You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Pelajar : HANISAH NAJIAH BINTI HARRIS

Angka Giliran : 20182340045

Nombor Kad Pengenalan : 991119-01-6780

Kumpulan/Unit : BIMBINGAN & KAUNSELING 1

Kod dan Nama Kursus : PBKK3193 APLIKASI TEORI


PEMBELAJARAN DALAM
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Tajuk Tugasan Projek : PENULISAN AKADEMIK

Nama Pensyarah : PN SUZANA BINTI SANUSI

Tarikh Hantar : 03 NOVEMBER 2020

Saya telah menerima maklum balas tentang semakan kerja kursus


daripada pensyarah kursus ini.

Tandatangan Pelajar :
Tarikh :

\
1.0 Pengenalan Teori
Penerapan elemen spiritual dalam bimbingan dan kaunseling merupakan
keperluan yang telah diiktiraf secara meluas oleh pengamal kaunseling pada masa
kini. Oleh yang demikian, Teori Kaunseling Psiko-spiritual al-Ghazali ini telah
diperkenalkan oleh Yatimah dan Mohd Tajudin pada tahun 2008 yang mengambil
falsafah pemikiran al-Ghazali yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis sebagai
sumber rujukan utama. Falsafah teori ini menyatakan bahawa aspek spiritual dalam
diri manusia membantu mereka kembali kepada tuhan dan bergerak ke arah mencapai
tahap insan kamil dan merupakan suatu pendekatan alternatif yang boleh digunakan
dalam proses intervensi kaunseling. Hal ini kerana, merujuk Salasiah (2010) konsep
bimbingan spiritual ini ditakrifkan berdasarkan kepada dua perkataan iaitu bimbingan
(al-irshad) dan spiritual (al-nafsiy). Al-irshad al-nafsiyy dirumuskan sebagai kaedah
membimbing, mengajar dan menunjukkan cara menuju matlamat atau ke arah suatu
kebaikan berpandukan syariat Islam yang menfokus kepada aspek spiritual manusia
yang terdiri daripada empat unsur iaitu (i) qalb atau hati; (ii) ruh atau roh; (iii) nafs atau
jiwa; dan (iv) ‘aql atau akal. Oleh yang demikian, keempat-empat unsur ini berinteraksi
secara dinamik seperti yang diterangkan oleh Yatimah dan Mohd Tajudin (2011)
bahawa unsur qalb, ruh dan nafs adalah unsur yang mempengaruhi sifat dalaman
manusia manakala ‘aql adalah unsur yang mempengaruhi sifat luaran manusia namun
begitu unsur yang paling penting yang mempengaruhi tingkah laku manusia adalah
qalb.

2.0 Aplikasi teori dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


2.1 Aplikasi Teori Al-Ghazali dalam Pendekatan Perkembangan
Pendekatan perkembangan memfokuskan kepada fungsi penyebaran dan
pendedahan maklumat secara luaran sama seperti Al-‘Aql yang merupakan unsur
yang akan mempengaruhi sifat luaran manusia. Oleh yang demikian, menurut
pengertian ‘aql dari perspektif al-Ghazali dapat dibahagikan kepada empat
maksud. Antaranya ialah, ‘Aql akan menerima input daripada luar melalui
pengetahuan dan menjalankan proses kognitif serta menghantar hasil proses
tersebut untuk dihubungkan dengan qalb. Oleh itu, ‘Aql akan bertanggungjawab
dengan fungsi intelek dan bertugas untuk membolehkan manusia mengawal diri
dan nafsnya. Hal ini disokong oleh Siti Jamiah et al, (2017) dalam artikelnya yang
bertajuk Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam, menjelaskan
bahawa ‘Aql dinyatakan sebagai ilmu pengetahuan yang ada dalam diri manusia
yang menjadikan mereka dapat membezakan perkara yang mungkin dan
mustahil.
Justeru, antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi pelaksanaan pendekatan
perkembangan ini ialah, Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) sentiasa
menjelaskan perbezaan antara perkara atau tingkah laku yang baik dengan yang
buruk agar murid memahami perbezaan tersebut serta berusaha untuk menjadi
insan yang baik. Misalnya, GBK menjelaskan peraturan sekolah atau perkara
berkaitan kemandirian diri seperti adab-adab dalam kehidupan. Konklusinya ‘Aql
yang dinyatakan sebagai ilmu akan diperolehi daripada pengalaman yang
menjadikan manusia berakal dan matang dan dijadikan kekuatan untuk manusia
mengawal hawa nafsu serta menjadi panduan untuk manusia berbuat kebaikan.

2.2 Aplikasi Teori Al-Ghazali dalam Pendekatan Pencegahan


Seterusnya, unsur Nafs merupakan pencetus kepada suatu perasaan yang
kemudiannya diterjemahkan kepada perbuatan yang boleh dikatakan sebagai
suatu bentuk pemikiran dan cita-cita sama ada baik atau buruk yang terkandung
di dalam hati manusia. Al-Quran telah mengkategorikan nafs kepada tiga jenis
utama iaitu (i) al-nafs al-mutma’innah; (ii) al-nafs al-lawwamah; dan (iii) al-nafs al-
ammarah. Menurut Siti Jamiah et al, (2017) Al-nafs al-lawwamah adalah nafs
pada peringkat pertengahan, iaitu nafs yang sentiasa berjuang di antara kebaikan
dan keburukan. Sekiranya nafs tertarik kepada kejahatan, maka ia akan menjadi
tercela dan sekiranya ia tertarik kepada kebaikan maka ia akan kembali semula
kepada kebaikan. Justeru itu, berdasarkan unsur al-Lawwamah ini, GBK perlu
memfokuskan di dalam pendekatan pencegahan dengan melaksanakan konsep
Muhajadat Al-Nafs dan Riyadat Al-Nafs yang merujuk kepada Hanin Hamjah
(2016) bahawa Al-Ghazali (1994) defined mujahadat al-nafs as a personal effort
to seriously resist one’s lust or remove it. Manakala Riyadat al-nafs (selftraining)
is an exercise for the soul to gradually eliminate bad character and replace it with
good character. Oleh itu, GBK dapat membantu murid yang memerlukan dengan
aktiviti yang membolehkan mereka menahan diri daripada melakukan sesuatu
yang buruk sebagai contoh, dengan meminta murid untuk sentiasa beratur apabila
berkumpul. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan murid tidak bertingkah
laku maladaptif seperti membuli rakan.
2.3 Aplikasi Teori Al-Ghazali dalam Pendekatan Pemulihan
Asal kejadiannya, ruh adalah bersifat mengenal Allah dan apabila ruh semakin
jauh dari Allah, maka ia sebenarnya semakin dekat dengan dosa dan maksiat.
Oleh yang demikian, menurut Yuseri et al., (2010) untuk proses pemulihan
manusia dari dosa dan maksiat, ruh perlu dikembalikan kepada asal
pengetahuannya iaitu Allah. Yatimah dan Mohd Tajudin (2011) telah
memperkenalkan model Kaunseling Psiko-spiritual al-Ghazali yang dapat
dirumuskan melalui 5 langkah dalam melaksanakan kaunseling pemulihan;

Langkah 1: Pengenalan dan melibatkan pembinaan hubungan; berdoa,


berjanji dan bertawakal; berbincang tentang konsep-konsep mengikut
keperluan kes.
Langkah 2: Mengenal diri dan bina matlamat hidup dengan membimbing klien
membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat; klien menyedari
kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya.
Langkah 3: Mengenalpasti punca dan jenis masalah yang menggabungkan
langkah satu dan dua yang menjadi asas meneroka punca dan jenis masalah
Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan jenis penyakit klien melalui
memperbaiki diri melalui mempelajari ilmu Islam; meningkatkan amalan;
bertaubat
Langkah 5: Penilaian adalah melibatkan penilaian kaunselor terhadap klien
brdasarkan perubahan klien melalui air muka, gerak-geri dan pertuturan dari
segi peningkatan aqidah, taqwa dan tawakal.

Justeru itu, melalui model ini, GBK dapat menjadikannya sebagai panduan dalam
menjalankan pendekatan pemulihan kepada individu yang memerlukan misalnya
murid yang ponteng, membuli, merokok dan melakukan sexual harrassment.
Natijahnya, pendekatan pemulihan ini dapat membantu memulihkan masalah
yang dihadapi oleh murid terutamanya di sekolah
2.4 Aplikasi Teori Al-Ghazali dalam Pendekatan Krisis
Pendekatan krisis seperti isu kebimbangan atau anxiety, ialah bagi mengatasi
kebimbangan dalam kalangan klien dengan menyedarkan klien bahawa perasaan
bimbang merupakan ujian Allah s.w.t bagi menguji keimanan. Menurut Salasiah
(2010) dalam artikelnya yang bertajuk, Kaedah Mengatasi Kebimbangan Dalam
Kaunseling: Analisis Dari Perspektif Al-Ghazali, pendekatan ini didapati selari
dengan pemikiran al-Ghazali yang menjelaskan Islam melarang umatnya berputus
asa malah menggalakkan umatnya meletakkan harapan (al-raja’) kepada Allah
kerana harap itu sifat yang terpuji, lantaran ia mendorong kepada usaha
sedangkan putus asa itu sifat keji kerana ia memalingkan seseorang daripada
berusaha. Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan, GBK mencadangkan
kliennya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan membaca al-Qur’an dan
berzikir bagi mengurangkan kebimbangan merupakan antara perkara yang
dititikberatkan al-Ghazali. Hal ini kerana, Al-Ghazali (2000) menegaskan
membaca al-Qur’an dapat mengurangkan kebimbangan yang dihadapi kerana di
dalam al-Qur’an ada dicatatkan betapa pemurahnya Allah s.w.t kepada hamba-
hambaNya. Oleh yang demikian, keyakinan ini akan menjadikan hati seseorang
berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t dalam menghadapi perasaan bimbang
serta dapat mempertingkatkan keimanan dan mendidik jiwa menyemai harapan
yang boleh menimbulkan keazaman untuk mempertingkatkan ketaatan dan
ketakwaan kepadaNya. Justeru, pendekatan krisis yang boleh dilakukan kepada
individu yang mengalami kebimbangan adalah dengan menukar corak pemikiran
mereka daripada berputus asa kepada memberi pengharapan kepada Allah
melalui penerapan bacaan ayat Al-Quran dan berzikir.
3.0 Analisis Implikasi Teori Pembelajaran Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kaunseling

Daripada kajian yang dilaksanakan oleh Salasiah (2010) dalam artikelnya yang
bertajuk, Bimbingan Spiritual Menurut al-Ghazali dan Hubungannya dengan
Keberkesanan Kaunseling: Satu Kajian di Pusat Kaunseling Maljlis Agama Islam
Negeri Sembilan, telah merumuskan bahawa bimbingan spiritual menurut al-Ghazali
khususnya mengenai tazkiyah al-nafs yang diimplementasikan menunjukkan
keputusan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dengan keberkesanan
kaunseling di PK MAINS. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai bimbingan
spiritual menurut al-Ghazali dalam perkhidmatan kaunseling diperlukan bagi
mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang diberikan di
samping menambah kecekapan dan profesionalisme kaunselor. Berikutan itu, dalam
artikel kajiannya yang kedua pula yang bertajuk, Kaedah Mengatasi Kebimbangan
Dalam Kaunseling: Analisis Dari Perspektif Al-Ghazali juga menunjukkan keputusan
yang positif menggambarkan bahawa kaunselor di PK MAINS telah mengaplikasikan
beberapa pendekatan al-Ghazali bagi mengatasi masalah kebimbangan dalam
kalangan klien. Hal ini dapat dilihat khususnya sewaktu kaunselor cuba menyuntik
semangat dan kekuatan kepada klien supaya tidak berputus asa di samping
meletakkan harapan (al-raja’) kepada Allah s.w.t, menyedarkan klien bahawa
kebimbangan itu adalah ujian Allah bagi menguji keimanan seseorang, melihat orang
lain untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri, mencadangkan klien mendekatkan
diri kepada Allah dengan membaca al-Qur’an dan berzikir. Hal ini membuktikan
bahawa elemen-elemen spiritual dan ajaran Islam sudah diterapkan dalam amalan
kaunseling oleh kaunselor profesional di PK MAINS. Justeru, penerapan elemen Islam
dalam kaunseling bukanlah isu yang asing dalam masyarakat Islam malah
mengimplementasikannya bukanlah suatu yang menyalahi etika dan kod kaunseling.
Konklusinya, melalui pelaksanaan aplikasi teori Al-Ghazali dapat membantu GBK
dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah setelah
terbukti keberkesanannya.
Selain itu, dalam konteks sebagai seorang GBK, melalui pengaplikasian teori
Al-Ghazali dalam semua pendekatan perkhidmatan bimbingan & kaunseling dapat
menunjukkan contoh dan sahsiah yang terpuji kepada murid. Menurut Al-Hashimi
(2006), guru sepatutnya memimpin pelajar menjadi individu Muslim yang
mengamalkan sahsiah, akhlak dan adab-adab seorang Muslim. Sahsiah pelajar yang
diinginkan adalah sahsiah yang berupaya memelihara hubungan dan adabnya
dengan Allah SWT, Rasulullah s.a.w, diri sendiri, keluarga, rakan dan masyarakat.
Menurut `Abd Allah Nasih `Ulwan (1991), adalah suatu kewajipan seorang guru
mendahulukan pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar daripada pembentukan segi
ilmu dan pembelajaran anak-anak. Malahan kejayaan guru sepatutnya diukur
daripada perkara yang dikemukakan dalam pelajaran kerohanian, bukan sahaja
kepada akal sahsiah pelajar, tetapi juga kepada keseluruhan sahsiah manusia yang
terintegrasi dalam dirinya. Tambahan pula, mengikut al-Ghazali kanak-kanak dari segi
sahsiah perlu diajar mengetahui perkara betul dan salah terutama dalam hal berkaitan
agama. Kanak-kanak perlu diajarkan perkara betul dengan diberi pengukuhan
sehingga mereka selesa dan seronok mengamalkannya. Justeru itu, dengan
penagmalan aplikasi teori al-Ghazali dalam pendekatan perkembangan, pencegahan,
pemulihan dan krisis yang dilaksanakan oleh GBK dapat membantu murid membina
karakter diri berdasarkan pembentukan sahsiah yang mantap.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pendekatan Kaunseling Psiko-spiritual al-Ghazali ini


merupakan suatu wadah terkini dalam perkhidmatan kaunseling yang sewajarnya
diteroka dan dipelajari oleh para pengamal dalam bidang kaunseling dalam
memfokuskan proses memperkasakan profesion tolong bantu khususnya dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pendekatan ini juga merupakan
suatu anjakan paradigma kepada perkhidmatan kaunseling di Malaysia yang selama
ini bergantung kepada pendekatan kaunseling Barat sejak enam dekad yang lalu.
5.0 Rujukan

Al-Ghazali. 2000. Prinsip Dasar Agama Terjemah Kitabul Al-Arba’in fii Ushuliddin.
Jakarta: Pustaka Al-Amani.

Abdullah Nasih Ulwan, (1991) Pendidikan Anak-anak dalam Islam, cet. 5 (Singapura:
Pustaka Nasional, 496.

Muhammad Ali al-Hashimi, (2006) Keperibadian Seorang Muslim, terj. Munir R.


Ridwan (Riyadh: International Islamic Publishing House, 3-12.

Fariza Md Sham et. al., Personaliti dari Perspektif al-Ghazali, cet.2 (Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2013), 20-21; Abdul Ghani Shamsuddin, Tajdid dalam
Pendidikan dan Masyarakat (Selangor: Persatuan Ulama’ Malaysia & Dewan Pustaka
Fajar, 1989), 74-75.

Hanin Hamjah, S. (2016) Pendekatan Kaunseling Spiritual menurut al-Ghazali. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (In Malay)

Nor Ezdianie, O., & Mohd Tajudin, N. (2017). Perkembangan Keperluan Kaunseling
dan Cabarannya dalam Masyarakat Malaysia: Satu Retrospeksi Mengikut Dekad. In
A. A. Karim & M. N. M. Roslan (Eds.), 6 Dekad Kemerdekaan Agenda Menuju
Kehadapan (p. 364). Kuala Lumpur: Persatuan Ulama Malaysia.

Salasiah Hanin, H. (2010). Bimbingan Spiritual Menurut al-Ghazali dan Hubungannya


dengan Keberkesanan Kaunseling : Satu Kajian di Pusat Kaunseling Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan ( PK MAINS ). Islamiyyat, 32, 41–61.

Salasiah Hanin, H. (2010). Kaedah Mengatasi Kebimbangan Dalam Kaunseling:


Analisis Dari Perspektif Al-Ghazali. Jurnal Hadhari 3(1)(202) 41-57.

Siti Jamiah, A., Yusmini, M. Y., & Rozmi, I. (2017). Pembinaan Konsep Kendiri dari
Perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin, 45(1), 1–26. Retrieved from
https://ejournal. um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7536

Yatimah, S., & Mohd Tajudin, N. (2008). Teori Kaunseling Al-Ghazali. Selangor: PTS
Islamika.
Yatimah, S., & Mohd Tajudin, N. (2011). Teori Kaunseling al-Ghazali (3rd ed.). Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Yuseri, A., Sapora, S., & Munira, A. M. M. (2010). Peranan Kerohanian Dalam
Menangani Gejala Dadah. Jurnal Antidadah Malaysia, 2(2), 137–154.
Fariza, M. S. (2016). Elemen Psikologi Islam dalam Silibus Psikologi Moden : Satu
Alternatif. Global Journal Al Thaqafah, 6(1), 75–86.

You might also like