You are on page 1of 3

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING 3 (A)
Written by Angriani   
1.4 KAUNSELING INDIVIDU

1.4.1 DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU

Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa
pakar kaunseling. Antaranya ialah :

a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana


seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan
tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat
menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana
ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -

c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan


bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan
yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan
kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi
memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

- Muhd Mansur Abdullah (1993) -

1.4.2 JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU


i) Kaunseling akademik

- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran


yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu,
kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang
melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun
luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya

- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar


dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam
Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan
dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan
memberi kepuasan yang lebih.

- Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah
mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya
juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan
kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.

- Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien
bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya


kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal
seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.

-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat


pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur
dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.

-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang


luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh
pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi

- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri


klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan.
Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman
sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal
an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.

- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan
membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses
kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang
waras dan bijaksana.

Nota Jari : Sumber daripada Kaunseling Individu oleh Sapora Sipon, Ahmad Jazimin

Jusoh dan Hapsah Md. Yusof (2002).


 

You might also like