You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 11

Tarikh : 25.8.2019 – 29.8.2019

Tajuk Jurnal : Gangguan Semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan Di Dalam


Kelas

1. Isu yang difokuskan: Gangguan Semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan Di


Dalam Kelas

2. Analisis isu yang difokuskan:


Gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan
pengajaran tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan atau dirancang.
Salah satu gangguan yang saya dapati di dalam kelas 3M ialah kekerapan murid
meminta kebenaran untuk keluar dari kelas bersertakan pelbagai alasan atau
sebab-sebab lain misalnya menghantar buku ke bilik guru, pergi ke tandas,
berjumpa dengan guru lain dan sebagainya. Hal ini menyebabkan disiplin di
dalam kelas menjadi kelam-kabut. Walaupun kad keluar-masuk kelas telah
disediakan pada awal tahun, namun kad-kad tersebut telah rapuh.

3. Kajian lampau (Literature Review) terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):
Manusia akan didorong untuk melakukan atau mengulang tingkah laku yang
diingini jika mereka diberikan ganjaran atau tidak melakukan tingkah laku jika
mereka didenda akibat tingkah laku tersebut (Noriati A. Rashid, Boon Poh Ying &
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Lebih-lebih lagi, Model Disiplin Asertif
Canter berasaskan peneguhan terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Canter percaya
bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam
bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Tambahan pula, kosep utama Model Asertif Canter ialah guru
mempunyai hak untuk mengajar secara professional tanpa gangguan.

4. Cadangan atau idea penyelesaian masalah:


Model ini menggariskan tiga jenis guru di mana salah satu jenis guru ialah guru
yang asertif di mana guru ini akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka
terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap ntingkah
laku murid yang menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang
boleh diterima oleh murid. Peraturan yang jelas ditetapkan untuk mencapai
matlamat pengurusan. Guru perlu menetapkan bahawa bilangan maksimum
murid boleh pergi ke tandas misalnya sebanyak seorang murid perempuan dan
seorang murid lelaki yang dibenarkan untuk meninggalkan kelas pada masa
yang sama.

5. Tempoh masa penyelesaian:


Saya akan cuba mengatasi masalah ini sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dalam satu minggu.

6. Tindakan susulan:
Penggunaan kad keluar kasuk memudahkan saya untuk memantau pergerakan
murid-murid di dalam kelas dan kekerapan mereka meninggalkan kelas
berdasarkan alasan yang munasabah. Saya turut menetapkan peraturan-
peraturan yang jelas di dalam kelas khususnya bilangan murid yang dibenarkan
untuk keluar pada masa yang sama dan kewajipan mereka menunggu giliran
mereka. Selain itu, arahan diberikan untuk memastikan murid tidak mengambil
kesempatan untuk mencuri masa merayau di luar kelas agar tidak dicontohi oleh
murid lain. Tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang
mengingkari arahan guru contohnya teguran secara langsung untuk murid yang
melakukan kesalahan.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan: sepanjang masa PdP

8. Kesimpulan / Refleksi:
Tuntasnya, guru berhak mengajar tanpa gangguan. Ekoran daripada itu,
penggunaan kad keluar-masuk perlu diberi penekanan oleh guru bagi
mengelakkan murid mengambil kesempatan merayau di luar kelas semasa waktu
pengajaran dan pemudahcaraan. Tindakan susulan perlu diambil agar murid-
murid sedar akan kewajaran diri untuk mematuhi peraturan-peraturan kelas.
Pada masa yang sama, peneguhan positif dan peneguhan negatif boleh diberi
keutamaan.

You might also like