You are on page 1of 5

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Lontar_peluru
Lontar peluru
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lontar Peluru

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam
pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

[sunting]Asal

usul

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam
lembing danmelempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara
lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara
lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika
Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga
yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru

telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan
di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada
tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian
hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada
kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung
teknik melontar peluru.

[sunting]Peraturan

dan pertandingan

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry
O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik
lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik,
melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang
cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.
Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan
peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin
keselamatan diri atlet itu sendiri.
Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.
Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan
banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara
lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru.html

LONTAR PELURU
Sejarah
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru
diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk
murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik

lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry
OBrien.

Peraturan Asas Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas
kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru


1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.


2) Persedian

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Lontar Peluru Gaya Berdiri

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Parry OBrien


Ada 4 Fasa :1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan
ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan
lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran


Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam
acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat
dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut
kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Latihan
Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini selalunya
akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana
acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta pergerakan yang
pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihanlatihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan, lengan,
dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru.

You might also like