You are on page 1of 20

KONSEP, FALSAFAH DAN MATLAMAT

KAUNSELING ISLAM

oleh
PROF. MADYA DR. ZAINAB ISMAIL

copyright_Prof Madya Dr Zainab Ismail_PM3273_201314


Fokus Perbincangan

1. Apakah konsep kaunseling Islam?


2. Apakah falsafah kaunseling Islam?
3. Apakah matlamat kaunseling Islam?

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
1. Apakah konsep kaunseling Islam?
Definisi kaunseling Islam:
Kaunseling Islam adalah satu proses pengajaran dan
pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk
bersemuka antara seorang yang pakar dalam psikologi
kaunseling (kaunselor) dan seorang yang lain yang
diberikan kaunseling (klien) dengan tujuan untuk menolong
klien menyesuaikan dirinya dengan masyarakat,
memahami dirinya dan persekitarannya serta
menggalakkan klien menerima takdir yang telah ditentukan
Allah kepadanya dan melatih klien untuk membuat
keputusan dengan berpandukan syariat Allah sehingga ia
menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan
kaunseling dalam masyarakat Islam.25-26 September.
copyright_Prof Madya Dr Zainab
Ismail_PM3273_201314
… Istilah Kaunseling dalam al-Qur’an

 Kaunseling dikaitkan dengan perkataan nasihah


kerana perbuatan memberi bantuan menggunakan
perkataan/lisan yang disebut dalam dalam al-
Qur’an ialah nasihah

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Istilah Kaunseling dalam al-Qur’an

 Nasihah bererti membersih atau menapis kekerohan


permasalahan orang yang mengalami masalah
◦ (Abdul Kader Talib. 1990. Konsep manusia dan ciri-ciri
khusus kaunseling/perundingcara dalam kaunseling menurut
perspektif Islam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan kaunseling
dalam masyarakat Islam.25-26 September)

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Perkataan nasihah dalam al-Qur’an
◦ Rujuk Surah;
 al-A’raf (7):21,62,68,79 ,93
 al-tawbah (9):91
 Hud (11):34
 Yusuf (12):11
 al-Qasas (28):12
 al-Tahrim (66):8

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Perkataan nasihah dalam al-Qur’an
 Perkataan nasihah dalam al-Qur’an - Contoh al-A’raf
(7):21:
“Dan dia (syaitan) bersumpah kepada
keduanya:”Sesungguhnya saya adalah termasuk orang
yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

◦ Dalam kes ini digambar oleh Allah bahawa manusia perlu


berhati-hati dalam mendapatkan nasihat (dibimbangi nasihat
yang diberi itu datang daripada individu yang tidak
berakhlak dan beretika Islam)

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Perkataan nasihah dalam HADITH

 Rujuk
◦ (al-Muslim, Kitab al-salam, Bab min Haqq al-Muslim Rad al-
salam, Juz’ 4:39).

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Perkataan Kaunseling Dalam Mu’jam
 Mu’jam ‘ilm al-nafs (1985:30) menyenaraikan
perkataan irsyad sebagai perkataan yang seerti dengan
kaunseling. Irsyad diertikan sebagai suatu bentuk
bimbingan yang dinerikan oleh seorang yang pakar
dalam bidang psikologi kepada seorang yang
mengalami masalah peribadi.

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Kedudukan Kaunseling Islam Dalam
Konteks Amalan Kaunseling
 Satu pendekatan yang bermatlamatkan
kesejahteraan di dunia dan akhirat
 Satu pendekatan yang berfalsafahkan

kemanusiaan dan keTuhanan


 Satu pendekatan yang mengandaikan

semua manusia dijadikan dalam sebaik-


baik kejadian, kemudian manusialah yang
bertanggungjawab mencorakkan
kehidupannya di dunia dan akhirat.

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Asas pendekatan kaunseling Islam

◦ Manusia mempunyai fitrah suka menolong orang


lain dan memerlukan bantuan orang lain)
◦ Pertolongan yang diberi dan diterima wajib
berasaskan kepada al-bir dan al-taqwa

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… konsep kaunseling Islam?

Konsep kaunseling Islam:


1. Hubungan membantu = Kaunseling
ialah hubungan membantu antara seorang
kaunselor dengan klien dengan tujuan
membantu klien mengurus dirinya dan
menyesuaikan dirinya dalam situasi yang
dihadapi bagi mencapai kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat.
copyright_Prof Madya Dr Zainab
Ismail_PM3273_201314
… Samb konsep kaunseling Islam?

2. Perubahan Tingkah laku = hubungan


membantu antara seorang kaunselor dengan
klien adalah bertujuan untuk membincang
masalah yang dihadapi oleh klien secara
terbuka . Bantuan ini akan meningkatkan
keyakinan klien kepada kaunselor dan
mengubah tingkah laku klien untuk
melakukan sesuatu berasaskan syariat Allah.
copyright_Prof Madya Dr Zainab
Ismail_PM3273_201314
… Apakah konsep kaunseling Islam?

3. Memastikan keredhaan klien = hubungan


membantu antara seorang kaunselor dengan
klien dapat memberi idea kepada klien untuk
menghadapi dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan redha.

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Apakah konsep kaunseling Islam?

4. Membina matlamat klien = hubungan


membantu antara seorang kaunselor dengan
klien perlu memastikan klien berupaya
membina matlamat masa depannya sesuai
dengan perubahan tingkah laku baharunya.

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
2. APAKAH FALSAFAH KAUNSELING ISLAM?

 Falsafah kaunseling Islam ialah menolong klien


untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat,
memahami dirinya dan persekitarannya serta
menggalakkan klien untuk menerima takdir yang
telah ditentukan Allah kepadanya dan melatih
klien untuk membuat keputusan dengan
berpandukan syariat Allah sehingga ia menikmati
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
◦ Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam
masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan
kaunseling dalam masyarakat Islam.25-26 September.

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Asas Falsafah Kaunseling Islam

 Falsafah kaunseling Islam adalah bertitik tolak


daripada pengertian manusia sebagai insan dan
khalifah Allah di bumi.

 Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang


paling istimewa.
◦ (Rujuk al-Baqarah (2): 30-34).

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
3. Matlamat Kaunseling Islam

1. Melahirkan manusia yang mampu


untuk mengenal potensi diri

2. Melahirkan manusia yang dapat


membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah berasaskan
syariat Allah

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
… Matlamat Kaunseling Islam

3. Melahirkan manusia yang berjaya


mencapai kebahagiaan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat

4. Melahirkan manusia yang mampu


membina kehidupan yang diredai
Allah

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314
Sekian

 SELAMAT
 MAJU
 JAYA

copyright_Prof Madya Dr Zainab


Ismail_PM3273_201314

You might also like