You are on page 1of 12

DEFINISI KAUNSELING DALAM ISLAM DAN KAUNSELING UMUM

1. KEPENTINGAN KAUNSELING DALAM KEHIDUPAN

Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counselling. Melihat kepada makna perkataan counseling iaitu professional advice and help given to people with problems (New Oxford Dictionary: 2005) yang difahami sebagai nasihat dan bantuan yang diberi secara professional kepada orang-orang yang bermasalah. Kamus Steadman's Medical menakrifkan kaunseling sebagai "a professional relationship and activity in which one person endeavors to help another to understand and to solve his or her adjustment problems; the giving of advice, opinion, and instruction to direct the judgment or conduct of another" (Stedman's Electronic Medical Dictionary, 1994). Iaitu aktiviti dan perhubungan professional di mana seseorang membantu orang lain memahami dan menyelesaikan atau memberi nasihat, pendapat dan tunjuk ajar dalam memandunya memperimbangkan penyelesian masalah. Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Suradi Salim (1996) menyatakan kaunseling sebagai hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah kaunselor dan seorang lagi ialah klien. Dari perspektif Islam, kaunseling keluarga merupakan proses membantu yang dilakukan oleh seorang kaunselor terhadap ahli keluarga yang mengalami konflik. Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses membantu ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang dipanggil kaunseling keluarga.

Terdapat beberapa tujuan kaunseling dalam kehidupan iaitu : 1. Menolong mengubah tingkah laku klien. 2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.

3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. 5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

2. DEFINISI KAUNSELING ISLAM MENURUT PANDANGAN IMAM GHAZALI LEBIH KEPADA PENDEKATAN BERDASARKAN AYAT AL-QURAN. FIRMAN ALLAH S.W.T: Maksudnya: Serulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan peringatan yang baik, berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. a) Cara bijaksana - Bijaksana sama ertinya dengan hikmah yang merangkumi keadilan, tahan marah, bersifat kenabian, menolak kejahilan, menegakkan kebenaran, meletakkan sesuatu di tempatnya, perkataan yang benar, mencegah berlaku kerosakan, memahami dan prihatin

dengan ilmu yang mendalam, menegakkan kebenaran dengan hujah-hujah yang jitu dan berpandukan al-Quran. b) Nasihat yang baik Sesetengah ahli tafsir menjelaskan maksud nasihat membawa makna: -Memberi rangsangan kepada meninggalkan perkara yang buruk. -Memberi nasihat secara yang meyakinkan bahawa nasihat itu untuk kebaikan dirinya. Sesetengah ahli tafsir menyatakan nasihat yang baik membawa makna nasihat secara yang lurus, bukan dengan maki hamun atau herdik, kerana dengan lemah lembut ia membawa kesedaran dan keinsafan. Ini akan membawa kepada perkara yang baik. c) Perbincangan yang terbaik - Maksud perbincangan yang terbaik dengan cara tidak menyinggung peribadi, menghina dan menjatuhkan martabat, malah merasakan kaunselor memahami dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Klien yang bermasalah akan sama-sama berbincang dan meluahkan kepada kaunselor masalah sebenar. Atas bantuan kaunselor, klien merasakan ada orang yang memandunya menyelesaikan masalahnya secara bersama. Walau bagaimanapun terdapat perbezaaan antara teori kaunseling Islam dan teori kaunseling Barat. Kebanyakan teori kaunseling Barat tidak memberi penekanan sangat terhadap aspek-aspek spiritual manusia itu. Aspek-aspek spiritual manusia sangat jelas diterangkan dalam ayat al-Quran:

Maksudnya: Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka ia akan memberikan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan memberinya rezeki yang tiada ia duga dari mana berasal

3. DEFINISI KAUNSELING UMUM MENGIKUT PANDANGAN BARAT. Sigmund Freud dalam teori psikoanalisisnya lebih cenderung untuk mengkaji hal-hal yang berlaku pada masa lampau kerana masa lampau dianggap berkaitan dengan masa kini berdasarkan psikologi. Dalam teori ini, kaunselor harus melihat kliennya daripada tiga aspek iaitu id, ego dan superego. Aspek ini secara amnya bermaksud setiap insan dikuasai oleh rasa hatinya. Manusia akan bertindak berdasarkan kepada kuasa mana yang kuat mempengaruhi dirinya. Teori beorientasi behavioristik pula melihat manusia seperti mesin atau robot yang boleh dimanipulasi oleh persekitaran dan menjadi mangsa kepada persekitarannya. Walaupun teori ini tidak merujuk kepada personaliti secara langsung tetapi rujukannya kepada perlakuanperlakuan yang spesifik dan tidak spesifik yang dipelajari daripada persekitaran

Carl Rogers dalam teori pemusatan insan pula menganggap manusia sebagai makhluk yang positif, rasional dan sentiasa bergerak maju. Manusia cenderung ke arah penyempurnaan

kendiri sekiranya ia diberi kebebasan mengalami, memenuhi dan menyempurnakan keperluankeperluan asasnya. Teori Rogers ada titik persamaan dengan pandangan Islam di mana manusia secara fitrahnya adalah baik. Manusia dianugerah Allah s.w.t. akal yang membolehkannya menuju ke tingkat kehidupan yang lebih sempurna.

Pandangan Rogers terhadap manusia yang dianggapnya mempunyai kebebasan mutlak dalam menentukan matlamat-matlamat hidupnya berbeza dengan Islam di mana manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan yang terbatas. Manusia terikat kepada perintah dan takdir Allah.

Albert Ellis pula mengemukakan teori Terapi Rasional Emotif (RET) yang mengandaikan manusia mempunyai potensi untuk bertindak secara rasional dan berfikiran waras. Oleh itu manusia tidak boleh bergantung kepada rasionaliti semata-mata dalam menyelesaikan masalah dan persoalan-persoalan mengenai dirinya seperti andaian RET. Akidah dan taqwa adalah lebih penting daripada rasionaliti. Walaupun terdapat perbezaan antara pandangan beberapa teori barat dengan Islam,ini bukan bermakna bahawa keseluruhan teori-teori mengenai manusia dari barat itu ditolak. Teori-teori ini perlu diubahsuai atau diadaptasi supaya tidak bercanggah dengan agama yang dianuti dalam masyarakat Islam yang bertujuan mencari kesempurnaan manusia dalam konteks kesedaran tentang kewujudan Tuhan

2) METHOD / CARA KAUNSELING YANG BERKESAN DALAM KAUNSELING ISLAM & KAUNSELING UMUM

Cara Kaunseling Islam 1. Nasihat dan Pengajaran yang baik. Sesi kaunseling ini diberikan kepada semua individu yang memerlukan samada secara individu ataupun berkumpulan.Muhtasib memberi mereka nasihat dan ajaran,diterangkan syarat-syarat halal yang bermanfaat dan perka-perka yang memudaratkan,seterusnya mengajak mereka membuat kebajikan didunia dan akhirat. Biasanya sesi ini dijalan kan di rumah,masjid, tempat kerja atau dimana-mana tempat yang sesuai. 2. Kaunseling Individu yang Halus.

Kaunseling (irsyad) dalam bentuk ini diberikan kepada setiap individu yang meminta nasihat atau pertolongan dalam mengerjakan urusan agama dan keduniaan serta menajdi hak setiap individu berunding dengan muhtasib dalam hal-hal peribadi, keluarga atau agama. Kaunseling ini memerlukan teknik yang lemah lembut berdasarkan kepada penyuluhan (tunjuk jalan), keyakinan dan penciptaan hubungan baik ( terapeutik)antara muhtasib dengan muhtasib alaih (klien). Tujuannya untuk menghasilkan kebaikan dan menghindari kejahatan dengan kemahuan sendiri secara sedar (taubat) dan boleh menerima hakikat takdir Allah S.W.T.

3. Kaunseling Individu yang Kasar Teknik digunakan kepada orang yang terang-terangan mengerjakan maksiat dan meninggalkan kebaikan,mengerjakan perkara-perkara yang memudaratkan mereka atau perbuatan-perbuatan lain yang nyata boleh mendatang kebinasaan kepada diri serta orang lain. Muhtasib lazimnya akan menggunakan teknik-teknik keras,kata-kata kasar tetapi sopan,mengancam dan menakutnakutkan mereka tentang akibat perbuatan mereka didunia dan akhirat. Pada waktu yang sama mereka diberi harapan untuk bertaubat disamping meneruskan perbincangan tentang masalahmasalah mereka sehingga timbul keinginan untuk mengerjakan kebaikan dan meninggalkan perkara-perka yang tidak berfaedah dan memudaratkan. 4. Kaunseling Kumpulan

Teknik ini digunakan untuk memperbaiki keadaan manusia dan menolong mereka menyelesaikan perselisihan antara pekerja dengan majikan,peminjam dan pemberi pinjam,pembeli dan penjual,anak-anak dan ibu bapa,malahan atara suami dan isteri.

Cara Kaunseling Umum Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dan berkesan. Antaranya ialah tingkah laku memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahian memandu klien, penjelasan, memberi nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi, kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang. 1.Tingkah Laku Memberi Perhatian Memberi perhatian merupakan alat yang kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat bagi klien. Ia juga berfungsi sebagai alat pebeguhan serta kemudahan komunikasi. Mempraktikan kemahiran ini akan membantu kaunselor membentuk perhubungan yang baik dengan klien dan secara umum akan membawa faedah dalam apa jenis perhubungan yang melibatkan kaunselor. Tingkah laku ini termasuk: a)Kedudukan klien. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan klien kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh kaunselor. b)Bertenang. Kedua-dua kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya. c)Kedudukan tubuh (posture) kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kea rah klien. Amalan seperti ini adalah penting bagi menunjukkan kepada

klien yang kaunselor itu minat mendengar apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang. d)Ekspresi muka. Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin mengganggunya. e)Tentangan mata. Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakanoleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. f)Soalan terbuka. Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang un tuk klien bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda.

g)Dorongan minimum untuk bercakap. Dorongan minimum termasuk gerak isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata klien. Contoh: Mmm, A-ha, Ya, Jadi? Dorongan minimum itu adalah penting untuk menggalakkan klien bercakap.

2.Kemahiran Mendengar Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah mendengar dengan aktif. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif dan tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien. Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata Saya faham akan perasaan anda tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien ang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disamaikan kepadanaya. Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya.

3.Kemahiran Memandu Klien Sebahagian besar klien mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluankeperluan mereka, struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara memandu klien 4.Penjelasan Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang kaunselor. Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ya atau tidak. 5.Memberi Nasihat Nasihat merupakan cadangan dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi adalah berperanan sebagai pembimbing. 6.Refleksi Idea Refleksi idea merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri. 7.Refleksi Perasaan Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meninggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya. 8.Penjelasan Idea atau Interpretasi Dalam situasi ini, seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien. Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor: i.Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien. ii.Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi. iii.Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.

9.Konfrotasi Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan kerana ia boleh menakutkan seseorang klien. 10.Ketika Ini (Immediacy) Ketika ini adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini di antara kaunselor dan klien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu digunakan dengan berwaspada. 11.Pendedahan Kendiri Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. 12.Pemparafrasaan Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya. 13.Kesenyapan Penghentian sementara mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu. 14.Penjelasan Masalah Di peringkat awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan perhubungan baik dan penuh kepercayaan serta mengadakan komunikasi secara terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien dikenal pasti. 15.Rumusan

Rumusan adalah proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas.

3) PERSAMAAN ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

Antara persamaan yang sama antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok iaitu daripada aspek Matlamat kaunseling. Dan terdapat lima matlamat kaunseling individu dan kaunseling kelompok yang sama iaitu pertama, mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif atau memuaskan. Contohnya, Zizan suka lumba haram motosikal di dalam raya. Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yang bahaya ini supaya menggalakkan minat Zizan supaya berlumba di litar lumba motosikal. Kedua, Memulakan dan meneruskan hubungan yang positif. Contoh, Zila rasa diabaikan oleh suaminya. Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Zila berkomunikasi dengan suaminya tanpa mengeruhkan keadaan dan mancapai penyelesaian. Ketiga, Mengurus kendiri dengan efektif apabila dalam kesulitan. Contohnya lim kehilangan ibunya. Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Lim menerima hakikat tentang kehilangan ibunya dan samping itu dapat menguruskan pembelajarannya dengan baik. Keempat, Membuat keputusan rasional. Contohnya Kumala tidak tahu bidang pengkhususan mana yang patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Kumala dengan mengenali diri dan minatnya. Kelima, bantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensi atau minat. Contoh, Raihan minat melukis,ibu bapanya menyuruhnya masuk aliran sains yang dia tidak minat. Kaunseling boleh bantu Raihan mencapai resolusinya dan ibu bapanya. Selain itu persamaan yang lain boleh dilihat ialah dari aspek Prinsip Kerahsiaan dalam kaunseling iaitu tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bukan muktamad. Dalam situasi tertentu boleh didedahkan. Selain itu Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai. Dan yang terakhir ialah kerahsiaan sesuatu yang telah diketahui umum ( kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi. Namun begitu dalam aspek ini, pentingnya kerahsiaan dalam kaunseling individu dan kelompok di mana klien akan berasa selesa dan selamat meluah perasaan dan k lien juga boleh mengharapkan nasihat dan pandang serta kepercayaan terhadap kaunselor.

3) PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

Umum mengetahui kaunseling itu, dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara pengendaliannya, tetapi kedua-dua itu jenis kaunseling ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin membantu kliennya dalam perkembangan diri. Berikut merupakan perbezaan di antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok:

Kaunseling Individu 1. Proses terapeutik terhad antara seorang kaunselor dengan seorang individu sahaja. Ini bermakna interaksi yang dijalankan melibatkan hanyalah dua hala sahaja 2. Pertolongan atau bantuan yang diterima hanya satu hala, iaitu daripada kaunselor sahaja. Ini bermakna perbincangan ini tidak dipengaruhi pihak luar melainkan kaunselor itu sahaja 3. Fungsi kaunselor tidak berubah

Kaunseling Kelompok 1. Proses terapeutik berlaku antara kaunselor dengan beberapa individu dalam kelompok itu. Interaksi yang berlangsung pelbagai hala. 2. Peserta-peserta berpeluang memberi dan menerima pertolongan sama ada daripada kaunselor atau peserta-peserta yang lain

3. Fungsi kaunselor sebagai ketua kumpulan dalam kelompok ini boleh berubah dan diambil alih oleh peserta-peserta lain 4. Lebih sukar untuk membina situasi selesa dan percaya kerana pesertanya lebih daripada seorang dan mungkin perasaan malu di antara peserta dengan peserta lain

4. Suasana selesa dan percaya lebih mudah terbina kerana interaksi hanya melibatkan seorang sahaja

5. Klien hanya menumpukan perhatian kepada 5. Peserta dapat memerhati tingkahlaku proses masalahnya sahaja dan mendapat teguran penyelesaian masalah dan cara mengendalikan daripada kaunselor sahaja dan sebaliknya masalah oleh peserta-peserta lain kaunselor hanya menumpukan kepada seorang klien sahaja 6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian kepada kliennya 6. Perhatian kaunselor terbahagi kepada ramai peserta dan ini memberi peluang peserta yang merasa terancam dan kurang selamat berdiam diri sahaja 7. Terdapat semangat koperatif iaitu tolong menolong, identity kelompok dan bersatu padu antara peserta.

7. Tidak wujud identiti kelompok , bersatu padu dan semangat tolong menolong antara peserta seperti kaunseling kelompok

SUMBER RUJUKAN

http://psikotube.blogspot.com/2011/01/kaunseling-menurut-prespektifislam.html

http://bpk2u.blogspot.com/2011/10/assigment-b-perbezaankaunseling.html

http://www.scribd.com/doc/4661633/Kaunseling-bimbingan-danPsikoterapi

http://ubdksklereh.blogspot.com/2010/10/proses-asas-kaunseling.html

http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunselingkelompok.html

http://notapadatimann.blogspot.com/2009/03/hbef-2203-bimbingandan-kaunseling.html

Buku Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. 2002.

ISI KANDUNGAN

NO. 1.

PERKARA Definisi: - Kepentingan kaunseling dalam kehidupan - Kaunseling dalam islam dan kaunseling umum

MUKA SURAT

2.

Cara kaunseling yang berkesan dalam keunseling islam dan kaunseling umum

3.

Ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

4.

Sumber Rujukan

You might also like