You are on page 1of 10

KURSUS SARJANA PENDIDIKAN

NAMA KURSUS :

KPP 6114
KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKTIONAL

TAJUK TUGASAN :

Tugasan 3
GROUP EX ON LITERATURE OF INSTRUCTIONAL LEARDERSHIP
AND SUPERVISION
CHAPTER 11 THE CLASSROOM CLIMATE

NAMA AHLI KUMPULAN :

1 Norizan Binti Barisan M20161001568


2 Noru Akmal Binti Ahmad M20171001419

NAMA PENSYARAH :

Dr. Sabri Bin Mohd. Salleh


BAB 11: IKLIM BILIK DARJAH

Tingkah-laku dalam bilik darjah ditentukan oleh :


i. ciri-ciri peribadi individu
ii. keadaan sosial Kumpulan

ORGANISASI SOSIAL
 Oleh kerana guru dan pelajar berinteraksi di dalam kelas, perhubungan sosial secara
tidak formal wujud dan memberikan kesan ke atas tingkah laku di dalam bilik darjah.
 Pelajar akan berkelakuan mengikut keadaan sosial yang wujud iaitu ditentukan oleh
peranan tidak formal, norma dan nilai pelajar, dan kepimpinan pelajar.
 Proses organisasi sosial tingkah laku manusia mempunyai dua sumber iaitu :
i. struktur hubungan sosial dalam kumpulan
ii. budaya kumpulan- iaitu kepercayaan dan kesatuan untuk menyatukan ahli-ahli
kumpulan.

 Hubungan sosial dalam bilik darjah – terdiri daripada interaksi sosial ( komunikasi,
bekerjasama dan bersaing)
 Interaksi sosial  Kumpulan  Subkumpulan/Klik

 Struktur status tidak formal kumpulan pelajar :


i. Status pelajar – bergantung kepada kekerapan, jangka masa dan pola – pola interaksi
dengan pelajar lain dan setakat mana pelajar dihormati oleh orang lain di dalam kelas.
ii. Bentuk sub kumpulan /klik – klik berkembang dalam struktur kumpulan yang mana
sebahagiannya mempunyai status, kuasa dan lebih bermakna dari orang lain.

BUDAYA BILIK DARJAH

 Panduan tidak normal terhadap sikap pelajar.


 Kepentingan norma tidak rasmi
i. Perjanjian umum tentang kesesuaian tingkah laku seperti yang ditakrifkan oleh pelajar
itu sendiri.
ii. Mekanisma untuk meletakkan jangkaan terhadap pelajar tersebut.

Norma dikongsi Diintegrasi membentuk Budaya


dan Nilai dalam
Pelajar pelajar
Umum kumpulan
IKLIM BILIK DARJAH DAN GURU
 Guru insan paling penting mempengaruhi iklim bilik darjah.
 Guru mempunyai kuasa formal ke atas kelas tersebut menetapkan jangkaan dan
matlamat terhadap pelajar, serta kaedah pengendalian kelas ditetapkan dan
dikuatkuasakan oleh guru.
 Peranan guru (sosial) di dalam bilik darjah merupakan prasyarat yang diperlukan untuk
mencapai PdPc berkesan.
 Setiap guru mempunyai teknik yang berbeza untuk membina iklim bilik darjah yang
kondusif, namun pelaksanaannya hampir sama untuk semua guru.
 Terdapat 5 pendekatan yang digunakan untuk mengawal bilik darjah iaitu :
a) Amalan rutin kelas
- Rutin bilik darjah ditetapkan dan dipatuhi sepanjang 1 tahun persekolahan.
- Peraturan bilik darjah ditetapkan dan diatur secara berstruktur.
- Walau bagaimanapun, peraturan dalam kelas akan menghasilkan konflik.
b) Hukuman
- Tingkah laku negatif pelajar akan dikenakan hukuman.
- Terdapat masalah dalam pelaksanaan hukuman, kerana kadang-kadang pemberian
hukuman tidak dapat mengubah tingkah laku tersebut.
- Hukuman boleh mengguris hati pelajar.
- Walau bagaimanapun, guru yang berpengalaman akan mengenakan hukuman
secara berpatutan dan ia jelas terhadap pantang larang tingkah laku.
c) Kenyataan tersurat / Explisit statement
- Lisan digunakan untuk menentukan pantang larang.
- Contoh :
“Kita buat ini dalam kelas”
“Kita tidak boleh buat itu dalam kelas”
d) Ritual / Formaliti
- Formaliti digunakan dalam komunikasi antara guru dan pelajar.
- Formaliti ini dapat memperkuat sikap dan tingkah laku.
- Contoh :
Penggunaan panggilan protokol (formaliti) seperti Encik, Cik, Sir, Madam untuk
memberi isyarat perbezaan status antara guru dan pelajar.
e) Pengaruh peribadi
- Pengaruh peribadi seperti ton suara, semangat, keikhlasan, watak dan gaya
peribadi digunakan untuk mengawal bilik darjah.
- Jika pengaruh peribadi berjaya, akan membentuk nilai dan sikap pelajar.

CUSTODIAL AND HUMANISTIC CLASSROOMS / PENJAGAAN BILIK DARJAH


DAN KEMANUSIAAN
 Kawalan murid adalah penting di peringkat sekolah.
 Guru mempunyai kuasa autokratik di sekolah.
 Aliran kuasa dan komunikasi dari atas ke bawah, pelajar menerima tanpa
mempersoalkannya.
 Orientasi kemanusiaan menekankan pentingnya bertanggungjawab dan inisiatif pelajar.
 Pelajar belajar melalui interaksi koperatif dan pengalaman pelajar diberi kebebasan
bertindak mengikut kesukarelaan mereka, kemudian perlu bertanggungjawab ata
tindakan mereka.
 Disiplin diri menggantikan kawalan kelas.
 Bentuk kekerasan dan mengasingkan pelajar akan :
i. melahirkan pelajar yang memberontak
ii. menyebabkan masalah kawalan
iii. menghalang proses pembelajaran.

INSTRUCTIONAL CLIMATE / IKLIM PENGAJARAN


 Iklim bilik darjah turut dianalisis dari perspektif persekitaran, seperti dari pandangan
pelajar serta melihat kepada tuntutan bilik darjah dari segi aktiviti kognitif dan keadaan
afektif.
 Menurut Joe M Steele dan rakan-rakannya, pengajaran melibatkan aktiviti berfikir, sosial
dan emosi di dalam kelas.
 Aspek pengajaran terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Dimensi Kognitif - berdasarkan Klasifikasi operasi kognitif oleh Benjamin bloom
 Proses Kognitif Rendah (mengingat, menterjemah dan mentafsir)
 Proses Kognitif Tinggi ( aplikasi, analisis, sintesis dan menilai)
ii. Dimensi Afektif - Sosial dan Emosi
 Fokus kelas (perbincangan, ujian, kuliah)
 Iklim kelas (Semangat, bebas, pemikiran berbeza, lucu, ucapan guru dan kerja
rumah)
 Steele dan rakan-rakannya membina Soal Selidik aktiviti di dalam bilik darjah (CAQ) 
digunakan oleh guru dan pelajar untuk menerangkan aspek-aspek penting iklim
pengajaran.

A CLASSROOM TYPOLOGY / SOSIAL DALAM KELAS


 Perspektif lain untuk menganalisis dimensi sosial dalam kelas dibangunkan oleh Rudolf
Moss dan rakan-rakannya.
 Sembilan aspek sosial dalam kelas dan persekitaran bilik darjah (CES) telah dibina untuk
mengukur setiap dimensi.
 Keperibadian dan hubungan afektif pelajar serta guru dikenal pasti dalam menentukan
penglibatan, gabungan dan sokongan guru, Matlamat aktiviti dipetakan berdasarkan
tugasan dan pertandingan berbentuk akademik. Akhir sekali, kuasa perhubungan antara
guru dan pelajar ini ditentukan oleh ujian dan organisasi, jelas dengan peraturan, kawalan
guru, dan inovasi untuk menghasilkan bilik darjah yang berfungsi.
 Sembilan aspek yang terlibat adalah seperti berikut :
a) Hubungan Peribadi
- Penglibatan – minat pelajar, keprihatinan dan penyertaan pelajar.
- Persahabatan – Tahap persahabatan yang wujud dalam kalangan pelajar
- Galakan guru – Guru mengambil berat, membantu dan mesra dengan pelajar
b) Matlamat aktiviti
- Orientasi tugas – Kepentingan untuk melengkapkan aktiviti kelas yang dirancang
- Persaingan akademik – pelajar bersaing untuk keputusan dan pengiktirafan
c) Penyelenggaraan sistem / System Maintenance
- Perintah dan organisasi – sejauh mana kesopanan dalam mengeluarkan arahan
ditekankan, dan bagaimana tugasan dan aktiviti kelas diorganisasikan.
- Peraturan – peraturan yang dibangunkan dan perlu diikut.
- Kawalan guru – penguatkuasaan peraturan dan pelaksanaan hukuman untuk
pelajar yang melanggar peraturan.
d) Perubahan sistem / System Change
- Inovasi –pelajar menyumbang untuk perancangan bilik darjah dan guru
bereksperimen dengan teknik baru yang menggalakkan pemikiran mencapah
pelajar.
e) Control-oriented classroom / Bilik darjah berorientasikan kawalan
- Penekanan terhadap kawalan guru di dalam bilik darjah.
- Pelajar mengadu kurang interaksi dengan guru, serta kurang fokus terhadap
tugasan akademik dan organisasi bilik darjah.
f) Innovation-oriented classroom/ Bilik darjah berorientasikan Inovasi
- Mempunyai penglibatan pelajar, hubungan persahabatan pelajar yang baik serta
sokongan guru.
- Kawalan guru terbatas dan pelajar kurang jelas dengan matlamat bilik darjah dan
langkahnya.
g) Affiliation-oriented classroom/ Bilik darjah berorientasikan Persahabatan
- Menekankan interaksi pelajar bersama dengan pelajar serta penyertaan mereka
- Berstruktur – pelajar memberikan perhatian dan berminat dalam aktiviti
- Tidak berstruktur – Kekurangan pengurusan organisasi, peraturan tidak jelas, dan
guru masih mengawal, tetapi pelajar berkomunikasi antara mereka.
h) Task-oriented classroom/ Bilik darjah berorientasikan tugasan
- Menekankan kepada melengkapkan matlamat pembelajaran
- Berstruktur – lebih hormati guru, jelas dengan peraturan, dan guru boleh
mengawal
- Tidak berstruktur – kurang penyertaan pelajar, interaksi dan inovasi
i) Competition-oriented classroom/ Bilik darjah berorientasikan Pertandingan
- Pelajar bersaing dengan kuat untuk keputusan dan dikenali oleh guru

MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MENYOKONG


 Cabaran asas yang dihadapi oleh guru adalah untuk membentuk pelajar yang menurut.
 Gaya kepimpinan guru penting untuk mendapatkan pengaruh pelajar.
 Pentingnya kuasa rasmi adalah untuk memenuhi keperluan minimum penyelenggaraan
kelas, tidak semestinya menggalakkan pelajar untuk berusaha lebih ke arah matlamat
pendidikan, tetapi untuk menerima tanggungjawab atas tindakan mereka, melaksanakan
inisiatif, atau menyokong guru.
 Kaedah autokrasi tidak sesuai
 Kaedah berbeza daripada kepimpinan peribadi digunakan iaitu guru wajib membantu
pelajarnya.
 Guru bertanggungjawab untuk mengajar dan menasihati pelajar, dan pelajar akan
menghargai jika guru menunjukkan usaha untuk membantu.
 Guru lebih tahu berbanding orang lain di dalam kelas.
 Boleh memilih peraturan normal yang boleh diabaikan tanpa menjejaskan kecekapan

KESIMPULAN
a) Guru yang ingin mengekalkan ketertiban di dalam kelas mesti membangunkan sokongan
organisasi pelajar tidak formal di dalam bilik darjah.

b) Kunci kepada bilik darjah adalah :


- Hubungan antara guru dan pelajar
- Etika pelajar di dalam bilik darjah Instrumen Pengajaran
- Sokongan kepada guru
Berkesan
- Kepimpinan pelajar
- motivasi pelajar
- Penghormatan pelajar

c) Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif


 Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.
 Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
 Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah
keluarga yang mesra dan bahagia.
 Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan
dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan
sesuai.
 Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid
dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru
pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.
 Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang
dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya.
Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia
kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
 Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru
untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini
yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan
strategi pengajaran yang digunakan.

Perkaitan Isi pelajaran Bab 11 Iklim Bilik Darjah dengan Video Lean On Me
Situasi 1 Masa ke : 00:01:03
A Classroom Typology m/s 232

Classroom social climate has been developed by Rudolf Moos and his colleagues. Nine
aspects of classroom social climate were identified and a Classroom Environment Scale
(CES) was developed to measure each dimension.

1. Involvement
2. Affiliation
3. Teacher support
4. Task orientation
5. Competition
6. Order and organization
7. Rule clarity
8. Teacher control
9. Innovation

Berdasarkan tayangan video Joe Clark telah membina satu situasi sosial yang aktif
(teacher support) di dalam bilik darjah. Guru telah melaksanakan kaedah pembelajaran dua
hala iaitu berbentuk persaingan (competition) antara pelajar lelaki dan perempuan dalam
satu kuiz. Semua pelajar berpeluang terlibat (involvement) secara langsung dalam kuiz
tersebut. Setiap jawapan yang betul akan memperoleh tambahan 20 markah dan jawapan
yang salah akan dikenakan penalti 10 markah.

Situasi 2 Masa ke : 00:18:04


The Teacher and Classroom Climate m/s 228

“Waller has identified a number of techniques, with the different emphases, are used by
virtually all teachers. To maintain situation have 5 technique will be apply :
- Routinization
- Punishment
- Explicit statement
- Ritual
- Personel influence

Situasi 2 menunjukkan situasi perjumpaan pertama pelajar dengan pengetua yang baru
dilantik iaitu Mr. Joe Clark. Keadaan dalam dewan ketika itu amat riuh. Joe Clark mengawal
suasana dalam dewan dengan menggunakan kenyataan eksplisit yang tegas (explicit
statement). Contoh kenyataan eksplisit Mr. Joe Clark ialah

…. “ there will be no smoking in this school”


…. All of you who are smoking?
…. Put out you cigarettes on the soles of your shoes
…. Put the butts in your pockets now
…. Put out you cigarettes

Kenyataan di atas adalah salah satu cara Mr. Joe Clark mengawal salah satu situasi dalam
dewan ketika itu. Di mana merokok merupakan kesalahan tingkah laku yang serius di dalam
kawasan sekolah. Menegah menggunakan kenyataan eksplisit salah satu cara yang digunakan
untuk menghentikan tingkah laku negatif tersebut.
Situasi 3 Masa ke : 00:19:53, 00:46:00, 00:48:20, 01:29:34

Developing a supportive the classroom m/s235

Teacher who provide extra help, do special favors, bend the rules occasionally, help work out
conflicts with other teachers and the principal, and in general are willing to provide extra
services to students beyond those required by the job are likely to have better relations with
students. Rendering these kinds of services creates social obligations; students feel obligated
to such teachers.

00:19:53
Kaneesha berjumpa guru lamanya (Joe Clark) semasa dia berada di Grade 5 (sekolah lama).
Joe Clark mempunyai hubungan yang baik dengan Kannesha. Joe Clark mengambil berat
dengan pelajarnya, berpesan dengan Kaneesha agar datang berjumpa dengannya (waktu pagi
jam 6.00) jika ada masalah.

00:46:00
Joe Clark melihat Kannesha menangis di hadapan pejabatnya, lalu bertanya / mengambil tahu
masalah yang dihadapi oleh Kannesha. Kannesha sedih sebab tiada tempat lagi untuk dia
tinggal. Mak Kannesha tidak mahukannya lagi.

00:48:20
Joe Clark bersama-sama Kannesha dan Ms. Levias ke rumah Kannesha untuk berjumpa
dengan maknya. Joe Clark menasihati mak Kannesha (Mrs. Carter), membantunya mencari
kerja dan membantu keluarganya untuk peroleh rumah yang lebih baik.

01:29:34
Kannesha telah menggandung. Dia takut akan dimarahi oleh Joe Clark. Joe Clack
mencadangkan agar Kannesha memberitahu ibunya agar masalah yang dihadapinya ini tidak
ditanggung seorang diri tetapi mendapat sokongan daripada ibunya.

01:40:26
Semua pelajar di sekolah berasa bertanggungjawab dan telah menuntut agar Joe Cark
(pengetua mereka) dibebaskan.

Keempat-empat situasi di atas merupakan tindakan seorang guru yang menyokong


membangunkan suasana positif dalam bilik darjah. Guru mempunyai kuasa formal ke atas
pelajarnya untuk menjamin kepatuhan arahan tertentu. Pengaruh autokratik guru di dalam
kelas sahaja tidak cukup. Walau bagaimanapun, kuasa formal tersebut tidak semestinya
menggalakkan pelajar lebih berinisiatif, berusaha dan menyokong guru. Guru yang
bertanggungjawab, sering memberi bantuan kepada pelajar menyelesaikan masalah dan
menjalin hubungan baik dengan pelajar, akan mewujudkan satu kewajipan sosial dalam diri
pelajar. Yang mana, pelajar akan lebih menghargai guru dan berasa bertanggungjawab
kepada guru. Kepatuhan dan kesetiaan secara semula jadi terbentuk tanpa peraturan
dikuatkuasakan.

Situasi 4 Masa ke : 00:22:12, 00:31:31


The Teacher and Classroom Climate m/s 228

“Waller has identified a number of techniques, with the different emphases, are used by
virtually all teachers. To maintain situation have 5 technique will be apply :
- Routinization
- Punishment
- Explicit statement
- Ritual
- Personel influence

Joe Clark telah membuang Thomas Sams dan semua yang lain yang ada masalah dadah,
rokok dan tingkah laku yang tegar. Kemudian, Sam berjumpa dengan Joe Clark agar dia di
terima semula bersekolah di Eastside dan berjanji akan berubah, tidak merokok dan membuat
semua kerja yang diarahkan. Hukuman (punishment) yang dikenakan ke atas Sam telah
berjaya membuatkan dia dikawal oleh Joe Clark dan berubah daripada pelajar yang tidak baik
kepada pelajar yang baik.

Situasi 5 Masa ke : 00:42:18


The Teacher and Classroom Climate m/s 228

“Waller has identified a number of techniques, with the different emphases, are used by
virtually all teachers. To maintain situation have 5 technique will be apply :
- Routinization
- Punishment
- Explicit statement
- Ritual
- Personel influence

Situasi 5 menunjukkan perilaku pelajar semasa ujian / peperiksaan. Guru menegah semua
amalan negatif semasa ujian / peperiksaan. Guru menanggalkan head phone yang dipakai
oleh pelajar, mengambil majalah yang di alas dengan buku pelajaran dan melarang mendagu
semasa ujian/ peperiksaan. Joe Clark menguatkuasakan amalan rutin dalam kelas dari awal
tahun persekolahan agar ia dapat menjadi budaya positif sepanjang satu tahun.

Perkaitan Isi pelajaran Bab 11 Iklim Bilik Darjah dengan Seminar Effective Teaching
Assoc Prof Dr. Lanchai Yingprayoon

Dr. Lancai mengatakan bahawa guru harus mengajar dengan jalan yang kratif dan memberi
inspirasi kepada pelajar. Ini kerana, ianya akan memberi pelajar perasaan ingin tahu, inspirasi
dan juga pemahaman yang lebih, kerana pada Dr. Lancai ‘when we do something, we
understand better’. Untuk melahirkan pelajar yang berminat untuk belajar di dalam kelas,
adalah menjadi peranan guru untuk ‘share together, let’s student involved’. Ini akan
melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia untuk belajar dan menyukai pembelajaran guru
tersebut.
Assoc Prof Dr. Raja Safinas Binti Raja Harun

Dalam dunia pendidikan, beliau mengatakan bahawa untuk mengajar, seseorang guru
haruslah ‘not train, but educated’. Untuk merealisasikannya, persekitaran adalah amat
penting. Persekitaran di sini adalah persekitaran bilik darjah, yang mana pelajar memerlukan
bilik darjah yang menyokong. Seseorang guru, menurut Prof Dr. Raja lagi haruslah ‘ must be
dynamic and active, try to change environment of the classroom’. Selain itu, pelajar juga
haruslah mempunyai establish of partnership yang mana rakan tersebut adalah boleh
bekerjasama, menyertai dengan rapat, boleh berkongsi dan mempunyai matlamat bersama
untuk dicapai. Beliau juga menekankan tiga perkara penting bagi bilik darjah yang
menyokong iaitu :
i. Active learning –Ex: Flipped Classroom
ii. Peer Instructioning –Ex: Demonstration and Modelling
iii. Connecting the dots – Ex: Personal and professional identify
Yasmin Noorul Iman
Puan Yasmin Noorul Iman ini menggunakan pendekatan dance, music and exploracers in
Chemistry. Menurut Puan Yasmin, macam mana beliau mengendalikan bilik darjah adalah
amat penting. Bagi memestikan pelajar menyertai setiap aktiviti, beliau harus memastikan
mood pelajar adalah sesuai. Beliau mencipta satu keadaan kesediaan para pelajar untuk
belajar. Apabila pelajar bersedia, mereka akan melakukan tugasan dan menyertai dengan
lebih baik.
Assoc Prof Dr. Lee Ai Choo
Dr. Lee Ai Choo menerangkan tentang pendekatan pembelajaran dan pengajaran dalam
memperkembangkan tabiat minda positif pelajar. Disini, beliau berpendapat, peranan guru
adalah sebagai fasilitator. Seseorang guru haruslah mempunyai kemahiran mendengar dengan
aktif ataupun smart communication. Untuk memastikan pelajar mempunyai tabiat minda
positif, bagi melahirkan persekitaran pembelajaran yang sesuai, guru harus sentiasa membuat
observation dan monitoring bagi mengetahui permasalahan. Pergerakan tubuh badan dan
impresi muka turut menggambarkan sama ada persekitaran pembelajaran tersebut boleh
diterima oleh pelajar atau tidak.
Norhailmi Bin Abdul Mutalib
Bagi Encik Norhailmi, bagi membentuk persekitaran atau iklim bilik darjah yang
menyokong, beliau berpegang kepada 4C iaitu collaboration, critics thinking, creative and
communication. Guru harus menyediakan strategi pengajaran yang sesuai bagi menerapkan
keempat-empat elemen ini bagi memastikan pelajar akan mendapat hasil yang maksimum
sewaktu proses PDPC berjalan.

You might also like