You are on page 1of 1

Ingatan adalah kebolehan individu menyimpan maklumat yang dipelajari dan mengeluarkannya kembali

apabila diperlukan. Ingatan boleh dikategorikan kepada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang.
Ingatan deria merupakan komponen pertama dalam sisitem ingatan. Panca indera menerima banyak
maklumat atau rangsangan daripada persekitaran dan menyimpannya dalam satu jangka masa yang
amat singkat, tidak sampai 2 saat. Kalau tidak ada apa-apa dilakukan ke atas maklumat yang didaftarkan
di panca indera ini ia akan segera hilang.

Maklumat yang diterima oleh panca indera dan diberi perhatian kepadanya akan dipindahkan kepada
komponen kedua sistem ingatan iaitu ingatan jangka pendek. Komponen ingatan ini boleh menyimpan
maklumat dalam jumlah yang kecil dalam tempoh masa beberapa saat. Maklumat dalam ingatan jangka
pendek ini akan disimpan sekiranya maklumat itu dikatifkan. Maklumat dalam ingatan jangka pendek
mungkin diterima daripada panca indera atau pun daripada ingatan jangka panjang. Selalunya kedua-
dua keadaan ini berlaku serentak. Cara untuk mengekalkan maklumat ini dalam ingatan jangka pendek
ialah memikirkan maklumat berkenaan dan menyebutnya berulang kali.

Komponen ketiga dalam sistem ingatan ialah ingatan jangka panjang. Di peringkat ini, maklumat
disimpan dalam jangka masa panjang dan mempunyai keupayaan menyimpan maklumat dalam jumlah
yang besar. Mengikut ahli-ahli teori, maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang tidak akan
hilang, kemungkinannnya kita hanya gagal mengesan maklumat yang tersimpan dalam ingatan kita.

You might also like