You are on page 1of 10

EDUP3043

T2 : Peranan Guru Dalam


Pengurusan Bilik Darjah
Disampaikan oleh :
DR. NOOR HASLINDA BINTI HJ. SHUIB
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN,
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
017-5616668
Persekitaran pembelajaran yang kondusif
• Persekitaran pembelajaran yang konduksif ialah tempat murid-murid
dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan
perhatian dalam pembelajaran.
• Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan
semangat murid-murid untuk terus belajar.
• Faktor mempengaruhi pesekitaran pembelajaran yang kondusif:
• Persekitaran Fizikal
• Persekitaran Psikososial
• Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
1. Pesekitaran Fizikal
• Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai 6 fungsi:
1. Keselamatan dan Perlindungan
2. Kontek Sosial
3. Identifikasi Simbolik
4. Penyempurnaan Tugas
5. Keseronokan
6. Pertumbuhan dan Perkembangan
2. Pesekitaran Psikososial
• Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi
individu dengan pesekitaran sosialnya.
• Ciri-ciri pesekitaran psikososial yang sihat:
• Suasana selesa dan mesra
• Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
• Perasaan diterima
• Sensitif dan peka kepada perbezaan individu
• Suasana yang merangsang pembelajaran
• Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
• Menggalakkan pembelajaran koperatif
• Peluang yang sama untuk semua murid
2. Pesekitaran Psikososial
• Faktor mempengaruhi pesekitaran psikososial:
a) Kemahiran Hubungan Manusia
• Kemahiran Hubungan Manusia (umum): beramah mesra dan bersikap positif
• Kemahiran Hubungan dengan Murid: memberi layanan yang baik dan adil
• Kemahiran Hubungan dengan Rakan Sejawat: berkongsi beban tugas
• Kemahiran Hubungan dengan Ibu Bapa: berkomunikasi dengan berhemah
b) Tanggungjawab Guru dan Murid
• Guru: menggalakkan murid menjalankan perbincangan kumpulan secara aktif
• Murid: bersopan santun bagi mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain
c) Pengekalan Persekitaran Psikososial
• Modelling (mengajar melalui teladan), kerja berpasukan dsb
3. Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
a) Peraturan dalam Bilik Darjah
• Guru yang berkesan seharusnya membentuk peraturan di dalam bilik
darjah agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan kualiti
pembelajaran.
• Contoh peraturan: Murid dilarang membuat bising di dalam bilik darjah
• Ayat peraturan haruslah pendek dan senang difahami agar
memudahkan murid untuk memahami mesej yang disampaikan.
• Guru hendaklah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan
peraturan.
3. Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
b) Rutin dalam Bilik Darjah
• Rutin adalah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh
guru dan murid-murid dalam penglibatan aktiviti-aktiviti tertentu
secara terperinci.
• Jenis-jenis rutin bilik darjah:
a) Rutin kelas – rekod pendaftaran murid, rekod kutipan yuran
b) Rutin pergerakan murid – cara murid masuk/ keluar kelas
c) Rutin pembelajaran – rutin dalam cara memberi arahan, membuat
demonstrasi dan cara menyampaikan soalan kepada murid
d) Rutin interaksi – persediaan diri untuk aktiviti PdP
Pengurusan Sumber Maklumat Murid
• Pengurusan sumber maklumat murid adalah berdasarkan undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
rasmi sekolah.
• Contoh sumber maklumat murid:
• Maklumat ibu dapa, tanggungan ibu bapa, maklumat murid
• Kepentingan penyimpanan rekod data peribadi murid:
• Guru: sebagai indikator untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka
• Murid: bukti status pencapaian dari segi kurikulum dan kokurikulum
• Pihak Pentadbir: sebagai sumber maklumat, sumber rujukan penting bagi
penyemakan semula kurikulum mata pelajaran, kerohanian dsb
Sekian, terima kasih.

You might also like