You are on page 1of 9

1 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Nama : …………………………………………….Tingkatan : ………………………


KERTAS 1 (KARANGAN)
Bahagian A – 30 markah
Bahagian B – 70 markah

BAHAGIAN A
PENGENALAN…
• 30 markah dan masa dicadangkan ialah 30 minit
• Satu soalan sahaja dan murid wajib jawab soalan tersebut.
• Sekurang- kurangnya dua bahan dikemukakan. Bahan boleh 2, 3 atau 4.
• Semua soalan berformat boleh dikemukakan dalam bahagian ini. Karangan
berformat seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, resume, emel, syarahan,
rencana
• Murid perlu menulis karangan 150 hingga 200 patah perkataan.

CADANGAN BINAAN PERENGGAN ISI

2 isi Penutup
Pendahuluan
4/5 ayat setiap isi 3 / 4 ayat
3 / 4 ayat
60 - 70 patah 30- 40 patah
30-40 patah
perkataan setiap isi perkataan
perkataan

MANA GURU ANDA AJAR?


1. TEKNIK IMBAKUP – Isi Utama, Mengapa, Bagaimana, Kesan,
Ungkapan Menarik dan Penegasan

2. TEKNIK - Ayat Topik, Ayat Hurai, Ayat Contoh, Ayat Kesan, Ungkapan
Menarik dan Ayat Penegasan

3. TIADA YANG DI ATAS.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


2 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

AYAT CADANGAN PENANDA WACANA

AYAT TOPIK = Mulakan ayat berdasarkan arahan yang diberikan dalam soalan.
Isi utama Penanda wacana untuk isi pertama.
Sudah terang lagi bersuluh…
Penanda wacana untuk isi kedua dan seterusnya.
Di samping itu,…Selain itu,…Bukan itu sahaja,…
AYAT HURAI = Hal ini dikatakan demikian kerana,… Perkara ini disebabkan,… Hal
Mengapa ini katakan begitu, …

AYAT CONTOH Contohnya,…Tamsilnya,… Misalnya,…


= Bagaimana
AYAT KESAN = Kesannya…, Impikasinya…, Faedahnya…, Manfaatnya…
Kesan
UNGKAPAN MASUKKAN UNGKAPAN MENARIK DI MANA-MANA AYAT
MENARIK
AYAT Siang bagai hari, terang bagai bulan …Jelaslah…, Rumusnya…,
PENEGASAN Kesimpulannya…

Langkah mudah dan pantas untuk menganalisis kehendak soalan (fokus soalan)

PuKeLangC
Akronim Kata kunci Kata sama makna Kata sama makna tersirat
PUNCA Faktor, sebab, alasan TIADA
Pu
KESAN Akibat, implikasi, impak Kesan positif kepentingan,
Ke manfaat, faedah, kebaikan,
atau kelebihan

KEKANGAN Masalah, halangan,


rintangan, aral
LANGKAH Cara, usaha, inisiatif, Peranan, tanggungjawab,
Lang tindakan, kaedah tugas, fungsi, persediaan,
persiapan.
CONTOH Contoh boleh dimasukkan
C sebagai isi sokongan
atau
TIADA

CIRI kriteria, sifat, bentuk

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


3 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

DiKeMaSeN + MM

NO Dimensi HURAIAN
DIRI
1. Saya,pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu, remaja.
DI
KELUARGA
2. ibu bapa, adik beradik, abang, kakak, adik.
KE
MASYARAKAT
3. komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, jiran
MA sekeliling, jiran setempat, masyarakat sekeliling, masyarakat
di kawasan kejiranan

KAUM – Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban,


Melanau

SEKOLAH
4. pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, guru
SE kaunselor, guru/ahli persatuan dan kelab, guru/ahli sukan
dan permainan.

NEGARA/
5. Kementerian Pendidikan Malaysia (tema pendidikan),
KERAJAAN
Kementerian Pelancongan (tema pelancongan), Jabatan
N
Perhilitan atau Jabatan Alam Sekitar (tema alam sekitar),
Polis Diraja Malaysia (tema jenayah/masalah sosial), Dewan
Bahasa dan Pustaka, pihak berkuasa.

MEDIA MASSA
6. Televisyen (iklan, dokumentari, drama, filem), Instagram,
MM Facebook, Whats App, Telegram, Twitter, Tik Tok, surat
khabar, risalah, poster, papan tanda

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


4 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Maklumat di bawah berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia . Huraikan pendapat anda
tentang perpaduan kaum di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200
patah perkataan.

BAHAN 1

Karnival Perpaduan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara merupakan medium terbaik
bagi menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program ini dapat
memastikan masyarakat daripada pelbagai kaum mengenali antara satu sama lain tanpa
membezakan agama dan kepercayaan masing-masing. Secara tidak langsung, masyarakat akan
hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain.

BAHAN 2

PENDAHULUAN KARANGAN 3 / 4 AYAT


BAHAGIAN A - TEKNIK IKeA

I ISU Isu atau tema yang Dewasa ini …


sedang dibincangkan Pada era globalisasi …
Meniti arus kemodenan ini…
Sejak kebelakangan ini …
Ke KENAPA Tanya diri sediri Perkara ini disebabkan, …
kenapa/mengapa? Hal ini dikatakan demikian kerana, …
A ARAHAN Arahan soalan / kata Persoalannya, apakah …
kunci arahan soalan Mari kita rungkai satu demi satu …

I ISU Meniti arus kemodenan ini perpaduan kaum amatlah dituntut.


Ke KENAPA Perkara ini disebabkan masyarakat akan hidup tanpa membezakan agama
dan kepercayaan masing-masing
A ARAHAN Oleh itu mari kita rungkai satu semi satu langkah-langkah memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


5 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

ISI PERTAMA

AYAT TOPIK = Sudah terang lagi bersuluh, langkah-langkah untuk menyemai semangat
Isi utama perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah komuniti setempat
hendaklah mengadakan aktiviti gotong royong.
AYAT HURAI = Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti gotong-royong ini dapat menjadi
Mengapa pemangkin kepada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
AYAT CONTOH Contohnya, aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad supaya
= Bagaimana masyarakat dapat meluangkan masa kerana tidak bekerja. Kawasan yang
sesuai dibersihkan ialah longkang, taman permainan dan balai raya.
AYAT KESAN = Kesannya, mereka bergaul mesra dengan pelbagai kaum seperti Cina,
Kesan Melayu, India, kadazan dan Bidayuh.
AYAT TIADA
PENEGASAN

ISI KEDUA

AYAT TOPIK = Selain itu, kerajaan hendaklah menganjurkan rumah terbuka semasa perayaan
Isi utama secara besar-besaran.
AYAT HURAI = Perkara ini disebabkan kerajaan merupakan organisasi yang paling berpengaruh
Mengapa untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.
AYAT CONTOH
Semasa rumah terbuka diadakan, tetamu akan bergaul dengan tetamu yang berbilang
= Bagaimana
bangsa dan dapat merasa makanan tradisional kaum lain seperti masyarakat Melayu
terkenal dengan lemang serta kaum Cina terkenal dengan kuih bulannya.
AYAT KESAN = Implikasinya masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana
Kesan tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain.
AYAT
TIADA
PENEGASAN

PENUTUP KARANGAN
TEKNIK ACaK

A ARAHAN Konklusinya, terdapat beberapa langkah untuk memupuk


SOALAN semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Ca CADANGAN / Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan
LANGKAH tebing bagi memastikan perpaduan kaum dapat dikekalkan.

K KESAN Akhirnya, semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia


/ HARAPAN dapat disemai.

KARANGAN LENGKAP

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


6 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

CONOTH KARANGAN LENGKAP

Meniti arus kemodenan ini perpaduan kaum amatlah dituntut. Perkara ini disebabkan masyarakat
akan hidup dalam keadaan aman harmoni tanpa persengketaan. Oleh itu mari kita rungkai satu semi
satu langkah-langkah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. 35 pp

Sudah terang lagi bersuluh, langkah-langkah untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia ialah komuniti setempat hendaklah mengadakan aktiviti gotong royong. Hal
ini dikatakan demikian kerana aktiviti gotong-royong ini dapat menjadi pemangkin kepada semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Contohnya, aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad
dan kawasan yang sesuai dibersihkan ialah longkang, taman permainan dan balai raya. Kesannya,
mereka bergaul mesra dengan pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, India, kadazan dan Bidayuh.
66 pp

Selain itu, kerajaan hendaklah menganjurkan rumah terbuka semasa perayaan secara besar-besaran.
Perkara ini disebabkan kerajaan merupakan organisasi yang paling berpengaruh untuk menerapkan
nilai murni dalam kalangan masyarakat. Semasa rumah terbuka diadakan, tetamu akan bergaul
dengan tetamu yang berbilang bangsa dan dapat merasa makanan tradisional kaum lain seperti
masyarakat Melayu terkenal dengan lemang serta kaum Cina terkenal dengan kuih bulannya.
Implikasinya masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana tanpa rasa syak
wasangka antara satu sama lain. 74pp

Konklusinya, terdapat beberapa langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan
perpaduan kaum dapat dikekalkan. Akhirnya, semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
Malaysia dapat disemai. 33 pp

208 patah perkataan.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


7 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

BAHAGIAN B
[70 markah]
PENGENALAN…

• 70 markah dan masa dicadangkan ialah 1 jam 30 minit


• Empat soalan dikemukakan dan calon pilih satu soalan sahaja.
• Karangan berformat dan tidak berformat boleh dikemukakan.
• Calon perlu menulis karangan 350 hingga 500 patah perkataan

CADANGAN BINAAN PERENGGAN ISI

Pendahuluan 3 isi Penutup


4 ayat Minimum 5 ayat 4 ayat
50 patah perkataan setiap isi 50 patah perkataan
135 patah
perkataan setiap isi

Permainan tradisional semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi serta peningkatan aplikasi permainan secara maya. Kemunculan media sosial
dengan pengaruh hiburan yang kuat menyebabkan permainan tradisional dianggap sudah lapuk
dan ketinggalan zaman. Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9 Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini lapan jenis permainan tradisional diketengahkan iaitu
tuju tin, tarik tali, galah panjang, congkak, batu seremban, tarik upih, sepak bulu ayam dan
boling kelapa dalam usaha mengekalkan tradisi rakyat ini.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Harian Metro, 31 Julai 2019

Petikan di atas menggambarkan bahawa permainan tradisional dianggap semakin dilupakan kerana
perkembangan pesat permainan secara maya. Sehubungan dengan itu, anda bercadang menulis sebuah
rencana yang bertajuk “Usaha-usaha Memartabatkan Permainan Tradisional”. Tulis rencana anda
selengkapnya.

I ISU Pada era globalisasi ini permainan tradisional semakin dilupakan


kerana anak-anak remaja lebih gemar akan permainan generasi
baharu.

Ke KENAPA Hal ini dikatakan demikian kerana kemunculan media sosial


dengan pengaruh hiburan yang kuat menyebabkan
permainan tradisional dianggap sudah lapuk dan ketinggalan
zaman.
A ARAHAN Persoalannya, apakah usaha-usaha memartabatkan permainan
tradisional?

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


8 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Ayat topik Cara-cara untuk memartabatkan permainan tradisional – ibu bapa – terapkan
bermula di rumah.
Ayat huraian Perkenalkan permainan tradisional – ajak anak bermain – membuat sendiri
Ayat contoh Membuat gasing, wau, congkak – Hari cuti – Sabtu dan Ahad – atau masa lapang –
ajak anak bermain gasing di halaman rumah – bermain congkak di rumah. Wau – di
padang sekolah berhampiran rumah.
Ayat kesan Anak-anak berasa seronok – mula suka akan permainan tradisional – tak kenal
maka tak cinta.
Ayat Ibu bapa pemangkin wujud rasa sayang akan permainan tradisional.
penegasan

Ayat topik Langkah untuk menarik minat generasi hari ini terhadap permainan tradisional –
pihak sekolah.
Ayat huraian Pihak sekolah – platform terbaik untuk memupuk minat terhadap permainan
tradisional.
Ayat contoh Hari kokurikulum – Rabu – Guru-guru mengajar tentang peraturan, teknik bermain,
cara membina permainan tradisional – penubuhan kelab kokurikulum berteraskan
permainan tradisional – tuju tin, tarik tali, galah panjang guru-guru mengajar murid
tentang permainan tradisional melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
Ayat kesan Murid meminati permainan tradisional – wujud kelompok generasi pencinta
permainan tradisional dalam kalangan generasi muda.
Ayat Pihak sekolah mempunyai peranan penting – menyuburkan minat anak-anak
penegasan muda.

Ayat topik Inisiatif untuk mempolularkan permainan tradisional – kerajaan memperuntukan


sejumlah wang yang besar untuk memartabatkan permainan tradisional ini.
Ayat huraian Kerajaan diberi mandat untuk melaksanakan program yang berkaitan dengan
pelestarian permainan tradisional.
Ayat contoh Melalui agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia – menganjurkan seminar, bengkel, simposium tentang
permainan tradisional. Semasa sambutan Hari Kebangsaan- diselitkan aktiviti
permainan tradisional. – batu seremban, tarik upih, sepak bulu ayam dan boling
kelapa.
Ayat kesan Permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum – Permainan tradisional – wadah perpaduan negara.
Ayat Kerajaan perlu menyediakan dana yang banyak – memartabatkan permainan
penegasan tradisional dalam kalangan masyarakat.

A ARAHAN Jelaslah bahawa, terdapat perlbagai cara untuk memartabatkan


SOALAN permainan tradisional kepada generasi hari ini.
Ca CADANGAN Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur
/ LANGKAH dengan tebing bagi memperkenalkan lagi permainan
tradisional ini agar generasi hari ini dapat mengetahui
keunikkan permainan tinggal nenek moyang kita.
K KESAN Dengan usaha yang berterusan pastinya permainan ini tak
/ HARAPAN lekang dek panas dan lapuk dek hujan.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


9 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

CARA MENULIS KARANGAN FORMAT RENCANA

Usaha-usaha Memartabatkan Permainan Tradisional


Oleh: Lindar Nor

Pada era globalisasi ini permainan tradisional semakin dilupakan kerana anak-anak remaja
lebih gemar akan permainan generasi baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana kemunculan
media sosial dengan pengaruh hiburan yang kuat menyebabkan permainan tradisional
dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Persoalannya, apakah usaha-usaha
memartabatkan permainan tradisional?

ISI 1

ISI 2

ISI 3

Jelaslah bahawa, terdapat perlbagai cara untuk memartabatkan permainan tradisional kepada
generasi hari ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memperkenalkan lagi permainan tradisional ini agar generasi hari ini dapat mengetahui
keunikkan permainan tinggal nenek moyang kita. Dengan usaha yang berterusan pastinya
permainan ini tak lekang dek panas lapuk dek hujan.

SEMOGA MEMBERIKAN MANFAAT


SALAM KASIH SAYANG DARIPADA CIKGU LINDAR NOR
GURU INOVASI PENDIDIKAN
SMK SERI MULIA KUALA LUMPUR

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor

You might also like