You are on page 1of 14

FRASA

KERJA
Definisi
Frasa Kerja ialah sekumpulan perkataan yang unsur utamanya
terdiri daripada kata kerja dan ia adalah satu daripada unsur binaan
utama dalam ayat.

Contoh Frasa Kerja


1. berlari pantas
2. sedang makan
3. masih belum turun
4. terbang dengan lajunya
5. berjumpa dengan pengetua
6. sedang membaca buku sejarah itu
Contoh dalam ayat:
1. Pada awal pagi itu, hujan masih belum turun. (FN+FK)
2. Ketika kami adik-beradik sedang makan, ayah ke pejabat.
(FN+FS)
3. Abang sulung saya akan membacakan ayah surat daripada
ibu. (FN+FK)
4. Usaha untuk mengumpulkan barang-barang lama itu amat
murni. (FN+FA)
5. Pengawas pusat sumber ialah murid yang sedang membaca
buku sejarah itu. (FN+FN)
Binaan Frasa Kerja
FRASA KERJA
Frasa kerja tak transitif Frasa kerja transitif
(Frasa kerja yang tidak mempunyai objek iaitu (Frasa kerja yang mengandungi kata trasitif iaitu
kata kerjanya tidak perlu diikuti oleh kata yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri
nama atau frasa nama) daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya)
1. Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap 1. Frasa kerja transitif dengan satu objek
(Frasa kerja yang dapat berdiri sendiri dalam (Frasa kerja yang hanya mengandungi kata
ayat tanpa objek) kerja transitif yang diikuti oleh satu objek)
2. Frasa kerja tak transitif berpelengkap 2. Frasa kerja transitif dengan dua objek
(Frasa kerja yang memerlukan pelengkap (Frasa kerja yang hanya mengandungi kata
yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif kerja transitif yang diikuti oleh dua objek)
atau kata sendi nama)
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh:
mula tiba pernah tertipu

baru bekerja hendak berniaga

sudah roboh sedang bersorak

akan muncul masih belum lahir

Contoh dalam ayat:


1. Pada zaman itu, saya masih belum lahir lagi. (FN+FK)
2. Rumah yang sudah roboh itu rumah Pak Cik Ghani. (FN+FN)
3. Orang yang hendak berniaga mestilah mempunyai modal yang cukup. (FN+FK)
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan.

Contoh dalam ayat (Peluasan daripada ayat-ayat di atas):

1. Pada zaman itu, saya masih belum lahir ke dunia lagi.

2. Rumah yang sudah roboh sejak seminggu lalu rumah Pak Cik Ghani.

3. Orang yang hendak berniaga di pusat beli-belah itu mestilah mempunyai modal yang cukup.
Frasa kerja tak transitif berpelengkap
Contoh frasa kerja tak transitif berpelengkap kata nama:

bertemu jodoh berbangsa Inggeris

merendah diri berselisih pendapat

berbaju kebaya bersenjata parang

bertilamkan rumput menjadikan pegawai tentera

Contoh dalam ayat:

1. Wanita Jepun yang berbaju kebaya itu sungguh anggun.

2. Mereka yang berselisih pendapat itu daripada kelas kami.

3. Kakak sulung saya bertemu jodoh dengan pemuda sekampung.


Frasa kerja tak transitif berpelengkap
Contoh frasa kerja tak transitif berpelengkap kata adjektif:

berwajah cantik bertubuh kecil

menumpang kasih beransur baik

bertambah sayang berbadan besar

memandang rendah menjadi harum

Contoh dalam ayat:

1. Pengawai perhubungan yang berwajah cantik itu bagai bidadari.

2. Pesakit yang beransur baik itu pegawai kanan sebuah syarikat perniagaan telekomunikasi.

3. Pengetua amat gembira kerana nama sekolah menjadi harum setelah pencapaian akademik muridnya
sangat cemerlang.
Frasa kerja tak transitif berpelengkap
Contoh frasa kerja tak transitif berpelengkap kata sendi nama:

berada di terdedah kepada

membelok ke berdepan dengan

tertakluk pada berhubung dengan

bergantung pada berperanan sebagai

Contoh dalam ayat:

1. Kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan tadi kereta peronda polis.

2. Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan tersebut.

3. Kami telah berada di tempat peranginan ini sejak seminggu yang lalu.
Frasa kerja transitif
Contoh:

minum teh memperkecilkan kemampuan

terjawan soalan menyertai program

mengarang puisi mencetak kad undangan

mengambilkan kami memperisterikan anak lelaki sulungnya

Contoh dalam ayat:

1. Murid yang terjawab soalan sukar tadi amat bijak.

2. Setelah minum teh, kami ke tepi pantai untuk bersiar-siar.

3. Pelayan yang mengambilkan kami makanan sebentar tadi warga asing.


Frasa kerja transitif
Contoh kata kerja transitif dengan satu objek:

menghias kelas melontarkan pendapat

membasahi lantai membaiki kereta ayah

membaca novel mendekatkan jenteranya

menjual buah-buahan menuruni bukit yang curam

Contoh dalam ayat:

1. Air sabun yang membasahi lantai bilik guru sanga pekat.

2. Mekamik yang membaiki kereta ayah lepasan institut kemahiran.

3. Keadaan itu sangat bahaya kerana kami terpaksa menuruni bukit yang curam.
Frasa kerja transitif
Contoh frasa kerja tak transitif berpelengkap kata sendi nama:

Kata kerja transitif Objek 1 Objek 2

mencucuri hamba-Nya rahmat

mencarikan Akif novel karya Usman Awang

membuatkan ayah secawan kopi

Contoh dalam ayat:

1. Jika selalu berdoa, Tuhan akan sentiasa mencucuri hamba-Nya rahmat.

2. Amirul sangat rajin kerana sanggup mencarikan Akif novel karya Usman Awang.

3. “Arahan tersebut daripada ibu supaya kakak membuatkan ayah secawan kopi,” kata adik.
Sekian,
terima
kasih

You might also like