselor hendaklah sentiasa peka kepada kemungkinan berlaku
kecederaan psikologi terhadap klien individu atau kumpulan. Kaunselor perlu mendapat
persetujuaan termaklum klien. sekiranya terdapat tanda-tanda kesan psikologi negatif
terhadap klien, kaunselor bertanggungjawab untuk membuat susulan dan pemulihan.

BAHAGIAN E: PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bahagian ini memberi garis panduan dalam menjalankan pengukuran dan penilaian
dalam perkhidmatan kaunseling:

v Maklumat lengkap ujian psikologi :


Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang lengkap mengenai alat ujian psikologi
supaya keputusan ujian psikologi tersebut itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif
yang betul. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum
ujian diberi kecuali pengecualian hak eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.

v Kemahiran ujian psikologi :


Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian psikologi. Beliau hendaklah
menggunakan ujian psikologi yang beliau mempunyai kelayakan dan kemahiran untuk
mentadbir dan menginterpretasikan keputusan ujian psikologi itu.

v Keputusan tepat :
Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan
kepada orang awam mengenai keputusan ujian psikologi dan kaedah pengujian.

v Tafsiran keputusan psikologi :


Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian psikologi tidak disalah erti atau
disalah gunakan. Semua tafsiran keputusan psikologi dibuat secara berhati-hati supaya
tiada kecederaan psikologi berlaku terhadap klien.

Sumber : Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia).

Keperluan Kepada Kerahsiaan Kaunselor mestilah menyimpan semua maklumat


yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling kecuali pendedahan yang perlu
untuk kebaikan klien, kebaikan orang lain atau keperluan undang-undang.
Apabila pendedahan perlu, hanya maklumat yang berkaitan diberikan dan klien
diberitahu tentang pendedahan tersebut. Keperluan Kerahsiaan Untuk Pegawai
Rendah Kaunselor perlu memastikan bahawa keperibadian dan kerahsiaan klien
dikekalkan di kalangan pegawai rendah. Kerahsiaan Di dalam Kaunseling
Kelompok Kaunselor mesti memberitahu ahli kumpulan dengan jelas bahawa
kerahsiaan tidak dijamin di dalam kaunseling kelompok. Kerahsiaan Di dalam

Kaunseling Keluarga Kaunselor mestilah tidak menyampaikan maklumat tentang


seseorang ahli keluarga (klien) dalam kaunseling kepada ahli keluarga yang lain
tanpa mendapat kebenaran daripada klien terlebih dahulu. Kerahsiaan Rekod
Kaunselor mesti mengekalkan kerahsiaan yang sesuai dalam membentuk,
menyimpan, memperolehi, memindah dan mengeluarkan rekod-rekod
kaunseling. Kerahsiaan Untuk Merakam dan Pemerhatian Kaunselor mesti
mendapatkan kebenaran daripada klien terlebih dahulu sebelum membuat
rakaman atau pemerhatian proses kaunseling. Pendedahan atau Pemindahan
Rekod Kaunselor mesti mendapatkan persetujuan klien untuk mendedahkan atau
memindahkan rekod kepada pihak ketiga melainkan pengecualian yang
dinyatakanKeperluan Perlindungan DataKaunselor mesti melindungi identiti klien
apabila menggunakan data untuk latihan, kajian atau penerbitan. Piawaian
Amalan Piawaian Amalan Kaunseling PERHUBUNGAN KAUNSELINGTiada
Diskriminasi Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak
mendiskriminasi klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit,
ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status
perkahwinan atau status sosioekonomi. Pendedahan Kepada Klien Kaunselor
mesti memberitahu klien maklumat secukupnya terutama dalam bentuk tulisan
mengenai proses dan perhubungan kaunseling sebelum dan sepanjang sesi
perhubungan kaunseling dijalankan. Perhubungan Mesra Peribadi Dua Hala
Kaunselor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra peribadi yang
berlebihan dengan klien yang boleh melemahkan pertimbangan profesional atau
meningkatkan risiko atau bahaya kepada klien. Apabila perhubungan ini tidak
dapat dielakkan, kaunselor mesti mengambil langkah-langkah yang bersesuaian
supaya pertimbangan yang dibuat tidak terjejas dan tidak wujud eksploitasi
terhadap klien.Kaunselor tidak boleh terlibat dalam sebarang jenis perhubungan
intim atau seksual dengan klien sekarang, bekas klien atau bakal klien.
Melindungi Klien Ketika Dalam Kaunseling Kelompok Kaunselor mesti mengambil
langkah-langkah untuk melindungi klien daripada trauma fizikal dan psikologikal
hasil daripada interaksi di dalam kumpulan. Kefahaman Terawal Tentang Bayaran
Kaunselor mesti menerangkan kepada klien sebelum mereka mengikuti
perhubungan kaunseling segala persiapan kewangan yang berkaitan dengan
perkhidmatan profesional. Penamatan Sesi Kaunseling Kaunselor mesti
membantu klien membuat persediaan untuk penyambungan semula rawatan
apabila perlu berikutan penamatan perhubungan kaunseling.Kaunselor mesti
mengelak daripada memulakan atau menamatkan perhubungan kaunseling
secepat mungkin sekiranya mereka tidak berupaya membantu klien secara
profesional. Kaunselor bolehlah membantu klien dalam membuat rujukan yang
bersesuaian.

You might also like