You are on page 1of 3

Confucianisme

Kehidupan Confucius
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari
keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan
dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika
berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu
Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi
orang Cina.

Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun
keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki
perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua
berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri
Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah
dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaranajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi
keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya.
Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru,
beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10
tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan
menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti
ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian
dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau
meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

Ajaran Confucius
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi
merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat
dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain

dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia
menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan.
Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk
Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze
(Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya
dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada
zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu
Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun
Ching).

Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu
dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran
Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam
ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu
dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang
dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan
tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta
negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus
menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari
segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak
mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga
negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang
dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan
bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi
contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus
menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi,

kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius
mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada
ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk
mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan
Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang
zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain
Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja
bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat
dan hukuman keras kepada pesalah.

Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan


kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang
baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut
daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan
adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang
berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

Konklusi:agama confucius diamalkan oleh


segelintir orang cina. Agama ini diasaskan
oleh kung fu tze.Ia berasaskan nilai nilai
moral yang perlu diamalkan.
CONTOHNYA:xiou bermaksud ketaatan
kepada ibubapa,li bermaksud kesusilaan.

You might also like