You are on page 1of 18

TOPIK 3:

MEMBINA HUBUNGAN YANG


POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH
KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN POSITIF
GURU-MURID
• Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang
berterusan.
• Hubungan guru-murid yang positif memerlukan usaha daripada kedua-dua
belah pihak.
• Hubungan guru-murid akan terjalin dengan baik apabila murid-murid berasa
gembira dan seronok menjayakan aktiviti pdp di dalam bilik darjah.
KEBAIKAN KEPADA GURU

• Hubungan guru-murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang
membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melancarkan proses pdp.
• Murid lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara mereka.
Sebagai contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam
mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan.
• Kerjasama murid-murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru. Aktiviti pengajaran akan menjadi
lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada murid-murid.
• Menaikkan imej guru. Guru yang berjaya membina hubungan yang baik akan berjaya mengawal murid untuk
menjalankan aktiviti pengajaran yang berkesan.
KEBAIKAN KEPADA MURID

• Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan
guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru
juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki dan boleh diterima oleh murid.
• Murid-murid lebih memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid yang baik
memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru.
• Meningkatkan pencapaian akademik murid. Guru yang dapat berhubung baik dengna
murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya.
• Murid lebih bermotivasi untuk belajar. Hubungan yang baik antara guru dengan murid
membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
HUBUNGAN POSITIF GURU-MURID
• Penampilan dan bahasa badan guru
• Tingkah laku guru
• Menunjukkan contoh teladan yang baik
• Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah
STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU-
MURID
• Ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
• Menyemai semangat cinta terhadap kelas / bilik darjah
• Agihkan tanggungjawab bersama
• Tetapkan jangkaan yang realistik
• Tunjukkan keprihatinan
• Masukkan unsur kecintaan dalam komunikasi
KOMUNIKASI DI DALAM BILIK DARJAH

Konsep Komunikasi
• Komunikasi merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan
seharian.
• Komunikasi ialah perhubungan antara dua pihak atau lebih yang ditafsirkan
sebagai satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran
daripada seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang
lain.
KOMUNIKASI DI DALAM BILIK DARJAH

Jenis Komunikasi
• Komunikasi bahasa (lisan)
• Komunikasi yang menggunakan bahasa untuk menyampaikan maklumat

• Komunikasi tingkah laku (bukan lisan)


• Termasuk semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan dan tidak bertulis
PROSES KOMUNIKASI DI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi Lisan
• (A) Pengirim Mesej – membentuk idea > enkod > penghantaran
• (B) Penerima – mengamati > dekod > interpretasi

Komunikasi Bukan Lisan


• Kontak mata
• Paralinguistik
• Pergerakan badan
• Ruang peribadi dan sentuhan
• Latar fizikal
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI BERKESAN GURU

Membina Kemahiran Asertif


• Memberikan pernyataan yang jelas tentang perkara / isu
• Menunjukkan bahasa badan dan komunikasi non verbal yang sesuai
• Menegaskan tingkah laku yang diingati
Memberikan Maklum Balas Secara Berempati
• Kemahiran mendengar
• Kemahiran memproses maklumat
Menyelesaikan Konflik
• Mengenal pasti masalah
• Membincangkan alternatif penyelesaian
• Memberi komitmen ke atas penyelesaian yang dipersetujui
HALANGAN KEPADA KOMUNIKASI DI DALAM BILIK
DARJAH
Halangan Luaran (Eksternal)
• Antara bentuk halangan luaran yang biasa ialah bunyi, jarak dan gangguan

Halangan Dalaman (Internal)


• Keadaan emosi, persepsi, status, pengalaman, minat, desakan atau faktor-
faktor lain yang mempengaruhi pengirim / penerima mesej boleh
memberikan kesan terhadap maksud sebenar mesej.
INTERAKSI DI DALAM BILIK DARJAH

• Interaksi ialah saling tindakan / berhubungan antara satu sama lain.


• Di dalam bilik darjah, interaksi antara individu boleh berlaku melalui komunikasi lisan atau bukan lisan.

Jenis Interaksi
• Interaksi pasif
• Interaksi dua hala
• Interaksi aktif dalam kelas
• Interaksi aktif dalam kumpulan kecil
• Interaksi aktif guru dengan murid dalam kumpulan
KEPIMPINAN GURU DAN KESAN INTERAKSI BILIK
DARJAH
Terdapat 3 jenis kepimpinan guru: autokratik, demokratik, dan laissez-faire.
• Kepimpinan autokratik mewujudkan corak pengajaran berpusatkan guru. Suasana dalam
kelas adalah tegang dan murid bersikap pasif.
• Kepimpinan demokratik menggalakkan penyertaan murid dalam proses merancang dan
melaksanakan prosedur pembelajaran yang telah dimulakan oleh guru. Suasana dalam kelas
adalah selesa, penuh dengan keyakinan dan pembelajaran aktif berlaku.
• Kepimpinan leissez-faire merupakan situasi di mana guru tidak menyediakan dan
merancangkan aktiviti di dalam bilik darjah. Hal ini boleh menyebabkan interaksi yang tidak
berfokus dan menimbulkan masalah yang mengganggu pdp.
CARA MEMBENTUK INTERAKSI DI DALAM BILIK
DARJAH
• Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
• Penyoalan dalam pengajaran
• Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
• Gunakan kaedah pembelajaran koperasi
• Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
• Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi
DINAMIKA BILIK DARJAH

• Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya
menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama.
• Dinamika kumpulan juga boleh dikatakan sebagai kuasa yang terdapat dalam kumpulan
yang boleh mendorong ahli-ahli kumpulannya untuk melakukan sesuatu perubahan.
• Dinamika kumpulan di dalam bilik darjah boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri.
• Kajian sosiometri membantu guru melihat pola persahabatan / kumpulan dalam bilik darjah.
• Guru boleh menggunakan maklumat hasil daripada kajian ini untuk melakukan satu kajian
tindakan ke atas hubungan sosial murid-murid.
FAKTOR-FAKTOR YAGN MEMBENTUK DINAMIKA
KUMPULAN
• Jantina
• Agama / bangsa
• Status sosioekonomi
• Pencapaian akademik
• Personaliti
• Gaya pembelajaran
PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN

• Guru harus mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpula yang
boleh membawa kepada perpecahan perpaduan di dalam kelas perlu diawasi tingkah laku ahli
kumpulannya.
• Guru harus memberikan perhatian kepada kumpulan murid yang disingkir atau tidak disukai.
• Kuasa penularan boleh digunakan oleh guru untuk menjadi model kepada tingkah laku yang diingini. Guru
harus bijak menggunakan pengaruh murid yang berupaya memimpin atau mempengaruhi murid lain.
• Guru boleh membantu dinamika-dinamika kumpulan membentuk ciri-ciri yang boleh diterima dan membawa
kebaikan kepada ahli.
• Guru harus bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika bilik darjahnya. Guru harus menjadi model yang
boleh diikuti oleh murid-muridnya
Sekian, Terima Kasih
Byeeeeee 

You might also like