You are on page 1of 9

Konsep disiplin bilik darjah

 Menurut (), pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin
yang kukuh.
 Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Model pengurusan kelompok kounin

 Bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di
dalam bilik darjah.

Faktor2 mengurus tingkah laku dalam bilik darjah (menurut Kounin)

i) Berkaitan dengan kebolehan guru unruk mengawasi semua perkara yang berlaku di
dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum
menjadi masalah disiplin

Sebab: kesedaran dan kepekaan guru adalah amat penting untuk mengawasi segala perkara
dalam bilik darjah pada setiap masa, iaitu withitness yang dikatakan oleh Kounin

Bukti: semasa dalam gerak kerja kumpulan, guru dapat mengawasi dan berinteraksi dengan
setiap kumpulan kecil, walaupun pada masa tersebut, guru sedang memberi tunjuk ajar kepada
satu kumpulan yang tertentu.

Kesan: masalah seperti terabai murid-murid dari kumpulan yang lain telah dielakkan. Murid-
murid dalam kelas berasa dipentingkan oleh guru.

Dengan itu, guru yang berkebolehan melakukan tindakan tersebut, boleh mengawal dan
menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

ii) Tindakan yang diambil oleh guru semasa seseorang murid melakukan salah laku akan
membeerikan kesan kepada murid-murid lain dalam bilik darjah (Kesan tersebut
merupakan Kesan Gelombang)

Bukti: guru memberi teguran dan tindakan disiplin dengan jelas, tegas dan serius, kepada murid-
murid yang melakukan kesalahan, pada masa yang sama, murid-murid lain juga akan mengambil
iktibar daripada teguran dan tindakan disiplin tersebut. Dengan itu, guru dikatakan berjaya
menguruskan disiplin bilik darjah dengan efektif.

Kesan: murid-murid yang lain tidak akan mengulangkan kesalahan yang sama kerana mereka telah
menerima teguran dan mampu melihat tindakan disiplin yang diberikan oleh guru.

iii) Arahan perlulah diberikan dengan tegas dan bernada serius.

Hal ini dikatakan demikian kerana dengan nada dan intonasi yang tegas serta mimik muka yang
serius, dapat membantu arahan, teguran dan tindakan disiplin dijalankan dengan lebih berkesan.
iv) Memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik
darjah

Contoh: Guru berusaha untuk menarik perhatian sebelum memberikan penerangan untuk
menjalankan aktiviti pdp. Kemudian itu, murid-murid akan dilibatkan dengan aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang berpusatkan murid.

Kesan: dengan cara tersebut, murid-murid akan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan dan
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya.

v) Memastikan murid-murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru

Contoh: menjalankan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan

Kesan: maampu meningkatkan kebolehan dan perkembangan murid secara positif.

Model disiplin asertif canter

 Menurut (), Model disiplin asertif canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
 Berdasar kepada model tersebut, ia mempercayai bahawa guru berhak untuk menetapkan
peraturan2 yang jelas di dalam bilik darjah dan memastikan murid-murid mematuhinya,
 Model tersebut juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat peraturan yang ditetapkan.

(murid-murid diberikan pujian dan penghargaan jika murid2 mematuhi manakala murid yang
melanggar peraturan, peneguhan negatif diberikan )

 Guru perlulah berinteraksi dengan murid secara tenang dan serius


 Murid-murid memilih untuk bertingkah laku dan guru berperanan untuk menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid-murid memilih tingkah laku yang
sesuai dan bermanfaat

I) Guru yang agresif


 Garang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa
 Demi mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka mesti menunjukkan kuasa,
menetapakan peraturan dan tidak bertolak ansur dengan murid.
 Mereka memberi arahan dan murid2 tidak boleh mempunyai bantahan
 Ekspresi muka serius dan tegas
 Arahan yang tegas seperti diam!, duduk! Sentiasa digunakan

II) Guru yang tidak asertif


 Kelihatan kelam kabut dan tidak tegas (murid-murid tidak menghormatinya)
 Menggunakan pendekatan pasif
 Gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini
 Frasa “ tolonglah berkelakuan elok sikit” sering digunakan
III) Guru yang asertif
 Seorang yang jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas
 Berkemampuan untuk membimbing murid2 tentang cara untuk menunjukkan tingkah laku
yang diingi dan sistem pengurusan tingkah laku akan dibina untuk menggalakan kerjasama
dengan murid-murid
 Guru yang mengamalkan pendekatan asertif, mampu memahami keiinginan murid2 dengan
baik
 Guru tersebut menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid2
yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan memberi sokongan
terhadap tindakan2 mereka
 Contoh: peraturan dan rutin ditetapkan dengan jelas dan kepentingan rutin dan peraturan
tersebut akan diterangkan kepada murid2 dengan terang

(akibat2 yang munasabah jika murid2 melanggar peraturan akan diterangkan dan perasaan guru
akan sampaikan kepada murid2 dengan jelas apabila murid2 mematuhi atau melanggar peraturan)

 Hierarki disiplin akan dibentukkan untuk melaksanakan tindakan pembetulan mengikut


kekerapan salah laku ditunjukkan. Setiap hierarki disertakan dengan tindakan pembetulan
yang perlu dilaksanakan oleh guru. Hierarki ini perlu konsisten dan adil untuk semua murid
yang melanggar peraturan yang ditetapkan. (Demi melaksanakan hierarki disiplin dengan
berkesan, maka guru perlulah menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid)
 Guru asertif membantu murid2 untuk memahami bentuk tingkah laku yang membawa
kejayaan dan menerangkan jenis tingkah laku yang tidak memanfaatkan
 sentiasa bersikap adil dan prihatin terhadap semua murid
 arahan diberikan dengan jelas seperti (peratuan kelas kiata ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan)

model akibat logikal Dreikurs

 menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada


murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah
 guru diberikan autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjha serta
membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah
 guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku dan akan mengemukakan
strategi untuk membantu murid2 memperoleh disiplin kendiri berdasarkan kefahaman
murid2
 murid perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin
bilik darjha agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
 tidak sepatutunya menjalankan dendaan yang akan memalukan murid2
 cara betul:
I) guru mengenal pasti motif murid berdasarkan empat motif lalu membaantu murid unruk
memahami bahawa motif tersebut adalah salah untuk mendapat pengiktirafan diri
II) berikan galakan dan bombing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu
yang dipilih
 pujian dan dendaan seharusnya dielakkan tetapi galakan perlulah diberi
 cadangan yang boleh digunakan oleh guru untuk berkomunikasi dengan murid
1. berkomnukasi tentang perkara yang positif dan bukannya perkara yang negatif dengan
murid
2. membantu murid untuk belajar daripada kesilapan yang merupakan asas dalam proses
pembelajaran

Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah yang berpunca daripada motif2 yang
berikut:

a) mendapatkan perhatian
 bentuk yang digunakan oleh murid2 untuk mendapatkan perhatian guru adalah dengan
membuat ‘lawak bodoh”, “mengetuk meja tanpa sebab” dan berbual dengan rakan semasa
guru mengajar
 guru perlu mencari cara untuk mengatasi dan memberikan perhatian kepada murid yang
mendatangkan kesan yang positif
 bukti: guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini tetapi
memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini. (Contoh: Memuji murid2 yang telah
menyiapakan kerja rumah dengan baik)
 Kesan: murid2 akan berbuat baik demi mendapat perhatian guru. Secara tidak langsungnya,
guru membimbing murid untuk memilih cara mendapatkan perhatian yang betul

ii) mencabar kuasa

 Guru yang mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah
laku murid
 Adakalanya tindakan begitu mengakibat murid2 berasa tertekan dan dipinggirkan
 Murid2 maka mencabar kewibawaan guru
 Contoh: sengaja melanggar peraturan dan rutin bilik darjah yang telah ditetapkan dan
dipersetujui oleh semua murid dalam kelas lalu menyebabkan kemarahan guru
 Cara mengatasi: guru perlu berbincang dengan bertenang dengan murid-murid untuk
menunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang masalah yang murid2 menghadapi

iii) membalas dendam

 Guru yang menggunakan kekerasan mampu berjaya menangani salah laku di dalam bilik
darjah
 Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin bersifat luaran
 Murid tindak menunjukkan salah laku disebabkan dendaan yang diberikan tetapi
menyimpan dendam atas tindakan yang dikenakan oleh guru
 Contoh: murid yang dedenda sengaja merosakkan harta benda dalam kelas, membuang
telur yang telah rosak pada kereta guru ataupun ponteng sekolah.
 Cara mengatasi: guru perlulah mengambil pendekatan yang sesuai untuk mengawal dan
memahami emosi murid2 supaya mereka dapat mendapati bahawa kelakuan mereka adalah
salah. (guru berperanan untuk membantu murid untuk menyalurkan emosi negatif kepada
tingkah laku yang bermanfaat kepada murid)
 Kesan: murid-murid berasa dipentingkan oleh guru dan selamat lalu mempunyai keberanian
untuk meluahkan isi hati kepada guru yang mereka mempercayai
Model pengurusan disiplin Thomas Gordon

 Gordon percaya bahawa disiplin bilik dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh
kawalan dalaman atau kawalan kendiri.
 Aktiviti membina kawalan kendiri murid boleh dilakukan di dalam bilik darjah sekiranya guru
menghapuskan kuasa kawalan guru yang mutlak ke atas murid (Charles 2008)
 Gordon menggesa guru untuk menggantikan ganjaran dan hukuman dengan teknik yang
tidak mengawal murid secara luaran seperti menyediakan persekitaran pembelajaran murid
yang memberangsangkan, menggunakan pendekatan I message, mengaplikasikan teknik
menyelesaikan konflik, menghargai persepsi dan perasaan murid dan mengelakkan halangan
komunikasi guru dengan murid seperti mengarah, memberi amaran dan sebagainya

Pelan disiplin Gordon

-melibatkan enam langkah

1. mempengaruhi daripada mengawal

 Mengawal murid akan mengakibatkan kesukaran untuk menerapakan pengaruh yang positif
kepada murid
 Kawalan menyebabkan murid membina helah bela diri seperti bergaduh dan menghindari
masalah

2.mencegah masalah sebelum berlaku

Tiga perkara boleh dijalankan untuk mencegah:

a) penggunaan I-message

-digunakan unntuk menyatakan secara peribadi tentang perassan dan fikiran guru mengenai sesuatu
situasi dan tingkah laku murid

Contoh: kenyataan yang lebih berkesan, iaitu, “kita sekarang bersedia untuk bekerja dalam
kumpulan yang baharu. Cikgu pasti telah membantu kalian untuk memahami tanggungjawab yang
patut dilaksanakan

b) membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif dengan murid


 membincang dan mempersetujui peraturan bilik darjah yang ditetapkan
 cara ini akan memotivasikan murid untuk mempunyai lebih keyakinan diri dan mempunyai
rasa kepunyaan terhadap kelas

c) menguruskan bilik darjah dengan melibatkan murid


3)masalah siapa?

 Gordon (1979) menerangkan bahawa salah laku merupakan tingkah laku yang
mendatangkan masalah kepada individu
 Penentuan “masalah siapa” adalh penting digunakan untuk menyelesaikan masalah disiplin
(kemahiran bersemuka dan kemahiran membantu) perlu diaplikasikan kepada orang yang
bermasalah

4) berdepan dengan masalah tingkah laku

Page 130

5)kemahiran mendengar

 Membolehkan guru memahami keadaan murid


 Empat jenis kemahiran mendengar
 i)Mendengar secara pasif (mendengar dengan tekun dan memberi ruang kepada murid
untuk menceritkan masalah dan meluahkan perasaan mereka)

-walaupun guru berdiak diri tetapi masih menunjukkan perhatian melalui bahasa badan,kontak mata
dan kerapatan

ContohL: Encik Hairul mendengar Ali menceritakan masalah yang dihadapi di dalam kelas dan
maklum balas minima yang diberikan oleh encik ialah “hmmm” dan “oh begitu” atau secara
nonverbal iaitu senyuman dan badan condong ke depan

 ii)membuka peluang kepada murid untuk membincangkan masalah mereka

-Contoh; “guru Nampak awak hendak memberitahu cikgu sesuatu” (dengan maklum balas sebegini
adalah bersifat terbuka dan tidak menghukum yang membuka peluang kepada murid untuk
bercakap dan meluahkan perasaan)

iii)maklum balas minima

iv)mendengar dengan aktif

6) penyelesaian konflik yang berkesan

 konflik akan diselesaikan dengan berkesan apabila dua pihak yang berkonflik berbincang
bersama-sama resolusi kepada konflik yang dihadapi dan berpuas hati serta mencapai
persetujuan bersama dalam menyelesaikan konflik
 elemen utama dalam penyelesaian konflik: mencapai persetujuan penyelesaian antara dua
pihak yang berkonflik yang memuaskan hati kedua-duanya
 Contoh: apabila Yana dan Patrik bertengkar, guru menasihati mereka untuk berfikir cara
untuk menyelesaikan masalah dan kedua-dua murid boleh berbaik semula. Dengan kaedah
ini, kedua-dua murid tidak akan bergaduh dan menghalang mereka merasakan bahawa cikgu
memberikan pertimbangan sebelah pihak sahaja atau ada yang kalah dan menang. Dengan
tiadda kuasa yang digunakan oleh guru. Oleh itu, ego kedua-duanya tidak tersentuh dan
hubungan boleh diselamatkan.

Halangan komunikasi

 Mengelak halangan komunikasi perlu dilakukan semasa guru membantu murid untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi
 Contoh halangan komunikasi : memberikan arahan, memberi amaran, membebel,
mengkritik, menyoal dan menarik diri.
 Guru dan murid perlulah saling mendengar dan menerima padangan orang lain
 Guru perlulah mengambil kira padangan murid manakala murid perlu dilatih untuk
memahami tugas dan peranan guru

Penglibatan murid

 Layanan dan pendidikan yang sama rata perlulah disampaikan kepada murid-murid
 Contoh: guru akan berhubung dan melibatkan semua murid dalam kelas dan akan beri masa
untuk semua orang memberi maklum balas

Berhubung dengan ibu bapa

 Ibu bapa mempunyai hak untuk memahami aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka,
kemajuan akademik dan kokurikulum, kekuatan dan kesulitan yang dihadapi oleh anak
mereka dalam ppdp.
 Guru boleh menelefon ibu bapa untuk memberitahu perkara2 yang personal dan sulit
 Guru boleh menjalankan perjumpaan dengan ibu bapa yang telah diaturkan oleh pihak
sekolah seperti Hari terbuka dan Hari Tandatangan Rekod Kemajuan

Model beyond discipline Alfie Kohn

Pengenalan

 Kohn menyatakan komuniti bilik darjah ialah sebuah tempat murid2 berasa disayangi dan
menyayangi antara satu sama lain.
 Mereka berasa dihargai dan dihormati; di mana setiap murid adalah penting antara satu
sama lain dan juga kepada guru. Mereka melihat diri mereka di dalam kelas sebagai “satu”,
mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai. Hasilnya, mereka berasa selamat di dalam bilik
darjah bukan sekadar secara fizikal tetapi juga secara emosi (Kohn,2001).
 Kohn menekankan komuniti bilik darjah yang penyayang dan menghargai antara satu sama
lain. Dengan itu, murid2 mempunyai rasa kepunyaan di dalam bilik darjah dan melibatkan
diri secara aktif di dalam bilik darjah.
 Ganjaran dan hukuman tidak digalakkan ( Ia tidak berkesan untuk mendisiplinkan murid
tetapi juga mendatangkan kesan sampingan yang negatif kepada murid seperti hilang
kepercayaan, bersikap menghindari dan menunjukkan tingkah laku yang berfokuskan
ganjaran semata.

Strategi yang dicadangkan oleh Kohn untuk membantu guru untuk membentuk komuniti
pembelajaran

a) Membina hubungan antara murid dengan guru

-saling menghormati

-guru memberi perhatian kepada murid2 dan murid2 akan berasa dirinya diberi perhatian

-semasa keperluan emosi murid2 dipenuhi, mereka akan lebih cenderung untuk membantu orang
lain dan mengurangakn sikap mementingkan diri sendiri

b) Meningkatkan hubungan antara murid

-pembelajaran kooperatif, saling mengenali dan berkenali atau mencari rakan untuk berkongsi
pendapat tentang perkara yang dibincangkan boleh digunakan untuk meningkatkan hubungan

-hubungan antara murid dibina dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang berkaitan dan saling
memerlukan antara murid.

c) perjumpaan kelas

-aktiviti yang terbaik untuk melibatkan semua murid dalam bilik darjah iaitu mengadakan
perjumpaan

-kohn bercadangkan perjumpaan kelas pada awal tahun boleh membincangkan perkara2 untuk
mencungkil perasaan dan pendapat murid seperti “pernah tak kadang2 awak rasa sekolah agak
teruk?”

Dengan cara ini, guru akan mendapat banyak maklumat tentang sekolah, masalah murid dan
persekitaran pembelajaran murid. Dengan maklumat yang telah diperolehi guru dapat
mengenali murid dan menyediakan aktiviti2 yang dapat merangsang minat murid untuk belajar
dan hadir ke sekolah

D) mengadakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah

-bekerjasama dengan rakan2 sekelas dapat mewujudkan semangat berpasukan

Contoh aktiviti: lukisan mural, mengadakan majalah kelas

d) perbincangan akademik
-guru meluangkan masa untuk membincangkan topik yang telah diajar serta melihat bahagian
yang sukar difahami

-guru juga boleh membuat perbincangan dengan murid tentang indiividu yang dapat menolong
rakan2 kelas yang agak ketinggalan dalam pembelajaran.(buddy system)

-nilai2 yang terdapat dalam topik2 akademik yang diajar juga boleh dibuat refleksi dan
dibincangkan

Pengurusan “beyond discipline” oleh Kohn

 Kohn menegaskan guru sepatutnya sedar tentang peraturan yang ditetapakan dan
tujuan peraturan tersebut perlu dipatuhi
 Guru boleh membincangkan perkara2 yang melibatkan keselamatan di dalam bilik
darjah.

Bukti: dengan memberitahu jangkaan guru dan perkara2 yang perlu disedari mereka supaya
keselamatan mereka di dalam kelas terjamin dan aktiviti pdp yang dirancang dapat berjalan seperti
yang diharapkan

 Aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru dalam menetapkan peraturan dalam bilik
darjah:
i) Tujuan: peratura yang diwujudkan adalah berutujuan untuk menjaga keselamatan diri
murid dan hak murid di dalam bilik darjah
ii) Sekatan: elakkan daripada mengadakan peraturan yang terlampau
iii) Fleksibel: peraturan boleh diubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan serta
keperluan murid
iv) Sesuai dengan perkembangan murid: murid yang agak dewasa diberikan kelonggaran
untuk berfikir dan membuat pertimbangan sendiri tentang sesuatu perkara yang
melibatkan kepentingan murid
v) Cara penyampaian:guru memberikan arahan dengan berhemah dan bersabar
vi) Penglibatan murid:murid2 perlulah menerima peraturan ataupun arahan yang diberikan

 Guru perlulah mengambil berat terhadap murid dan mengutamakan minat mereka
 Guru akan membimbing murid untuk meneroka sesuatu topik pembelajaran supaya murid2
dapat memahami isi pembelajaran yang disampaikan
 Cabaran akan diberikan dan menekankan bahawa membuat kesilapan adalah sebahagian
daripada proses pembelajaran.

You might also like