You are on page 1of 2

Bincangkan

hubungan
China
dengan
orang barat
pada awal
abad ke19

Student D20171078619 - RAJA NUR HANNANI BT RAJA KAMARRUDIN

Comment
Comment
Date

Tuesday, Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr,


15 May Sebagaimana yang telah kita ketahui, kuasa-kuasa barat yang pertama sampai ke
China adalah Portugis(1517) kemudiannya diikuti oleh kuasa barat yang lain
seperti Sepanyol(1575), Belanda (1604), Rusia (1618), British (1637), Perancis
(1728) dan Amerika Syarikat pada akhir abad ke-18 dan kuasa-kuasa barat yang
lain. Pertapakan kuasa-kuasa barat di China telah memberi kesan kepada China
apabila China telah mengalami kemerosotan daripada pelbagai aspek politik,
ekonomi dan Sosial. Hal ini disebabkan oleh dasar dan sikap China yang
memandang Barat dan Orang luar sebagai Barbarian yang akhirnya membawa
padah kepada China sendiri sehinggalah pada awal abad ke-19, China mengalami
satu zaman yang sukar apabila mendapat tekanan daripada kuasa-kuasa Barat
yang menginginkan China untuk membuka pintu perdagangan yang lebih luas
keada perdagangan Barat.
 Pedagang Barat melihat hubungan mereka dengan China berkeadaan tegang dan
tidak menyenangkan khususnya dalam perdagangan. Oleh itu, pedagang British
telah berusaha mengimbangi perdagangan dengan membawa masuk candu ke
negara China. Candu ini pada asalnya digunakan bagi tujuan perubatan sahaja di
China. Namun, keadaannya berubah apabila rakyat di negara China ketagihan
dengan candu termasuk lah pegawai di China. Permintaan terhadap candu ini
semakin meningkat menyebabkan pengeluaran wang perak China semakin
meningkat pada setiap tahun.  China sukar menghentikan kegiatan ini kerana
penghisap candu bukan sahaja dalam kalangan rakyat biasa, tetapi telah menular
masuk dalam kelompok profesional iaitu askar, golongan sida-sida, pegawai dan
pengawal istana. Maharaja telah melantik Lin Tse-hsu bagi menyelesaikan
masalah candu ini. Beliau berjaya menyekat dan merampas candu daripada
pedagang Barat. Namun pihak British tidak menandatangani satu perjanjian.
Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya peperangan Perang Candu yang
pertama di pelabuhan Canton atau juga dikenali sebagai perang Inggeris-China.
Peperangan ini diakhiri dengan rundingan di Nanking pada 1842.
Selepas Perjanjian Nanking ditandatangani, China terpaksa menamatkan dasar
isolasinya yang diamalkan selama ini. Sejak daripada itu, China mula
melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang asing yang kebanyakannya
terdiri daripada pedagang. Perjanjian Nanking yang ditandatangani telah banyak
merugikan pihak China. China bukan sahaja terpaksa menyerahkan Hong Kong
kepada British, malah dikehendaki membayar ganti rugi kepada pihak British
kerana telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian pihak British semasa
berlakunya peperangan Candu pertama.
 Kesannya, China terpaksa menerima perjanjian yang berat sebelah iaitu
Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian ini merupakan salah satu
kejayaan bagi kuasa Barat khususnya British dalam aspek perdagangan. Justeru
itu, dapat dilihat bahawa hubungan China dan barat  pada awal abad-19 sehingga
pertengahan abad ke-19 semakin merosot serta memberi kesan yang buruk
terhadap pentadbiran , ekonomi dan sosial di negara China.
Sekian.

Selamat sejahtera saudari,


saya bersetuju dengan pendapat yang saudari kemukakan bahawa Krisis
hubungan antara China dengan Barat menjadi bertambah serius apabila
British memperkenalkan candu sebagai bahan eksport ke China. Perdagangan
Tuesday, candu membawa keuntungan kepada British, tetapi sebaliknya membawa
15 May impak negatif terhadap masyarakat Cina dan ekonomi China. Kesan yang
ditimbulkan ialah masalah ketagihan candu. Pada umumnya, penduduk China
membelanjakan kira-kira 100 juta tahil setiap tahun untuk membeli candu.
Manakala kesan dari segi ekonomi pula membawa pengaliran wang perak
yang banyak dari China. Pelantikan Lin Tse-hsu sebagai Pesuruhjaya Anti
Candu di Canton telah menimbulkan rasa tidak puas hati pedagang British
kerana beliau telah merampas peti-peti candu daripada pedagang asing.

F1

You might also like